Usahawan Faiza

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

"SAYA ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini.

" Itulah azam, pemilik syarikat


pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Faiza Bawumi Sayed Ahmad ketika
ditemui Kosmo! di Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.
Ketika kebanyakan wanita seusianya berehat di rumah, Faiza, 58 dan nenek kepada 32 cucu
sibuk merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang
perniagaan di negara ini.
Faiza yang juga Pengarah Urusan Syarikat Faiza, sedang bertungkus-lumus mengeluarkan
beberapa produk baru yang dijangka masuk ke pasaran selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu
memastikan syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 1992 itu berada di landasan betul sekali gus
mencatatkan keuntungan saban tahun.
Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, Faiza pernah menjadi juruwang di kedai
milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam
bidang perniagaan.
"Kejayaan ini tidak datang dengan mudah, saya bermula dengan mengambil upah menjahit
sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur.
"Kemudian, saya beralih membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di
rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai," katanya yang mampu menguasai bahasa Melayu
setelah tiga bulan berada di Malaysia.
Ibu kepada tujuh anak itu menambah, modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk
membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya dibekalkan
oleh kaum lain.
Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum
menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum
balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.
Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis
beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.
"Pada mulanya, saya buntu juga melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di
hadapan rumah, namun saya nekad membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan
menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

"Sehingga kini, perniagaan beras keluaran syarikat saya mendapat sambutan. Meskipun
saingan sengit, kami telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan
Islam dan halal," katanya yang kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur, Kedah dan Terengganu.
Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik
untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi.
Faiza berkata, bagi membuktikan kebaikan beras itu, syarikatnya telah meminta Universiti Putra
Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang positif.
"Saya melabur berjuta ringgit bagi produk Taj Mahal dan telah meminta hak eksklusif daripada
Bernas," tambahnya yang gembira dengan sambutan orang ramai terhadap produk tersebut.
Walaupun syarikatnya menumpukan produk beras dan rempah, kini beliau sedang meneroka
bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap.
Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan
penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk
mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.
Ketika ini, syarikatnya telah memasarkan bubur herba penghujung tahun lalu dan mendapat
permintaan yang baik daripada para pelanggan.
Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin
dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang lain
juga di Sri Gading.
Kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak sembilan
tan bihun sehari, namun pada peringkat awal cuma
memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak
RM12 juta bagi tahun pertama.

Kehidupan
Faizah yang suka hidup bermasyarakat berkata, semua
usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan
kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar
di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang
susah.

FAIZA BAWUMI

Sebab itulah, syarikatnya bekerjasama dengan TV3 selaku penaja utama sejak lapan tahun lalu
menerusi program Bersamamu.

Dari segi kehidupan berkeluarga, Faizah menerapkan pendekatan supaya anak-anaknya hidup
berdikari. Sejak kecil anak-anaknya dilatih menjual dan mereka mendapat upah.
Bagaimanapun katanya, pendidikan menjadi keutamaan dan mereka diberi peluang menuntut
ilmu setinggi mungkin.
"Bukan semua anak saya terlibat dalam perniagaan, anak sulung dan kelima menjadi
pensyarah dan lima yang lain membantu Syarikat Faiza," katanya.
Bercerita tentang pengalaman menguruskan perniagaan tersebut, beliau pernah menangkap
pekerja yang menipu dan mencuri.
"Macam-macam cara orang hendak menipu dan saya pernah menangkap pekerja yang menjual
guni beras yang dimasukkan ke dalam lori. Guni beras ini harganya mahal di pasaran," katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?


y=2010&dt=0607&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3nBDPhIIg
Hakcipta terpelihara

