Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Laporan Perjumpaan bersama SIP+ dari PPD Pedawan, PPD Samarahan, PPD Belaga

dan PPD Bau.


Tarikh

: 14 Oktober 2014

Hari

: Selasa

Masa

: 2.00 4.30 petang

Tempat
Kehadiran

: Bilik Mesyuarat SK. Tanjung Batu, Bintulu.


:

1. En. leo Sebli anak Boyong


2. Pn. Lim Ming Lee
3. Pn. Norjanah binti Sehim
4. Pn. Kerdeline Pepetchua Moss
5. En. Tilai Balla Udan ( SIP+ PPD Pedawan)
6. Dr. Azhar Haji Ahmad ( SIP+ PPD Samarahan )
7. En. Yong Ing Thung ( SIP+ PPD Bau )
8. En. Denis Hang Bilang (SIP+ Belaga)
9. En. Simon anak Rutien
10. Pn. Hazlin binti
11. Pn. Mary Rami Regok
12. Cik Sharifah Munirah binti
13. Cik Nurul Husna binti
14. Adik Umang Sengalang
Tidak hadir :
1. En. Muhd. Lufti

( PK KOKO )

2. Cik Hellena anak Sigoh ( K/P BI )

1.0

Kata alu- aluan daripada Guru Besar Sekolah kebangsaan Tanjung Batu.

1.1

Guru Besar mengalu- alukan kedatangan kehadiran empat orang SIP+ dari
Bahagian Pedawan, Bahagian Samarahan, Bahagian Bau dan Bahagian Belaga,
Penolong- penolong Kanan, Ketua- ketua Panitia dan Guru Bimbingan dan
Kaunseling.

1.2

Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak SIP+ sudi
meluangkan masa untuk membimbing dan berkongsi cara pengurusan berkesan
dengan pihak sekolah.

2.0

Intro sekolah daripada duta kecil sekolah iaitu adik Umang Sengalang dari kelas
4Harmoni.

3.0

Pembentangan Pencapaian UPSR sekolah serta keputusan AR pada tahun


2014 oleh cik Sharifah Munirah selaku guru penyelaras Tahun 6.

3.1

Dr. Azhar Haji Ahmad selaku SIP+ Samarahan menyarankan penambahbaikan


perlu dibuat ke atas progran gerak gempur dan intervensi memandangkan
pencapaian AR 2014 yang diperolehi tidak menunjukkan keberkesanan programprogram intervensi yang telah dilaksanakan.

3.2

Beliau mencadangkan supaya rumusan keputusan setiap AR dipamerkan untuk


makluman semua guru. Pamerkan di tempat yang strategik supaya semua guru
maklum dengan pencapaian semasa sekolah.

4.0

Perkongsian dari SIP+ PPD Pedawan, En. Tilai Balla Udan tentang
pengurusan sekolah yang baik adalah tunjang prestasi sesuatu sekolah.

4.1

Beliau mencadangkan supaya perkataan SKPM mestilah digunakan di sekolah


terutamanya yang melibatkan Standard 1 iaitu hala tuju dan kepimpinan mesti
jelas. Pihak sekolah diminta untuk merujuk SKPM Standard 1 untuk menetapkan
visi, misi dan matlamat sekolah.

4.2

Beliau mencadangkan supaya Penolong kanan 1 jelas dengan matlamatnya


serta tetapkan matlamat kepada tiga bahagian iaitu, bidang akademik yang
melibatkan misi dan visi sekolah contohnya KE ARAH 2.43 PADA TAHUN 2014.
Selain daripada itu Jadual Waktu perlu dirancang dengan lebih teliti mengikut
keperluan sekolah.

4.3

Beliau mencadangkan semua aktiviti PLC, LDP, pencerapan dan Buku Rekod
Mengajar haruskah diletakkan dalam matlamat yang kedua Pembangunan
Sumber Manusia.

4.3

En. Tilai juga menjelaskan bahawa matlamat Penolong Kanan 1 yang ketiga
adalah melibatkan bidang pejabat am mestilah merangkumi kewangan, inventori
dan bahan sumber mengajar.

4.4

Beliau juga menyarakan supaya PKHEM menetapkan 4 matlamat iaitu, bidang


disiplin contohnya, Mencapai Masalah Displin Sifar menjelang November, bidang
kebajikan, bidang 3K dan pertandingan- pertandingan.

4.5

Beliau menyarakan supaya pihak pentadbir sekolah menggunakan POLC


( Planning Organizing Leading Control ) untuk mengurus semua program yang
dilaksanakan. Carta Gant perlu dibuat untuk setiap program supaya jelas dengan
perancangan dan perjalanan sesuatu takwim yang dirancang. Beliau
mencadangkan Guru Besar supaya memantau setiap program dengan
pendekatan management by walking around.

4.6

Beliau menasihatkan pihak pentadbir supaya menggunakan sistem pemfailan


berwarna untuk pengurusan fail- fail sekolah.

