Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana limpah kurnianya hasrat saya
untuk menyempurnakan folio ini tercapai. Seterusnya, saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Raja Muda Musa, Datin Hjh Roiga bt
Taib kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menyempurnakan folio ini dan
guru Sejarah saya Pn Zainab bt Ali Osman yang memberi tunjuk ajar kepada saya.
Tidak lupa juga kepada ibu saya, Idawiyah bt Usop dan bapa saya
Shamsudin bin Mat Nor kerana meluangkan masa, tenaga dan wang untuk
membantu saya dalam projek ini.
Kepada rakan-rakan yang telah membantu saya yang bernama Muhammad
Sufi bin Razman dan Muhammad Hazlami bin Abdul Razak sepanjang penyiapan
folio ini.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang
telah membantu saya dengan memberi informasi-informasi untuk saya
melengkapkan folio saya ini .

-1-
PENDAHULUAN

Saya, Anas bin Shamsudin merupakan murid Tingkatan 2 RK di Sekolah


Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa Kuala Kangsar, Perak. Saya bersama-
sama dua orang rakan sekelas, Muhammad Sufi bin Razman dan Muhammad
Hazlami bin Abdul Razak telah menjalankan satu kajian tentang latar belakang SMK
Raja Muda Musa.

-2-
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian latar belakang SMK Raja Muda Musa ini adalah untuk mengenal pasti
dengan lebih mendalam seperti :
 penubuhan, lambang kemegahan, moto, visi, dan slogan
 kejayaan yang telah dicapai oleh murid SMK Raja Muda Musa
 biodata guru-guru serta Pengetua SMK Raja Muda Musa

-3-
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah sepanjang penyiapan folio ini.


Antaranya ialah membuat rujukan di Pusat Sumber SMK Raja Musa. Saya juga telah
menjadikan Majalah Sekolah iaitu Sumbangsih untuk mencari maklumat-maklumat
untuk folio ini. Selain itu saya telah menemuramah guru-guru untuk informasi
tambahan.

-4-
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Penubuhan sekolah ini bermula dengan sekolah menengah lanjutan lelaki


dan sekolah menegah lanjutan perempuan pada 2 April secara berasingan. Pelajar-
pelajar lelaki ditempatkan di bangunan menumpang sementara di sekolah-sekolah
jenis kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar perempuan pula
ditempatkan di cawangan Government English Girls School ataupun dikenali
sekarang sebagai SMK Raja Perempuan Kelsom Kuala Kangsar yang bertempat di
Kampung Busung, Kuala Kangsar. Kedua-dua sekolah ini bermula dengan sesi
petang antara 1.30 tengahari hingga 5.30 petang. Aliran pada ketika itu terdiri
daripada aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Oleh kerana bilangan pelajarnya
semakin bertambah maka pada Februari 1964 sekolah menengah lanjutan lelaki dan
sekolah menengah lanjutan perempuan telah dicantumkan. 15 Mei 1964 bangunan
sekolah telah siap dibina kecuali bangunan blog 2 dan 3 tingkat telah mula
digunakan dengan persetujuan dari YTM Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.
Sebagaimana juga sekolah-sekolah menengah yang terdapat di kawasan luar
bandar, sekolah ini juga terdapat kemudahan kemudahan yang asas seperti
bangunan kelas, makmal sains, bengkel seni perusahaan, bengkel pendidikan seni,
bilik ekonomi rumahtangga, bilik jahitan, perpustakaan, bilik tayang dan makmal
komputer.

-5-
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Lencana Sekolah :

Moto Sekolah :
‘Berdisiplin dan Berilmu’
Moto di atas menjadi panduan dan pegangan oleh semua pelajar SMK Raja Muda
Musa agar sentiasa berusaha untuk menimba ilmu untuk dimanfaatkan untuk
Agama, Bangsa dan Negara. Para pelajar yang menimba ilmu di sekolah ini juga
perlu menitikberatkan tatatertib dan disiplin di semua tempat.

Slogan :
“KOMUNITI BERILMU SMK RAJA MUDA MUSA TERBILANG”

-6-
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Lagu Sekolah :

Di sinilah bermula,
Perjuangan semua,
Buktikan taat setia,
Mengejar cita mulia,
Berdisiplin berilmu,
Ilmu panduan hidup,
Nilai murni di jaga,
Berakhlak mulia,
Mari semua bersama,
Bangun RMM kita,
Kekal semangat waja,
Bersatu apa saja.

Visi Sekolah :

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Kuala Kangsar akan menjadi
sekolah yang cemerlang

-7-
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Misi Sekolah :

Ke arah merealisasikan visi sekolah, kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan


Raja Muda Musa Kuala Kangsar akan bersama-sama melaksanakan sistem
Pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecermelangan dan
kegemilangan yang bertaraf dunia dalam bidang:

i. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap berkesan, telus dan tulus.


ii. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
iii. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan sahsiah.
iv. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
v. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan
integrasi nasional

Teras Pendidikan :

i. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.


ii. Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
iii. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
iv. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat untuk pembangunan negara.
v. Bekerjasama dengan membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
vi. Berpegang teguh kepada ajaran agama.

