Tatparanandam Ananda Krishnan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tatparanandam Ananda Krishnan (lahir 1938) merupakan usahawan yang kedua terkaya

di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4
bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan,
termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio
kartun Hollywood, telekomunikasi,multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikatsyarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.
Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band
Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live
Aid ke Asia .Kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya
menjadi perhatian ramai.

KERJAYA
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, iaitu tempat asalnya, latar belakang Ananda sebelum
tahun 1992 merupakan satu misteri. Banyak cerita mengenai kejayaannya melalui kegiatankegiatan perjudiannya di Australia dan sebagai pembuat tawaran perniagaan (dealmaker) kini

telah pun disiarkan di media tempatan dan asing. Salah satu suku daripada kekayaannya
datangnya daripada usaha perjudian (loteri, pertaruhan perlumbaan kuda).
Usaha Ananda yang sulung adalah dalam bidang perdagangan minyak. Sebelum 1992, Ananda
merupakan seorang pembuat tawaran perniagaan dalam urus niaga minyak mentah yang
mempunyai hubungan rapat dengan golongan pemimpin negara dan pegawai korporat
industri petroleum di Asia. Beliau juga amat berjaya dalam pelbagai bidang perniagaan,
termasuknya spekulasi pasaran minyak di Amerika Syarikat

PERHUBUNGAN DENGAN TOKOH TOKOH POLITIK


Pada masa Tengku Razaleigh Hamzah berada di kemuncak kekuasaannya sebagai Menteri
Kewangan Malaysia, Anandalah yang merupakan rakan yang sentiasa menghadiri perjumpaanperjumpaan, baik sosial mahupun rasmi, bersama-samanya. Dan apabila Tengku Razaleigh
terlibat dalam perunding-perundingan yang penting, Anandalah yang menjadi orang perantaraan.
Tengku Razaleigh adalah yang memperkenalkan Ananda kepada Dr Mahathir dalam tahun 1970an. Tetapi Ananda sendiri yang telah berusaha memupuk perhubungan beliau dengan Dr
Mahathir. Walaupun hubungannya dengan Dr Mahathir semakin rapat, beliau mengekalkan
hubungannya dengan Tengku Razaleigh. Setelah Tengku Razaleigh meninggalkan UMNO dan
menubuhkan Semangat 46, Ananda telah memainkan peranan yang utama dalam pemulihan
semula hubungannya dengan Dr Mahathir yang berakhir dengan pengembalian Tengku
Razaleigh ke UMNO pada tahun 1996.
Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Dr Mahathir, Ananda sentiasa dianggap
sebagai kroninya. Pada akhir tahun 1991, Ananda telah mengambil alih Industri Lumba Kuda
Malaysia yang terletaknya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang merupakan
kawasan harta tanah yang termahal di Malaysia (dahulunya Padang Lumba Kuda Selangor).
Beliau juga meraih keuntungan daripada dasar penswastaan Malaysia. Pada tahun 1993,
sebuah syarikat yang dikuasai Ananda telah mengambil alih satu pertiga ekuiti dalam
syarikat Powertek. Adalah Ananda yang meyakinkan Dr Mahathir terhadap pembinaan Menara
Berkembar Petronas yang kini merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia, dan yang
dimilik sebahagiannya oleh beliau.

You might also like