Laporan AJK Hadiah & Cenderamata Semasa

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kejohanan Merentas Desa

LAPORAN AJK HADIAH & CENDERAMATA


Nama AJK Hadiah & Cenderamata:
1. Chua Ming Kiet (K)
2. Syazwani binti Sebli
3. Nur Azmina binti Bedian
4. Shirly ak Nirau
5. Siti Zaleha binti Zaba@ba Jaba
6. Catherine Ngui You Ling
7. Ngui Ching Ching
8. Nurshaheeda binti Mohamad Abdul Kadir
Laporan semasa.
Kami telah bekerjasama dengan jawatankuasa peralatan untuk menguruskan
meja dan kerusi yang untuk meletak semua hadiah dan sijil. Kumpulan ahli kami
semua bekerjasama mengaturkan semua hadiah tajaan dan bungkusan sijil yang
telah disediakan sebelum ini. Selain itu, kami juga meminjam dulang daripada
pensyarah kami untuk meletakkan hadiah dan cenderamata semasa sesi
penyampaian cenderamata dan cabutan bertuah. Kotak untuk cabutan bertuah juga
siap disediakan dan disusun atur di kaunter hadiah.
Kami berjaya mengaturkan semua hadiah dan cenderamata. Tetapi dalam
proses pembahagian bungkusan sijil menghadapi sikit masalah iaitu kumpulan
pencatat pemenang haruslah mengenal pasti dua kali bahawa 40 pemenang yang
pertama tidak menggunakan jalan ringkas untuk mencapai garis penamat. Selepas
itu, kami baru dapat memberi bungkusan hadiah kepada mereka dengan kupon
yang ada pada mereka. Tetapi keadaan ini sangat cepat diselesaikan kerana
pengerusi sentiasa meronda di sekitar kami untuk memastikan semua stesyen kami
dijalankan dengan lancar maka masalah ini dapat diselesaikan dengan pantas.
Selepas itu, kami juga menghadapi masalah dengan ada peserta yang tidak
mengambil sijil penyertaan mereka kerana mereka salah faham yang tiada kupon
bermaksud tidaj ada sijil bersama dengan pingat. Walaupun bagi peserta yang tidak
mendapat kupon selepas 40 pemenang yang pertama, maka peserta yang selepas
1

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata

Kejohanan Merentas Desa


itu masih berhak mendapat satu sijil penyertaan. Keadaan ini juga senang
diselesaikan selepas ketua kami berkomunikasi dengan jurumajlis kami. Jurumajlis
melaporkan keadaan ini dengan mikrofonnya untuk mengambil pehatian semua
peserta yang tercicir mengambil sijil penyertaan mereka. Akhir kata, keadaan ini juga
dapat diselesaikan dengan mesra. Kami juga menekankan bahawa tiada pengganti
yang boleh mengambil sijil penyertaan untuk rakan mereka sebagai satu keadilan.
Satu masalah yang besar ditimbulkan semasa sesi penyampaian hadiah
adalah jawatankuasa pencatat pemenang tidak berkomunikasi baik dengan
jurumajlis bahawa kategori terbuka iaitu peserta dari SMK Batu Lintang tidak
seharusnya naik pentas untuk mengambil sijil kerana sijil mereka memang sudah
diberi semasa di kaunter hadiah kami. Keadaan ini dijalankan hampir separuh baru
diketahui oleh pencatat pemenang dan kumpulan kami juga berasa sangat hairan
dengan orang yang naik pentas untuk mengambil hadiah. Ini adalah kerana sesi itu
adalah sesi untuk pensyarah IPG kami untuk menerima sijil penyertaan. Masalah ini
akhirnya pun selamat diselesaikan dengan bantuan pensyarah pembimbing dan
jurumajlis terus melompat ke sesi yang seterusnya.
Kami juga meminta maaf dengan guru pembimbing SMK Batu Lintang atas
kesilapan kami dengan tidak berkomunikasi baik antara beberapa stesyen ini baru
menimbulkan keadaan ini berlaku. Nasib baik semua peserta memang mendapat
pengiktirafan yang sepatutnya mereka mendapati. Disebabkan oleh segelintir
peserta yang tidak hadir pada hari itu, maka terdapat bungkusan sijil yang lebih.
Komunikasi di antara satu sama lain adalah sangat penting terutamanya
penganjuran program yang sebegini. Selain itu, kesabaran dan toleransi juga
memain peranan yang penting supaya segala aktiviti yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan lancar. Sekiranya terdapat apa jua saja masalah atau keadaan
yang berlaku secara tiba-tiba, maka kami dapat menyelesaikannya dengan
kerjasama semua dan bukan menyalahkan sesama diri. Tambahan pula, teguran
dan bimbingan pensyarah juga banyak memanfaatkan kami sebagai satu
pengetahuan yang agak baik untuk penganjuran program kami sesuatu ketika nanti
selepas kami berada di sekolah lain.
2

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata

Kejohanan Merentas Desa

Sebagai penutup, kami berasa amat bertuah kerana menjadi salah seorang
ahli jawatankuasa pengelola dan telah banyak menimba ilmu khususnya dalam
bidang cenderamata dan hadiah. Semoga ilmu yang kami perolehi ini dapat
dimanfaatkan dengan sebaiknya apabila kami ditempatkan di sekolah kelak.

Lampiran

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata

Kejohanan Merentas Desa

Rajah menunjukkan semua sijil-sijil dan hadiah yang telah disediakan di kaunter
hadiah semasa program Merentas Desa.

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata

Kejohanan Merentas Desa

Laporan disediakan oleh,

Catherine Ngui You Ling


Setiausaha
Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata
Kejohanan Merentas Desa 2015
IPG Kampus Batu Lintang.

Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata

You might also like