Tanah Melayu Dan Undang-Undang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Sebagaimana yang pernah ditulis, Tanah Melayu pernah menjalankan Undang-undang Islam

suatu masa dahulu. Tetapi selepas kedatangan penjajah British, Undang-undang Islam telah
dirungkai dan diturunkan pangkat, kemudian diganti dengan Undang-undang British.
Berikut adalah antara kesan-kesan negatif penjajahan barat terhadap Undang-undang Islam;
1 - Wujud dualisme dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu Sivil dan Syariah.
2 - Mahkamah Syariah dikeluarkan daripada hirarki Mahkamah Persekutuan. Ia diletakkan di
bawah kuasa negeri.
3 - Undang-undang Persekutuan telah membataskan kuasa Mahkamah Syariah.
4 - Undang-undang British digunakan sepenuhnya dalam Mahkamah Sivil.
5 - Undang-undang Islam dihadkan bidang kuasanya hanya dalam hal kekeluargaan, pewarisan
dan kesalahan jenayah yang sangat terhad.
6 - Raja Melayu sebagai ketua Agama Islam negeri mempunyai kuasa yang terhad.
7 - Undang-undang British telah mempengaruhi Sistem Kehakiman.
Perbezaan Undang-undang Islam dengan Undang-undang manusia
Undang-undang Islam
1 - Bersumberkan wahyu Allah, yang termaktub di dalam AlQuran dan AlHadith.
2 - Mengutamakan keadilan untuk semua manusia.
3 - Lengkap meliputi semua aspek kehidupan manusia dan sesuai hingga kiamat.
4 - Skop merangkumi hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, dan manusia
dengan alam.
5 - Meliputi dunia dan akhirat. Hukuman di dunia menghapuskan hukuman di akhirat.
6 - Menjaga maslahah manusia dan menolak mudharat.
7 - Terdapat hukuman yang tetap dan tidak boleh diubah seperti Hukum Hudud dan ada hukuman
yang boleh diubah mengikut maslahah manusia seperti Hukum Takzir.
Undang-undang manusia / barat

1 - Sumber akal dan nafsu. Digubal oleh mereka yang pakar berdasarkan kebudayaan dan akal
semata-mata.
2 - Tiada keadilan mutlak untuk semua manusia.
3 - Tidak lengkap, hanya berupa undang-undang setempat yang diubah mengikut kehendak.
4 - Hanya terhad hubungan manusia dengan manusia.
5 - Meliputi aspek dunia sahaja. Hukuman di dunia tidak semestinya terlepas di akhirat.
6 - Mengutamakan bangsa mereka, menyebabkan berlaku monopoli dan diskriminasi.
7 - Tiada yang tetap. Sentiasa berubah mengikut zaman, masa, tempat dan budaya masyarakat.
[1]
British dulu sudah merancang rapi, mereka meletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu
Agama Islam ialah agama rasmi negara. Mereka beri peluang kepada rakyat Malaysia membina
masjid, musabaqah Al-Quran, membaca al-Quran dan sebagainya, kerana mereka tahu jika
mereka TIDAK MEMBENARKAN semua itu, rakyat akan memberontak.
Maka mereka telah mengambil hati dan menjinakkan rakyat negara ini dengan mengaburkan
mata kita yang beragama Islam dengan memberi beberapa kelepasan. Akan tetapi kita semua
tidak sedar, bahawa di dalam Perlembagaan, ada ditulis bahawa "Semua undang-undang yang
ada tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan" [2]. Dengan tidak memberikan pengecualian
kepada al-Quran langsung.
BERMAKNA, undang-undang yang ada di dalam al-Quran pun akan TERBATAL jika ianya
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Dengan kata lain, Perlembagaan Persekutuan
telah MEMBATALKAN Undang-undang Allah, astaghfirullah.
Di tempat yang lain pula di tulis dalam perlembagaan negara bahawa "Perlembagaan
Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara". [2] Ini bermakna, Undang-undang
dalam al-Quran adalah LEBIH RENDAH dari Perlembagaan Persekutuan. Dan lain-lain lagi.
Apakah kita sebagai seorang yang mengaku Muslim boleh BERSETUJU begitu saja Undangundang Allah direndahkan sebegitu rupa?
Astaghfirullah, insaflah wahai saudara-saudariku.
Sabda nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud,

".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang


terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini)
Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri". [Hadits Riwayat Ibnu Majah]
"Tiadalah antara penciptaan Adam a.s hingga hari Kiamat, urusan (fitnah) yang lebih besar dari
Dajjal." [Hadits Riwayat Muslim]
Rujukan:
1 - Pendidikan Syariah Islamiah - Ustazah Sabariah bt. Sambak.
2 - Perlembagaan Persekutuan.

You might also like