Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

KETOKOHAN DAN PEMIKIRAN DAKWAH

DATO’ DR. SIDDIQ FADHIL

Oleh:
Badlihisham Mohd Nasir∗

ABSTRAK
Dr. Siddiq Fadhil yang merupakan Presiden ABIM ketiga
adalah merupakan seorang yang tidak asing lagi di
kalangan aktivits Islam. Beliau yang mengantikan Anwar
Ibrahim yang berani menyertai parti pemerintah UMNO
ketika di saat genting dalam sejarah ABIM berhadapan
dengan pilihan samada mewarisi idealisme Anwar
atau memperkenalkan pemikirannya sendiri di dalam
organisasi. Ianya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk
membuktikan bahawa beliau adalah setanding dengan
bekas pemimpin ABIM yang berkarisma itu. Ramai yang
beranggapan bahawa beliau hanya mampu menelan apa
sahaja yang telah digariskan oleh Anwar sebelum ini.
Walaubagaimanapun, beliau tampil sebagai pemimpin
handalan yang mempunyai kualiti dalam menguruskan
sebuah gerakan Islam seperti ABIM. Melalui kerjayanya
sebagai pensyarah, beliau berjaya memperkenalkan
beberapa idea bernas dalam mendekati kaedah
terbaik untuk berdakwah. Walaupun idea beliau aakalanya
boleh dianggap sebagai memperkenankan penyertaan
Anwar ke dalam UMNO, beliau pada asasnya berjaya
membuktikan bahawa ABIM mempunyai idealismenya
yang tersendiri. Sebagai contoh, dengan mempertahankan
gagasan non-partisan, beliau yakin bahawa ABIM mampu
bertahan sebagai sebuah gerakan Islam yang bebas.
Justeru itu, sebahagian dari idea beliau dari suatu sudut


Badlihisham Mohd Nasir, Ph.D, merupakan Profesor Madya di Jabatan Dakwah
dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi Selangor.
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
seolah-olah mengkritik pendekatan Anwar itu sendiri.
Semuanya ini ringkasnya adalah lahir dari kualiti beliau
khususnya dalam pendidikan, kerjaya dan sumbangannya
kepada bangsa.

ABSTRACT
Dr. Siddiq Fadhil the third President of the Malaysian
Islamic Youth Movement (ABIM) might not be so strange
for many Muslim activists. He succeeded Anwar Ibrahim
who barely joined the ruling party in the most crucial time
of ABIM history; in which he has been puzzled with the fact
whether to inheriting Anwar’s idealism or promoting his
own thought in the organization. It is not an easy task to
prove that he was also capable as the previous charismatic
leader of ABIM. Many think that he would only managed
to swallow what has been dictated by Anwar. Nevertheless,
he appeared to be a good leader who possessed certain
quality in managing Islamic movement like ABIM. As a
lecturer by profession, he introduced some brilliant ideas
in approaching the best way of doing da`wah. Though his
ideas sometimes could be regarded as a justification to
please the move of Anwar into UMNO, he has basically
proved that ABIM has its own idealism. By preserving
ABIM’s way in its non-partisan ideology, for example, he
struck that ABIM could always survived as an independence
Islamic da`wah organization. Hence, some of his idea may
at one hand criticized the way of Anwar himself. In short,
this actually come from his quality of life especially in
education, carrier and contribution to the nation.
Keywords: Siddiq Fadhil, ABIM, Islamic Da`wah

PENDAHULUAN
Nama Siddiq Fadhil mengisi kekosongan dari kalangan tokoh akademik
yang terlibat secara langsung dalam ABIM; sebuah gerakan yang dikaitkan
sebagai perintis kepada kebangkitan Islam era 1970an. Sesuai dengan
budaya ABIM yang bernuansakan keintelektualan, kehadiran Dr. Siddiq
Fadhil dilihat mampu menjana kelangsungan ABIM yang berdepan
dengan isu drain-brain para pemimpinnya. Ketokohan beliau menerajui
ABIM khususnya dalam melewati cabaran Thiqah al-Da‘iyyah selepas

62
Ketokohan Dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
penghijrahan tokoh ulung ABIM iaitu Anwar Ibrahim ke dalam UMNO
bukan sahaja berupaya mententeramkan bahtera ABIM yang bergolak
ketika itu malahan berjaya memimpin ABIM sebagai gerakan dakwah yang
matang menempuh arus perubahan semasa.
Kematangan ABIM dalam menerajui fasa kedua kebangkitan Islam
seperti yang diamati oleh Prof. Kamal Hassan dipercayai sebenarnya berkait
dengan tokoh berpendidikan Islam-Melayu yang kemudiannya mencetuskan
pelbagai gagasan yang tampaknya selaras dengan citarasa dan pendekatan
negara yang berbilang agama dan bangsa seperti Malaysia. Gagasan-
gagasan seperti Hikmah dalam Da‘wah, Manhaj Malizi dan Corrective
Participation adalah di antara anjuran idea yang selaras dengan pendekatan
ABIM sebagai sebuah gerakan dakwah ulung tanah air. Meskipun terdapat
kritikan terhadap gagasan berkenaan, beliau berjaya membuktikan bahawa
ABIM bukanlah hanya sebuah gerakan yang idealis semata-mata, tetapi
sebaliknya realistik dalam melaksanakan program dakwah mengikut acuan
dan kemampuan yang ada. Gagasan-gagasan inilah yang dilihat berupaya
meneguhkan pelaksanaan Islamisasi era Masyarakat Madani di negara
ini. Namun, keintelektualan beliau yang jelas dapat memahami konteks
tragedi yang menimpa tokoh penggerak Islamisasi lewat dekad 1990-an
telah menyebabkan beliau tampil dengan prinsipnya yang sedikit berbeza.
Justeru itu, kesinambungan dan perubahan yang berlaku di sepanjang sirah
dakwah tokoh yang pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah
Negeri Perak ini harus dikaji khususnya dalam menyorot ketokohan dan
pemikirannya dalam bidang dakwah.

KETOKOHAN DR. SIDDIQ FADHIL


Siddiq Fadhil dilahirkan pada 4 Januari 1947 di Kampung Sungai Tiang
Darat, Bagan Datoh, Perak. Beliau memulakan pendidikan formalnya
di Sekolah Rendah Sungai Tiang Darat (1954-1959), dan menamatkan
pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Syah, Ipoh
(1959-1966), sebuah sekolah yang melahirkan ramai tokoh-tokoh agama
negara. Beliau kemudiannya mengikuti ikhtisas keguruan di Maktab
Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1967-1968). Kerjayanya
bermula sebagai pendidik sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti
Malaya (1971).
Setelah meraih ijazah Sarjana Muda Sastera, Kepujian Kelas Pertama
(1974), beliau menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi sebagai
tutor dan melanjutkan pengajian ijazah keduanya di universiti yang sama
sehingga berjaya meraih Sarjana Persuratan (M.Litt.) pada tahun 1978.
Pada tahun 1989, beliau menjadi penerima pertama ijazah Doktor Falsafah

