Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan

Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan Demokrasi


Berparlimen.
Aspek
1
2
3
4

Perincian
Catatan/Remarks
Latar Belakang demokrasi berparlimen
5m
Maksud demokrasi berparlimen
Ciri-ciri demokrasi berparlimen
15 m
Kepentingan perlembagaan kepada negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
15 m
berparlimen
5
Tujuan dan Kaedah Pindaan Perlembagaan
15 m
6
Bidang tugas Yang Di-Pertuan Agong
10 m
7
Konsep, Ciri-ciri dan fungsi badan-badan berikut :
a. Badan Perundangan (Judisiari)
30 m
b. Badan Pelaksanaan (Eksekutif)
c. Badan Kehakiman (Legislatif)
8
Konsep pilihan raya dalam sistem demokrasi
10 m
berparlimen di Malaysia
9
Manfaat pilihan raya kepada negara
10 m
10
Konsep & bidang kuasa kerajaan persekutuan dan
15 m
kerajaan negeri
11
Kebaikan/kepentingan/faedah/manfaat sistem
10 m
demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia
12
Kebaikan/ kepentingan pengagihan kuasa antara
10 m
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
13
Kejayaan yang Malaysia peroleh melalui amalan
10 m
demokrasi berparlimen
14
Usaha memantapkan pelaksanaan sistem demokrasi
berparlimen di negara kita @ Peranan warganegara
10 m
Malaysia menjayakan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen
15
Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam
pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
10 m
berparlimen dan langkah-langkah mengatasi
cabaran tersebut
16
Nilai-nilai murni dan iktibar daripada pelaksanaan
5m
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
17
Kesimpulan keseluruhan isi yang telah
dibincangkan :
a. Pengetahuan yang diperoleh
b. Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
5m
c. Harapan menjadikan bangsa dan Negara
Malaysia harmoni dan stabil
Soalan 1

(Latar Belakang demokrasi berparlimen)

(5 markah)

Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan


rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja
Berperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaan
mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri.
Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi
beraja dan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Soalan 2
(Maksud demokrasi berparlimen)

(5 markah)

Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem


pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu

menjadi lambang taat setia rakyat.

Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen

rakyat berpeluang

membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.


Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang
sedia ada melalui pilihan raya.
Soalan 3
(Ciri-ciri demokrasi berparlimen)

(15 markah)

Ciri-ciri demokrasi berparlimen ialah Yang di-Pertuan Agong pemerintah


tertinggi negara manakala di peringkat negeri ialah sultan atau raja. Yang diPertuan Agong akan dibantu oleh Perdana Menteri manakala sultan oleh
Menteri Besar. Rakyat terlibat dalam pemerintahan dan Raja-Raja Melayu
menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyat juga berpeluang membentuk
kerajaan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Di samping itu,
rakyat juga berhak menyokong, mengekal dan menukar kerajaan melalui
pilihan raya. Pemerintahan dalam sistem demokrasi berparlimen berasaskan
perlembagaan dan membenarkan perlembagaan dipinda. Di samping itu,
menjaga hak kebebasan rakyat yang membenarkan parti-parti politik
dibentuk dan menyertai pilihan raya. Di samping itu, terdapat Parlimen yang

terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Demokrasi berparlimen juga berasaskan konsep Raja Berperlembagaan.

Soalan 4
(Kepentingan Perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen)

(15 markah)

Kepentingan perlembagaan kepada negara yang mengamalkan sistem


pemerintahan demokrasi berparlimen ialah menjamin kestabilan sesebuah
negara. Selain itu, perlembagaan menentukan bentuk kerajaan dan menjadi
panduan kepada kerajaan supaya pemerintahannya menepati kehendak
perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan menjamin taat setia rakyat
kepada negara. Perlembagaan juga menjamin hak asasi dan kebebasan
rakyat. Contohnya, hak kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki
harta. Kepentingan lain ialah perlembagaan memperuntukkan peranan Yang
di-pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa orang
Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa mengabaikan hak-hak
kaum lain. Perlembagaan menjamin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan
dan

Kerajaan

Negeri.

Perlembagaan

menjadi

rujukan

utama

dalam

penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri dan dengan situasi ini,


pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa ada perbalahan.

