Laporan Permainan Tradisional2015

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 76

Isi Kandungan

LAPORAN PROGRAM

LAPORAN PENGERUSI

LAPORAN NAIB PENGERUSI

LAPORAN SETIA USAHA

LAPORAN BENDAHARI

LAPORAN URUS SETIA

10

LAPORAN JEMPUTAN

12

LAPORAN BUKU PROGRAM

13

LAPORAN PERALATAN

15

LAPORAN SIARAYA

16

LAPORAN DOKUMENTASI

17

LAMPIRAN

18

REFLEKSI INDIVIDU

22

LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2015


IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

Laporan Program.
Pada 9 september 2015 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional

telah

diadakan di Padang IPG Kampus Sultan Abdul Halim dari jam 7.30 pagi hingga 12.30
tengahari di mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan PISMP
GSTT P5A,P5C dan P5D yang mana mengambil kursus subjek minor Pendidikan Jasmani
dan Sukan.
Karnival ini telah disertai oleh tiga kumpulan pelajar iaitu PISMP PISMP GSTT
P5A,P5C dan P5D di mana enam buah permainan tradisional yang berlainan telah dipilih
iaitu Nenek cucu, Tuju Getah, Kavadi, Galah Panjang, Sepak raga dan Tuju selipar.
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan merupakan salah satu mata
pelajaran yang wajib diambil oleh seorang guru pelatih dibawah IPGM.
Subjek ini mengetengah kan kepada kita mengenai teknik dan prosedur dalam
melaksanakan pengurusan permainan tradisional yang menjerumus kepada pendidikan.
Dalam melaksanakan kerja kursus untuk subjek ini ianya merupakan satu cabaran yang
boleh mematangkan diri. Kerja kursus ini merupakan kerja kursus yang sangat mencabar
dari aspek kognatif dan saikologikal. Dari aspek tajuknya Permainan tradisional kami
menyusunnya menjadi

bahagian dan setiap satunya kami olah mengikut

teknik

pengjadualan dan huraian. Sungguhpun kerja kursus ini agak sukar, namun kami telah
2

menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Ilmu ini
merupakan satu penanda aras bagi saya dalam mendokong aspirasi Negara di bidang
peguruan Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya
mula lebih mengenali serta memahami mengenai cara cara mengendalikan program dangan
berkesan dan seimbang.

LAPORAN PENGARAH
Tarikh: 9 September 2015

AJK: Pengarah

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: Shahrun Nazmi Bin Mohd Jamri

Sebelum Program
Pengarah Majlis melantik ahli jawatan kuasa untuk permainan Tradisional
1. Memantau perjalanan mesyuarat.
Pengarah memberitahu perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan
selepas majlis dilakukan.
2. Menyediakan peralatan kursus.
Menyediakan bilik kuliah untuk menjalankan majlis ilmu.
3. Berhubung dengan AJK Tertinggi dan Ketua-ketua setiap AJK.
Pengarah memastikan setiap AJK yang dilantik supaya menjalankan tugas bagi
menjamin kelancaran majlis yang akan diadakan dan berbincang kepada setiap AJK
sekiranya mempunyai masalah untuk menjalankan Program tersebut
Semasa Program
Memastikan program berjalan dengan lancar, memastikan AJK menjalankan tugas
yang telah diamanahkan. Semasa majlis juga pengarah memastikan penceramah akan tiba
pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan
Selepas Program
3

Memastikan bilik kuliah berada dalam keadaan seperti sedia kala. Peralatanperalatan yang dipinjam hendaklah dikembalikan seperti dalam keadaan asal.
Secara keseluruhannya majlis berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya komitmen
dan kerjasama dari semua pihak.

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________

__________________________________

( SHAHRUN NAZMI BIN MOHD JAMRI)

(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)

PENGERUSI

PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL

LAPORAN NAIB PENGERUSI


Tarikh: 9 September 2015

AJK: Naib Pengerusi

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: Kasmah Pakar

Sebelum Program
Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk dan pemilihan ahli-ahli jawatankuasa
kerja sepanjang karnival permainan tradisional. Mesyuarat ini telah diadakan di dalam
gymnasium

IPG Sultan Abdul Halim yang dihadiri oleh guru pelataih semester 5 yang

mengambil subjek pendidikan jasmani dan kesihatan iaitu kelas P5A(Prasekolah),


P5C( Tamil) dan P5D(Sejarah). Selapas itu juga, saya menolong pengerusi menguruskan
mesyuarat perancangan Karnival Permainan Tradisional. Mesyuarat ini adalah bertujuan
untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai persediaan setiap kumpulan terhadap
permainan mereka.
Semasa Program
Memastikan semua AJK menjalankan tugas mereka seperti AJK Urusetia datang tepat pada
masanya untuk pendaftaran peserta, AJK Hadiah bersedia dengan cenderahati AJK
peralatan telah menyusun atur peralatan sebagaimana yang dikehendaki dan diperlukan
dan sebagainya.
Memantau kedatangan peserta-peserta permainan. Memantau program pada hari tersebut
berjalan lancar dan memuaskan semua pihak. Tetamu jemputan juga berpuas hati dengan
perjalanan majlis.

Selepas Program
5

Selesai sahaja karnival, laporan akhir bagi setiap AJK diserahkan kepada setiausaha untuk
dikemaskinikan dan dikumpulkan. Selepas itu,mengetuai postmortem bersama-sama
pengerusi selepas selesainya karnival permainan kecil. Penulisan refleksi sebagai
pengakhiran tugasan sebagai naib pengerusi diserahkan kepada pensyarah pembimbing.
.
Secara keseluruhannya kursus berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya
komitmen dan kerjasama dari semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________

__________________________________

( KASMAH BINTI PAKAR)


NAIB PENGERUSI

(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)


PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL

LAPORAN SETIA USAHA


Tarikh: 9 September 2015

AJK: Setia usaha

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: Nurulhuda Binti Mohamad Zabir

Sebelum Program
1. Membuat Kertas kerja dan minit mesyuarat.
Setiausaha menjalankan tugas awalnya setelah dilantik dalam mesyuarat dengan
mengadakan perbincangan dengan pengarah tentang kertas kerja yang akan dibuat.
Setiausaha memfailkan minit-minit mesyuarat setiap kali mesyuarat diadakan.
2. Membuat Laporan.
Setiausaha membuat laporan majlis sebelum, semasa dan selepas majlis dijalankan.
Membuat laporan menegani kelemahan dan kelebihan yang terdapat pada majlis
ilmu yang telah dijalankan.

Semasa Program
Memantau setiap perjalanan majlis ilmu yang sedang berlangsung dan mencatatkan
setiap perkara yang berlaku
Selepas Program
Menyedia dan mengumpul semua laporan daripada setiap AJK
Secara keseluruhannya kursus berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya
komitmen dan kerjasama dari semua pihak.
Sekian, terima kasih.
7

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________

__________________________________

( NURULHUDA BINTI MOHAMED ZABIR)

(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)

SETIA USAHA

PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL
LAPORAN BENDAHARI
Tarikh: 9 September 2015

AJK: Bendahari

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: Elina Binti Salleh

Sebelum Program
Perbincangan telah dibuat sebelum karnival dijalankan. Semua ahli sebulat
suara untuk membuat kutipan wang RM5.40 seorang bagi menampung
perbelanjaan makanan untuk para pensyarah, banner dan cenderahati untuk
perasmi iaitu Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim, Sungai Petani, Kedah.
Makanan dan minuman ditempah melalui pengusaha kantin IPGKSAH, Encik
Nasir.
Butir-butir kewangan adalah seperti berikut :
Penerimaan :
Kutipan dari kumpulan P5A- KG(SK)
Kutipan dari kumpulan P5C- PT
Kutipan dari kumpulan P5D SEJ

- RM 5.40 x 13orang
5.40 x 18orang
5.40 x 10orang
Jumlah

= RM 70.20
=

97.20

54.00

= RM 221.40

Semasa Program
Bendahari memastikan bajet untuk Hadiah di sediakan dan setiap pembelian mempunyai
resit
Selepas Program
Menyenaraikan belanjawan yang telah digunakan. Melampirkan bajet pembelian barang.
Perbelanjaan :

Makanan untuk pensyarah

21 orang

= RM 109.00

Banner

100.00

Cenderahati

12.40
Jumlah

= RM 221.40 #

Secara keseluruhannya kursus berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya


komitmen dan kerjasama dari semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________

__________________________________

( ELINA BINTI SALLEH)


BENDAHARI

(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)


PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL

LAPORAN AJK URUS SETIA


Tarikh: 9 September 2015

AJK: urus setia

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: Nazirah Binti Mohd Harun

Sebelum Program
Pada 4 September 2015, saya selaku wakil kelas P5A dan rakan-rakan dari kelas P5C iaitu
Kogila a/p Maruthamuthu, Kanimoli a/p Tamilchelvan dan Sasikala a/p Ganapathy telah
berbincang bersama Penyelaras Karnival Permainan Tradisional iaitu En Zulkifli bin Ahmad
tentang gimik sambutan yang akan dilaksanakan pada Karnival Permainan Tradisional.
Semasa perbincangan tersebut, kami bercadang untuk bermain kompang sebagai tanda
menyambut kedatangan Tuan Pengarah semasa perasmian. Selain itu, kami juga
bercadang untuk menyediakan beberapa ikat belon yang perlu digunting dan dilepaskan ke
udara. Namun begitu, setelah mencapai kata sepakat, En Zulkifli telah mencadangkan
penggunaan blower, penggunaan gong dan menggantikan penggunaan kompang dengan
audio kompang sahaja.

Semasa Program
Karnival Permainan Tradisional dijangka bermula pada jam 8.00 pagi pada 09 September
2015. Kami seramai empat orang AJK Sambutan telah bersiap sedia dengan memastikan
peralatan seperti blower dapat berfungsi dengan baik semasa acara gimik perasmian yang
telah dicadangkan untuk diadakan dan berlangsung di Astaka IPG Kampus Sultan Abdul
Halim.
Tepat jam 8.30 pagi, ketibaan Timbalan Pengarah iaitu Dr Azman bin Jusoh yang telah
diiringi oleh Pengerusi Karnival Permainan Tradisional tiba di Astaka. Kami selaku AJK
10

Sambutan telah bersiap sedia dengan membawa bunga manggar dan pengacara majlis iaitu
Mohd Fahmi telah memutarkan audio bunyi kompang. Timbalan Pengarah diarak tiba
sehingga ke tempat duduk utama di pentas Astaka.
Setelah pengerusi dan Pensyarah Penyelaras memberikan ucapan,Timbalan Pengarah pula
telah dijemput memberikan kata-kata ucapan dan sekaligus merasmikan Karnival
Permainan Tradisional. Semasa beliau memukul gong, suis utama blower terus dihidupkan
dan berakhirlah Sambutan Gimik Perasmian pada pagi tersebut.

Selepas Program
Saya dan rakan-rakan AJK Sambutan telah mengemas, mengumpul dan memulangkan
semula peralatan ke tempat asal dalam keadaan baik seperti yang diterima pada awal
peminjaman peralatan. Sebagai penambahbaikan, gimik sambutan boleh diadakan dengan
menyediakan dan meminta Timbalan Pengarah dengan memakai kain pelikat sebagai
simbol bagi acara Karnival Permainan Tradisional.
Secara keseluruhannya kursus berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya
komitmen dan kerjasama dari semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________

__________________________________

( NAZIRAH BINTI MOHD HARON)

(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)

URUS SETIA

PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL

11

LAPORAN AJK JEMPUTAN


Tarikh: 9 September 2015

AJK: Jemputan

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: AAzizah Binti Jamai

Sebelum Program
Menyediakan jenis publisiti yang hendak digunakan untuk memaklumkan kepada semua
pelajar IPG mengenai Program yang akan dijalankan.