63
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
(Ph.D) dari Institut Bahasa Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu pada
tahun 1989. Tesis beliau yang bertajuk “Pemikiran Barat Moden – Sikap
Para Cendekiawan Muslim Dengan Tumpuan di Alam Melayu” telah
menyediakan suatu landasan yang baik bagi beliau mendalami dan menerajui
kepakaran bidang yang dipilih. Semuanya ini disalurkannya melalui kursus-
kursus yang diajar semasa berada di UKM iaitu; Pengenalan Persuratan
Melayu, Metodologi Penyelidikan, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu, Islam dan Modenisme di Alam Melayu serta Kesusasteraan
Tradisional Nusantara. Beliau juga terlibat dalam penyeliaan di peringkat
pasca-siswazah dan pernah mengajar kursus seperti Falsafah dan Pemikiran
Melayu, Sastera Kanon Melayu (Malay Canon) dan Sastera Sufi.1
Hubungan Siddiq dengan UKM bukan sahaja terhad kepada bidang
kerjaya dan akademik malahan melibatkan hubungan kekeluargaan apabila
isteri beliau yang dikahwini pada tahun Ogos 1975 iaitu Siti Zulaikhah Mohd
Noor juga bertugas sebagai seorang pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti
Pengajian Islam. Perkahwinan dengan Siti Zulaikhah (kini Prof. Madya Dr.)
yang dikurniakan 6 orang cahaya mata itu dianggap bukan sahaja sebagai
sebuah perkahwinan yang bahagia tetapi juga memperteguhkan kombinasi
akademik Islam-Alam Melayu di universiti berkenaan. Kombinasi ini
kelihatan berakhir apabila Dr. Siddiq bersara pada tahun 2002 dan diikuti
oleh isterinya tiga tahun kemudian. Kini hanya isteri beliau sahaja yang
meneruskan kerjaya akademik secara kontrak di universiti tersebut. Namun,
perjuangan akademik beliau tidak terhenti hanya dengan batasan pencen
perkhidmatan awam bahkan terus segar apabila beliau dilantik menjadi
Presiden dan CEO Kolej Darul Hikmah serta Fellow Akademi Pengurusan
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).
Beliau masih terus aktif menyumbangkan idea dan aktiviti dalam
bidang akademik dan dakwah Islamiah. Terkini, beliau mengasaskan
sebuah badan bernama Wadah Pencedasan Umat Malaysia (WADAH ) bagi
melangsungkan kesinambungan tradisi intelektual di kalangan pendokong-
pendokongnya pada Mac 2006.2
Sebagai seorang yang menghayati prinsip dan budaya seorang
cendekiawan sejati, Dr. Siddiq tidak hanya menumpukan kerjaya
akademiknya di menara gading, bahkan sanggup turun ke gelanggang
memimpin ummah menerusi wadah Angkatan Belia Islam (ABIM) yang
diterajuinya pada tahun 1983 hingga 1991 sebagai presiden setelah Anwar
Ibrahim melepaskan jawatan tersebut untuk menyertai UMNO. Di bawah
1
Curriculum Vitae Siddiq Fadhil.
2
Lihat Siddiq Fadzil, “Amanat Pimpinan” Muktamar Nasional Pertama Wadah
pada 11 Mac 2006 di Dewan Besar, Anjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak
Kuala Lumpur.

64
Ketokohan Dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
pimpinannya, ABIM telah berjaya diletakkan sebagai wadah perjuangan
belia Islam yang mantap dan mempunyai kewibawaannya yang tersendiri.
Dekad kedua di tahun-tahun 80-an iaitu semasa di bawah kepimpinan beliau,
merupakan era pendewasaan ABIM yang ditandai oleh perubahan orientasi
dari aksi konfrontasi kepada suatu pendekatan dakwah yang berhikmah
dalam menangani masalah.3 Kesinambungan dan perubahan pemikiran
dakwah beliau yang akan dikaji seterusnya mempunyai hubung kait dengan
proses pendewasaan ABIM sebagai sebuah gerakan Islam dan dakwah.
Ketokohan Dr. Siddiq bukan sahaja terhad di gelanggang gerakan
Islam yang lazimnya dilihat tidak begitu serasi dengan arus perdana negara.
Beliau terlibat aktif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka khususnya sebagai
Ahli Lembaga Penasihat (1992-2000), Pengerusi Panel Penasihat Bidang
Tamadun Islam (1992-1995). Ahli Jawatankuasa Bahasa dan Sastera (1992-
1998), Ahli Jawatankuasa Penerbitan (1992-2000) dan Ahli Panel Hakim
Anugerah Citra Pendeta (2000).
Tulisan beliau juga banyak diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD),
Yayasan Islam Terengganu dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Beliau dijemput menyampaikan buah fikiran beliau dalam banyak program
tajaan kerajaan, antaranya ialah Wacana Ilmiah Bersama YAB Dato’ Seri Dr.
Mohd Khir bin Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.4 Beliau juga mendapat
kepercayaan kerajaan Negeri Perak apabila dilantik Ahli Majlis Agama
Islam dan Adat Melayu Perak (1992-2000). Ketokohannya diakui apabila
beliau dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang
membawa gelaran Dato’ pada tahun 2001.5
Dr. Siddiq adalah seorang cendekiawan yang sangat prolifik dalam
bidang penulisan. Antara buku yang diterbitkan ialah Sejarah Orang Cina
di Tanah Melayu (1971), Kebangkitan Islam: Kenyataan dan Harapan
(1975), terjemahan Di Bawah Naungan al-Qur’an (1980), Minda Melayu
Baru (1992), Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999),
Menoleh Sejarah Menyorot Arah (1999), Pengurusan Tawhidik (2001),
3
Selain ABIM, Dr. Siddiq juga terlibat dengan pertubuhan lain iaitu sebagai
Presiden Akademi Pengurusan YAPIEM (1996-2000), Pengerusi Panel
Akademik Akademi Pengurusan YAPIEM (1996 hingga kini), Ahli Penasihat
Akademik Pendidikan Islam UiTM (1994-1998) dan Ketua Nadwah Persuratan
Islam Malaysia (NAFIS; 2001-2004).
4
Lihat gagasan pemikiran beliau tentang bangsa Melayu dalam Siddiq Fadhil
(2005), Pemerkasaan Bangsa Peranan Kepimpinan, Agama dan Budaya.
Petaling Jaya: Inmind.
5
Lihat kritikan beliau terhadap kebejatan intelektual dalam pidato semasa
menerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Negeri Perak 1427H dalam Siddiq
Fadhil (2006), Kaum Ilmuan dan Misi Pencerahan. Kajang: Akademi Kajian
Ketamadunan.

65
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
Perspektif Qur’ani: Siri Wacana Tematik (2003) dan Pengurusan Dalam
Islam: Menghayati Prinsip dan Nilai (2005). Karya akademik beliau boleh
didapati dalam bentuk penerbitan Jurnal yang meliputi tajuk-tajuk seperti
“Gerakan Islam di Malaysia” dalam Malaysia Masa Kini (1986/87), “Al-
Harakah al-Islamiyyah al-Maliziyyah fi al-Tis’inat” dalam al-Insan (April/
Mei1993), “Siyasah al-Shar’iyyah: Isu-isu dalam Pemikiran Islam masa kini”
dalam Dasar (1995), “Permasalahan Moral: Perspektif al-Qur’an” dalam
Jurnal Institut Pengajian Tahfiz al-Qur’an (1995), “Potensi Kepeloporan
Melayu Abad 21” dalam Ulum al-Qur’an (1996), “Budaya Keusahawanan:
Perspektif Agama” dalam Beriga (2000), Al-Sayyid Abu al-Hassan Ali al-
Nadwi: Tema-tema Besar Pemikirannya” dalam Jurnal Usuluddin (2000)
“Gender: Perspektif dan Pendekatan” dalam Madaniyyat (2005).
Di samping itu, beliau juga turut menyumbang tulisan dalam bentuk
monograf iaitu; The Concern of the Ummah Over the Political Scenario of the
‘90s (1990), Islamic Movement in the ’90: Vision and Strategy (1993), Melayu
Baru: Perubahan dan Kesinambungan (1993), Kepimpinan Melayu Baru
Era Perubahan (1993), Tradisi Kesultanan: Perspektif Islam (1993), Jamal
al-Din al-Afghani (1998), Hassan al-Banna: Kepeloporannya dalam gerakan
Reformasi (2000) dan Pemerkasaan Bangsa: Peranan Kepimpinan Agama
dan Budaya (2005). Kecendekiawanan beliau dalam konteks kepimpinan
gerakan Islam boleh dilihat dalam koleksi Ucapan Dasar yang memuatkan
Ucapan Dasar Presiden di atas tajuk seperti “Garis-garis Besar Haluan
Perjuangan” (1982), “Menyahut Cabaran Abad Kebangunan” (1983), “Da’i-
Pembina Aqidah Pembangun Ummah” (1984), “Menggembeling Tenaga Ke
Arah Peningkatan Prestasi Amal Islami” (1985), “Gerakan Islam Di dunia
Melayu-Tuntutan Zaman dan Cabaran Lingkungan” (1986), “Perkuatkan
Wadah, Perhebatkan Dakwah, Pertingkatkan Tarbiyah Menuju Pembinaan
Tamadun Khayra Umat” (1987), “Mengangkat Martabat Umat” (1988),
“Demi Survival Ummah” (1989), “Keprihatinan Umat: Dalam Senario Politik
’90-an” (1990) dan “Gerakan Islam Dekad ’90-an:Visi dan Strategi” (1991).
Manakala esei-esei beliau yang dimuatkan sebagai bab dalam buku-
buku tertentu pula adalah di antaranya “Gerakan Islam di Alam Melayu:
Cabaran Zaman dan Lingkungan” dalam Pak Natsir 80 Tahun (1988),
“Pembinaan Bangsa Malaysia: Antara Wawasan Nasional dan Aspirasi
Islam” dalam Kebudayaan Melayu di Ambang Abad Baru: Satu Himpunan
Makalah (1995), “Raja dalam Pemikiran Politik Islam-Melayu: Telaah dan
Ulasan terhadap Kitab Thamarat al-Mahamah” dalam Wacana Persuratan
Melayu (1997), “Dunia Melayu sebagai Sebuah Zon Kebudayaan Islam”
dalam Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik (1997), “Ulama
dan Pembangunan Tamadun Ummah: Kelmarin, Kini dan Kelak”, dalam
Siri Wacana Sumbangan dan Iltizam Ulama dalam Pembangunan Tamadun

