Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DONG

27600 RAUB,
PAHANG DARUL MAKMUR.

LAPORAN AKTIVITI HARI SUKAN NEGARA


SK ULU DONG
TARIKH :
10 OKTOBER 2015

TEMPAT :
DATARAN DAN PADANG SEKOLAH

MASA :
7.30 PAGI 12.05 T/HARI
1

1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua
Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri pada 24 Mac lalu. Sambutan ini adalah
inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang mana ia satu langkah proaktif dalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara
Bersukan'. Hari Sukan Negara diisi dengan lebih 17,000 aktiviti sukan dan riadah untuk
memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan
ini yang diraikan secara serentak di seluruh negara.

2.0 RASIONAL
Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan satu program di
bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato Sri Mohd Najib
bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh
sekolah pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti
sempena Aidilfitri yang lalu.

3.0 MATLAMAT
Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan
rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40
peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan
melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu
menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Sambutan Hari Sukan
Negara ini adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai
hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah Negara Bersukan (Sporting
Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan satu agenda nasional yang
selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

5.0 TENTATIF PROGRAM


Masa

Aspek

7.30 pagi 8.00 pagi

Kedatangan Guru dan Murid ke tapak


Perhimpunan
Mengambil kehadiran.
Nyanyian Lagu Negaraku,lagu Negeri Dan

8.00 pagi 10.00 pagi

lagu Sekolah
Bacaan Doa
Ucapan perasmian oleh Guru Besar
10.00 pagi 10.30 pagi

Senam robik
Rehat

10.30 pagi 12.00 tengah hari

Aktiviti sukan Futsal (Murid Lelaki)dan Bola

12.00 tengah hari

Jaring ( Murid Perempuan )


Bersurai

6.0 LAPORAN
Majlis pelancaran Hari Sukan Negara telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan
Ulu Dong pada hari 10 Oktober 2015. Majlis telah dijalankan pada jam 8.00 pagi
bertempat di Tapak perhimpunan sekolah yang dirasmikan oleh En Sabarudin Bin Lan,
Guru Besar SK Ulu Dong. Murid murid bersama semua guru telah menjalankan
senamrobik bersama jawatankuasa hari sukan negara diketuai oleh Pn.Zakiah dan Cik
Hazliza selaku guru Senamrobik.Selepas itu acara diteruskan lagi dengan semua murid
berkumpul di padang sekolah untuk aktiviti sukan permainan iaitu Futsal dan Bola
jaring.
Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah :

1. Senamrobik
2. Bola Jaring
3. Futsal
"Saya berharap aktiviti sukan ini akan menjadi amalan hidup kita kerana adalah
sangat penting dan kita juga perlu masa untuk rekreasi dan bersukan. Dengan
kesihatan yang baik, maka mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan dan melahirkan
insan yang cemerlang dari segi JERIS serta memajukan sekolah serta negara," kata En
Sabarudin Bin Lan, Guru Besar SK Ulu Dong.

7.0 PENUTUP
Konklusinya, Hari Sukan Negara yang telah diadakan diseluruh negara pada 10
Oktober 2015 turut diadakan di SK Ulu Dong. Setinggi - tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Lampiran bergambar

Aktiviti-aktiviti semasa Hari Sukan Negara di SK Ulu Dong

Murid berkumpul di tapak perhimpunan dan Guru bertugas iaitu En Zamzuri


mempengerusikan majlis

Ucapan perasmian Oleh Guru Besar SK Ulu Dong


En Sabarudin Bin Lan
Merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Aktiviti senamrobik

Aktiviti Sukan permainan Futsal Dan Bola Jaring


6

You might also like