Semasa Program
Memasang banner ketika majlis hendak dijalankan dan mengedarkan iklan kepada pelajar
dan surat jemputan kepada para tetamu

Selepas Program
Membuka banner yang telah dipasangkan, memastikan setiap iklan yang ditampal dibuka
semula untuk tidak mengelirukan pelajar.
Secara keseluruhannya kursus berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya
komitmen dan kerjasama dari semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

12

____________________
(AAZIZAH BINTI JAMAI)
AJK JEMPUTAN

__________________________________
(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)
PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL

LAPORAN AJK BUKU PROGRAM


Tarikh: 9 September 2015

AJK: Buku Program

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: Khairulnisa Binti Kaseh

Sebelum Program
Saya telah mendapatkan maklumat yang perlu diletakkan di dalam buku program daripada
Penyelaras Permainan Tradisional iaitu Encik Zulkifli Bin Ahmad. Selain daripada itu, saya
telah membuat perbincangan dengan penyelaras mengenai apa yang penting untuk
menghasilkan dalam sebuah buku program. Saya telah membuat beberapa kali pembetulan
dalam penghasilan buku program ini. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa kesalahan
yang telah dibuat. Contohnya, penambahan nama pensyarah, nama guru pelatih yang tidak
diletakkan di dalam buku program, dan reka bentuk buku program yang sesuai dengan tema
tradisional. Di antara perkara yang diletakkan di dalam buku program itu adalah seperti
objektif program, peserta yang terlibat, permainan tradisional yang dipertandingkan, carta
organisasi induk bagi permainan tradisional, senarai nama ahli jawatankuasa permainan
tradisional, dan ahli kumpulan serta nama permainan yang dimainkan.
Semasa Program

Buku program telah diedarkan kepada para VVIP yang terdiri daripada Timbalan
Pengarah, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, dan Penyelaras Program
Permainan Tradisional. Selain daripada itu, buku program ini juga diagihkan kepada
guru pelatih dan pensyarah sukan yang lain sebagai maklumat kepada mereka
mengenai Program Permainan Tradisional.
Selepas Program
Membuat refleksi untuk cadangan penambahbaikan.
13

Secara keseluruhannya kursus berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya


komitmen dan kerjasama dari semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________

__________________________________

(KHAIRULNISA BINTI KASEH )

(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)

AJK BUKU PROGRAM

PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL

14

LAPORAN AJK PERALATAN


Tarikh: 9 September 2015

AJK: Peralatan

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: Wan Mohd Nasir Bin Wan Ali

Sebelum Program
Tugasan ajk peralatan sebelum program permainan tradisonal ini dijalankan ialah dengan
meminta setiap ajk yang lain menyenaraikan kelengkapan yang diperlukan. Selain itu, kami
juga telah memohon dari pihak JKR untuk meminjam empat buah khemah dan memohon
alatan yang diperlukan seperti kertas A4, marker, beg kertas dan kad manila dari stor. Bagi
peminjaman alatan siaraya, kami telah berhubung dengan Encik Akashah untuk meminjam
rostrum, mic dan speaker. Sehari sebelum pertandingan, kami sebagai AJK peralatan telah
pergi mengambil alatan yang dimohon di dalam stor bersama pensyarah iaitu En.Zulkifli
Ahmad.
Semasa Program
Pada pagi karnival permainan tradisional tersebut, kami AJK peralatan telah mengumpul
semua peralatan yang diminta oleh AJK-AJK yang lain di depan astaka. Kemudian setiap
AJK mengambil alatan yang diperlukan di bahagian masing-masing.

Selepas Program
Selesai tamat karnival ini, ke semua AJK perlu memulangkan balik alatan yang dipinjam di
hadapan astaka. Kemudian AJK peralatan telah memeriksa bilangan ke setiap alatan yang
dipinjam dari stor mencukupi ataupun tidak serta dalam keadaan baik. Selepas itu AJK
peralatan perlu menghantar semula ke semua alatan yang dipinjam ke dalam stor dan
memerisa ke semua borang-borang pinjaman alatan supaya bilangan yang dipinjam sama
denga
Secara keseluruhannya kursus berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya
komitmen dan kerjasama dari semua pihak.

15

Sekian, terima kasih.


Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________

__________________________________

( WAN MOHD NASIR BIN WAN ALI)


AJK PERALATAN

(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)


PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL

16

LAPORAN AJK SIARAYA


Tajuk: Skop Kerja Siaraya

Penceramah: (Untuk AJK Aktiviti)

Tarikh: 09 September 2015

AJK: Siaraya

Masa: 8.00 am 2.00 pm

Disediakan: Mohd Hanafi bin Mohd Rasip


Mohd Fahmi bin Abd Halim

Aktiviti: Tugas-tugas Siaraya berkaitan dengan Pertandingan Permainan Tradisional

Sebelum Program
Sebelum pertandingan permainan kecil bermula, AJK Siaraya dan beberapa AJK pelaksana
yang lain telah membuat mesyuarat berkaitan dengan skop kerja jawatankuasa masingmasing. AJK Siaraya telah mendapat skop kerja bermula dari sebelum pertandingan iaitu
meminjam

dan

mendapatkan

peralatan

siaraya

untuk

kegunaan

semasa

acara

penyampaian perasmian penutup dan pengumuman. Sebelum pertandingan bermula, iaitu 7


September 2015, AJK Siaraya telah mendapatkan kebenaran daripada pensyarah penasihat
untuk mendapatkan kepastian peralatan yang perlu ada semasa hari pertandingan. Selepas
mendapat senarai peralatan tersebut, AJK Siaraya telah memohon pinjaman peralatan
siaraya seperti Mixer, Pembesar Suara (Hon Speaker), Mikrofon dan Kabel Audio pada 8
September 2015 iaitu sehari sebelum pertandingan bermula. Selepas mendapatkan
peralatan siaraya, AJK siaraya telah menguji setiap peralatan siaraya untuk memastikan
kesemua peralatan tersebut berfungsi dengan baik.
Selepas memastikan setiap peralatan yang diuji itu berfungsi dengan baik, sesi raptai
telah dimulakan seawal jam 11.00 am pada 8 September 2015 untuk memastikan
kelancaran pertandingan yang akan berlangsung pada hari yang sebenar. AJK siaraya juga
telah menguji setiap lagu-lagu tradisional yang dipasang semasa pertandingan berlangsung.
Pensyarah penasihat juga meminta AJK siaraya memilih salah seorang daripada ahli AJK
siaraya untuk menjadi pengacara majlis dan seorang lagi menjadi pengumum semasa

17

pertandingan berlangsung. AJK siaraya yang telah dilantik dengan tugasan tersebut segera
membuat draf teks pengacaraan majlis perasmian penutup dan teks tersebut telah disemak
oleh pensyarah penasihat untuk memastikan teks tersebut bersesuaian dengan aturcara
majlis yang telah dirancang. Selepas sesi raptai selesai pada jam 2.00 pm, AJK siaraya
telah mengemas semula peralatan siaraya dan menyimpan peralatan tersebut di dalam
Jabatan Pendidikan Sukan dan Pendidikan Kesihatan.

Semasa Program
Pada jam 7.30 am, AJK siaraya telah memasang peralatan siaraya dan menguji semula
setiap peralatan tersebut agar ia berfungsi dengan baik. Mixer telah disambungkan dengan
laptop agar lagu dapat disusun dan dimainkan dengan mudah mengikut pilihan terutama
apabila permainan melibatkan lagu khas semasa pertandingan dijalankan seperti permainan
Nenek Cucu dan permainan Kabaddi. Pada hari tersebut, Pertandingan Permainan
Tradisional bermula lewat iaitu pada jam 9.00 am kerana hujan lebat yang turun dan
membahayakan pemain-pemain di atas padang yang licin. Selepas hujan sedikit reda,
pertandingan tradisional dimulakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh AJK Teknikal.
Pertandingan permainan tradisional dimulakan dengan majlis perasmian yang
dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. MAjlis
tersebut telah dihadiri oleh semua pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Pengacara majlis dari AJK Siaraya telah mengacarakan majlis
dengan lancar mengikut aturcara majlis.
Selepas majlis perasmian selesai, Tugas Pengumum dari AJK Siaraya siaraya telah
bermula dengan mengumumkan permainan yang akan memulakan pertandingan.
Pengumum juga telah mengumumkan pasukan yang telah memasuki perlawanan akhir bagi
setiap acara permainan yang dipertandingkan. Pengumum juga telah mengumumkan
pasukan yang menjadi juara bagi setiap acara permainan yang dipertandingkan. Setiap
pengumuman adalah berdasarkan daripada maklumat yang disampaikan oleh wakil
daripada AJK Teknikal yang sentiasa mengemaskini keputusan perlawanan yang telah
selesai bertanding.
Pada jam 1.50 pm, Pertandingan permainan tradisional taman dengan lancar tanpa
ada sebarang kecederaan atau salah faham semasa pertandingan. AJK siaraya segera
mengemaskini tugasan terakhir iaitu mengacarakan majlis penyampaian hadiah bagi
pertandingan permainan tradisional. Pengacara Majlis telah memulakan acara penyampaian

18

hadiah sejurus sahaja apabila Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan tiba di Astaka iaitu pada jam 2.00 pm.

Penyampaian dimulakan dengan mengumumkan keputusan kumpulan tempat


ketiga, naib johan dan johan berdasarkan mata terkumpul ketika pertandingan berlangsung.
Keputusan tersebut telah dikumpul dan dikira oleh AJK Teknikal. Selepas penyampaian
hadiah bagi mata terkumpul, acara penyampaian hadiah bagi kategori hiasan khemah paling
kreatif telah dijalankan. Juri hakim terdiri daripada tiga orang pensyarah daripada Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Pennyampaian hadiah bagi kedua-dua
acara yang dipertandingkan disampaikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Acara penyampaian tamat pada jam 3.00 pm.
Selepas Program
Selepas acara penyampaian hadiah tamat, AJK Siaraya telah mengemas semua peralatan
siaraya dan peralatan tersebut telah dipulangkan semula pada hari yang sama.
Secara keseluruhannya majlis berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya komitmen
dan kerjasama dari semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;

____________________
(MOHD HANAFI BIN MOHD RASIP)
AJK SIARAYA

Di Sahkan Oleh:

__________________________________
(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)
PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL

19

LAPORAN AJK CENDERAHATI


Tarikh: 9 September 2015

AJK: Jemputan

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: Suzanna Binti Ahmad

Sebelum Program
Sebagai Ketua bagi Ajk Cenderahati, setelah dilantik saya dan rakan telah
mengadakan perjumpaan untuk membincangkan pasal sijil yang perlu diberikan kepada
peserta Karnival Permainan Tradisional dan sijil tambahan untuk ahli PBSM seramai 3 orang
yang aka nada sepanjang pertandigan permainan tradisional itu dijalankan. Berkaitan
hadiah pula kami berbincang setelah mendapat kelulusan belanjawan daripada kertas kerja.
Kami menghantar LO kepada pihak koperasi. Dan pihak koperasi menyediakan hamper
mengikut kewangan yang ditetapkan. Contohnya:

Tempat Pertama- RM65.00 x 2 Hamper

Tempat Kedua- RM60.00 x 2 Hamper

Tempat Pertama- RM55.00 x 2 Hamper

Semasa Program
Semua hamper telah disediakan oleh pihak koperasi mengikut belanjawan yang
telah ditetapkan. Semasa hari kejadian 6 hamper tersebut diberi kepada 2 kategori iaitu
untuk kumpulan yang banyak mata terkumpul sepanjang pertandingan tradisional dan
kategori khemah paling kreatif. Manakala disediakan juga cenderahati kepada Pengarah
diatas perasmiannya untuk Karnival Permainan Tradisional.
Selepas Program
Selepas Karnival Permainan Tradisional ini selesai, saya menyediakan laporan untuk
Ajk cenderahati dan diserahkan kepada Ajk Dokumentasi
Sekian, terima kasih.

20

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________
( SUZANNA BINTI AHMAD)
AJK CENDERAHATI
PERMAINAN TRADISIONAL

__________________________________
(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)
PENSYARAH PJM 3112

LAPORAN AJK KESELAMATAN


Tarikh: 9 September 2015

AJK: keselamatan

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: Muhammad Amir Nafis bin Khalid


dan Tang Wei Ee

Sebelum Program
Dalam Karnival Permainan Tradisional ini, kami telah meminta bantuan daripada guru
pelatih semester 4 untuk menjadi sebagai ahli PBSM dalam sepanjang program ini. Mereka
seramai 4 orang ahli PBSM telah ditempatkan di salah satu khemah dan bersiap sedia untuk
menerima sebarang kecemasan. Nasib baik sepanjang program ini berlangsung, tiada siapa
pun cedera atau menghadapi masalah kesihatan. 4 ahli PBSM tersebut telah memberi
komitmen yang amat tinggi dan nama mereka adalah berikut:
I.
II.
III.
IV.