66
Ketokohan Dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
Ummah, (1997), “Masyarakat Madani: Menghayati Cita-cita Sosial
Keislaman dan Kemalaysiaan” dalam Masyarakat Madani: Satu Tinjauan
Awal (1998), “Melayu Abad ke-21: Memperkasa Budaya Melayu” dalam
Melayu Brunei Abad ke-21 (1998), “Islam dan Cabaran Pascamodenisme:
Suatu Perbincangan Awal” dalam Persuratan Melayu: Dari Lontar
ke Layar (2001), “Mengangkat Martabat Umat dan Tamadun Melayu:
Tinjauan Apresiatif terhadap Pemikiran HAMKA” dalam Hamka dan
Transformasi Sosial di Alam Melayu (2001), “Minda Muslim: Ketegaran
dan Keluwesannya” dalam Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat
Melayu Islam (2002), Masyarakat Madani dalam Peradaban Malaysia”
dalam Globalisasi dan Peradaban di Malaysia (2003), “Pemikiran Melayu:
Menyorot Tema-tema Utama Pemikiran Islam Serantau” dalam Islam dan
Isu-isu Ketamadunan (2003), “Sains dan Teknologi: Isu PengIslaman dan
Pemeribumiannya” dalam Dinamika Ilmu: Memugar Warisan Intelektual
Ummah (2004), “Jati Diri dan Nilai-nilai Budaya dalam Pemikiran Melayu”
dalam The Encyclopaedia of Malaysia (2005).
Seorang pendakwah ulung haruslah berupaya beraksi sebagai pemidato
dan pendebat yang baik. Dr. Siddiq boleh digolongkan sebagai seorang
pemidato yang berupaya menarik perhatian pendengar justeru retorika
dan penggunaan bahasa yang tinggi dan bernas. Beliau memanfaatkan
ramuan ini dalam banyak seminar dan persidangan sama ada di peringkat
antarabangsa dan nasional. Bagi masyarakat awam, pidato beliau boleh
didapati dalam bentuk pita rakaman seperti Koleksi Ceramah Dalam Real
Audio oleh Rachman Adrus Yahya dan Koleksi rakaman Tafsir Mawdu‘i.
Beliau juga mendekati masyarakat awam melalui kuliah-kuliah umum yang
disampaikan di surau, masjid dan di Pusat Latihan ABIM Sungai Ramal
Kajang. Ini melambangkan bahawa ketokohan beliau bukan sahaja berlegar
di sekitar bidang keintelektualan yang eksklusif tetapi juga meratai seluruh
lapisan mad‘u walaupun keberkesanannya masih boleh dianalisis secara
kritikal khususnya kepada golongan bukan-terpelajar.6

PEMIKIRAN DAKWAH DR. SIDDIQ FADHIL


Pemikiran dakwah Dr. Siddiq mula terserlah kepada umum justeru
perletakan jawatan Presiden ABIM, Anwar Ibrahim pada 1982. Beliau
tampil mententeramkan keadaan yang gawat dengan tuduhan bahawa ABIM
adalah sebagai sebuah gerakan yang tidak tetap pendirian dan sebagainya
dengan cuba menarik perhatian kepada asas gerakannya yang berlandaskan
dakwah Islamiah. Dalam ucapan dasarnya pada tahun tersebut yang bertajuk
“Garis-garis Besar Haluan Perjuangan”, Beliau menegaskan bahawa ABIM
tetap berlangsung sebagai sebuah gerakan dakwah. Bahkan beliau dengan
6
Temubual dengan Dr. Ghazali Basri, Timbalan Pengarah Koleh Darul Hikmah
pada 13 Mac 2006.

67
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
lantangnya mengistiharkan ABIM sebagai Hizb Allah (Parti Allah) dan
Ansar Allah (Pembantu-pembantu Allah); sebagaimana yang diperjuangkan
oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
Seiras dengan susuk pendekatan Ikhwan, Siddiq membina asas
pemikiran dakwahnya dengan meletakkan matlamat ABIM sebagai
bertujuan membina personaliti Muslim (Shakhsiyyah Islamiyyah) dan
keluarga Islam, membangunkan Ummah dan seterusnya sebuah Negara
serta sistem Khilafah Islamiah.7 Dalam usaha mencapai matlamat ini,
Siddiq menegaskan bahawa ABIM perlulah menjadi sebuah gerakan
terbaik dalam usaha menyeru manusia kepada kebaikan dan menegah
dari melakukan kemungkaran.8 Oleh itu penubuhan sebuah gerakan elit
(al-Safwah al-Mukhtarrah) seperti ABIM yang mampu menjadi menjana
keintektualan yang tinggi kepada bangsa amat diperlukan. Gerakan seperti
ini bukan sahaja dapat melahirkan graduan kolej dan universiti, bahkan para
pendakwah yang penuh dengan semangat tulen kaum Sufi dan amalan satria
yang perkasa (Sufiyyun baht min al-Nahiyati al-Ruhiyyah, wa Askariyyun
baht min al-Nahiyati ‘Amaliyah). Beliau percaya bahawa dengan menuruti
pendidikan Madrasah Rasulullah s.a.w., ABIM mampu melahirkan kader
dakwahnya yang gemilang. Menurut beliau, inspirasi perjuangan Ikhwan
Muslimin yang menjadikan jihad sebagai jalan mereka pastinya mampu
membakar semangat ABIM yang menumpukan perhatiannya terhadap
golongan muda itu.9 Ringkasnya, pemugaran gagasan ini dilihat bertujuan
menonjolkan ABIM sebagai tetap berada dalam salah satu daripada mata
rantai gerakan Islam yang bersumberkan perintis ulung gerakan Ikhwan
di Mesir itu. Indoktrinasi seperti ini amat penting bagi mempertahankan
imej dan reputasi ABIM di kalangan gerakan Islam di Malaysia justeru
penghijrahan Anwar Ibrahim seorang tokoh gerakan dakwah yang didakwa
telah belot kepada perjuangan Islam tanah air.
Siddiq Fadhil walaupun kelihatan merestui pendekatan politik-dakwah
yang cuba diuji oleh bekas presidennya Anwar Ibrahim, beliau berhujah
bahawa penglibatan dalam sistem pilihanraya bukanlah suatu metode yang
asasi (uslub asasi) atau tugas utama (jawhar al-‘Amal); tetapi hanyalah
7
Siddiq Fadhil (1989), “Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan”, dalam Koleksi
Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM, Mengangkat Martabat Umat, Kuala
Lumpur: Dewan Pustaka Islam, h. 4. Idea yang juga boleh dianggap sebagai
objektif utama ABIM juga diterangkan oleh Mohammad Nor Manutty dalam
kajian beliau, lihat, “Perception of Social Change in Contemporary Malaysia: A
Critical Analysis of ABIM’s Role impact Among the Perception of the Muslim
Youth ” (Tesis Ph.D Universiti Temple USA), h. 227.
8
Surah Ali-‘Imran 3: 104.
9
Siddiq Fadhil, “Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan”, dalam Koleksi Ucapan
Dasar Muktamar Sanawi ABIM, Mengangkat Martabat Umat, h. 19.

