Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Dilema Masyarakat Malaysia : Forum SPRM

Kolaborasi SPR IPG Kampus Tun Abdul Razak dan SPR


IPG Kampus Rajang
Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Guru (SPR IPG)
Kampus Tun Abdul Razak dengan kerjasama SPR IPG Kampus Rajang telah
menganjurkan sebuah forum yang bertajuk Dilema Masyarakat Malaysia
pada hari Jumaat, 24 Oktober 2014. Forum yang julung kali diadakan
adalah di bawah kelolaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) Negeri Sarawak dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak telah dihadiri oleh kira-kira 800
hadirin yang terdiri daripada ketua-ketua Jabatan Bahagian Samarahan,
pensyarah, kakitangan sokongan serta guru pelatih.
Dewan Sri Samarahan begitu ceria dengan pengendalian Moderator
En. Muhaimi yang mantap dan bersahaja. Panel yang terlibat dalam
menjayakan forum berkenaan ialah Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Hamid bin
Bugo, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Negeri Sarawak, Penolong
Pesuruhjaya Encik Zulhairy bin Zaidel, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat
Sarawak dan Dr. Hajjah Rahmah binti Murshidi, pensyarah kanan di
Jabatan Matematik IPG Kampus Tun Abdul Razak.
Forum ini telah membincangkan pelbagai isu berkenaan rasuah
yang kian memuncak berlaku pada hari ini. Menurut Tan Sri Datuk Amar
(Dr.) Hamid bin Bugo, kegiatan tidak berintegriti seperti melibatkan diri
dalam gejala rasuah berpunca daripada sikap seseorang yang suka
mengambil kesempatan ke atas kuasa yang dimilikinya untuk kepentingan
peribadi. Beliau turut berkata, gejala ini dapat diatasi sekiranya kesedaran
mengenai keburukan rasuah dapat disemai dalam diri individu sejak kecil
lagi.
Guru memainkan peranan yang paling penting dalam menyemai
nilai-nilai berintegriti di kalangan generasi muda. Penerapan nilai tersebut
seharusnya diterapkan seawal pendidikan prasekolah lagi ibarat melentur
buluh dari rebung bukanlah apabila rebung tersebut sudahpun menjadi
buluh, ujar beliau lagi.
Melalui forum berkenaan, ia telah membuka mata masyarakat pada
hari ini bahawa rasuah tidak semestinya berlaku dalam bentuk wang
ringgit sahaja malahan ia juga boleh diwujudkan dalam bentuk hadiah dan
kenaikan pangkat kepada mana-mana individu yang terlibat. Adalah
diharapkan agar forum Dilema Masyarakat Malaysia ini mampu memberi
kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan dalam memilih
keputusan yang bijak dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan ke
atas diri mereka.

You might also like