Yau Seen Wei (P4B)


Latitha Devi a/p Sundaralingam (P4C)
Jaya a/p Selvaraj (P4C)
Ngau Sie Joo (P4D)

Semasa Program
Dalam Karnival Permainan Tradisional ini juga kami menggunakan beberapa
peralatan yang dipinjam di stor gimnasium. Permohonan pinjaman dibuat sehari sebelum
tarikh acara tersebut berlansung. Peralatan yang dipinjam ialah seperti berikut:

I.
II.
III.

Kanopi 8 x 8
Pengusung
Peti kecemasan
Peralatan tersebut dipasang waktu seawal 7.30 pagi dan dibuka untuk dipulangkan

semula pada pukul 2 petang. Kami juga menyediakan 2 buah meja dan kerusi untuk ahli

21

PBSM duduk dibawah kanopi tersebut. Kesemua peralatan yang dipinjam dipulangkan
dalam keadaan baik.
Selepas Program
Selepas Karnival Permainan Tradisional ini selesai, saya menyediakan laporan untuk
Ajk keselamatan dan diserahkan kepada Ajk Dokumentasi
Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;
____________________
(Muhammad Amir Nafis bin Khalid )
AJK KESELAMATAN
PERMAINAN TRADISIONAL

Di Sahkan Oleh:
__________________________________
(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)
PENSYARAH PJM 3112

22

LAPORAN AJK DOKUMENTASI

Tarikh: 9 September 2015


Masa: 7.30am 2.00pm

AJK: Dokumentasi
Disediakan oleh: Muhammad Adib Bin Ahamad

Sebelum Program
Sebelum Karnival Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan
bagi membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program ini. Setiap pelajar diberi
tanggungjawab dan wajib melaksanakannya. Dalam mesyuarat yang pertama, saya telah
dilantik sebagai AJK Dokumentasi dan berkerja sama dengan pelajar dari kelas P5C
Mesyuarat telah diadakan beberapa kali sebelum perlaksanaan program ini bagi
memastikan semua perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar. Dua hari sebelum
karnival ini berlangsung, satu perjumpaan bersama peserta telah diadakan. Tujuan
perjumpaan ini adalah untuk memastikan semua peserta memahami segala peraturan
setiap permainan tradisional ini. Setiap kumpulan diminta memilih seorang ketua dan
memilih nama kumpulan yang berunsurkan tradisional.

Semasa Program
Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 7.00 pagi, persiapan
padang telah di fokuskan terlebih dahulu bagi memastikan tapak atau tempat permainan
tradisional diadakan selamat digunakan. AJK Persiapan Tempat telah menghias tempat
permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, penganjur juga menyediakan tempat bagi
setiap permainan tradisional agar lebih tersusun. Pada jam 7.30 pagi, para peserta tiba dan
membuat pendaftaran terlebih dahulu untuk memastikan kehadiran semua peserta.
23

Taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan tradisional


diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal mereka main selepas
slot pertama dan slot yang seterusnya. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum
permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot atau untuk memberi kesediaan
kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, maka bermulalah aktiviti
permainan tradisional sehingga slot terakhir. Karnival ini sungguh meriah dengan gelagat
peserta yang lucu dan sebagainya. Sebagai Ajk dokumentasi, aspek cuaca menjadi
masaalah utama bagi kami, keadaan cuaca pada hari tersebut yang hujan lebat telah
membataskan pergerakan kami untuk merakamkan aktiviti tersebut, namun dengan tekad
yang kuat, saya dibantu dengan beberapa AJK lain yang telah memayung kami sepanjang
aktiviti di langsungkan. Cuaca di lihat semakin reda sekitar jam 12.00pm dan aktiviti
dilaksanakan dengan lancar.
Majlis penutupan di adakan di padang tersebut pada jam 12.30 tengahari dimana
penyelaras program Karnival Permainan Tradisional dan Pensyarah Jabatan Pendidikan
Jasmani memberikan ucapan dan penyampaian hadiah kepada para peserta. Selesai
sahaja majlis penutupan maka semua pengelola permainan tradisional bergotong-royong
membersihkan tapak yang telah digunakan agar bersih dan boleh digunakan untuk aktiviti
lain.
Selepas Program
Selepas perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini maka semua AJK Induk
diminta untuk membuat laporan dan menyerahkan kepada AJK Laporan untuk difailkan.
Seya yang bertindak selaku AJK Dokumentasi telah menggarahkan setiap AJK membuat
laporan dan menghantarnya ke email saya untuk proses penyemakan dan Poismotem.
Program seperti ini amat bagus untuk dilaksanakan kerana memberikan pengalaman dan
ilmu pengetahuan kepada guru pelatih untuk melihat dan

merasai bagaimana struktur

pentadbiran dan organisasi sukan dijalankan. Semoga program seperti ini diteruskan pada
masa hadapan.
Secara keseluruhannya majlis berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya komitmen
dan kerjasama dari semua pihak.
Sekian, terima kasih.

24

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________

__________________________________

( MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD)

(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)

AJK DOKUMENTASI

PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL
LAPORAN AJK KEBERSIHAN

Tarikh: 9 September 2015

AJK: Kebersihan

Masa: 7.30am 2.00pm

Disediakan oleh: KUMARIMALAR a/p ARUMUGAM

Sebelum Program
Selaku AJK Kebersihan, kami bertugas untuk menempah dan mengedarkan beg
plastik hitam dan mengumpul sampah di sekitar kawasan pertandingan permainan
tradisional selepas karnival berlangsung. Terlebih dahulu kami telah menempah beg plastik
hitam di bawah AJK Peralatan.
Semasa Program
Pada hari kejadian, kami telah menyediakan beberap tempat membuang sampah di
sekitar khemah yang didirikan bagi para peserta. Selepas pertandingan berlangsung, kami
juga mengutip sampah yang terdapat di sekeliling kawasan pertandingan.
Sepanjang perjalanan tugas sebagai AJK Kebersihan, kami tidak menghadapi
masalah besar di mana guru-guru pelatih telah membuang sampah ke dalam tong sampah
yang kami telah bekalkan. Cadangan penambahbaikan ialah kami perlu sentiasa menukar
beg plastic yang telah dipenuhi sampah-sarap supaya tidak mengotori kawasan
pertandingan.
Selepas Program
Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah dan guru
pelatih yang memberi bantuan kepada kami dalam menjalankan tugas sebagai AJK
Kebersihan ini.

25

Secara keseluruhannya majlis berjaya dijalankan dengan jayanya dengan adanya komitmen
dan kerjasama dari semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh;

Di Sahkan Oleh:

____________________

__________________________________

(KUMARIMALAR a/p ARUMUGAM)


AJK KEBERSIHAN

(TUAN SYED EZAHAR BIN SYED AMBON)


PENSYARAH PJM 3112

PERMAINAN TRADISIONAL

____________________
(NUR IZZATI BINTI SHARIFUL JUHARI)

AJK KEBERSIHAN
PERMAINAN TRADISIONAL

26

Permasalahan:
I.

Sukar untuk mendapatkan kemah untuk peserta kerana kekangan masa bagi tempahan
kemah adalah satu bulan. Tetapi permasaalah ini dapat diatasi atas budibicara AJK

II.
III.

yang terlibat yang berhubung terus dengan pihak JKR.


Kurang peruntukkan untuk menyediakan hadiah yang lebih baik kepada peserta.
Para peserta yang terlibat lambat sampai untuk proses pendaftaran, faktor cuaca yang
mempengaruhi kerencatan program yang menyebabkan tentatif program asal berubah
sedikit, namun aktiviti masih berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah

IV.

ditetapkan.
Masa yang diperuntukkan tidak mencukupi antara satu permainan dengan permainan
yang lain.

Cadangan Penambahbaikan.
I.

Pihak penganjur akan lebih bersedia (sekurang-kurangnya sebulan lebih awal) untuk

II.

segala permasaalahan yang pernah dihadapi.


Pihak penganjur akan cuba mendapatkan sumber-sumber kewangan dengan lebih

III.

awal agar majlis lebih meriah lagi.


Pihak penganjur akan berbincang terlebih dahulu dengan para pelajar dan AJK agar

IV.

kedua-dua pihak dapat menghadiri Program yang hendak dilaksanakan.


Pihak penganjur akan mengadakan majlis ini dengan lebih awal dan mencari insiatif
lain jika berlaku perubahan cuaca pada hari tersebut.

27

Cadangan masa depan.


Sebanyak 47 borang soal selisik telah diedarkan kepada pelajar dan sebilangan
daripada mereka berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi bagi untuk menimba
ilmu dan pengetahuan sebanyak yang mungkin disamping dapat memupuk semangat kerja
sama sesame mereka.
Selain itu, responden juga mengharapkan agar aktiviti ini dapat dilakukan di luar IPG
dan melibatkan masyarakat luar.
Rumusan.
Secara keseluruhan program yang dijalankan boleh dikatakan berjaya kerana kesemua
peserta memberikan kerjasama sewaktu program dijalankan. Peserta juga, telah menunjukkan
minat dan sokongan yang padu agar program seperti ini akan dianjurkan lagi.
Peserta juga mendapat banyak pengalaman dan nostalgia yang indah ketika bersamasama mengikuti program ini.
Rumusannya, program seperti ini perlu diteruskan pada masa yang akan datang
kerana ianya amat berguna kepada semua pelajar.

28

LAMPIRAN

29

REFLEKSI

30

REFLEKSI INDIVIDU
Oleh: Suzanna Binti Ahmad

Pertandingan Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar semester lima Program


Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) telah diadakan pada 9 September 2015 di Padang
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim secara tertutup. Dua buah kelas minor
PJ telah diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan karnival permainan
tradisional dan terdapat 6 jenis permainan tradisional yang berbeza. Bagi kelas saya, kami
telah membina 4 buah kumpulan dan kumpulan kami memilih permainan Nenek dan Cucu,
Sepak Raga, Tuju Getah dan Tuju Selipar. Pada awalnya kami telah membuat cabutan
undian bagi menyusun permainan mengikut turutan agar setiap kumpulan bersedia dan
memudahkan AJK buku program untuk menyusun tentatif program.
Rakan-rakan dari kelas saya telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri
daripada tujuh orang ahli bagi setiap kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada Kasmah,
Rais, Kumari, Ku Aznita, Nasir, Maisarah dan kami telah memilih permainan nenek dan cucu
untuk dianjurkan. Bagi permainan ini kami telah menetapkan untuk menyediakan sebuah
gelanggang yang boleh dimuatkan dua buah kumpulan untuk bermain serentak semasa hari
pertandingan nanti. Permainan nenek cucu yang akan dipertandingkan ini akan meminta
semua ahli kumpulan lain untuk terlibat bermain dan setiap kumpulan perlu memilih seorang
daripada ahli kumpulan untuk menjadi nenek. Nenek dari kumpulan A akan dipindahkan
untuk berada di kumpulan B begitu juga sebaliknya kami menggunakan cara liga dalam
permainan ini. Setiap nenek akan diberi masa untuk melihat dan mengetahui nama-nama
cucu sebelum matanya ditutup.

31

Pemenang ditentukan oleh berapa banyak nama cucu yang diteka betul dan markah
akan ditolak dari kumpulan cucu jika mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan
contohnya menyentuh tali gelanggan semasa permainan berlangsung dan cucu bergerak
mengelak diri daripada nenek semasa bermain. Nenek dibekalkan sebatang kayu sebagai
tongkat untuk menyentuh cucu semasa perlawanan. Lagu dimainkan untuk cucu dan nenek.
Ketika lagu cucu dimainkan semua cucu akan mengelilingi nenek dan dua buah kumpulan
secara serentak bermain. Manakala apabila lagu cucu tamat semua cucu-cucu akan
berhenti dan duduk, ketika ini lagu nenek pula dimainkan dan nenek mula mencari cucu
dengan menggunakan tongkatnya, apabila menjumpai cucu, nenek tersebut akan meneka
nama cucu. Cucu wajib menjawab soalan yang diajukan oleh nenek.