Sejarah Kejayaan Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Faiza adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. Beliau
adalah wanita kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana
mengikut suaminya. Beliau fasih berbahasa Melayu dan mampu menguasai bahasa
Melayu setelah hanya tiga bulan berada di Malaysia.
Meskipun sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang juga seorang nenek kepada
32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya
dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.
Kisah bagaimana beliau dijodohkan dengan suaminya seorang lelaki asing yang
sedang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar ketika itu tidak pernah
dikenalinya, amat menarik dibaca.
Ketika bapanya menyuruh beliau berkahwin dengan jejaka itu Faiza Bawumi baru
sahaja berusia 16 tahun manakala suami beliau Abu Bakar Ahmad, 34. Namun
kerana taat akan suruhan bapanya yang menyuruh beliau mengahwini Abu Bakar
selepas bapanya yang beristikharah beberapa kali, Faiza akur.
Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau di bawa oleh
suaminya untuk berhijrah ke Malaysia. Untuk menghabiskan masa seharian, Faiza

mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukan bagi mengelakkan masanya terluang


begitu sahaja. Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat
dalam perniagaan sememangnya cenderung melakukan aktivit-aktivit perniagaan
kecil untuk memenuhi masa lapangnya.
KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK

Kejayaan syarikat sekarang ini tidak datang dengan mudah. Beliau bermula dengan
mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai
barangan dapur. Kemudiannya beliau beralih membuat rempah kari di bawah
jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya di kedai-kedai.
Modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedai runcit.
Menerusi syarikat FAIZA dimulakan pada tahun 1982, beliau menjalankan aktiviti
runcit sebagai perniagaan teras. Dari situ beliau mendapati pemborong beras
kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain.
Pada permulaan perjalanan syarikatnya, Faiza mula belajar mengenali pelbagai
jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai
lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika
beliau menjualnya.
Sekitar tahun 1992, Syarikat FAIZA secara rasminya diperbadankan menjadi
Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha (venture capital)
dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.
BERMULANYA BERAS FAIZA DI PASARAN
Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual
pelbagai jenis beras.
Pada permulaannya, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras
diletakkan di hadapan rumah, namun kerana tekad yang kuat, beliau nekad
membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di
seluruh Johor.
Meskipun saingan agak sengit perniagaan beliau mendapat sambutan. Trend
kesedaran masyarakat terhadap kandungan pemakanan juga menjadi pemangkin
kejayaan syarikat ini. Pada awal tahun 90an, masyarakat mulai menjadi lebih peka
kepada cara pembuatan dan kandungan makanan.

Pada tahun 1998, beliau terdorong mempromosi beras ponni dari India yang
dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan
darah tinggi. Pada ketika ini juga syarikat itu telah mula diperkenalkan dengan
sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras
Ponni.
Faiza berkata, bagi membuktikan kebaikan beras itu, syarikatnya telah meminta
Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat kajian dan hasilnya memang positif.
Saya melabur berjuta ringgit bagi produk Taj Mahal dan telah meminta hak
eksklusif daripada Bernas, tambahnya yang gembira dengan sambutan orang
ramai terhadap produk tersebut.
Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit
diabetik, SFSB memperkenalkan beras Ponni ini ke seluruh Malaysia.
PRODUK HALAL THOYYIBA
Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus
peratus buatan Islam dan halal. Beliau kini mempunyai kilang di Kuala Lumpur,
Kedah dan Terengganu.
Syarikat beliau kini mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak.
Syarikat Faiza kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos
cili dan kicap selain dari beras dan rempah. Bagi produk bihun pula, syarikatnya
telah menempah mesin dari China dan produk itu akan diproses di sebuah kilang
lain juga di Sri Gading.
Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk
itu akan diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu
mengeluarkan sebanyak sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal
cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM12 juta bagi
tahun pertama.
Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia
memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu
tinggi dan tanpa diragui status halalnya.
Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan
kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus
membantu lebih ramai orang yang susah. Syarikat beliau adalah pembayar zakat