68
Ketokohan Dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
sebagai perkara kedua (umur janabiyyah). Oleh itu, beliau dengan tegas
menyatakan bahawa aktiviti politik tidak boleh diletakkan mengatasi
kepentingan gerakan Islam dan tugas utama Islam itu sendiri (jawhar al-
‘Amal al-Islami).10 Siddiq Fadhil menerangkan bahawa sifat ABIM sebagai
sebuah oraganisasi dakwah yang non-partisan sebenarnya mempunyai lebih
banyak peranan yang boleh dimainkan. Pemikiran ini cuba diketengahkan
dalam Muktamar Tahunan ABIM pada tahun 1983 melalui ucapan dasarnya
yang bertajuk Menyahut Cabaran Abad Kebangunan:
Kita bukan sekadar badan tabligh dalam yang sempit, kita bukan
sekadar badan kebajikan pengumpul dan mangsa kecelakaan,
kita bukan psrti politik pemburu undi, kita bukan sekadar badan
koperasi ekonomi pengaut laba. Tetapi kita adalah Harakah
Islamiah pelanjut tugas pengembangan dan pelaksanaan risalah
samawiyyah yang serba lengkap – mencakupi seluruh manusia,
meratai segala tempat, meliputi setiap zaman dan menggenapi
segala bidang kehidupan. Di hadapan kita terbentang gelanggang
yang amat luas untuk dijelajahi dalam rangka melaksanakan
risalah Islam sebagai pendakwah, sebagai pentarbiyyah, sebagai
juru Islah, sebagai pembela kaum mustad‘afin, sebagai pejuang
ekonomi umat, sebagai tanda politik non-partisan, sebagai
pengempur terhadap mereka yang cuba mencabul kedaulatan
ajaran Allah.11
Kritikan Siddiq terhadap tindakan dan pendekatan Anwar secara tidak
langsung melalui para-para terakhir ucapan di atas walaupun membayangkan
ketidakpersetujuan ABIM terhadap mereka yang seolah-olah menjadikan
organisasi itu sebagai batu loncatan sebelum menyertai UMNO, beliau
tetap bertegas dengan pendekatan sederhana. Justeru itu, beliau tidak
bersetuju dengan kritikan membuta tuli kepada mad‘u.12 Sebaliknya beliau
secara tidak langsung menyampaikan cadangan agar Islamisasi yang cuba
dirintis oleh Anwar itu mengambilkira beberapa perubahan yang mendasar
serta mempunyai program yang tersusun dari sudut awlawiyyah atau
prioritinya. Antara lain ia meliputi penghapusan perkara-perkara yang nyata
bertentangan dengan nas-nas yang qat’i; pelaksanaan dasar pokok ajaran
Islam seperti perpaduan ummah, kemuliaan insan dan keadilan sosial;
10
Ibid., h. 25.
11
Siddiq Fadhil, “Menyahut Cabaran Abad Kebangunan”, dalam Koleksi Ucapan
Dasar Muktamar Sanawi ABIM, Mengangkat Martabat Umat, h. 66.
12
Untuk maklumat lanjut mengenai persoalan kekasaran dalam dakwah gerakan
Islam khususnya PAS lihat Badlihisham Mohd Nasir dan Che Yusof Che Mamat
(2002), “Isu Etika dalam Gerakan Islam: Sorotan Terhadap PAS” dalam jurnal
Jebat, FSSK Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 25 - 47.

69
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
pemerataan kesedaran Islamiah dan; pelaksanaan sistem pendidikan Islam.
Apa yang penting, proses Islamisasi merujuk kepada proses substance
bukanlah suatu yang berupa label atau hiasan semata-mata.13
Penekanan terhadap pendekatan yang lembut ini dapat dilihat dengan
jelas dalam ucapan dasarnya dalam tahun 1984, bertajuk Da‘i Pembina
Aqidah Pembangun Ummah. Beliau menyandarkan pemikiran berkenaan
kepada pandangan tokoh-tokoh gerakan Islam seperti Hassan al-Banna,
Yusuf al-Qaradawi dan Muhammad al-Ghazali, yang secara konsisten
menolak keganasan dalam melaksanakan dakwah. Sebagai contoh, beliau
memetik pandangan Dr. Yusuf al-Qaradawi yang berpandangan bahawa
Islam hanya membenarkan kekerasan dalam dua keadaan iaitu ketika
menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam dan berhadapan dengan
musuh di medan perang.14 Berteraskan kefahaman ini, Siddiq mengkritik
mereka yang mencemarkan keindahan dakwah dengan menggunakan
kritikan keras dalam pelaksanaan Amar Makruf dan Nahi Munkar. Beliau
dipetik sebagai berkata:
Dakwah tidak seharusnya membeku dalam bentuk seruan-seruan
retorika semata-mata. Amr Ma‘ruf harus lebih banyak digarap
secara Lisan al-Hal – dengan khidmat amal bakti dengan model
teladan, dengan sarana dan program konkrit. Amr Ma‘ruf
harus ditingkatkan kepada bentuk problem solving, penyediaan
sarana dan jawapan praktis kepada persoalan-persoalan
semasa. Demikian pula halnya dengan Nahi Munkar yang harus
digarap bukan dengan hanya memuntahkan kalimah-kalimah
yang menghina dan provokatif, bukan dengan membelasah
penuh emosi, semacam mendapat nikmat besar apabila timbul
isu yang boleh dieksploitasi. Nahi Munkar seharusnya kritik
yang jujur dan membina dengan hujah-hujah yang dilengkapi
data, fakta dan angka, dilafazkan dalam nada bahasa da‘i yang
lunak kerana para da‘i adalah berbicara kepada akal dan fitrah
manusia. Sesungguhnya da‘i adalah penyelamat bukan pelaknat
dan bukan tukang sorak pemulang paku buah keras. Da‘i adalah
penyeru bukan penyerang, bukan pembangkang melulu dan
bukan pula penyokong melulu, mereka adalah al-Amiruna bi al-

13
Lihat pandangan lanjut beliau mengenai dakwah dan politik dalam Siddiq Fadhil
(2005), “Dakwah dan Politik: Masalah Etika dan Pendekatan”, dalam Zulkiple
Abd. Ghani dan Mohd Syukri Yeoh (ed.), Dakwah dan Etika Politik di Malaysia.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., h. 118 – 124.
14
Siddiq Fadhil, “Da‘i Pembina Aqidah Pembangun Ummah”, dalam Koleksi
Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM, Mengangkat Martabat Umat, h.
75-79.

