Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

En.

Hii Chang Kee


Setiausaha Perbandaran
Majlis Perbandaran Sibu
Tingkat 19 - 24, Wisma Sanyan,
No. 1, Jalan Sanyan,
96007 Sibu Sarawak.

17hb Januari 2013

Tuan,
PER : MEMOHON UNTUK MEMINJAM TAPAK BUKIT AUP
Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Parlimen Sibu bersama
Pertubuhan Aktiviti Rakyat Bersatu ( United Peoples Activity Association) akan
mengadakan satu aktiviti luar iaitu aktiviti kesukanan dan riadah pada 27 January
2013 dari jam 6.30 pagi hingga 1 petang.
2. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminjam sebahagian kawasan Bukit
Aup untuk mengadakan aktiviti kesukanan tersebut. Kami juga ingin memohon untuk
menggunakan kemudahan seperti sumber air dan elektrik untuk menjayakan lagi
aktiviti tersebut. Dengan ini juga, pihak kami ingin memohon sebuah peta kawasan
bukit aup untuk kami meninjau kawasan yang sesuai bagi mempermudahkan lagi
kami mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan aktiviti kami.
3. Oleh yang demikian, kami amat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan
permohonan ini bagi menjayakan aktiviti kami ini. Segala kerjasama daripada En. Hii
amat kami hargai dan didahulukan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

_______________
(Cr. WONG UNG)
Pengerusi
Pertubuhan Aktiviti Rakyat Bersatu
Tel: 010-771 9121, 010-4009121
Fax: 084-349 878

You might also like