Soalan 5

(Tujuan dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen Malaysia dalam


sistem pemerintahan demokrasi berperlimen.)
(15 markah)
Tujuan pindaan perlembagaan dibuat oleh Parlimen Malaysia adalah untuk
melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan
melicinkan urusan pentadbiran negara
Selain itu pindaan juga bertujuan supaya perlembagaan sentiasa relevan
dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini menjadikan perlembagaan
sebagai undang- undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh
rakyat dengan rela hati
Terdapat empat kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Kaedah
pertama melibatkan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga dewan
parlimen dan persetujuan Majlis Raja- Raja. Perkara pindaan yang termasuk
dalam kaedah ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis Raja- Raja Melayu,
kewarganegaraan dan perubahan sempadan negeri
Manakala kaedah kedua melibatkan persetujuan majoriti lebih dua
pertiga dewan parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan
Sabah. Perkara
yang dipinda
seperti keanggotaan dan bidang kuasa
mahkamah tinggi di Sarawak dan Sabah.
Kaedah ketiga pula ialah melibatkan persetujuan lebih suara dua
pertiga dewan parliman. Manakala, kaedah keempat pula melibatkan
persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaannya berkaitan dengan
kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan ahli dewan
Negara serta persempadanan pilihanraya.
( 10 markah )

Soalan 6
(Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong)

(10 Markah)

Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara Malaysia, baginda


berperanan mengetuai Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan
Kehakiman. Baginda bertindak mengikut perlembagaan Malaysia, di mana
baginda boleh memanggil dan membubarkan parlimen. Yang di-Pertuan
Agong juga merupakan Kuasa tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda
boleh mengampun dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera.
Bidang kuasa baginda yang lain menjaga, memelihara kedudukan dan hak

istimewa orang Melayu. Baginda berkuasa menitahkan Majlis Raja-Raja


Melayu bersidang. Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga merangkumi
Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Baginda juga berkuasa melantik
Perdana Menteri, memecat menteri dan timbalan menteri atas nasihat
Perdana Menteri.
Soalan 7
(Ciri/Fungsi Badan-badan Kerajaan)
a) Badan Perundangan/Legislatif

Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan


perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan
perundangan, menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan
kesejahteraan rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal
undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan
Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara kita. Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri.
Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Seseorang senator memegang
jawatan bagi tempoh tiga tahun dan mestilah berumur sekurang-kurangnya 30
tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi
ahli Jemaah Menteri.
b) Badan Pelaksanaan/Eksekutif
Badan Pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri adalah
menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri
meupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana
Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.

Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan.


Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan
Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Menteri yang tidak
diberkan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak
Berportfolio.
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara.
Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan
kerajaan. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai
pegawai perkhidmatan awam.
c) Badan Kehakiman/Judisiari
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan
perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya
memerlukan afidavit. Perkara jenayah juga melibatkan kanun keseksaan. Badan
Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh
badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan Kehakiman juga
berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat
Perdana Menteri. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik
supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan
dan kesaksamaan undang-undang.
Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara yang
berperanan sebagai Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan dan
dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.

Soalan 8.
(Konsep pilihan raya dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen)

Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat sama ada di peringkat
negeri atau persekutuan. Terdapat dua jenis pilihan raya di Malaysia iaitu Pilihan
Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Dewan
Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Pilihan Raya Umum diadakan
serentak di seluruh Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak yang menjalankan
pilihan raya berasingan bagi memilih Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan
Undangan Negeri mereka. Pilihan Raya Kecil diadakan apabila berlaku
kekosongan pada mana-mana kerusi parlimen atau DUN hasil daripada
kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan dan biasanya diadakan
dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan
Sarawak. Kesemua proses pilihan raya ini dijalankan secara sulit dengan
menggunakan prosedur telus dan teratur. Proses pengiraan undi dibuat secara
terbuka dan direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira sebagai
pemenang.
Soalan 9
(Manfaat pilihan raya kepada rakyat dan negara)
Pilihan raya mendidik pemimpin bertanggung jawab apabila diberi
mandat, dan akan hilang mandat jika tidak bertanggung jawab. Melalui pilihan
raya akan berlaku persaingan sihat di kalangan ahli politik untuk membantu
rakyat. Pilihan raya juga menjadikan rakyat bertanggung jawab untuk memilih
pemimpin. Rakyat berpeluang memilih parti politik yang baik untuk
membentuk kerajaan. Saya juga berpendapat melalui pilihan raya, mana-mana
individu

berpeluang

untuk

menjadi

calon.

Idea-idea

baharu

dapat

dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin baharu. Pilihan raya memberi peluang


rakyat untuk sama ada mengekalkan atau menukarkan kerajaan. Saya juga
berpendapat pilihan raya

memberi peluang parti politik menyediakan

manifesto atau akur janji untuk rakyat. Akhirnya, pilihan raya mendidik rakyat
untuk mengambil tahu perkembangan politik semasa yang berlaku di negara

kita, dan menentukan corak pemerintahan demokrasi yang tulin melalui


pilihan raya.
Soalan 10
(Konsep dan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)
(15 markah)
Malaysia

merupakan

sebuah

Negara

Persekutuan.