70
Ketokohan Dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
Ma‘ruf wa ‘annahuna ‘an al-Munkar - penyeru kebaikan dan
pencegah kemungkaran.15
Kritikan di atas tidak syak lagi bahawa kritikan tersebut ditujukan kepada
Parti Islam Semalaysia (PAS) yang dilihat sering menggunakan kata-kata
kasar dalam pelaksanaan dakwahnya. Pendekatan ini bercanggah dengan
pemikiran dakwah Siddiq Fadhil yang menegaskan bahawa ABIM sama
sekali tidak bersetuju dengan kaedah sedemikian lebih-lebih lagi dengan
menyemarakan pelabelan takfir dalam dakwah. Beliau sebaliknya cenderung
kepada konsep Du‘ah la Quda’ (Pendakwah bukan Penghukum) seperti
yang dipopularkan oleh Sheikh Hassan Hudaybi seorang pemimpin utama
Ikhwan. Beliau menerangkan bahawa tugas Qadi berbeza dengan tugas
seorang da‘i. Tugas seorang Qadi adalah menghakimi dan menghukum
pesalah, manakala tugas seorang da‘i pula menyampai dan membimbing
seseorang ke arah kehidupan yang benar; seorang yang berdosa kepada
bertaubat; seorang yang jahil kepada ilmu dan kufur kepada Islam.16
Senada dengan pemikiran Arqam, Siddiq juga menyedari bahawa
pendekatan dakwah yang hanya menekankan aspek politik boleh
menyebabkan tindakbalas negatif dari mad’u, khususnya di kalangan
non-Muslim. Oleh itu, Siddiq Fadhil serius mahukan Islam disampaikan
melintasi batas dan sempadan perkauman. Sebagaimana pemikiran Tunku
Abdul Rahman yang pernah memimpin pertubuhan dakwah PERKIM,
beliau menekankan bahawa suatu usaha dakwah berbentuk aktiviti
outreach harus terus diperkasakan dalam usaha meningkatkan jumlah
pemelukan Islam di kalangan kaum Cina dan India. Namun demikian,
beliau menyedari hakikat bahawa pengislaman mereka banyak bergantung
kepada kejayaan dakwah di kalangan orang-orang Melayu.17
Siddiq melihat bahawa hambatan utama kepada usaha ini ialah masalah
perpaduan di kalangan orang Melayu itu sendiri. Lantaran, beliau meneruskan
kritikannya terhadap ahli-ahli politik tanpa mengira mana-mana parti
yang hanya berminat mengejar kuasa dan menambahkan jumlah pengikut
masing-masing. Beliau menyelitkan pemikiran ini dalam ucapan dasarnya
pada tahun 1985 yang bertajuk Mengembeling Tenaga Ke Arah Peningkatan
Prestasi Amal Islami. Beliau mengemakan seruan bahawa sengketa politik
di kalangan parti politik Melayu mestilah diselesaikan menerusi kaedah
Adab al-Ikhtilaf yang menyarankan supaya bekerjasama dalam urusan
yang disepakati dan berkompromi dalam urusan yang diperselisihkan.
Idealisme ini digagaskan kepada pandangan tokoh-tokoh gerakan Islam
15
Ibid., h. 77.
16
Ibid., h. 84-85.
17
Ibid., h. 92. Islamic Outreach ABIM telah ditubuhkan bagi tujuan konversi di
kalangan non-Muslim.

71
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
tersohor seperti Dr. Yusuf Qaradawi dan Taha Jabir al-Ulwani.18 Beliau
menasihatkan kepada ahli ABIM supaya berpegang kepada kaedah ini serta
tidak menjadikan kekuasaan sebagai ukuran mutlak bagi menilai kejayaan
dakwah Islamiah. Penekanan kepada kekuasaan boleh menimbulkan salah
faham bahawa kuasa dianggap sebagai matlamat kepada dakwah, sedangkan
aspek penting seperti Tarbiyyah dan Islah dalam masyarakat akan terabai.19
Sesuai dengan kondisi ABIM sebagai sebuah gerakan dakwah moden,
Siddiq Fadhil menyarankan bahawa gerakan tersebut perlu memilih sikap
yang lebih moderate dan liberal seperti yang disarankan oleh konsep
Wasatiyyah al-Islam. Hal ini dijelaskan dalam ucapan dasarnya pada
tahun 1986, bertajuk Gerakan Islam di Dunia Melayu - Tuntutan Zaman
dan Cabaran Lingkungan. Ucapan beliau banyak memuatkan analisis
terhadap pendekatan yang perlu diambil oleh gerakan Islam di Malaysia
agar sentiasa releven dengan suasana dan tuntutan di negara ini. Gagasan
ini tidak mengenepikan asas dan prinsip dalam gerakan Islam sebaliknya
lebih menekankan aspek pendekatan yang bersesuaian dengan realiti Alam
Melayu. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam dunia pengajian
Melayu, beliau berjaya menganalisis realiti ini berdasarkan prinsip-prinsip
Islam yang thawabit. Beliau meneguhkan gagasan ini dengan merujuk
kepada idea Rashid Gannushi seorang tokoh gerakan Islam Tunisia, yang
popular dengan saranan al-Waqi‘iyyah al-Mu’assalah atau (realistik yang
berprinsip) dalam dakwah. Oleh itu, beliau menyeru supaya ABIM lebih
realistik dalam menghadapi era modernisasi dengan tidak mengenepikan
perjuangan asas yang dilakukan oleh gerakan Islam. Ironisnya, beliau
merujuk PAS sebagai salah sebuah gerakan yang memainkan peranan penting
dalam memikul asas tersebut.20 Kenyataan ini di samping menjelaskan
bahawa beliau masih mempunyai persepsi yang positif terhadap gerakan
politik Islam itu walaupun berbeza dari khususnya dari sudut pendekatan;
ABIM dan PAS pada dasarnya mempunyai landskap fundamental yang
sama dalam memperkasakan Islam di negara ini. Hakikat ini sebenarnya
telah ditelah oleh sarjana Barat iaitu:
Although PAS and ABIM were incompatible in a number of ways,
there seemed to be potentially powerful coalition in the making.
18
Lihat huraian lanjut mengenai Adab al-Ikhtilaf dalam al-Qaradawi, Yusuf
(1994), al-Sahwah al-Islamiyyah Bayna al-Ikhtilaf al-Mashru’ wa al-Tafarruq
al-Mazmum. Mansurah: Dar al-Wafa’.
19
Siddiq Fadhil, “Menggembeling Tenaga Ke Arah Peningkatan Prestasi Amal
Islami”, Koleksi Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM, Mengangkat Martabat
Umat, h. 119.
20
Siddiq Fadhil, “Gerakan Islam di Dunia Melayu- Tuntutan Zaman dan Cabaran
Lingkungan”, dalam Koleksi Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM,
Mengangkat Martabat Umat, h. 151.

72
Ketokohan Dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
Both sought an Islamic state. Both had important members who
were enamoured of the Iranian revolution, and both invoked the
idea of a revitalised Islamic consciousness as a chief means of
solidifying the position of the Malays. PAS did succeed in recruiting
a number of young Arabic-educated Islamic fundamentalists, some
of whom had been ABIM members.21
Apa yang sebenarnya yang membezakan ABIM dan PAS ialah dari aspek
penekanan terhadap proses pentarbiyahan. Walaupun PAS tampil dengan
imej yang lebih Ikhwani di bawah Kepimpinan Ulama’nya pada awal
1980an, ABIM dilihat membudayakannya sejak awal penubuhan gerakan
itu. Bahkan ia sentiasa menjadi teras kepada pemikiran dakwahnya. Oleh
itu tidak hairanlah jika Siddiq Fadhil terus menitikberatkannya dalam
ucapan dasar pada tahun 1987, bertajuk Perkuatkan Wadah, Perhebatkan
Dakwah, Pertingkatkan Tarbiyyah: Menuju Pembinaan Tamadun Khayra
Ummah). Siddiq Fadhil berkeyakinan bahawa pendidikan Haraki (Tarbiyyah
Harakiyyah) di kalangan ahli ABIM mampu melahirkan kader Islam yang
menjalani kehidupan seorang Muslim yang sebenar serta dapat menarik
orang lain kepada Islam. Tarbiyyah juga menyediakan seseorang dengan
keupayaan intellektual dalam mana-mana perdebatan. Justeru, ia berupaya
menyampaikan mesej Islam dengan lebih jelas dan efektif. Tarbiyyah juga
dapat membina keupayaan berfikir bagi menyelesaikan masalah kehidupan
dengan cara menonjolkan alternatif Islam kepada sistem sekular.22
Beliau sebaliknya percaya bahawa Tarbiyyah Harakiyyah dalam
dimensi sosial (Janib al-Ijtima‘i) mampu melahirkan tangungjawab sosial
atau kesedaran di kalangan para da‘i. Beliau meneruskan gagasan idea
Yusuf Qaradawi bahawa dakwah boleh dilakukan melalui program khidmat
sosial dengan mengambilkira empat perkara pokok iaitu; (i) menyedari
bahawa tugas dakwah adalah sebenarnya perintah dan amanah dari Allah,
(ii) dakwah tidak hanya boleh dikongkong oleh aktiviti verbal dan tulisan
semata-mata, (iii) tidak semua pendakwah berkebolehan berceramah dan
menulis. Oleh itu, mereka wajar melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan
kebajikan sebagai alternatif dalam melaksanakan dakwah, (iv) para da‘i
tidak harus menunggu penubuhan negara Islam bagi membuktikan Islam
21
Mauze, Dian K. and Milne, R.S. (1998), “The Mahathir Administration:
Discipline Through Islam”, dalam Gale, Bruce (ed.), Readings in Malaysian
Politics, Petaling Jaya: Pelanduk Publication, h. 89. Esposito pula mendakwa
bahawa PAS dan ABIM mendapat inspirasi dari gerakan Ikhwan al-Muslimun
dan Revolusi Islam di Iran. Lihat Esposito, J.L. (1992), The Islamic Threat Myth
or Reality? New York: Oxford, University, h. 20.
22
Siddiq Fadhil, “Perkuatkan Wadah, Perhebatkan Dakwah: Menuju Pembinaan
Tamadun Khayra Ummah”, dalam Koleksi Ucapan Dasar Muktamar Sanawi
ABIM, Mengangkat Martabat Umat, h. 168.