KEKUATAN/KELEBIHAN
Semasa menganjurkan permainan Nenek dan Cucu ini, antara kelebihan yang saya
dapati ialah cara bermain permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan pelajar-pelajar
PISMP semester lima. Justeru, ia memudahkan kami dari segi penerangan cara bermain
dimana kami hanya perlu menetapkan peraturan yang sesuai agar permainan ini boleh
dijadikan satu pertandingan untuk tugasan ini. Selain itu, kami dapat menjimatkan masa
tanpa perlu memberikan penerangan panjang lebar tentang cara bermain kepada para
peserta.
Kelebihan kedua yang saya dapati semasa menganjurkan permainan ini ialah para
peserta berasa seronok semasa bermain permainan tradisional nenek dan cucu ini. Ini amat
penting kerana permainan kami merupakan acara yang ke dua selepas kumpulan kabadi
jadi semua peserta masih mempunyai tenaga kerana baru sahaja selesai bermain satu
permainan sahaja dan pada ketika ini hujan turun dengan lebat semua peserta bermain
dalam keadaan basah kuyup dan sangat bertenaga serta gembira ketika bermain permainan
ini. Walaupun hujan lebat para peserta masih berseronok semasa bermain, malah para
peserta memberikan kerjasama kepada kami pihak penganjur. Melihat peserta berasa
seronok, matlamat kami boleh dikatakan 80% tercapai walaupun dari aspek afektif.
Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan
permainan nenek dan cucu ini tidak perlu mengeluarkan kos. Antara alatan yang kami
gunakan ialah kayu dan tali untuk menanda gelanggang, kain untuk menutup mata dan
32

tongkat kayu untuk nenek, kami mendapatkannya di setor alatan Sukan. Selain itu, kawasan
padang yang kami gunakan mempunyai rumput yang lembut sekaligus mampu
mengurangkan risiko kecederaan kepada peserta. Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi
permainan ini adalah singkat dan boleh menjimatkan masa kerana dua kumpulan bergerak
serentak semasa perlawanan bermula.
KELEMAHAN
Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul.
Pertama cuaca pada ketika itu hujan turun dengan lebat menyebabkan semua peserta
basah kuyup, serta lagu yang dimainkan ada ketikanya kurang jelas ini menganggu
pergerakan peserta. Keadaan padang yang basah, licin dan menjadi becak juga menganggu
pergerakan nenek semasa mencari cucu.
Kelemahan kedua ialah saya dapati nenek agak sukar untuk mengecam atau
meneka nama cucu kerana nenek tidak dapat menyentuh fizikal cucu yang hendak diteka,
disini sedikit sebanyak menyukarkan nenek untuk meneka walaupun diberi kebenaran untuk
cucu itu menjawab setiap soalan yang diajukan oleh nenek. Penggunaan kayu sebagai
tongkat untutk nenek menyentuh cucu adalah agak bahaya kerana terdapat nenek yang
menghayunkan tongkatnya dengan agak kuat atau laju ini boleh menimbulkan kecederaan
pada cucu apabila terkena tongkatnya serta terdapat juga nenek yang mengambil
kesempatan meraba cucu menggunakan tongkatnya walaupun telah dinyatakan jarak antara
nenek dan cucu.
CADANGAN
Penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti yang disebutkan
daripada

berulang

pada

masa

hadapan.

Berikut

merupakan

antara

cadangan

penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola pada masa hadapan iaitu, hal
lagu yang hendak dimainkan haruslah diperiksa dan dipastikan awal sehari agar lagu jelas
dalam apa jua keadaan sebagai contoh hujan pada hari pertandingan, pastikan juga sound
system dalam keadaan baik. Ini adalah kerana permainan ini bergantung kepada lagu dan
boleh juga pada masa akan datang pihak penganjur meminta peserta sendiri yang
menyanyikan lagu nenek dan cucu. Ini boleh memberi pendedahan kepada peserta yang
berbangsa India dan Cina untuk sama-sama menyanyi lagu nenek dan cucu.
Cadangan kedua ialah berkenaan dengan pergerakan dan sentuhan nenek. Mungkin
selepas ini pihak penganjur boleh asingkan peserta lelaki dan perempuan ini bagi
memudahkan nenek itu menyentuh cucu semasa hendak meneka nama cucu. Dan saya

33

cadangkan juga penganjur perlu menetapkan syarat bahawa nenek tidak boleh menghayun
kayu tongkat dengan laju kerana ini akan membahayakan para peserta.
Cadangan seterusnya ialah berkenaan dengan kawasan gelanggang yang
disediakan. Bagi mengelakkan dari kawasan padang berbecak ketika hujan pihak penganjur
harus memastikan kawasan gelanggan yang disediakan untuk permainan ini tidak
digunakan oleh kumpulan lain atau tidak dilalu lalang oleh para peserta lain sebelum aktiviti
bermula. Ini bagi mengelakkan kawasan gelanggang berbecak ketika hujan. Serta
penganjur perlu menyediakan alternatif di kawasan lain jika hujan ini bagi mengelakkan
kecederaan pada peserta dengan keadaan padang yang licin dan berbecak.
Kesimpulannya, sesuatu projek atau pertandingan itu memerlukan perancangan
yang rapi dimana ia merupakan elemen terpenting dalam pengurusan terutamanya dalam
dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus
diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan
pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.

34

Muhammad Amir Nafis bin Khalid (2013252340009)


Refleksi Karnival Permainan Tradisional
Saya melafazkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah berjaya
menyiapkan tugasan projek bagi kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan dengan menjalankan Karnival Permainan Tradisional. Pada
permulaannya, saya merasakan keliru dengan turutan pembinaan tugasan ini.
Beberapa perbincangan bersama-sama pensyarah, rakan kumpulan dan rujukan
yang dilakukan telah membuahkan hasil.
Persediaan dari awal perancangan karnival ini sedikit sebanyak mengelirukan
saya. Kekeliruan ini adalah satu cabaran baru dimana perancangan awal tersebut
harus diteliti dengan betul supaya ianya dapat dilestarikan dengan sempurna. Antara
pelbagai kekangan yang timbul, salah satunya ialah masa yang terhad akibat
pertindihan program-program di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Masalah ini dapat
diatasi dengan penerangan yang jelas dan ringkas yang telah diberikan oleh
pensyarah pembimbing, Tuan Syed Ahmad Ezahar bin Syed Ambon al-Jufri. Beliau
juga turut memberi beberapa panduan berkenaan dengan perjalanan karnival, serta
menyemak dan mengesahkan draf yang telah dibina.
Perancangan karnival ini harus diteliti dengan betul kerana ianya merupakan
batu asas kepada guru pelatih pada masa akan datang. Oleh itu, kefahaman
mengenai tempoh, jenis permainan, cara dan syarat permainan dapat dijelaskan lagi
dengan cara perbincangan bersama rakan kumpulan. Tugasan ini turut memerlukan
35

saya bersama-sama enam lagi ahli kumpulan untuk menguruskan satu permainan
tradisional. Setelah mencapai kata sepakat, kumpulan saya bersetuju untuk memilih
permainan tradisional sepak raga.
Antara kekuatan dalam karnival ini ialah penggunaan bahan maujud yang
sebenar. Contohnya, bola sepak raga digunakan dalam permainan dapat
memberikan input yang lebih kepada semua guru pelatih apabila melihat, memegang
dan bermain dengan alatan tersebut. Selain itu, kekuatan karnival ini juga
menerapkan kecerdasan fizikal kepada setiap guru pelatih. Penggunaan permainan
yang unik dan belum pernah dimainkan dapat menarik minat guru pelatih untuk
menyertai aktiviti secara menyeluruh dan menyeronokkan. Kekuatan yang
seterusnya pula ialah penerapan nilai yang bertepatan dalam setiap permainan.
Penerapan nilai seperti berani mencuba dapat membantu guru pelatih untuk
mengenal permainan tidak terhad kepada kaum-kaum tertentu sahaja.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan di dalam karnival ini.
Antaranya ialah pembahagian masa. Masa yang diperuntukkan adalah mencukupi.
Akan tetapi, terdapat kumpulan yang menggunakan masa yang lama ketika
menjalankan permainan. Ini akan menyebabkan anjakan masa bagi kumpulan lain
menjalankan permainan mereka. Selain itu, kegembiraan guru pelatih akan terbantut
akibat terdapat permainan kumpulan yang hanya dijalankan dengan masa yang
singkat.
Pelbagai peluang yang diperolehi sepanjang karnival ini. Antaranya ialah guru
pelatih berpeluang mengenal dan mempelajari cara pengurusan sesuatu acara yang
melibatkan permainan tradisional. Pengurusan ini membolehkan guru pelatih
dikaitkan dengan acara-acara lain pada masa hadapan. Selain itu, guru pelatih juga
berpeluang

untuk

mengesan

tahap

kecerdasan

fizikal

semasa

permainan

berlangsung. Kemampuan dan batas guru pelatih bergerak dalam permainan


menyedarkan dan dikaitkan dengan kepentingan penjagaan kesihatan mereka.
Tambahan lagi, guru pelatih juga berpeluang untuk melibatkan diri dengan
permainan tradisional dari kalangan berbilang kaum.
Cabaran yang terdapat dalam menjalankan projek ini pula ialah penetapan
tarikh akibat pertindihan program-program yang terdapat dalam kampus. Selain itu,
cabaran cuaca yang hujan lebat semasa karnival berlansung mengakibatkan masa
permainan tergendala. Walaubagaimana pun, karnival dapat berjalan dengan lancar

36

dengan kesungguhan setiap guru pelatih dalam melibatkan diri ketika permainan
dijalankan.
Terdapat pelbagai pengetahuan baru yang saya pelajari sepanjang
penyempurnaan tugasan ini. Antaranya ialah pengaplikasian peralatan yang maujud
dalam pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan memberikan input yang lebih
berkesan. Ia juga mempunyai kekuatan dari sudut perkembangan kreativiti,
menambah minat terhadap aktiviti permainan dan meningkatkan keyakinan semasa
meibatkan diri dalam aktiviti secara berkumpulan.
Pengetahuan baru yang diperolehi juga meliputi pengurusan sesuatu acara.
Perancangan yang teliti dan mengambil berat setiap aspek dapat menjadikan
sesuatu program berjalan dengan sempurna. Walaubagaimanapun, jika terdapat
beberapa halangan, sikap tenang dan tidak mudah panik amat penting agar setiap
halangan tersebut dapat diatasi dengan mudah.
Pengetahuan mengenai kekuatan dan kelemahan ini juga menjadikan
seorang guru lebih bijak dalam merancang aktiviti permainan yang sesuai untuk
digunakan semasa pengajaran. Pemilihan aktiviti yang tepat akan menjadikan
pengajaran

dan pembelajaran menjadi

lebih

berkesan,

menepati

standard

pembelajaran slot, menghasilkan murid yang lebih berkualiti, seterusnya membina


negara berwarga berpengetahuan luas.
Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih ini khususnya kepada Tuan Syed Ahmad Ezahar bin Syed
Ambon al-Jufri selaku pensyarah kursus ini yang telah banyak memberikan panduan
dan tunjuk ajar. Saya turut mencadangkan agar tugasan projek ini diteruskan pada
masa akan datang. Jika diberi peluang lagi, pasti saya akan dapat melakukan
tugasan ini dengan lebih baik. Diharap tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang
sempurna.

37

MOHD FAHMI BIN ABD HALIM


P5A-KG PRASEKOLAH (SK)
Refleksi Permainan Tradisional

Pertama sekali saya ingin melafazkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mini karnival
permainan tradisional ini telahpun berlangsung dengan jayanya berkat daripada kerjasama
rakan-rakan sekelas juga bimbingan daripada pensyarah kursus Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan Tn. Syed Ahmad Ezahar bin Syed Ambon AlJufri. Walaupun pada mulanya terdapat pelbagai kekangan dan permasalahan yang timbul
semasa proses merancang dan mengendalikan program ini, tambahan pula pada hari
kejadian cuaca hujan sedikit sebanyak menagganggu perjalanan program, namun ia tidak
menjadi halangan untuk program ini diteruskan dan dijayakan dengan kerjasama yang jitu
daripada rakan-rakan.
Saya ditugaskan untuk mengendalikan bahagian siaraya dan juru acara pada program kali
ini. Disamping itu, saya juga perlu memberikan komitmen kepada kumpulan permainan
saya. Semasa dalam fasa perancangan, saya bersama rakan setugas iaitu Mohd Hanafi
dan Thilaga telah berbincang dan merancang mengenai kelengkapan yang diperlukan untuk
bahagian siaraya seperti mikrofon, pembesar suara dan alatan-alatan lain. Pada masa yang
sama saya juga berbincang bersama ahli kumpulan permainan saya untuk memilih
permainan yang akan dipersembah dan dikelolakan oleh kumpulan kami. Setelah
berbincang, kami bersepakat untuk memilih permainan Tuju Getah. Permainan ini
merupakan salah satu permainan tradisional yang mana ianya tidak dimainkan di semua
daerah di Malaysia. Kami juga telah berbincang akan kelengkapan peralatan yang

