Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAMPOI ( A )

43800 DENGKIL

MINIT MESYUARAT RMT & SUSU 1M


BIL 3 TAHUN 2015

Tarikh

: 14 SEPTEMBER 2015

Masa

: 1.20 petang

Tempat

: Makmal Komputer Sekolah

Kehadiran
Bil

Nama

1.
Puan Noor Adida Tun Salwa binti Omar
2.
Puan Zuraini binti Mohd Sauti
3.
Puan Rosetah binti Arep
4.
Puan Rubaiaah binti Sidek
5.
Puan Nor Shazzira binti Shamsuz Zaman
6.
Puan Nor Haiza binti
Mokhtar
Penyelaras KWAMP
7.
Puan Nurmala Devi binti Abdullah
8.
Cik Siti Khatijah bintit Aris
9.
Puan SIti Najla binti Zainal Abidin

Jawatan
Penolong Kanan HEM
Setiausaha HEM
Penyelaras RMT
Penyelaras Susu 1M
Penyelaras PPDa

Penyelaras
Penyelaras Kantin
Penyelaras

Tidak Hadir ( Bersebab )


1.

Encik Mohd Rahman b. Rabingan

Guru Besar

Urus Setia Mesyuarat :


1. Puan Zuraini binti Mohd Sauti

Setiausaha HEM

2. Puan Rosetah binti Arep @ Ariff

Penyelaras RMT

3. Puan Rubaaiah binti Sidek

Penyelaras Susu 1M

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1.
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian semua guru menghadiri
Mesyuarat HEM Bil 3 bagi tahun 2015

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1.
Minit mesyuarat RMT Bil 2 2015 dibentangkan bagi tujuan pengesahan.
Cadangan
Sokongan

: Puan Nor Shazzira bt Shamsuz Zaman


: Puan Nurmala Devi bt Abdullah

PERKARA PERKARA BERBANGKIT


3.1.

RMT

3.1.1

Guru bertugas harian bagi RMT telah pun merekodkan peratus kehadiran murid
serta perubahan menu baru dari pengusaha kantin di dalam buku laporan harian
RMT.
Tindakan : Makluman

3.1.2

Ceramah tentang kepentingan bersarapan dan program melatih adab makan


telah diadakan pada 18.4.2015.
Tindakan : Makluman

3.2

Susu 1M

3.2.1

Tiada
Tindakan : Makluman

PEMBENTANGAN ISU / PERKARA BAHARU


4.1

RMT

4.1.1.

Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat perubahan bilangan murid RMT dari


tahun 1-6 iaitu seramai 169 orang. Seramai 6 orang murid yang ponteng tegar
telahpun digugurkan namanya dalam senarai nama penerima RMT 2015. Data
murid RMT yang diperlukan telahpun dipanjangkan kepada pegawai PPD yang
berkenaan.
Tindakan: Makluman

4.1.2

Ahli mesyuarat juga dimaklumkan bahawa terdapat beberapa perubahan yang


dilakukan pada menu harian RMT memandangkan menu yang dirancang
sebelum ini tidak memuaskan dan menarik minat murid untuk bersarapan
RMT. Guru bertugas mingguan boleh merujuk pada buku catatan harian bagi
memastikan menu harian yang baru telah dilaksanakan oleh pengusaha kantin.

.
Tindakan: Makluman
4.1.3

Ahli mesyuarat juga dimaklumkan bahawa perjumpaan bersama pengusaha


kantin untuk membincangkan isu-isu berkaitan RMT telahpun dijalankan secara
tidak formal. Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan perkara-perkara
yang melibatkan penambahbaikan kepada unit RMT dan menjurus kepada
keselesaan dan kebajikan murid terutama dalam hal-hal Rancangan Makanan
Tambahan.
Tindakan : Makluman

4.1.4

Ahli mesyuarat memaklumkan program melatih adab makan akan diadakan


pada perhimpunan mingguan sekolah yang akan datang. Ini kerana penyelaras
RMT akan memberikan taklimat berkaitan adab makan di kantin ini secara tidak
langsung dalam ucapan mingguan sekolah. Perkara ini penting memandangkan
ada segelintir murid yang duduk dan makan di tepi longkang kaki lima kantin
sekolah selain makan sambil berjalan. Dengan adanya ceramah tersebut akan
dapat menyedarkan murid tentang kepentingan adab makan di kantin yang betul.
Tindakan : Penyelaras RMT

4.2

Susu 1M

4.2.1

Mesyuarat mengambil maklum Taklimat minum susu 1M masih belum diadakan


kerana bekalan susu belum lagi sampai ke sekolah. Taklimat tersebut akan
segera dilaksanakan bagi mengelakkan kes keracunan minuman di kalangan
murid.
Tindakan : Penyelaras Susu 1 M

4.2.2

Pemberian susu kepada murid diadakan pada hari Selasa dan Khamis.
Tindakan : Makluman

4.2.3

Ahli mesyuarat memaklumkan bahawa pembekal menghantar susu dengan


jumlah yang banyak sehingga tempat penyimpanan agak sempit.
Tindakan : Makluman

4.2.4

Ahli mesyuarat diberitahu bahawa pembekal telah mengingatkan pihak sekolah


agar tidak menyusun susu rapat dengan dinding bagi mengelakkan susu daripada
rosak.
Tindakan : Makluman

HAL-HAL LAIN
5.1
5.2
5.3

PK HEM meminta agar setiap unit menyediakan surat pelantikan untuk setiap
AJK dalam unit masing-masing.
Setiap ketua unit perlu mengemaskini fail unit masing-masing tanpa perlu
menunggu arahan dari PK HEM.
Program-program yang telah dibuat perlu disediakan laporan.

PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.50 petang.

Disediakan oleh,

................................
( ROSETAH BT AREP @ ARIFF )
Penyelaras RMT
SK Bukit Tampoi A, Dengkil
Tarikh : 20 Mei 2015

You might also like