73
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
berupaya mentadbir. Dalam masa yang sama, para da‘i harus membuktikan
serta menunjukkan potensi negara Islam menerusi penglibatan dalam
aktiviti sosial dan kebajikan.23
Pemikiran beliau yang peka kepada aktiviti sosial dan mengkritik sikap
pasif golongan yang hanya mengharapkan penubuhan negara Islam semata-
mata ini sebenarnya dikongsi bersama oleh pemimpin al-Arqam, Ashaari
Muhammad yang berpendapat bahawa tanggungjawab memenuhi tuntutan
Fardhu Kifayah terlebih dahulu berbanding politik menegakkan sebuah
negara Islam.24 Pemikiran seperti ini memberi gambaran bahawa pendekatan
sebuah gerakan dakwah terletak kepada reformasi sosial, bukannya politik
semata-mata.
Walaubagaimanapun Siddiq Fadhil tidak menolak pendekatan dakwah
menerusi politik. Dalam Ucapan Dasar Presiden pada tahun 1988 yang
bertajuk Mengangkat Marabat Umat, beliau menekankan bahawa dakwah
dapat diaplikasikan dalam konteks politik khususnya menerusi kawalan
moral (akhlak) dalam semua aktiviti politik. Contohnya, seorang ahli
politik hendaklah bertanggungjawab terhadap perjuangan Islam, hidupnya
hendaklah berdasarkan kepada tuntutan agama. Daripada sini, beliau
mengesan potensi ABIM sebagai mediator dalam menyelesaikan masalah
politik ummah khususnya menerusi gagasan Corrective Participation
sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh ulama terdahulu. Gagasan ini
menyarankan agar penglibatan pendakwah adalah bagi tujuan untuk Islah
semata-mata, bukannya untuk mengejar habuan keduniaan.
Bagi memperkuatkan asas pemikiran ini, beliau menyebut peranan
Mundhir Ibn Sa‘id, seorang Qadi yang berada di bawah pemerintahan
Khalifah ‘Abd al-Rahman al-Nasir di Sepanyol tetapi turut bersikap kritikal
terhadap tindakan beliau dalam membiayai projek mewah ketika itu.25
23
Ibid., h. 179-180.
24
Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia Sejarah dan Aliran, h.
137. Lihat juga Ahmad Fauzi Abdul Hamid, “Pemerintahan dan Gerakan Islam
di Malaysia”, Jurnal Pemikir, bil. 23, Januari-Mac 2001.
25
Siddiq Fadhil, “Mengangkat Martabat Umat”, Koleksi Ucapan Dasar Muktamar
Sanawi ABIM, Mengangkat Martabat Umat, h. 198. Beliau memperjelaskan
dengan lebih detail konsep corrective participation atau corrective-constructive
ini sebagai suatu strategi menangani realiti unik politik di Malaysia. Strategi ini
cuba menghentikan bentuk konfrontasi secara terus menerus tetapi sebaliknya
cuba melihat kewujudan peluang untuk sama-sama menjayakan dasar dan
program kerajaan yang selaras dengan tuntutan Islam. Pendekatan ini selaras
dengan pendekatan ulama Alam Melayu dalam pembinaan kesultanan Melayu
dengan penerapan prinsip dan ajaran Islam sehingga terhasilnya transformasi
ideologi dalam politik Melayu dan penggabungan negeri-negeri kesultanan
Melayu ke dalam lingkungan keluarga besar Darul Islam di bawah Khilafah
Islamiyyah. Peranan ulama yang bukan bersikap yes-man ini dapat dirujuk dalam

74
Ketokohan Dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
Anjuran pemikiran beliau ini seolah-olah membenarkan telahan ramai pihak
bahawa kepimpinan ABIM menyokong pendekatan dakwah “membaiki
dari dalam sistem” yang sedang diusahakan oleh bekas Presidennya Anwar
Ibrahim pada ketika itu. Pada kacamata ABIM, Anwar Ibrahim adalah tokoh
yang benar-benar menekuni pendekatan yang telah dicuba oleh para ulama’
yang berada dalam kerajaan tetapi masih bersikap objektif dan kritikal
terhadap penyelewengan yang berlaku. Inilah suatu contoh pendekatan
politik yang berpaksikan kawalan nilai moral yang menjadi asas penting
dalam dakwah Islamiah.
Selain faktor moral, umum mengetahui bahawa pemikiran dakwah
banyak dipengaruhi oleh prinsip asasnya iaitu al-Hikmah. Dr. Siddiq tidak
ketinggalan memberikan erti yang lebih luas mengenai Hikmah khususnya
bagi mewakili perspektif ABIM. Beliau memugarkannya di dalam Ucapan
Dasar Presiden ke 18 pada tahun 1989 yang bertajuk Demi Survival Ummah.
Hikmah yang dilihat beliau sebagai anti-tesis kepada gejala radikalisme-
ekstremisme yang melanda sebahagian gerakan Islam dengan pesona
retorik berapi seperti kafir, jahiliyyah, taghut, mustakbirin dan sebagainya
mempunyai makna yang istimewa dalam dakwah iaitu:
Dakwah adalah merupakan satu lagi amanah yang harus
dilaksanakan dengan penuh hikmah. Kejayaan dakwah akan
banyak bergantung kepada para pendakwah berkualiti ulil al-bab,
berdaya intelek akal budi yang tinggi, ungkapan Qur’aniyyah
yang diulang-ulang hingga enam belas kali. Tanpa hikmah dari
pendakwah ulil al-bab akan terus berulanglah kegagalan dakwah
sebagaimana yang disebut oleh Al-Shaykh Muhammad al-Ghazzali
sebagai pendakwah yang khathiri ‘an-nashat, khalil al- fiqh - hanya
banyak aktiviti tetapi dangkal ilmu dan kefahamannya. Namun
demikian kita tetap menyedari, walau betapa berhikmahnya
sekalipun - tetap akan menghadapi tentangan.
Sebaliknya, beliau menyeru supaya bersikap istiqamah dalam dakwah yang
berhikmah, mencari kawan yang sebanyak mungkin, mencari titik-titik
persefahaman kalimatun sawa’ sebanyak mungkin. Gerakan Islam khususnya
dalam konteks Malaysia tidak seharusnya terlalu bersikap eksklusif, tidak
bersedia untuk bekerjasama dengan pihak-pihak di luar kelompok sendiri.
Dengan semangat inilah, maka beliau menyambut baik hasrat pihak-pihak
yang ingin berdialog, berunding, bekerjasama dan bersilaturahim.2
Di antara hikmah atau kebijaksanaan Ulu al-Bab yang perlu diberikan
prioriti dalam pendekatan dakwah adalah dengan terjun secara langsung ke
dalam masyarakat melalui program Da‘wah bi al-Hal di atas nama projek

banyak karya-karya besar seperti Bustan al-Salatin dan Safinah al-Hukkam.