4.7

Beliau juga berkongsi rahsia untuk menang dalam mana- mana pertandingan
iaitu dengan menetapkan matlamat, mewujudkan carta organisasi iaitu memilih
4

orang yang betul- betul pakar dalam bidang tersebut untuk melatih pelajar, pilih
untuk sertai pertandingan yang berpeluang dimenangi sahaja, jangan menyertai
mana- mana pertandingan yang terlalu banyak penyertaan serta memerlukan
biaya yang besar.
4.8

Beliau menasihatkan supaya pihak pentadbir harus jelas dengan matlamat serta
mempunyai semangat kerja satu pasukan untuk mencapai kejayaan.

4.9

Perkongsian terakhir beliau ialah, mana mana gurugred DG41 dan DG44 yang
ingin memohon menjadi Guru Besar, markah LNPT mestilah mencapai 90% dan
ke atas, kenaikan pangkat pula mestilah mendapat 80% dan ke atas dan
kelayakan permohonan untuk Guru cemerlang adalah 85% dan ke atas.

5.0

Saranan dari SIP+ PPD Belaga En. Benis Hang Bilang adalah menjurus
kepada cara untuk mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar ke sekolah.
Beliau memaklumkan bahawa, pelajar yang tidak hadir pada 3 hari berturutturut haruslah diberi perhatian. Beliau mencadangkan pihak sekolah
melibatkan penyertaan pihak PIBG untuk mengatasi masalah ini seperti
mewujudkan briget PIBG sebagai agen kesedaran untuk mengatasi
masalah pelajar ponteng.

5.1

Beliau juga mencadangkan mewujudkan Guru Muda dari kalangan pelajarpelajar yang cepat menguasai supaya menjadi guru kepada kumpulan
kumpulan kecil rakan- rakan mereka. Insentif boleh diberi kepada Guru Muda ini
untuk menggalakkan penyertaan mereka secara lebih serious dan memberikan
komitmen yang penuh.

5.2

Beliau merumuskan, semua program terutamanya program peningkatan


akademik haruslah bermula sejak awal persekolahan iaitu seawal Tahun 1. Guruguru disarankan menggunakan keputusan AR untuk mengenalpasti murid- murid
yang belum menguasai matapelajaran yang tertentu dan tindakanuntuk
mengatasi masalah mereka ini boleh diambil seawal yang mungkin.

6.0

Saranan dari Dr. Azhar haji Ahmad, SIP+ PPD Samarahan.

6.1

Beliau mencadangkan pihak sekolah mengambil pendekatan yang berkesan


yang mempunyai penyelesaian jangka panjang bagi mengatasi ketidakhadiran
pelajar dalam sesi pdp. Salah satu cara yang sesuai adalah melibatkan
kaunselor sekolah, pihak PIBG, NGO dan juga YB bersama- sama menangani
isu ketidakhadiran pelajar ke sekolah setiap hari.

6.2

Beliau juga menyarankan supaya pihak pentadbir sekolah untuk menyelaraskan


pendekatan yang sesuai dengan ketidakseimbangan gender guru, terutama
dalam setiap program yang dirancang.

6.3

Beliau mencadangkan supaya program intervensi mestilah dirancang dengan


teliti dan mesti dinilai. Laporan penilaian program perlu dibentang dalam
mesyuarat staf oleh pemilik program tersebut. Katanya lagi, jika program yang
dirancang kurang berkesan, penambahbaikan perlu dibuat atau gugurkan sahaja
program tersebut.

6.4

Bercakap tentang program LINUS, beliau mencadangkan agar pelabelan papan


notis boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris, pengendalian perhimpunan oleh murid
dalam Bahasa Inggeris dan menyapa guru- guru, pelawat dan sesama rakan di
sekolah menggunakan bahasa Inggeris. Amalan- amalan ini boleh dipupuk bagi
mengatasi kelemahan penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris.

6.5

Beliau mencadangkan supaya pencapaian LINUS patut dijadikan sebagai


indikator awal kepada senario yang akan berlaku pada Tahap 2. Oleh sebab itu,
masalah dalam LINUS perlu diatasi awal supaya masalah ini tidak akan
berlanjutana sehingga ke Tahap 2.

7.0

Saranan dari SIP+ PPD Bau. En. Yong Ing Thung

7.1

Beliau menasihatkan pihak sekolah untuk meletakkan sasasran peratus


kehadiran pelajar ke sekolah setinggi 97% supaya sasaran 95% boleh dicapai.

7.2

Beliau menyarankan supaya sekolah lebih aktif melaksanakan PLC untuk


meningkatkan prestasi dalam sesuatu matapelajaran.

7.3

Beliau menasihatkan pihak sekolah supaya tidak hanya berfokus kepada


penilaian akademik pelajar sahaja kerana pelajar terdiri daripada pelbagai
kecerdasan. Kemenjadian pelajar harus berlaku secara berterusan sejak dari Pra
Sekolah ke Tahun 6. Guru- guru disaran supaya memfokuskan kepada
kemenjadian murid dari segala aspek dan jangan merendahkan kebolehan
pelajar.

8.0

Rumusan dapatan dan saranan oleh En. Tilai Balla Udan menyarankan
Guru Besar mesti memainkan peranan untuk memastikan sekolah
beroperasi sepenuhnya. Guru Besar disarankan melibatkan semua input
untuk memastikan tranformasi sesuatu sekolah ke arah kejayaan.

You might also like