terbesar dan kerap terlibat dalam program-program untuk membantu masyarakat


seperti BersamaMu dengan TV3.
SUMBANGAN
Kesenangan yang ada perlu dikongsi bersama dengan mereka yang
memerlukan,terutama golongan miskin dan ibu tunggal, kata Faiza Bawumi Sayed
Ahmad, tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.
Faiza, yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, yang sinonim
dengan program realiti
televisyen swasta tempatan yang berbentuk amal Bersamamu kerana syarikat
itu merupakan penaja utama rancangan tersebut, berkata hasratnya kini adalah
untuk menubuhkan Yayasan Faiza bagi membantu golongan tersebut.
Pengalaman turun padang mendekati kehidupan golongan susah dan ibu tunggal
membuatkan saya berhasrat untuk menubuhkan Yayasan Faiza satu hari nanti bagi
menguruskan hal kebajikan dan sumbangan kepada orang ramai.
Niat saya hanya satu, iaitu tujuan saya berniaga bukan untuk kekayaan diri
sendiri, tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu
tunggal menikmati kehidupan yang baik, katanya kepada Bernama di sini barubaru ini.
Faiza juga turut menyarankan umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu
supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain, dan hubungan yang kukuh sesama
umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah
mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.
Kita kena bersatu supaya tiada sesiapa dapat pecah-belahkan kita. Bila kita
lemah, kita kena tindas. Ibarat lidi, bila ia satu, maka ia mudah dipatahkan tetapi
apabila ia banyak, maka tidak dapat dipatahkan dengan mudah, kata anak
kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia mengikuti suaminya Allahyarham Abu
Bakar Ahmad yang merupakan rakyat Malaysia pada tahun 1964.
Faiza, 68, berkata semua masyarakat Islam juga perlu mengamalkan cara hidup
dengan berpegang kepada ajaran Al-Quran, dan bersikap sentiasa senang hati
apabila melihat kesenangan orang lain, dan bukannya berperasaan iri hati serta
berhasad dengi apabila melihat kejayaan orang lain.

Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain


membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu
betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti
yang diamalkan bangsa lain.
Pernah seorang peniaga bukan Melayu meminta saya berfikir antara dua jenis
ketam iaitu ketam Melayu dan ketam bukan Melayu. Mulanya saya tidak faham apa
yang dimaksudkannya dengan dua jenis itu sehinggalah peniaga itu kemudian
menjelaskan bahawa ketam Melayu akan menarik kawannya jatuh ke bawah ketika
berjalan mendaki bukit, manakala ketam bukan Melayu pula akan menolong
kawan-kawannya, katanya.
Faiza yang memiliki diploma dalam bidang jahitan sebelum berjaya mendirikan
perusahaannya sekarang mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan
dengan menjahit pakaian, dan kemudian mengusahakan perusahaan rempah giling
yang dijual kepada jiran serta kedai, sebelum membuka kedai runcit pada tahun
70-an.
Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk
yang paling dikenali, Herba Ponni Taj Mahal dan anak syarikatnya, iaitu Faiza
Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah
termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.
AMALAN PUAN FAIZA
Ibu kepada tujuh orang anak dan mempunyai 32 orang cucu itu juga berharap
masyarakat Islam sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam
menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda
Rasullulah
dalam
menjalankan
perniagaan
serta
dalam
menjalankan
tanggungjawabnya sebagai pemimpin.
Faiza mengamalkan solat sunat tahajjud, solat sunat dhuha dan membaca Surah
AlWaqiah hampir setiap hari sebagai ikhtiar untuk sentiasa mendapat keberkatan
dan kemurahan rezeki dalam perniagaan.
Kisah kejayaan syarikat Faiza diharapkan menjadi inspirasi dalam apa bidang sekali
pun, niat yang murni dengan usaha yang tidak mengenal jemu akan menghasilkan
kejayaan.
Kejayaan juga tidak datang bergolek dan tidak ada jalan mudah untuk mencapai
kejayaan sebenarnya. Seperti pepatah melayu, tidak dapat sagu jika tidak

dipecahkan ruyungnya. Setelah melakukan usaha, seharusnya diiringi dengan


berdoa dan bertawakal.
http://hazirajaili.blogspot.my/p/usahawan-faiza-sdn.html

You might also like