Lihat Ucapan Dasar Presiden ke 19, 1990.

75
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
Community Development. Walaupun tanggungjawab tersebut terletak di
bawah kerajaan, tetapi gerakan dakwah tidak boleh melepaskan diri mereka
dari tanggungjawab menyatun golongan miskin dan terbiar. Ini kerana ayat
perintah membela golongan miskin tidak ditujukan kepada pemerintah tetapi
kepada semua. Menurut beliau dakwah tidak akan bererti jika membiarkan
umat ditarik kepada kekufuran menerusi kemiskinan. Golongan inilah
yang sering menjadi sasaran Komunis dan Kristian. Pemikiran beliau ini
diasaskan kepada sikap Saidina ‘Ali k.w. yang dikatakan tidak senang
terhadap ancaman kemiskinan. Baginda pernah diriwayatkan sebagai berkata
bahawa jika sekiranya kemiskinan itu makhluk yang hidup, nescaya ia akan
dibunuhnya. Oleh itu, tumpuan tidak hanya diberikan kepada permasalahan
umat Islam di tanahair sendiri bahkan turut menyingkap penderitaan umat
di seluruh dunia.3
Dr. Siddiq yang semakin yakin dengan formulasi pendekatan dakwah
yang moderate itu cuba memberikan halatuju baru yang dianggap lebih
berkesan bagi menjamin kejayaan dakwah Islamiah. Dalam ucapan dasarnya
yang ke 19 bertajuk “Keperihatinan Ummat Dalam Senario Politik 90-an”,
beliau cuba memberi arah politik yang lebih jelas kepada ahli-ahli ABIM.
Mereka diminta supaya lebih bersikap Husn al-Zan terhadap polisi Islamisasi
yang dilancarkan oleh kerajaan. Pendekatan kerajaan terhadap Islam tidak
boleh dianggap Masjid Dirar, tetapi harus dilihat dari perspektif dakwah
dalam konteks Tatbiq al-Shari‘ah. Beliau juga mendakwa bahawa proses
ini adalah berbeza dengan apa yang berlaku semasa perkongsian kuasa di
antara PAS dan UMNO di dalam Barisan Nasional pada pertengahan tahun
1970an, kerana mereka tidak begitu serius melaksanakan program Islamisasi
di dalam kerajaan. Justeru itu, beliau menggalakkan ahli-ahli ABIM supaya
memainkan peranan yang aktif dalam politik walaupun beliau menegaskan
bahawa organisasi ABIM sendiri akan konsisten dengan prinsip non-
partisannya.26 Beliau secara tidak langsung menggemakan aspirasi dan hala
tuju politik ABIM yang dilihat mempertikaikan kewibawaan PAS sebagai
parti alternatif kepada UMNO:
Saudara-saudara sedang berhadapan dengan persoalan besar,
apakah pentadbiran sekarang – dengan segala kelemahan dan
kekuatannya – memerlukan alternatif? Kalau memang ada
alternatif yang lebih baik, tentulah persoalannya menjadi mudah.
Tetapi apakah ada alternatif yang sebenar-benarnya alternatif?.
Adakah wadah-wadah yang menampilkan diri sebagai alternatif
itu benar-benar telah mempersiapkan diri sebagai alternatif?
Atau cuma bersiap sekadar untuk menambah kerusi, bukan untuk
memerintah atau menjadi alternatif. Sebagai golongan yang
Siddiq Fadhil, “Keperihatinan Ummat Dalam Senario Politik ‘90-an”, Ucapan
26

Dasar Presiden ke 19. 1990.

76
Ketokohan Dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
memperjuangkan aspirasi Islam, termasuk aspirasi politiknya,
saudara-saudara akan memiliki wadah yang mampu menerima
titipan amanah penyaluran aspirasi politik Islam itu. tetapi soalnya
apakah ada wadah yang mempunyai kredibiliti yang masih utuh
sebagai wadah politik Islam?27
Sebelum mengundurkan diri dari menerajui ABIM, Dr. Siddiq memberikan
komen yang agak kritikal dalam menilai semula gagasan pemikiran
dakwahnya sebelum ini. Dalam Ucapan Dasar Presiden ke 20 pada tahun
1991, bertajuk Gerakan Islam Era 1990an, Visi dan Strategi, Siddiq Fadhil
mendakwa bahawa kefahaman yang baik terhadap method dakwah yang
dianjurkannya itu berjaya mematangkan ABIM.
Ini dapat dilihat daripada beberapa perubahan iaitu daripada
orientasi table banging to problem solving, daripada politik konfrontasi
kepada diplomasi dialog. Ini semua menggambarkan betapa pendekatan
dakwah ABIM yang berasaskan kepada Hikmah telah menjadikannya
lebih kreatif dan inovatif dalam meneroka formula baru bagi dakwah. Ini
semua memberikan ramuan terbaik bagi menghasilkan suatu kaedah ala
Malaysia (Manhaj Malizi) yang sudah tentu berbeza dengan pendekatan
yang harus dilakukan di negara-negara lain. Beliau percaya bahawa
metode ini berjaya membuahkan kejayaan sehingga ada pihak yang
dahulunya mengecam hebat pendekatan ABIM kini terpaksa menelannya
semula.28 Ramai pihak percaya kritikan ini ditujukan kepada IRC yang
dilihat begitu kritikal terhadap tindakan Anwar menyertai UMNO pada
tahun 1982. Gerakan ini yang pernah menyamakan tindakan tersebut
sebagai terjun ke dalam tong tahi bagi membersihkan najis dari dalam,
kini dilihat beliau cuba menukar strategi garis keras pendekatannya
dengan menubuhkan JIM (Jemaah Islah Malaysia) yang akhirnya
membawa misi Islah secara terbuka ke tengah masyarakat.29
Di antara pesanan beliau yang mengambarkan agar pemikiran yang
diasaskannya terus dipelihara seusai penerajuaannya ialah supaya ABIM
melaksanakan dakwah dengan cara yang lebih sistematik disamping terus
beristiqamah dengan wadah yang ada. ABIM dan lain-lain gerakan Islam
harus mampu mengundang khalayak yang lebih luas meliputi kalangan
bukan Islam sehingga kebangkitan Islam nanti tidak hanya bererti
pembinaan internal atau pengentalan dalaman tetapi sekaligus sebagai suatu
gelombang pemerataan dakwah di kalangan umat manusia seluruhnya. Di
27
Ibid., h. 12.
28
Siddiq Fadhil (1992), Islamic Movement in the ‘90’ Vision and Strategy. Petaling
Jaya: ABIM, h. 4.
29
Lihat (1984), Isu-isu Semasa Satu Analisis Gerakan Islam 1981-1983.
Manchester: MSM.