38

diperlukan dan melakukan pembahagian tugas untuk menyediakan alatan dan peraturan
dan cara permainan.
Sepanjang pelaksanaan program ini, terdapat beberapa kelemahan atau permasalahan
yang timbul seperti saya terpaksa melakukan dua tugasan pada masa yang sama. Sewaktu
hari kejadian, saya terpaksa bertugas sebagai juru acara juga perlu menjadi urusetia
sewaktu permainan kumpulan saya dimainkan. Perkara ini menjadi sedikit rumit apabila
rakan setugas saya iaitu Mohd Hanafi juga merupakan ahli kumpulan permainan saya.
Selain itu, saya juga terpaksa menguruskan masa dengan baik untuk menyediakan
peralatan yang diperlukan untuk permainan kumpulan saya. Tambahan pula pada hari
kejadian cuaca hujan yang tidak berhenti sehingga ke akhir perjalanan program.
Sebagai seorang bakal guru yang mendapat didikan dari pensyarah yang berkaliber untuk
berupaya menjalankan tugasan dalam pelbagai situasi, saya mengambil inisiatif untuk
melakukan penggiliran sebagai tugas juru acara dengan rakan setugas saya. Apabila tiba
giliran kumpulan saya untuk melakukan permainan, saya turun ke padang untuk menjadi
urusetia dan tugas sebagai juru acara diambil alih oleh rakan setugas saya yang lain. Saya
juga melakukan pengurusan masa dengan cekap dengan mencari masa terluang diluar
waktu kuliah untuk mencari dan menyediakan kelengkapan peralatan untuk permainan
kumpulan saya. Saya juga melakukan tempahan peralatan siaraya lebih awal daripada
juruteknik bagi memastikan peralatan dapat disedia dan digunakan dengan baik.
Daripada tugasan yang diberikan sepanjang mengendalikan program ini, terdapat beberapa
perkara baharu yang saya pelajari yang mungkin dapat saya adaptasikan apabila saya
ditugaskan disekolah kelak. Antaranya seperti pengurusan untuk melaksanakan sesuatu
program supaya program itu dapat dilaksanakan dengan baik. Saya juga mendapat
pengalaman dan mempelajari bagaimana untuk menjadi juru acara bagi program yang
sebegini. Semestinya pengalaman ini akan saya simpan sebagai pengalaman yang
berharga dan akan diaplikasikan apabila ditempatkan disekolah kelak. Sesungguhnya
pengalaman ini suatu pengalaman yang sangat berguna pada saya sebagai bakal guru.
Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing merupakan pelajran
yang amat bermakna.
Kesimpulannya program ini dapat dijalankan dengan jayanya berkat kerjasama semua
rakan-rakan seperjuangan, dan saya dapat mempelajari serta mendapat satu pengalaman
yang baharu dan berguna. Semoga kursus ini akan dapat menjadikan saya sebagai seorang
guru bakal guru yang bersedia dengan cabaran yang hebat pada masa kini.

39

REFLEKSI INDIVIDU
DISEDIAKAN OLEH: NAZIRAH BINTI MOHD HARUN
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui
oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan
tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan
tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang
sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita
sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di
antara permainan itu termasuklah kabaddi, tuju selipar, tuju getah, galah panjang, sepak
raga, cucu dan nenek dan lain-lain lagi.
Pertandingan Karnival Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar semester lima
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah diadakan pada 8 dan 9 September
2015 di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPG KSAH), Sungai Petani,
Kedah secara tertutup. Sebanyak tiga buah kelas telah diberikan tugasan untuk menganjur
dan mengelolakan pertandingan di mana setiap kelas diminta memilih tiga jenis permainan
tradisional yang berbeza bagi setiap kelas. Bagi kelas kami iaitu PISMP semester 5
pengajian Prasekolah dan pengajian Sejarah yang telah melalui perbincangan dan
dipersetujui semua pelajar, tiga jenis permainan tradisional yang dipilih ialah permainan
Nenek dan Cucu, Tuju Getah dan Sepak Raga. Manakala bagi kelas pengajian Tamil pula,
mereka sepakat telah memilih permainan Kabaddi, Tuju Selipar dan Galah Panjang.
Guru pelatih dari kelas kami seramai 23 orang telah dibahagikan kepada tiga buah
kumpulan yang terdiri daripada tujuh hingga lapan orang ahli dimana setiap satu kumpulan
dikehendaki menganjurkan satu jenis permainan seperti yang dinyatakan diatas. Kumpulan
40

saya terdiri daripada diri saya sendiri, Nursalina, Khairulnisa, Tang Wei Ee, Siti Mariam,
Nazihah Izyan, Mohd Hanafi serta Mohd Fahmi dan kami telah memilih permainan tuju
getah untuk dianjurkan.
Bagi permainan ini, kami sepasukan telah menetapkan agar ianya diadakan di
kawasan padang IPG KSAH, yang bertentangan dengan Jabatan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Tujuannya ialah kerana permukaan padang yang berumput lembut dan adalah
amat sesuai bagi peserta untuk melastik gundu getah selain faktor keselamatan kepada
peserta. Kami telah menyediakan lima buah lorong yang panjangnya 5 meter bagi lima buah
pasukan dimana setiap pasukan adalah terdiri daripada enam hingga tujuh orang peserta.
Tempoh yang telah ditetapkan bagi permainan ini adalah selama 15 minit dan
menggunakan sistem pertandingan menyerupai sistem kalah mati. Hal ini kerana permainan
ini tidak sesuai dijalankan secara liga kerana disebabkan kami merupakan kumpulan yang
terakhir dan kesuntukan masa menyebabkan kami terpaksa menukar kepada sistem kalah
mati. Melalui jadual ini, keputusan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dapat
ditentukan dengan mudah dan cepat.

KEKUATAN/KELEBIHAN
Semasa menganjurkan permainan tradisional tuju getah ini, antara kelebihan yang
kami dapati ialah cara bermain permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan pelajarpelajar PISMP semester lima. Justeru, ia akan memudahkan kami dari segi penerangan
cara bermain dimana kami hanya perlu menetapkan peraturan yang sesuai untuk
menjadikan permainan ini lebih menarik.
Selain itu, kami dapat menjimatkan masa tanpa perlu memberikan penerangan
panjang lebar tentang cara bermain kepada para peserta. Kelebihan kedua yang kami
dapati semasa menganjurkan permainan ini ialah para peserta berasa seronok semasa
bermain permainan tradisional tuju getah ini. Ini amat penting kerana permainan kami
merupakan acara yang terakhir bagi sesi pagi Pertandingan Permainan Tradisional PISMP
semester 5 dimana pada waktu tersebut, semua peserta telah pun keletihan.
Hal ini adalah mungkin disebabkan sewaktu Karnival Permainan Tradisional bermula,
hujan turun tanpa henti dari jam 8.00 pagi sehingga sekitar jam 1.00 petang. Namun, para
peserta masih mampu berseronok semasa bermain permainan tuju getah ini selain
memberikan penuh kerjasama kepada kami pihak penganjur. Melihatkan peserta berasa
sangat teruja dan seronok, matlamat kami boleh dikatakan 80% tercapai. Selain itu,
41

permainan tuju getah memerlukan konsentrasi dan tumpuan sepenuhnya ketika bermain.
Hal ini menjadikan keadaan padang ketika permainan ini berlangsung sunyi sepi kerana
setiap pemain memerlukan konsentrasi sewaktu peserta melastik ke arah para getah
(target). Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah sangat singkat dan
boleh menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur jadual perlawanan yang
banyak.
KELEMAHAN
Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul.
Pertama, dari segi pengurusan masa, perjalanan pertandingan pada 9 September 2015
untuk permainan tuju getah terpaksa disingkatkan dan jadual perlawanan terpaksa diubah
disaat-saat akhir berikutan kumpulan yang menganjurkan permainan pada waktu awal
carnival telah mengambil masa yang agak panjang bagi satu-satu acara. Hal ini terganggu
dan menjejaskan para peserta sendiri dimana peserta hanya berpeluang bermain
permainan tuju getah sekali pusingan sahaja dan terpaksa bermain sehingga ke waktu
petang dan waktu permainan bagi tuju getah ini juga terpaksa disingkatkan.
CADANGAN
Penyelesaian adalah perlu bagi mengelakkan berlakunya masalah-masalah seperti
yang disebutkan daripada berulang pada masa hadapan. Berikut merupakan antara
cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola pada masa hadapan
iaitu, yang pertama hal berkaitan pengurusan masa. Pada peringkat awal permainan, masa
yang diperuntukan perlulah dipatuhi dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk satu-satu
acara permainan tradisional yang dijalankan.
Kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan perancangan
yang rapi dimana ia merupaka elemen terpenting dalam bidang pengurusan terutamanya
dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus
diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan
pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.
Penganjuran pertandingan seumpama ini merupakan pendedahan awal tentang
kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sebuah
pertandingan pengurusan pertandingan sukan yang baik dan lebih sistematik. Diharap
penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional ini akan memberi pengetahuan serta
kesedaran terhadap generasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus
memelihara warisan ini daripada lenyap ditelan kemodenan zaman yang serba canggih.

42

Mohd Hanafi bin Mohd Rasip (Kelas P5A-KG)


Refleksi Permainan Tradisional

Saya bersyukur dan berterima kepada Allah S.W.T kerana dapat melaksanakan
tugasan mengelolakan karnival pertandingan permainan tradisional ini bersamasama rakan-rakan kumpulan dalam jangka masa yang diberikan. Saya juga amat
berterima kasih kepada Tuan Syed Ahmad Ezahar bin Syed Ambon Al-Jufri selaku
pensyarah bagi subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan
Sukan PJM3123 kerana beliau telah memberi banyak panduan dan bimbingan
dalam proses melaksanakan pengurusan karnival pertandingan permainan
tradisional ini.

Dalam tugasan ini, saya dan ahli kumpulan diberikan tugas untuk memilih
satu permainan tradisional yang menarik dan sesuai dipertandingkan dalam
karnival pertandingan permainan tradisional. Tugasan ini memberi peluang
kepada saya untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan memilih satu permainan
yang mempunyai daya tarikan dan cabaran dan layak dipertandingkan dalam
karnival tersebut. Saya juga telah mendapat satu ilmu dan pengalaman baharu
berkaitan dengan permainan yang kami pilih iaitu permainan Tuju Getah Saya
tidak pernah memainkan permainan ini dan ia menjadi satu tarikan bagi saya
untuk mengurus dan merancang pengelolaan pertandingan bagi permainan Tuju
Getah ini. Mengurus, merancang dan mengelola pertandingan permainan Tuju
Getah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mengaplikasikan
pengurusan pertandingan seperti perancangan perjalanan pertandingan,
peraturan dan persiapan tempat yang telah dipelajari pada sem ini dan semester
yang lepas. Pendedahan ini telah membuatkan saya lebih memahami selok belok
pengurusan sukan dari segi pengelolaan sesuatu acara pertandingan itu
dijalankan.

43

Selain itu, saya juga diberi tugas untuk mengendalikan siaraya semasa
hari karnival pertandingan permainan tradisional tersebut. Pengalaman yang
lepas mengelolakan peralatan siaraya telah membantu saya mengurus dan
merancang dengan cekap ketika mengendalikan peralatan tersebut. Tugasan
siaraya ini juga memberi satu ilmu baru kepada saya untuk mengacarakan
pertandingan yang sedang berlangsung. Saya juga dapat membezakan
pengacaraan majlis dengan mengacarakan acara sukan. Kemahiran komunikasi
dan verbal saya memainkan peranan penting ketika melakukan tugas tersebut.
Saya juga mendapati intonasi dan suara yang jelas serta ulasan secara spontan
memainkan peranan penting ketika mengacarakan acara sukan kerana
perubahan sentiasa berlaku dan tidak mengikut perancangan jadual yang
sebenar.

Seterusnya, saya juga diberi peluang untuk merasai sendiri acara


permainan kecil yang dipertandingkan oleh kumpulan lain. Acara permainan
seperti Kabaddi merupakan sesuatu permainan yang baharu bagi saya dan saya
telah melihat permainan ini memberi cabaran dan kemahiran menyelesaikan
masalah dengan cepat dan cekap. Dengan menyertai permainan tradisional ini,
saya mendapati setiap permainan mempunyai teknik dan cabaran yang unik dan
memerlukan kerjasama pasukan untuk mendapatkan mata. Saya banyak
didedahkan dengan permainan yang bagi saya tidak akan merasai memainkan
permainan ini. Dengan adanya karnival ini, saya dapat merasakan permainan
tradisional ini memiliki cabaran dan keseronokan tersendiri.