-8-
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Falsafah Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa :

Pendidikan di SMK Raja Muda Musa adalah suatu usaha berterusan untuk memberi
ilmu pengetahuan yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan pelajar
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini dapat
merealisasikan aspirasi Negara ke arah melahirkan generasi yang
bertanggungjawab, berketerampilan dan bersatu padu yang berlandaskankepada
kepercayaan dan lunas-lunas agama.

Piagam Pelanggan Sekolah :

Kami warga sekolah akan berusaha:


i. Memastikan semua urusan pelanggan diruskan dengan mesra, capat dan
berkesan.
ii. Memastikan perkembangan akademik pelajar seimbang dengan
perkembangan sahsiah.
iii. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran
membina untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

-9-
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Wawasan Sekolah :

Umum :
Mempertingkatkan gerakan dan usaha yang berterusan kea rah
kecermelangan pendidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan, akademik,
sahsiah, sukan dan kokurikulum bagi merealisasikan Wawasan Komuniti Berilmu
Perak Terbilang.

Khusus :
i. Pengurusan dan kepimpinan
- berusaha secara berterusan bagi mewujudkan perkhidmatan yang bersih,
cekap, amanah, berkualiti, penyayang, bermuafakat dan bertanggungjawab
bagi mencapai matlamat kecermelangan pendidikan.
ii. Akademik dan kokurikulum
- berusaha meningkatkan semangat dan keyakinan boleh berdaya maju,
cemerlang dan berketerampilan dalam bidang akademik selaras dengan
aspirasi Wawasan Komuniti Berilmu Perak Terbilang.
iii. Sahsiah
- berusaha melahirkan pelajar yang beriman, bermoral tinggi dan
bertanggungjawab terhadap diri, ibu bapa, guru, rakan dan warga sekolah
serta masyarakat.
iv. Sukan
- berusaha melahirkan atlet-atlet yang berkaliber berasaskan pendekatan
saintifik dan inovatif.

- 10 -
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Lafaz Janji Pelajar :

Kami pelajar-pelajar,
SMK Raja Muda Musa,
Dengan in berikrar,
Akan berusaha bersungguh-sungguh,
Ke arah mencapai kejayaan dalam bidang,
Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah untuk menjadikan,
SMK Raja Muda Musa cemerlang dan gemilang,
Berdasarkan perkara-perkara berikut :

i. Mematuhi undang-undang dan perturan sekolah.


ii. Aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum.
iii. Menjaga maruah diri dan nama baik sekolah.
iv. Menjadi anak-anak yang bersahsiah tinggi.
v. Menjaga kebersihan diri dan kawasan sekolah.
vi. Menghormati guru, staf sokongan, ibu bapa rakan serta sesiapa saja yang lebih
tua daripada kami.

- 11 -
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Tokoh Bekas Pelajar :

Nama beliau ialah Suhaila bt Halim. Beliau berumur 18 tahun. Beliau


dilahirkan pada 17 Mei 1988. Beliau dilahirkan di Hospital Kuala Kangsar. Kediaman
beliau terletak di Titi 2, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Cita-cita beliau ialah untuk
menjadi seorang Pakar Forensik. Beliau telah memperoleh keputusan UPSR iaitu 3A
2B manakala keputusan PMR pula ialah 7A 2B. Walaubagaimanapun, berkat
kesungguhannya beliau telah memperoleh 5A 3B 2C dalam SPM. Pelbagai usaha
gigih telah laksanakan. Antaranya membuat soalan latih tubi, sentiasa mengulang
kajia pelajaran dan tidak lupa juga iaitu sentiasa menumpukan sepenuh perhatian
ketika guru mengajar. Beliau juga meninggalkan beberapa nasihat kepada pelajar
iaitu “Belajarlah ilmu pengetahuan kelak akan membuahkan hasil kepada kamu”.

- 12 -
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Guru Perintis :

Nama Beliau ialah Marhaini bt Mohamad Ali. Beliau berumur 40 tahun. Beliau
menetap di No. 342, Jalan 32, Taman Bunga Raya Fasa III, 33000 Kuala Kangsar.
Beliau telah berkahwin pada tahun 1992 dan mempunyai 2 orang cahaya mata.
Berliau bersekolah di SMK Temenggung, Kati. Beliau menuntut ilmu di situ sehingga
tingkatan 5. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaya (UM) pada tahun 1991. Pada
2 Mei 1991, beliau mengajar SMK Raja Muda Musa. Pada September 2005 pula,
beliau dilantik sebagai Gurui Kanan Bahasa. Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu
untuk tingkatan 4 dan 5 manakala subejek Sejarah bagi tingkatan 1,2 dan 3.

