Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


NKRA PENDIDIKAN

LINUS2.0 (LITERASI BAHASA INGGERIS)

MANUAL AM
PENTADBIRAN INSTRUMEN
LITERASI
2015
(SARINGAN 1)

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1 (2015)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2015

1.0

PENGENALAN
Satu daripada National Key Result Area (NKRA) Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) ialah semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris
kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.
Pernyataan NKRA tersebut menuntut diadakan satu mekanisme untuk menentukan
sama ada NKRA itu dapat dicapai atau tidak. Mekanisme ini juga dapat dijadikan asas untuk
mengenal pasti murid yang tidak melepasi standard prestasi Literasi Bahasa Inggeris, supaya
diagnosis dapat dijalankan tentang konstruk yang tidak dikuasai, mengapa tidak dikuasai dan
bagaimana pemulihan dapat dilaksanakan supaya pada akhirnya semua murid berupaya
untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.
Lembaga Peperiksaan (LP) telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan
Instrumen Saringan. Tujuan penghasilan instrument ini adalah untuk mengesan dan
mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris sepanjang tiga
tahun mengikuti pendidikan rendah di Malaysia.
Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris direka bentuk berdasarkan 12
konstruk asas Literasi Bahasa Inggeris sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua instrumen saringan mengukur konstruk yang
sama. Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan.

2.0

DEFINISI LITERASI (LITERASI BAHASA INGGERIS)


a) Able to communicate with peers and adults appropriately
b) Able to read and comprehend simple texts and stories
c) Able to write a range of texts through a variety of media

2.1

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERIS

Construct 1: Able to identify and distinguish letters of the alphabet


Construct 2: Able to associate sounds with the letters of the alphabet
Construct 3: Able to blend phonemes into recognisable words
Construct 4: Able to segment words into phonemes
Construct 5: Able to understand and use the language at word level
Construct 6: Able to participate in daily conversations using appropriate phrases
Manual Am Pentadbiran Instrumen
Saringan 1 (2015)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2015

Construct 7: Able to understand and use the language at phrase level in linear texts
Construct 8: Able to understand and use the language at phrase level in non-linear texts
Construct 9: Able to read and understand sentences
Construct 10: Able to understand and use the language at sentence level in non-linear texts
Construct 11: Able to understand and use the language at paragraph level in linear texts
Construct 12: Able to construct sentences with guidance

3.0

FASA PELAKSANAAN
Enam saringan LINUS, iaitu Saringan 1 dan Saringan 2 akan dilaksanakan untuk muridmurid Tahun 1, tahun 2013.
Saringan 3 dan Saringan 4 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 2, 2014.
Saringan 5 dan Saringan 6 akan dilaksanakan untuk murid-murid Tahun 3, 2015.

JADUAL PELAKSANAAN SARINGAN LITERASI BAHASA INGGERIS BAGI TAHUN 2015

AKTIVITI

SARINGAN 1

SARINGAN 2

SARINGAN MEMBACA

Mac

September / Oktober

SARINGAN MENULIS

April

September / Oktober

MEMASUKKAN
SARINGAN

April

Oktober / November

DATA

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1 (2015)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2015

4.0

PENTADBIRAN
4.1

Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris mengandungi 12 konstruk.

4.2

Instrumen ini ditadbir oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan.

4.3

Instrumen Saringan Literasi Membaca ditadbir secara individu atau kumpulan kecil
(tidak melebihi 3 orang murid).

4.4

Instrumen Saringan Literasi menulis pula ditadbir secara kelas.

4.5

Jika kesemua konstruk telah ditaksir, pentaksir boleh kembali mentaksir manamana konstruk yang belum dikuasai oleh murid dalam Saringan Literasi Membaca
sahaja.

4.6

Guru haruslah duduk bersebelahan dengan murid ketika pentaksiran Saringan


Literasi Membaca dilaksanakan.

5.0

KAEDAH PELAKSANAAN
Kedua-dua Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris, iaitu Instrumen Saringan
Literasi Membaca dan Instrumen Saringan Literasi Menulis dibina oleh Lembaga Peperiksaan.
Instrumen saringan beserta manual pengendaliannya disalurkan melalui Pejabat Pelajaran
Daerah dalam bentuk CD.
Proses saringan boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung tetapi dalam masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.0

TINDAKAN SUSULAN SELEPAS SARINGAN


Selepas Saringan 1, murid yang menguasai kesemua 12 konstruk dianggap telah menguasai
asas Literasi Bahasa Inggeris. Murid ini akan meneruskan pembelajaran di kelas arus
perdana. Murid-murid yang tidak menguasai mana-mana 12 konstruk akan meneruskan
pembelajaran menggunakan modul Literasi Bahasa Inggeris.
Saringan 1 (Baseline)
Menguasai kesemua 12 konstruk

Arus Perdana

Tidak menguasai mana-mana 12 konstruk

Program LINUS2.0 (LBI)

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1 (2015)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2015

7.0

PROSES PEMANTAUAN
Pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, yang diketuai oleh
Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, akan menjalankan pemantauan pelaksanaan
proses saringan dan Program LINUS2.0 (LBI) di sekolah dari semasa ke semasa.

8.0

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN INSTRUMEN SARINGAN


Antara aspek penting yang diketengahkan dalam proses perekaan bentuk saringan ialah:
8.1

Kesahan
Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara, iaitu releven dan cakupan. Pereka
bentuk instrumen saringan ini telah memastikan semua konstruk (perkara yang
ditaksir) dijelmakan sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). Item-item yang dikemukakan adalah
akur dengan kurikulum, spesifikasi dan mempunyai kesesuaian ujian dari segi
kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dan situasi.

8.2

Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu ketekalan dan ketepatan.
Satu spesifikasi ujian direka bentuk bagi setiap instrumen saringan untuk dijadikan
piawaian yang diikuti dalam pembinaan instrumen. Hal ini untuk memastikan
ketetapan instrumen saringan.

8.3

Kebolehlaksanaan
Instrumen Saringan Literasi lisan, membaca dan menulis ini telah mengambil kira
semua aspek bagi memastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.

8.4

Penjaminan Kualiti
Instrumen saringan ini telah mengambil kira keperluan pentaksiran yang
berperanan sebagai mekanisme bukan sahaja semua 12 konstruk dapat
direalisasikan tetapi juga menepati kualiti yang dihasratkan.

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1 (2015)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2015

9.0 BORANG PELAPORAN PENGUASAAN INDIVIDU


9.1

Pentaksir hendaklah melengkapkan Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)


dengan nama murid, kelas dan tahun taksiran dijalankan.

9.2

Borang pelaporan penguasaan individu mengandungi 12 konstruk.

9.3

Murid dikatakan menguasai sesuatu konstruk jika mereka dapat menjawab jumlah
item minimum yang ditetapkan dalam Saringan Literasi Membaca dan Saringan
Literasi Menulis.

9.4

Pentaksir perlu mencatat penguasaan setiap konstruk pada ruang yang disediakan
mengikut respons murid. Tahap penguasaan minimum membaca dan menulis yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti yang
diterakan dalam Manual Pentadbiran Instrumen Saringan Literasi Membaca dan
Manual Pentadbiran Instrumen Saringan Literasi Menulis.

Manual Am Pentadbiran Instrumen


Saringan 1 (2015)
Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2015

You might also like