Semasa melaksanakan karnival permainan tradisional ini, saya mendapati


terdapat halangan dan kelemahan yang telah saya hadapi. Antaranya adalah
berkaitan dengan aspek menentukan peraturan permainan. Saya merasakan
peraturan yang ditetapkan tidak memiliki justifikasi yang jelas untuk setiap
peraturan yang ditetapkan. Permasalahan ini telah diselesaikan dengan
membuat raptai permainan yang telah dikelola sendiri oleh Tuan Syed Ahmad
Ezahar bin Syed Ambon. Persoalan yang diberikan oleh Tuan Syed Ahmad Ezahar
bin Syed Ambon mendedahkan banyak kelemahan yang perlu dibaiki terutama
semasa pergerakan dan kedudukan pemain, susun atur kawasan permainan dan
bentuk pertandingan yang dipertandingkan. Segal teguran Tuan Syed Ahmad
Ezahar bin Syed Ambon telah diambil tindakan pembetulan dan
penambahbaikkan

Selain itu, saya juga mendapati pengurusan pertandingan tidak


merancang pelan B jika sekiranya hari tidak mengizinkan seperti berlakunya
rebut atau angin kencang. Pada hari karnival tersebut, hujan lebat beserta kilat
telah menyebabkan karnival tersebut terpaksa bermula lewat. Acara peramian
tidak menyediakan pelan B dari segi tempat tambahan. Jika hari tidak
mengizinkan, perasmian boleh dilakukan di tempat tertutup seperti di
44

Gimnasium supaya program karnival itu tidak mengalami kelewatan memulakan


majlis perasmian serta tetamu VIP tidak tertunggu-tunggu disebabkan hari hujan
dan ruang kawasan di Astaka menjadi sangat basah.

Seterusnya, masalah yang saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan


menguruskan karnival permainan tradisional ini ialah masa bagi setiap
permainan yang berlangsung ketika itu telah melebihi dari masa yang ditetapkan
iaitu 15 minit bagi setiap permainan. Hal ini menyebabkan saya dan ahli
kumpulan saya yang mendapat giliran terakhir diberikan masa yang lebih
singkat untuk menyelesaikan pertandingan kelolaan kumpulan saya. Saya dan
ahli kumpulan terpaksa merombak semula peraturan dan persiapan tempat
untuk menamatkan pertandingan sebelum acara penyampaian hadiah bermula.
Hal ini menjadi kesukaran kepada saya dan saya merasakan tiada keseronokan
dan kepuasan ketika bermain.

Pada pendapat saya, karnival permainan tradisional ini perlu


diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. Karnival ini merupakan satu
pertandingan yang berpotensi menjadi satu acara tahunan dan bukan sahaja di
bawah subjek pendidikan jasmani semata-mata. Karnival Permainan Tradisional
ini pada pandangan saya amat sesuai dibuka penyertaan kepada seluruh warga
IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Walaupun permainan tradisional ini bukan
permainan yang diiktiraf oleh persatuan sukan, tetapi dengan adanya
pertandingan permainan tradisional ini, maka guru pelatih yang lain juga dapat
menyertai dan merasai kesernokan bermain permainan yang telah lama mereka
tinggalkan

Karnival permainan tradisional ini telah membuka ruang dan peluang


kepada saya untuk mengendalikan karnival berupa pertandingan di masa akan
datang dan menajamkan kemahiran pengurusan saya untuk mengendalikan
sesuatu pertandingan. Saya juga dapat melihat pengurusan sukan memerlukan
aspek perancangan jangka panjang terutama ketika langkah persediaan yang
memerlukan perancangan rapi.

Tugasan menguruskan karnival permainan tradisional banyak membantu


saya mengembangkan ilmu berkaitan pengurusan dan pentadbiran sukan. Setiap
bentuk perlaksanaaan yang dikehendaki dalam tugasan ini memerlukan elemen
saya untuk belajar menguruskan perancangan secara sistematik dengan
bekerjasama secara berkumpulan bagi menghasilkan keputusan yang baik.
Penghasilan kertas kerja dan perancangan bentuk pertandingan mencabar bakat
saya dalam elemen pengurusan. Berdasarkan tugasan yang telah saya
laksanakan setakat ini telah membantu saya mengaplikasikan perancangan yang
sistematik dalam semua bentuk tndakan yang dibuat dalam kehidupan seharian.
45

NUR IZZATI BINTI SHARIFUL JUHARI (P5A)

REFLEKSI

Pada 9 September 2015 bersamaan dengan hari Rabu , satu pengelolaan


pertandingan permainan tradisional telah diadakan. Pertandingan Permainan Tradisional ini
merupakan salah satu aktiviti di bawah kursus PJM 3123E

iaitu Pengurusan dan

Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Pertandingan Permainan Tradisional ini telah
dilaksana dan dikelolakan oleh pelajar PISMP semester 5 ambilan Jun 2013. Ianya
melibatkan 4 buah kelas iaitu P5A, P5B, P5C dan P5D. Aktiviti Pertandingan Permainan
Tradisional ini telah diadakan pada waktu pagi bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul
1.00 petang bertempat di padang Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim.
46

Pertandingan ini telah dijalankan dengan mempertandingkan sebanyak 6 jenis permainan


tradisional iaitu kabadi, galah panjang, tuju selipar, tuju getah, sepak raga serta cucu dan
nenek. Cuaca pada hari kejadian yang hujan tidak membantutkan usaha kami untuk
meneruskan pelaksanaan permainan tradisional ini.
Sebelum hari kejadian sebenar berlaku, kami telah membuat beberapa perjumpaan
bersama diantara semua kelas bagi menguruskan permainan tradisional ini. Kami telah
membuat lantikan ahli jawatankuasa bagi membahagikan tugas masing-masing untuk
membentuk satu organisasi pelaksanaan bagi melicinkan aktiviti. Ianya sebagai satu cara
untuk mengurus dan mentadbir sesuatu aktiviti agar berjalan dengan lancar. Hasil daripada
cadangan dan undian tersebut, saya juga telah dilantik sebagai ajk kebersihan. Jadi, segala
tugasan berkaitan kebersihan terletak di bahu ajk kebersihan.Selain ditugaskan sebagi ajk
kebersihan, saya juga terlibat dengan ahli kumpulan permainan saya sendiri iaitu sepak
raga. Saya dan ahli yang terlibat menguruskan permainan sepak raga ini telah bekerjasama
dalam memastikan kejayaan ahli kumpulan kami. Saya dan rakan-rakan bersyukur kerana
kumpulan daripada permainan sepak raga telah mendapat tempat pertama dalam
pertandingan hiasan khemah dan juga mendapat tempat kedua dalam pertandingan
permainan tradisional secara keseluruhannya. Hasil daripada kerjasama berpasukan
kumpulan telah membuah hasil.

Seterusnya, daripada aktiviti ini banyak kekuatan dan kelemahan yang dapat dilihat.
Antara kelemahan yang dapat dilihat ialah dari segi kekangan masa. Pada mulanya kami
mempunyai masalah dalam pemilihan tarikh aktiviti kerana ianya bertindih dengan tarikhtarikh aktiviti dan program-program yang lain. Walaubagaimanapun, masalah ini berjaya di
atasi dan kami dapat menyelesaikannya. Manakala kekuatan daripada aktiviti ini kami dapat
mengeratkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain. Selain itu,walaupun masa yang
suntuk diberikan untuk menguruskan permainan tradisional ini, kami tetap dapat
menjayakan aktiviti ini. Hal ini merupakan hasil daripada kerjasama semua pihak.
Sebagaimana yang kita tahu, Permainan tradisional merupakan satu khazanah
warisan negara dan bangsa yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita malah tidak
ternilai harganya. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara warisan
yang menjadi identiti kita. Tambahan pula, permainan tradisional ini mencakupi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu
cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana menggunakan
kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi
47

alatan. Maka, penganjuran pertandingan ini dijadikan sebagai batu loncatan kepada bakal
pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-permainan tradisianal di
negara kita. Di samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti semangat
kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat perpaduan antara pelbagai kaum dan
melahirkan generasi yang aktif.
Akhir sekali, hasil daripada ilmu yang saya pelajari daripada pelaksanaan aktiviti ini
akan saya manfaatkan pada masa akan datang terutamanya bila saya berada di alam
persekolahan nanti. Sekian, terima kasih.

(KASMAH PAKAR-870115-52-6272)
KARNIVAL PERMANAN TRADISIONAL PJM3112E 2015
KEKUATAN
Permainan tradisional adalah permainan yang dimainkan pada zaman dahulu iaitu semasa
zaman nenek moyang kita. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian
daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Pada 9-10 September 2015, telah diadakan Karnival permainan tradisional di
Padang IpgKsah yang melibatkan semua guru pelatih semester 5 pismp yang mengambil
subjek PJM 3121E. Setiap kelas mempunyai satu booth dan satu permainan tradisional
yang akan dianjurkan.

48

Setelah berbincang, kelas saya telah bersetuju untuk menganjurkan permainan


nenek cucu. Rasionalnya kami memilih permainan ini adalah permainan ini adalah
permainan

ini

agak

menarik

dan

keanak-anakkan

malah

seronok

dijalankan

seakan0akankembali ke zaman kanak-kanak satu masa dahulu. Hal ini kerana, permainan
ini adalah permainan semua kaum. Disebabkan permainan ini agak janggal dan pelik malah
jarang dimainkan dalam karnival, maka kami membuat keputusan untuk menganjurkannya
supaya semua guru pelatih dapat bermainan dengan seronok tanpa banayk persoalan
hanya kami tambah inovasi sedikit sahaja dalam permainan ini iaitu permainan ini dikontrol
sepenuhnya oleh muzik lagu nenek cucu. Seperti yang kita tahu, permainan congkak, bola
beracun, baling selipar, galah panjang sudah tidak asing lagi dengan masyarakat Malaysia.
Walaupun tidak sehebat permainan lain, tetapi sekurang-kurangnya mereka tahu dan
pernah bermain permainan ini.
Karnival permainan tradisional ini bermula pada jam 9 pagi. Dimulakan dengan
ketibaan para pensyarah dan seterusnya dirasmikan oleh pengarah IPG KSAH iaitu Dr
Baharuddin Bin Yaakob. Permainan dimulakan mengikut stesen dan kelas saya adalah
stesen ke dua. Setelah bermaian beberapa permainan tradisional ini, saya mendapat
beberapa pengalaman dan ilmu baru. Jika sebelum ini hanya dimainkan secara olok-olok,
kini bermain dalam pertandingan. Sudah pastinya semangat berpasukan hadir dan
berusaha untuk menang. Bukanlah hadiah yang diinginkan. Akan tetapi, kerjasama dan
semangat berpasukan itu hadir semasa bermain permainan tersebut. Selain itu, apa yang
paling penting sekali ialah saya dapat belajar bagaimana untuk mengelola sebuah karnival
atau aktiviti. Oleh itu, apabila sudah mengajar ataupun ketika praktikum saya sudah ada
pengalaman dan ilmu jika diminta untuk mengelola sesebuat aktiviti atau karnival. Penat
lelah yang saya dan rakan lain lalui membuahkan hasil iaitu kami Berjaya melaksanakan
karnival ini dan mendapat ilmu dan pengalaman baru yang tidak dapat dibeli di mana-mana
atau dimuat turun dimana-mana.
Di samping itu, melalui permainan tradisional juga, masyarakat dapat menyemai
nilai-nilai murni serta dapat melatih jati diri mereka. Kekuatan yang paling ketara pada
karnival kali ini ialah adanya permainan kabaddi. Permainan ini adalah permaian kaum india.
Mungkin agak janggal untuk kami kaum melayu bermain namun ia amat memberi kesan
yang positif iaitu kami mengenali permainan kaum india bukan hanya sekadar nama sahaja
tetapi mempraktikkannya sekali. Kita adalah satu Malaysia dan kita boleh berkongsi-kongsi
budaya antara satu sama lain. Keharmonian di dalam Negara pastinya mudah untuk dicapai
jika berlakunya pertukaran dan perkongsian budaya antara satu sama lain.

49

KELEMAHAN
Kelemahan bukanlah bermaksud lemah tetapi ianya adalah kesalahan yang boleh dibuat
penambahbaikkan untuk masa akan datang. Sebenarnya, kelemahan ini penting untuk
diketahui bagi memastikan sebarang karnival atau program dapat dijalankan dengan lebih
baik untuk masa akan datang. Antara kelemahan yang terdapat dalam karnival permainan
tradisional ini ialah semasa berlangsungnya permainan tradisional ini, cuaca yang tidak
mengizinkan. Hujan sepanjang hari dari mula kami berkarnival sehinggalah habis karnival
berlangsung. Namun adanya muzik iringan yang sesuai, sebenarnya dalam masa yang
sama dapat menambahkan semangat untuk bermain dan melakukan sebarang kerja
walupun berhujan.
Selain itu, antara kelemahan lain ialah, semasa memberikan taklimat sebelum
bermain. Ketidakkemasan dalam memberi taklimat merupakan kelemahan utama kerana
kurang memberi perhatian. Mungkin disebabkan kesejukkan dan kebisingan hujan malah
dalam keadaan yang berdiri. Sebenarnya, semasa memberikan taklimat, penganjur boleh
meminta peserta untuk duduk semasa mendengar taklimat. Apabila seperti yang dilakukan
iaitu perserta berdiri semasa memberikan taklimat, peserta tidak dapat mendengar dengan
jelas. Lagi pula, tentu ramai yang bersembang dan tidak fokus semasa memberikan
taklimat.
Tambahan lagi, kurang ke fahaman system permainan kabaddi kerana ia jarang
dilakukan dalam permainan lebih-lebih lagi kaum melayu. Saya sendiri kurang faham akan
tatacara permainan dan sistem permarkahan permainan kabaddi ini. Bukan itu sahaja,
karnival kami kurang sambutan daripada guru pelatih lain mungkin disebabkan hujan
mereka tidak dapat menyaksikan karnival. Yang hanya memeriahkan carnival kali ini ialah
kamk sendiri serta pensyarah-pensyarah pj sendiri.