- 13 -
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Penubuhan Badan PIBG :

Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah


Kebangsaan Raja Muda Musa (SMKRMM) Kuala Kangsar pada tahun 1981.
Penasihat bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 2008 ialah Pn. Nor Arfah bt
Abdullah (Bekas Pengetua SMKRMM). Yang Dipertua PIBG ialah Dato’ Haji Che’
Mat b Haji Padali manakala Naib Yang Dipertua ialah Encik Ahmad Burhanuddin b
Adnan. Setiausaha PIBG ialah Puan Ilya bt Ismail dan bendaharinya ialah Puan Nor
Azean b Mad Atari. Ahli jawatankuasa yang lain ialah Encik Bahari b Abdullah, Encik
Baharom b Abdul Rahman, Tuan Haji Burhanuddin b Wan Ariffin, Encik Kok Kam
Peng, Encik Koonasaegarun a/l Jagadeson, Puan Naamah bt Shaharuddin, Puan
Zaharah bt Kamarulzaman, Encik Roshapawi b Idris, Encik Zainal Abidin b Drani dan
Puan Maureen Sarkuna Raj. Sumbangan PIBG kepada sekolah ialah melancarkan
Hari Ucapan dan Mesyuarat Agong PIBG 2008, Kejohanan Olahraga tahunan
SMKRMM, Pelancaran Hari Guru Peingkat Daerah dan Peingkat Sekolah serta
beberapa kempen kutipan derma.

- 14 -
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Profil Peribadi, Akademik dan Perkhidmatan (Bekas Pengetua) :

Nama : Nor Arfah bt Abdullah


No. K/P : 530216-10-5724
Tarikh Lahir : 16.02.1953
Jantina : Perempuan
Umur : 53 tahun
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
No. Fail Perkhidmatan : JPN 30891
Skim Perkhidmatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Tarikh Perlantikan dan Gred Hakiki : 09.01.1978 Kategori D1
Gred Hakiki Sekarang : PPP Siswazah Gred DG48
Tarikh Lantikan Gred Hakiki Sekarang : 01.04.1999
Tarikh Pengesahan Gred Hakiki Sekarang: 01.06.2002

- 15 -
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Kelulusan Akademik :

Bil. Kelulusan Akademik Institusi Tahun Diperolehi

1. Sijil Pelajaran Rendah SM Raja Perempuan, Ipoh 1968

Malaysian Certificate Of
2. SM Raja Perempuan, Ipoh 1970
Education

3. Higher School Certificate SMJK Anderson, Ipoh 1972

Ijazah Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya, Kuala


4. 1976
(Kepujian): BA (HONS) Lumpur

Ijazah Sarjana Pendidikan Universiti Sains Malaysia,


5. 1999
(M.ED) Pulau Pinang

Kelulusan Ikhtisas

Bil. Institusi Tahun Diperolehi

1. Universiti Malaya, Kuala Lumpur 1977

- 16 -
LATAR BELAKANG SEKOLAH SMK RAJA MUDA MUSA

Pengalaman bertugas sejak mula berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan


Pendidikan :

Bil. Nama Sekolah Jawatan Tempoh Bertugas

SM Sultan Tajul Ariffin, Manong, 09.01.1978 -


1. Guru (PPP Kat D1)
Perak 31.12.1984

SMK Bukit Merchu, Kuala 01.01.1985 -


2. Guru (PPPS DG3)
Kangsar, Perak Disember 1992

SMK Bukit Merchu, Kuala Guru Kemanusiaan (PPPS Disember 1992 -


3.
Kangsar, Perak DG3) 16.02.1994

SMK Bukit Merchu, Kuala 16.2.1994


4. Guru Kanan Bahasa
Kangsar, Perak -16.12.1995

SMK Bukit Merchu, Kuala Guru Kemanusiaan (PPPS 16.12.1995 -


5.
Kangsar, Perak DG3) 16.06.1997

SMK Temenggong Kati, Kuala Penolong Kanan HEM 16.06.1997 -


6.
Kangsar, Perak (PPPS DG3) 01.03.1999

SMK Temenggong Kati, Kuala 01.03.1999 -


7. Penolong Kanan
Kangsar, Perak 01.02.2001

SMK Tun Perak, Padang Rengas, 01.02.2001 -


8. Pengetua (PPPS DG2)
Perak 01.09.2004

SMK Raja Muda Musa, Kuala


9. Pengetua (PPPS DG2) 02.09.2004 - 2008
Kangsar, Perak

- 17 -
RUMUSAN

Setelah menjalankan kajian tentang Latar Belakang Sekolah Saya ini, saya berasa
berbangga menjadi pelajar RMM. Ketika saya menjalankan kajian ini, saya juga
mendapati bahawa sifat sabar dan gigih seluruh warga SMKRMM Berjaya
membentuk budaya kejayaan dalam aspek yang diceburi. Ia juga memupuk
semangat kerajinan kepada saya sepanjang pelengkapan folio ini. Saya berazam
untuk mempertahankan kegemilangan RMM dalam bidang akademik ataupun
Kokurikulum.

- 18 -

You might also like