77
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
samping mengingatkan cabaran Kristianisasi yang melanda Asia, beliau
turut mengkritik mereka yang begitu terpengaruh dengan budaya luar
seperti Confusionisme dan Buddhisme dalam cubaan ghairah membina
nilai-nilai positif sejagat. Beliau juga menimbulkan persoalan apakah
Wawasan 2020 akan memanfaatkan terus berteraskan dasar dan falsafah
Islam seperti yang diperjuangkan oleh ABIM. Akhirnya beliau cuba
memberikan jawapan terhadap persoalan yang sering membelenggu ramai
pihak bila membicarakan pemikiran politik ABIM yang dianggap kabur itu.
Beliau menegaskan:
Gerakan Islam harus merupakan suatu kekuatan politik sekalipun
ia bukan sebuah parti politik. ABIM memang bukan parti politik
tetapi kita tetap mempunyai peranan dan permainan politik yang
tersendiri sebagaimana yang telah kita buktikan di sepanjang
dua dekad yang lalu. Memang tidak semua orang senang
dengan pendirian-pendirian politik yang kita ambil, malah kita
pernah dicabar oleh orang-orang tertentu agar mengistiharkan
diri sebagai parti politik. Di samping itu, ada pula pihak yang
menuduh Islam ABIM tidak syumul kerana tidak berpolitik dalam
erti berparti. Mereka tidak faham bahawa yang namanya politik
bukanlah monopoli orang-orang parti. Dakwah Amar Makruf
Nahi Munkar mempunyai medan yang luas, meliputi perjuangan
menegakkan kemakrufan politik dan menentang kemunkaran
politik. Dalam kerangka dakwah yang luas itulah kita meratakan
kesedaran politik di kalangan umat, mendewasakan amalan
berpolitik, membudayakan politik bermoral, membina perpaduan
ummah, memperjuangkan dominasi umat dalam politik negara,
memperjelaskan isu-isu yang dipolitikan, menentang gejala politik
wang, menentang penyalahgunaan kuasa dan lain-lain. Apabila
kita memperjuangkan Islam sebagai sistem hidup yang sempurna
bererti kita juga memperjuangkan pelaksanaan prinsip-prinsip
dan nilai-nilai dasar politik Islam seperti keunggulan syariat,
hak-hak asasi manusia, keadilan sosial, amalan musyawarah
dan sebagainya.
Pemikiran dakwah Dr. Siddiq diteruskan dan dikembangkan oleh penganti
beliau iaitu Dr. Mohd Nur Manutty, Azam Abdul Rahman dan Yusri
Mohamad. Aliran pemikiran dakwah beliau yang mendokong aliran moderate
ini dilihat mengalami beberapa perubahan justeru berlakunya Anwar
Saga pada tahun 1998. Walaupun pada dasarnya beliau tetap mendokong
wadah dan pendekatan ABIM, kritikannya terhadap isu ini dilihat seolah-
olah akur bahawa dakwah juga kadangkala perlu bersikap “tegas” dan
“kritikal” terhadap fenomena tertentu. Di samping mempertahankan Anwar

78
Ketokohan Dan Pemikiran Dakwah Dato’ Dr. Siddiq Fadhil
secara tidak langsung, beliau yakin bahawa kepercayaan rakyat terhadap
pemerintah hanya dapat dipulihkan menerusi beberapa pendekatan seperti
sikap yang terbuka terhadap kritikan, menghentikan pembaziran dan
budaya KKN, kepimpinan melalui tauladan, ketelusan dan mengutamakan
kepentingan rakyat.30
Siddiq juga secara kritis mengulas fenomena mustakbirin dan
mustad‘afin yang lazimnya dipopularkan oleh PAS. Beliau juga menyeru
supaya dakwah yang merupakan penerusan misi propetis itu dilaksanakan
dengan memberi tumpuan kepada aspek pembebasan umat dari kezaliman
dan kejahilan, mendidik dan membina jiwa umat yang merdeka serta
menyalurkan kebebasan bersuara sama ada secara al-Amr bi al-Ma‘ruf Nahy
`an al-Munkar, amalan Shura dan dialog. Beliau memetik perihal dakwah
Nabi Musa yang terpaksa berdepan dengan kezaliman Fir‘aun. Mungkin
berdasarkan tafsiran seumpama ini, segelintir masyarakat mempopularkan
gelaran Maha Firaun; merujuk kepada kezaliman yang dilakukan oleh
seseorang pemimpin besar negara terhadap Anwar Ibrahim. Namun
demikian, sebagai seorang da‘i yang mempunyai pemikiran dakwah yang
objektif serta terancang dengan skema yang konstruktif, beliau menegaskan
bahawa ianya harus dilakukan secara berhikmah yang merujuk kepada
Surah al-Nahl, ayat 125. Beliau juga memperkenalkan Dialog Ibrahimi yang
diambil dari pendekatan dakwah Nabi Ibrahim khususnya ketika berdialog
dengan sopan dan menyakinkan dengan ayahnya.31
Penyelesaian yang penuh hikmah dalam pemikiran Siddiq Fadhil jelas
terserlah apabila beliau menyarankan supaya gerakan dakwah menjadikan
Islah dalam mendamaikan konflik sebagai agenda besar mereka. Gerakan
dakwah hendaklah berani melihat isu ini secara objektif, realistik dan
adil. Tanpa kejujuran, segala perbincangan mengenainya hanya akan
menjadi retorik basi semata-mata. Sebaliknya, gerakan Islam perlu mencari
punca sebenar sesuatu konflik serta cuba menyelesaikannya berdasarkan
perspektif al-Qur’an. Proses penyelesaian konflik dapat dicapai melalui
kaedah seperti mewujudkan suasana kondusif, memahami dan menghayati
Islam sebagai agama cara hidup yang komprehensif dan sempurna, iltizam
melaksanakan keadilan, membina sikap saling percaya, meningkatkan
semangat persaudaraan dan kasih sayang, memperluas amalan syura,
mendominankan aliran sederhana serta memperbaiki hubungan ‘ulama’-
umara’ (ilmuan-pemerintah).32
30
Siddiq Fadhil, “Kegawatan Ekonomi: Perspektif Agama”, Siri Syarahan
Keperihatinan Umat Balai Budaya Tun Syed Nasir Ismail, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 7 Jun 1998.
31
Siddiq Fadhil (2003), Perspektif Qur’ani Siri Wacana Tematik. Kuala Lumpur:
Tradisi Ilmu Sdn. Bhd., h. 21 - 61.
32
Ibid., h. 127 - 144.

79
Jurnal Usuluddin, Bil 27 [2008] 61-80
Ringkasnya, ramuan dakwah yang dianjurkan oleh Dr. Siddiq haruslah
berdasarkan prinsip sejahtera serta bergantung kepada kemampuan tersendiri.
Pelaksanaan konsep al-Amr bi al-Ma‘ruf Nahy `an al-Munkar dalam
dakwah haruslah selaras dengan prinsip ini. Oleh itu, dakwah akan terus
subur meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.
Kebijakan dakwah yang berteraskan Hikmah haruslah dikembangkan
dalam ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan bagi perkembangan Islam.
Tidak hairanlah jika beliau cuba mengelak menggunakan istilah Islam
Hadhari yang didakwanya terdedah kepada kontroversi dari sudut istilah
dan konseptual, tetapi terus memanfaatkannya sama ada dalam konteks
peribadi dan gerakan yang didokongi; demi menerangkan risalah dakwah
yang sebenar seperti yang dituntut oleh Islam. Mungkin di situlah letaknya
keunikan sebuah pendekatan dakwah yang anjal tetapi tetap berpegang
kepada prinsip yang diyakini benar dalam perjuangan Islam. Hakikat inilah
yang membezakan gerakan yang mendokongi pemikirannya seperti ABIM
berbanding dengan yang lain.33

PENUTUP
Berdasarkan sorotan di atas, adalah jelas bahawa ketokohan Dr. Siddiq
Fadhil sebagai seorang pemimpin gerakan Islam seperti ABIM telah
memberi sumbangan yang sangat besar kepada perkembangan dakwah
khususnya dalam konteks keintelektualan yang mencabar. Ia bukan sahaja
berjaya menggarap gagasan dakwah yang bertamadun tetapi secara tidak
langsung juga telah mendahului sebahagian aspirasi Glokal yang meminta
pendokongnya supaya berfikir secara global tetapi bertindak berdasarkan
realiti lokal semasa. Pihak-pihak yang sering menilai beliau sebagai
opportunist politik mungkin boleh menyemak kembali analisis mereka
dengan memanfaatkan sikap terbuka beliau dan gerakan dakwahnya
bagi memperkasakan perkembangan Islam di Malaysia. Justeru itu,
adalah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ketokohan Dr. Siddiq
Fadhil dapat melayakkan beliau untuk dianggap sebagai salah seorang
cendekiawan mutakhir yang mempunyai otoriti dalam memperkatakan
mengenai pendekatan dakwah di Alam Melayu. Mungkin inilah bentuk
ketokohan ulama dakwah yang dikehendaki dalam pasca Islam Hadhari.
Walaubagaimanapun, sorotan ringkas ini perlu diperincikan secara
mendalam bagi memperkasakan dakwaan berkenaan secara ilmiah.

Temubual dengan Dr. Siddiq Fadhil di Darul Hikmah, Sungai Ramal pada 11.00
33

pagi, 13 Jun 2006.

80

You might also like