PENAMBAHBAIKKAN
Setiap kelemahan bukan bermakna lemah tetapi ianya adalah satu kekuatan untuk
menambahbaik sesuatu aktiviti atau program tersebut. Antara kelemahan yang boleh dibuat
penambahbaikkan adalah semasa berlangsungnya karnival pemainan tradisional ini, jika
cuaca tidak mengizinkan bila mana melaksanakan karnival pada masa akan datang
sediakan plan yang kedua seperti dijalankan di dewan mahupun gim bagi mengelakkan hari
hujan kerana dikhuatiri sakit akan menimpa guru pelatih.

50

Muzik yang lebih rancak dan lebh menunjukkan ke tradisionalan juga boleh dipasang
bagi memeriahkan lagi karnival berkenaan. Selain itu, semasa melakukan taklimat sebelum
bermain, pihak penganjur seharusnya meminta peserta untuk duduk dahulu agar mereka
semua dapat fokus dan mendengar akan taklimat yang diberikan. Suasana juga akan
menjadi lebih tenang dan lebih mudah untuk membuat sebarang pengumuman ataupun
taklimat. Penambahbaikkan lain adalah mengenai sistem pemarkahan. Pihak yang menjaga
markah ataupun ketua pengadil mestilah memberikan taklimat mengenai sistem
pemarkahan yang akan diberi. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan ataupun
ketidak adillan ataupun berat sebelah mahupun berlaku pergaduhan.

(KHAIRULNISA BINTI KASEH P5A)


REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya
dapat bersama-sama dengan rakan-rakan dalam melaksanakan program Permainan
Tradisional. Permainan Tradisional ini telah dilaksanakan pada 9 September 2015 iaitu hari
Rabu di Padang IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Di dalam program ini, tiga kelas telah
terlibat iaitu kelas P5A Pengajian Prasekolah, P5C Pengajian Bahasa Tamil, dan P5D
Pengajian Sejarah. Jumlah kesemunya adalah seramai 41 orang. Setiap kelas dipecahkan
kepada tiga kumpulan. Maka, jumlah kesemua kumpulan adalah sebanyak 6 kumpulan. Di
antara permainan yang dipertandingkan ialah Kabaddi, Galah Panjang, Tuju Selipar, Tuju
Getah, Nenek Cucu, dan Sepak Raga. Kursus ini memerlukan saya menyelesaikan tugasan
secara amali, menyediakan kertas kerja terutama bagi permainan tradisional iaitu perlu
51

dilakukan secara berkumpulan. Kursus ini dibawah bimbingan Encik Tuan Syed Ahmad
Ezahar bin Syed Ambon dan Penyelaras kami iaitu Encik Zulkifli Bin Ahmad.
Di antara objektif permainan tradisional ini ialah, dapat mengelola dan mengurus
sesebuah pertandingan dengan baik dan sistematik. Hal ini saya dapat lihat apabila saya
telah diberi amanah untuk membuat buku program bagi Permainan Tradisional. Saya perlu
membuat rangka buku program terlebih dahulu untuk memastikan tidak akan berlaku
kesilapan. Kemudian, saya perlu mengetahui apa yang perlu diletakkan di dalam buku
program itu supaya ia nampak ringkas tapi padat dengan maklumat yang penting mengenai
Program Permainan Tradisional. Di sini, saya dapat mempelajari bahawa bagaimana
hendak merancang sesuatu dengan betul dan sistematik. Selain daripada itu juga, saya
telah mempelajari bagaimana hendak menguruskan sesuatu perkara yang lebih penting
terlebih dahulu. Contohnya, sebelum membuat buku program, saya mesti mengetahui apa
yang perlu diletakkan di dalam buku program itu.
Di samping itu juga, program Permainan Tradisional ini dapat meningkatkan
hubungan interpersonal antara guru pelatih dengan pihak-pihak tertentu yang terlibat
semasa pengelolaan Program Permainan Tradisional. Hal ini dapat dilihat semasa program
Permainan Tradisional ini dijalankan iaitu kerjasama dan penglibatan di antara guru pelatih
yang diberi ketika permainan sesebuah kumpulan dimainkan. Oleh kerana jumlah kami tidak
ramai, maka kami perlu melibatkan diri bagi setiap permainan yang dipertandingkan.
Walaupun letih tetapi di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan, kami dapat
melaksanakannya dengan berjaya. Di sini, saya dapat mempelajari bahawa dalam setiap
pengurusan atau pentadbiran khususnya di dalam bidang sukan, kerjasama adalah sangat
penting selain daripada pengurusan yang teratur dan sistematik. Apabila kita mendapat
kerjasama daripada ahli-ahli organisasi yang terlibat di dalam sesebuah pengurusan, maka
secara tidak langsung tugasan yang kita lakukan akan berjalan dengan lancar dan teratur.
Selain daripada itu, program Permainan Tradisional ini memberi pengalaman kepada
saya, bagaimana hendak menyiapkan kertas kerja yang melibatkan permainan tradisional.
Di samping itu juga, saya merasai sendiri bagaimana hendak bermain permainan tradisional
yang tidak pernah saya main selama ini seperti permainan kabaddi, sepak raga, dan tuju
getah. Hal ini memberi pengalaman yang baru kepada saya mengenai permaianan
tradisional yang ada di Malaysia yang kian pupus. Selain daripada itu juga, saya diberi
pengetahuan mengenai bagaimana hendak membuat sebuah peraturan permainan untuk
sesebuah pertandingan. Peraturan itu hendaklah teliti dan jelas supaya tidak berlakunya
salah faham di antara pemain. Hal ini memberi pengetahuan yang baru kepada saya iaitu

52

sebelum membuat sesuatu pertandingan permainan, perancangan rapi yang melibatkan


proses sebelum, semasa, dan selepas permainan perlu dititikberatkan.
Melalui program Permainan Tradisional ini juga, ia dapat mendidik saya bagaimana
hendak mengurus masa dengan baik. Hal ini kerana, proses untuk melaksanakan program
ini adalah hanya dalam masa yang singkat sahaja. Oleh itu, saya dan kumpulan saya telah
merancang dan membuat pembahagian tugas supaya kami mempunyai tugas dan
tanggungjawab masing-masing untuk dilaksanakan. Contohnya, membuat kertas kerja,
membina peraturan permainan, menyediakan alatan permainan, menghias khemah,
menentukan pakaian semasa permainan, dan sebagainya. Saya dan kumpulan saya telah
memilih untuk membuat permainan tuju getah. Sebelum permainan ini dipertandingkan,
kami telah berbincang mengenai bagaimana permainan ini hendak dimainkan, peralatan
apakah yang diperlukan, pembatalan permainan, dan organisasi kumpulan.
Kesimpulannya, program Permainan Tradisional ini banyak memberi impak yang
positif kepada guru pelatih. Diharapkan program seperti ini akan sentiasa dilaksanakan pada
tahun-tahun yang akan datang. Selain daripada itu, program seperti ini dapat meningkatkan
lagi interaksi antara guru pelatih dengan pensyarah di samping dapat meningkatkan
kesihatan dari segi mental dan fizikal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Selain
daripada itu, dengan program seperti ini, permainan tradisional akan sentiasa terus diingati
sepanjang zaman. Akhir kata, diharapkan agar program seperti ini dapat meningkatkan lagi
warisan Melayu di negara kita dan agar permainan tradisional ini dapat dikenali di serata
dunia.

NURSALINA BINTI MANAP- P5A


KARNIVAL PERMANAN TRADISIONAL PJM3112E 2015

Subjek pengurusan pjk 3123e adalah satu subjek yang baru kepada saya dan wajib
di ambil semasa semester 5. Di dalam subjek ini, saya perlu mempelajari satu tajuk yang
saya rasa sangat penting serta perlu diajar terutamanya kepada golongan remaja pada
masa sekarang. Tajuk yang sangat penting itu ialah pengurusan permainan tradisional. Tajuk
ini sangat penting dipelajari kerana permainan tradisional ini semakin hari semakin
dilupakan terutamanya bagi golongan remaja pada zaman sekarang yang hanya lebih
mementingkan permainan yang berada di atas talian seperti permainan di alam maya yang
hanya menggunakan gajet yang canggih semata-mata. Permainan seperti ini sangat
53

berbeza dengan permainan tradisional, ini kerana permainan tradisional bukan sahaja dapat
meningkatkan daya pemikiran seseorang pemain malah dapat memupuk kerjasama dan
seterusnya interaksi sosial dalam perhubungan dia antara pemain dapat dieratkan. Dalam
pengurusan permainan tradisional ini terlalu banyak ilmu yang saya pelajari sepanjang
mempelajari tajuk ini. Di antaranya ialah yang pertama saya dapat mempelajari pelbagai
jenis permainan tradisional yang sebelum ini saya tidak pernah mendengar langsung
namanya serta tidak pernah mencuba permainan ini. Contohnya seperti main koba, kabadi,
tuju getah. Oleh itu selepas mempelajari tajuk permainan tradisional ini banyak ilmu dan
maklumat tentang sejarah awal permainan tersebut, syarat permainan, kelengkapan yang
digunakan dapat saya pelajari. Terutamanya apabila saya ditugaskan untuk membuat tajuk
permainan tradisional iaitu permainan gasing uri. Walaupun saya tahu untuk bermainnya
tetapi ilmu tentang sejarah asal permainan, jenis-jenis gasing serta kelengkapan permainan
gasing uri adalah satu ilmu yang sangat baru kepada saya dan akan saya ingat serta
kongsikan kepada sesiapa yang memerlukan nanti. Perkara yang kedua yang saya pelajari
di dalam tajuk ini ialah saya dan rakan - rakan diwajibkan merancang dan menjalankan satu
karnival permainan tradisional. Oleh itu ilmu tentang bagaimana merancang dan
menguruskan sesuatu karnival permainan tradisional seperti ini adalah sangat - sangat
berguna kepada saya. Ini kerana saya dapat mempelajari pengurusan sesuatu program
yang perlu dijalankan dari awal sehinggalah berakhirnya sesuatu program tersebut. Apa
yang saya pelajari ialah dalam menganjurkan sesuatu program, kerjasama di antara ahli-ahli
jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diberi adalah sangat penting bagi melicinkan
serta melancarkan sesuatu program itu supaya berjaya seperti yang dirancang. Oleh itu
semasa menjalankan pemilihan ahli jawatankuasa dalam sesuatu program itu, kita perlulah
memilih ahli jawatankuasa yang memang layak serta berpengalaman dalam menjalankan
sesuatu program tersebut. Ini kerana penglibatan yang menyeluruh oleh setiap ahli
jawatankuasa akan menggerakkan sesuatu program tersebut. Saya telah dipilih untuk
menjadi ahli jawatankuasa di bahagian peralatan. Banyak ilmu yang saya pelajari berkaitan
dengan

penyediaan

peralatan,

peminjaman

serta

pemulangan

peralatan

dan

penyelenggaraan peralatan untuk karnival tersebut iaitu bermulanya dari sebelum karnival
itu berlangsung, semasa dan selepas karnival itu dijalankan. Selain itu saya juga dapat
mempelajari tugas-tugas dari ahli jawatankuasa yang lain bagaimana mereka melaksanakan
tugas yang diberikan sepanjang menjalankan karnival ini. Yang ketiga, ilmu dan pengalaman
yang dapat saya pelajari ialah bagaimana menjalankan sesuatu pertandingan dalam
sesebuah permainan. Kumpulan saya telah memilih permainan tradisional iaitu Tuju
Getah. Di dalam permainan tradisional ini, kami telah membahagikan tugas sesama ahli
kumpulan seperti menyediakan bahan permainan yang digunakan seperti getah gelang,
kayu pancang, gelung rotan. Menerangkan cara permainan dimainkan, menyediakan carta
54