Persekutuan

bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah


Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri. Kedua-dua
kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam pentadbiran negara meliputi
aspek ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan. Kuasa eksekutif bagi
Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri
pula menjalankan kuasa bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang diketuai oleh
Perdana Menteri.
Kerajaan Negeri berkuasa dalam pentadbiran negeri. Badan Pelaksana
Negeri terletak pada Sultan atau Yang Dipertua

Negeri. Majlis Mesyuarat

Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Tertinggi dan Kabinet diketuai oleh
Menteri Besar atau Ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik
oleh Sultan atau YDP Negeri.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan
meliputi Hal Ehwal Luar Negeri, Pertahanan, Keselamatan Dalam Negeri dan
lain-lain. Manakala bidang kuasa Kerajaan Negeri pula mengikut Senarai Negeri
merangkumi Undang-Undang Islam, Tanah dan sebagainya.
Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengikut Senarai
Bersama merangkumi Kebajikan Sosial, Biasiswa, Taman Negara dan lainlain.

Soalan 11

(Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat sistem demokrasi berparlimen)


(10 markah)
Sistem demokrasi Berparlimen banyak memberi kebaikan kepada negara
dan rakyat. Negara akan menjadi aman dan terhindar dari berlakunya
perpecahan kaum. Hal ini akan menarik ramai pelabur asing dan mereka
akan menanam modal di negara kita. Melalui Sistem demokrasi berparlimen
juga rakyat bebas bersuara. Mereka bebas memilih pemimpin dan ini akan
menjamin kestabilan politik dalam negara. Ramai pelancong asing akan
datang dan hal ini akan menaikkan

imej negara . Malaysia akan dapat

bersaing di peringkat antarabangsa dalam semua bidang.


Soalan 12
(Kebaikan/kepentingan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan
dengan kerajaan negeri.)

(10 markah)

Kebaikan pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan


kerajaan negeri mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil. Di samping itu,
akan mewujudkan pentadbiran yang seragam. Seterusnya, pengagihan kuasa
juga akan menyebabkan pentadbiran menjadi lebih cekap. Pembangunan
antara negeri akan menjadi lebih mantap. Selain itu, perpaduan akan
menjadi lebih erat di kalangan rakyat. Pengagihan kuasa kerajaan persekutuan
dan kerajaan negeri juga akan menyebabkan program pembangunan menjadi
lebih lancar. Hal ini juga dapat memupuk semangat taat setia kepada negara.
Keamanan negara akan dapat dikekalkan. Seterusnya, keharmonian
masyarakat

tetap

terpelihara.

Akhir

mengurangkan beban kerajaan pusat.

Soalan 13

sekali,

pengagihan

ini

dapat

(Kejayaan yang diperoleh Malaysia melalui amalan demokrasi berparlimen


sehingga Malaysia dihormati di persada antarabangsa.)
(10 markah)
Amalan demokrasi berparlimen dapat mewujudkan kestabilan politik
yang menyebabkan negara kita dapat mengamalkan dasar berkecuali. Amalan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menjadikan Malaysia pusat
tumpuan pelaburan antarabangsa akibat kemakmuran ekonomi negara.
Amalan sistem demokrasi yang mementingkan perpaduan kaum telah
menjadikan Malaysia dihormati sebagai negara aman dan damai. Selain itu,
amalan pilihan raya yang telus berjaya melahirkan pemimpin yang berwibawa
dan terserlah sebagai tokoh dihormati di peringkat antarabangsa. Sistem
pemerintahan demokrasi yang berjaya membangunkan bidang sosial dan
pendidikan

telah

antarabangsa. .

menyebabkan

Malaysia

menjadi

hub

pendidikan

Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya meningkatkan

ekonomi telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Negara Dunia


Ketiga.. Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya membentuk identiti
Malaysia menyebabkan Malaysia dianggap sebagai Negara berbilang kaum
yang paling unik.. Amalan memberikan kebebasan telah

melahirkan

masyarakat berminda kelas pertama.


Soalan 14
(Usaha memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen)
@
(Peranan

warganegara

Malaysia

menjayakan

sistem

pemerintahan

demokrasi berparlimen)
(10 markah)
Usaha bagi memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen di negara
kita ialah senantiasa menghormati keluhuran perlembagaan negara. Selain
itu, kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh.
Seterusnya mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan daripada

pengamalan demokrasi berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnya


menyemai semangat cinta akan negara di kalangan rakyat. Semangat
perpaduan diperkukuhkan di kalangan masyarakat agar kedaulatan negara
terpelihara. Kita dilarang menimbulkan isu-isu sensitif dan sentiasa
berpegang teguh dengan nilai sejagat. Pengenalan dakwat kekal semasa
pilihan raya juga merupakan usaha kerajaan dalam memantapkan pelaksanaan
demokrasi berparlimen. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas
perlu dilaksanakan untuk membanteras golongan pelampau dalam negara.
Peranan yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala
undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kita juga
haruslah menyokong dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Seterusnya, kita mestilah meningkatkan semangat jati diri agar tidak
terpengaruh dengan gejala negatif. Setiap warganegara perlu menghormati
pemimpin

negara

dan

mengamalkan

semangat

toleransi

serta

meningkatkan ilmu pengetahuan. Kita haruslah berusaha meningkatkan


taraf hidup. Akhir sekali, mewujudkan perpaduan antara kaum dan
mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan masalah.
Soalan 15
(Cabaran Malaysia hadapi dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)
(10 markah)
Cabaran yang dihadapi ialah berlakunya masalah rasuah dalam proses
pemilihan pemimpin. Rakyat juga tidak diberi kebebasan bersuara secara
mutlak. Pilihan raya juga tercemar dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang
sering mengadakan protes atau demonstrasi jalanan. Rakyat juga mudah
terpengaruh dengan idea media sosial baru. Selain itu,institusi beraja akan

turut dipersendakan dan perpaduan kaum akan sukar dicapai. Segelintir


rakyat juga kurang menghayati semangat patriotik.
Untuk

mengatasi

cabaran

di

atas

pihak

SPRM

mestilah

menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas untuk membendung


masalah rasuah. Selain itu, akta baru perlu digubal bagi membendung hak
kebebasan bersuara yang melampau. Peranan SPR perlu dimantapkan lagi,
bagi menjamin pilihanraya yang lebih adil. Pihak polis perlu memperketatkan
pemberian permit dan mengambil tindakan yang lebih tegas kepada penganjur
yang mengadakan perhimpunan. Rakyat pula perlu diberi ilmu keagamaan yang
secukupnya supaya dapat menilai baik buruk bahan yang terdapat dalam media
sosial terkini. Manakala pihak-pihak yang mempersendakan institusi beraja
perlulah menerima hukuman setimpal. Seluruh rakyat perlu mengamalkan
konsep 1 Malaysia dan mengamalkan penghayatan Rukun Negara secara
mendalam.
Soalan 16
(Nilai-nilai murni & Iktibar daripada pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen)

(5 markah)

Nilai-nilai dan iktibar yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem


pemerintahan demokrasi berparlimen ialah memilih pemimpin yang benarbenar layak untuk memimpin negara. Setiap warganegara bertanggungjawab
memilih pemimpin yang jujur,dan amanah agar dapat membina negara yang
berintegriti. Setiap rakyat mesti

menghormati pemimpin negara agar

pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mesti memikul tanggungjawab


mengekalkan keamanan negara supaya keadaan politik negara menjadi stabil.
Kita mestilah menghormati hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap
rakyat dapat membuat keputusan untuk mengekalkan kerajaan berwibawa. Kita
hendaklah mematuhi undang-undang negara agar keselamatan negara
terjamin. Sebagai warganegara yang baik, kita mestilah menghormati agama
dan budaya kaum lain agar konsep 1 Malaysia dapat dihayati oleh setiap
warganegara.

SOALAN 17 : KESIMPULAN
(Kesimpulan keseluruhan isi yang dibincangkan)

(5 markah)

a. Pengetahuan yang diperoleh


Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem ini merupakan satu sistem
pemerintahan yang membolehkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan
melalui

pilihan

tanggungjawab

raya.

Kerajaan

terhadap

rakyat.

yang
Di

memerintah
samping

itu,

perlu
rakyat

menunaikan
berpeluang

membentuk sebuah kerajaan yang teguh.


b. Iktibar kepada diri bangsa dan negara
Nilai murni dan patriotisme yang diperoleh dengan memupuk semangat
cinta akan negara. Kestabilan negara bergantung kepada permuafakatan
antara rakyat dengan kerajaan. Di samping itu, negara terus dihormati kerana
kestabilan politik. Kita hendaklah berganding bahu untuk memajukan negara
dan bangsa.
c. Harapan menjadi bangsa dan negara Malaysia harmoni dan stabil
Saya berharap agar negara akan terus aman dan makmur. Selain itu,
kerajaan yang adil dapat dikekalkan hasil kerjasama dalam kalangan rakyat.
Perasaan setia dan bangga perlu diteruskan oleh generasi akan datang.

You might also like