markah dan menghias khemah. Saya menerima tugas iaitu menerangkan cara permainan
dimainkan, bagi menerangkan sesuatu cara permainan yang tidak pernah dimainkan oleh
rakan-rakan adalah sangat sukar. Namun dengan menggunakan teknik dan strategi
pembelajaran yang betul serta kaedah tunjuk cara kepada rakan-rakan maka mereka dapat
bermain permainan tradisional tuju getah dengan hebat serta mengikut peraturan permainan
yang telah ditetapkan, Ilmu yang terakhir sekali yang saya perolehi ialah semasa saya
bermain segala permainan tradisional yang dipertandingkan. Saya memperolehi ilmu yang
sangat berguna kerana saya banyak belajar pelbagai permainan tradisional seperti cara
permainannya, alatan yang digunakan serta syarat-syarat sesuatu permainan. Di dalam
permainan ini, saya sangat teruja apabila bermain permainan tradisional kabadi iaitu satu
permainan tradisional kaum india. Permainan ini sangat menarik kerana memerlukan saya
serta ahli kumpulan sentiasa peka terhadap tindakan yang akan dilakukan oleh pemain
lawan. Akhirnya kami dapat memasuki peringkat akhir tetapi sayang tidak dapat memenangi
pertandingan tersebut. Aktiviti permainan ini banyak mengajar saya supaya sentiasa
bekerjasama di antara satu sama lain serta sentiasa mempunyai semangat kesukanan
dalam menyertai sesuatu pertandingan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah saya Tn.Syed Ahmad Ezahar Bin Syed Ambon Al-Jufri kerana banyak membantu
serta memberi tunjuk ajar dalam subjek ini, tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan
yang sama-sama berganding bahu serta memberi idea serta melaksanakan karnival
permainan tradisional ini saya mengucapkan ribuan terima kasih. Segala ilmu yang saya
perolehi dan pengalaman yang saya terima ini akan saya kongsikan kepada sesiapa yang
memerlukan nanti terutamanya apabila saya berada di lapangan pekerjaan sebenar nanti,
insyallah..

MAISARAH NUR ATIKAH BINTI MOHD SUHAINI


KARNIVAL PERMANAN TRADISIONAL PJM3112E 2015
Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahhi dengan limpah kurniaNYA, selesai
juga aktiviti permainan tradisional yang dikendalikan oleh kami bagi kursus
PJM3123E Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan bagi
semester 5 ini yang diajar oleh Tuan Syed Ahmad Ezahar Bin Syed Ambon. Tugasan
ini amat mencabar bagi saya kerana perlu menghasilkan kertas kerja dan
melaksanakan pertandingan permainan ini yang tidak pernah saya lakukan sebelum
ini. Oleh itu, tugasan ini adalah sejenis pengaliran ilmu yang secara langsung dan
berkesan. Melalui tugasan ini saya dapat mencapai pemahaman yang lebih
mendalam mengenai ilmu yang telah saya perolehi dalam topik-topik tertentu yang
55

telah saya pelajari untuk diaplikasikan semasa praktikum dan lapangan nanti.
Lantaran itu ia amatlah berguna untuk saya sebagai bakal guru yang berjaya pada
masa depan.
Antara kekangan yang dihadapi semasa proses melaksanakan permainan
tradisional ini ialah kesuntukkan masa. Ini kerana pada semester ini, terdapat
banyak cuti umum jadi kami terpaksa membuat keputusan dengan pantas dalam
memilih tarikh bagi melaksanakan permainan tradisional ini. Tetapi Alhamdulilah ,
walaupun kesuntukkan masa tetapi apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
Contohnya saya sebagai a.j.k peralatan dapat memohon pinjaman peralatan yang
hendak digunakan oleh rakan-rakan semasa permainan tradisional dan khemah
yang dipinjam oleh JKR juga dapat dipinjam pada masa yang singkat. Di sini saya
dapat belajar bagaimana cara kita mengurus dan mengendalikan sesuatu perkara
dengan mengisi borang permohonan pinjaman barang dan berurusan dengan pihak
atasan untuk fax kan dokumen ke pihak JKR dan sebagainya. Sebelum ini saya
tidak pernah melakukan perkara ini. melalui kursus ini saya dapat belajar
pengurusan sesuatu program yang dirancang.

Selain itu, kekangan lain yang berlaku pada hari kejadian adalah hujan
sepanjang permainan tradisional ini dijalankan. Sepatutnya kita mesti merancang
apakah yang patut kita lakukan jika berlakunya hujan, tetapi disebabkan tiada plan B
maka permainan tradisional ini tetap dijalankan walaupun hujan. Tetapi ini adalah
satu pengalaman manis di mana bermain ketika hujan merupakan satu
keseronokkan bagi saya yang tidak pernah lalui sebelum ini. Walaubagaimanapun
apabila kita berada di lapangan kelak kita perlu ada back up plan apabila berlaku
sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.
Selain itu, komitmen yang tinggi untuk menjayakan permainan tradisional
yang

telah diamanahkan hendaklah diterapkan dalam diri seorang guru agar

mampu menjadi guru yang berkaliber, berilmu dan mampu menjadi aset dan
mangkin perubahan kepada generasi akan datang kelak. Walaupun berhadapan
dengan pelbagai ujian, seorang guru itu harus tabah dalam meneruskan misi
56

sebagai pendidik anak bangsa. Dalam hal ini, saya telah cuba sedaya upaya untuk
diri saya. Segala halangan dan cabaran yang telah saya tempuhi akan saya jadikan
sebagai iktibar dan pengalaman serta dijadikan sebagai kayu ukur untuk
memperbaiki lagi diri ini.
Akhir kalam jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah
kerana telah memberi sedikit input bagi mendapatkan gambaran mengenai
pelaksanaan permainan tradisional yang perlu dilaksanakan dan rakan-rakan yang
menolong saya dalam memberi idea secara langsung dan tidak langsung. Banyak
pengalaman dan input-input yang berguna yang saya perolehi dalam pengurusan
permainan tradisional ini. Saya berharap saya dapat menggunakan ilmu dan input
tersebut pada masa hadapan sama ada semasa praktikum mahupun di lapangan
kelak. Sekian, terima kasih.

KU AZNITA BINTI HJ. KU ABDULLAH

KARNIVAL PERMANAN TRADISIONAL PJM3112E 2015


Permainan tradisional merupakan permainan yang menyeronokkan dan dimainkan oleh
masyarakat terdahulu serta masih lagi popular disekitar kawasan kampung-kampung
sehinggalah sekarang. Pelbagai jenis permainan tradisional yang masih lagi relevan untuk
dipraktikan. Antaranya adalah teng-teng, sepak raga dan sebagainya. Baru-baru ini, saya
berpeluang untuk turut sama terlibat sebagai pengelola dan peserta untuk permaianan
tradisional. Apa yang membuatkan saya berasa sangat teruja adalah saya dapat bermain
permainan tradisional masyarakat india iaitu kabadi. Permainan memerlukan saya sentiasa
peka dan berfikir untuk menyusun strategi agar dapat kekal dalam permainan sehingga
tamat. Namun demikian saya tidak berjaya untuk melepasi halangan yang ada kerana saya
masih kurang memahami teknik bagaimana permainan ini dimainkan. Namun demikian, ahli
57

kumpulan saya yang lain telah berjaya melepasi halangan dan memenangi pusingan
pertama. Walaupun saya tidak berjaya melayakkan diri untuk pusingan seterusnya, tetapi
saya tetap berasa seronok kerana berpeluang bermain permainan ini. Walaupun keadaan
cuaca tidak mengizinkan kerana hari hujan tanpa henti sejak dari mula bermain sehinggalah
berakhirnya permainan dan keadaan padang menjadi basah dan lecak serta menyukarkan
pergerakan kami. Namun demikian, permainan tetap diteruskan sehingga selesai. Keadaan
cuaca sedemikian tidak dapat melunturkan semangat saya untuk bermain kerana permainan
tradisional ini merupakan permainan yang pernah saya main sewaktu kanak-kanak dahulu
dan hal ini telah mengembalikan nostalgia saya tentang keseronokan bermain.
Selain dari permainan kabadi, saya juga turut bermain permaian tradisional lain seperti
nenek-nenek si bongkok tiga, galah panjang, tuju selipar, sepak raga, dan tuju getah. Bagi
saya permainan galah panjang dan tuju selipar merupakan permainan yang paling
menyeronokkan kerana saya dapat bermain dengan baik serta kumpulan saya menjadi
juara untk setiap permainan malahan kami turut dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi
semua permaianan pada hari tersebut dan bukan itu sahaja, khemah kumpulan saya
telahberjaya merangkul tempat kedua sebagai khemah tercantik. Hal ini benar-benar
membuatkan saya dan ahli kumpulan yang lain berasa sangat seronok dan gembira pada
hari tersebut. Keadaan ini demikian kerana kumpulan saya terdiri daripada mereka-mereka
yang hebat dan pandai dalam merancang dan menyusun strategi bagi mengalahkan pihak
lawan. Selain itu, dengan adanya dua orang ahli kumpulan lelaki maka kekuatan kumpulan
kami bertambah dan semakin sukar untuk dikalahkan. Walaubagaimanapun, masih banyak
kekurangan yang perlu diatasi sekiranya ingin terus kekal sebagai juara. Justeru, saya
sendiri berazam untuk terus berusaha supaya dapat memberikan persembahan yang terbaik
tidak kira dalam apa jua bidang supaya sentiasa terus maju ke hadapan.

58

TANG WEI EE (901021-14-5400)

KARNIVAL PERMANAN TRADISIONAL PJM3112E 2015


Pada 9 September 2015 bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, pelajar-pelajar
semester 5, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah menganjurkan satu
pertandingan Permainan Tradisional di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
secara tertutup. Kami sebanyak 3 buah kelas telah diberikan tugasan untuk melaksanakan
pertandingan ini di mana setiap kelas diminta memilih 3 jenis permainan tradisional yang
berbeza bagi setiap kelas. Bagi kelas kami, iaitu gabungan Kelas Sejarah dan Kelas
Prasekolah telah memilih 3 permainan tradisional yang berlainan iaitu tuju getah, sepak raga
dan nenek cucu.

Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini telah diadakan pada jam 9 pagi
hingga 2 tengah hari di padang IPGKSAH. Dalam Pertandingan Permainan Tradisional saya
59

juga merupakan AJK Keselamatan yang bertanggungjawab atas ahli PBSM bagi semester
4. Mereka seramai 4 orang ahli PBSM sem 4 telah dipilih untuk bertugas sepanjang
pertandingan tersebut. Mereka ditempatkan di salah satu khemah dan bersiap sedia untuk
menerima sebarang kecemasan. Nasib baik sepanjang pertandingan ini berlangsung, tiada
siapa pun daripada golongan kami cedera atau menghadapi masalah kesihatan.

Pada akhirnya, program ini ditutup secara rasmi oleh Ketua Jabatan Pendidikan
Jasmani iaitu Puan Tan Bo Ji. Selepas habis Majlis Perasmian Penutup Permainan
Tradisional dan kami seramai 41 dengan pensyarah yang terlibat telah mengadakan sesi
penggambaran sebagai tanda yang terakhir untuk program tersebut.

Saya menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu Tn Syed Ahmad Ezahar bin Syed Ambon kerana telah
mengamanahkan tugasan ini kepada saya dan memberi banyak tunjuk ajar kepada saya
semasa melaksanakan tugasan ini. Tidak terlupa pula rakan-rakan yang banyak membantu
dan memberi idea-idea kepada saya dalam menjayakan tugasan ini. Begitu juga dengan
keluarga saya yang memberi banyak sokongan kepada saya. Akhirnya, saya berasa
bersyukur kepada Tuhan kerana memberi tenaga kepada saya supaya dapat melaksanakan
tugasan ini secara lancar.

Pada permulaan dalam menyiapkan tugasan ini amat sukar bagi saya kerana soalan
yang amat sukar untuk saya memahami kehendak soalan. Setelah itu saya mulakan proses
pencarian maklumat melalui internet, buku-buku dalam perpustakaan dan tidak lupa melalui
perbincangan dengan kawan-kawan. Dengan ini dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan
lengkap dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Akhir kata, semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi seorang
guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti. Memohon maaf sekiranya
berlaku kesilapan atau kesalahan dalam tugasan ini.

60

61

KEKUATAN
Semasa menganjurkan permainan tradisional ini, saya dapati bahawa kerjasama
antara satu sama lain adalah sangat penting. Kita perlu memberi komitmen yang sangat
tinggi supaya berjaya melaksanakan satu program yang baik dan sempurna. Selain itu,
melalui pertandingan ini juga membantu saya lebih memahami sesuatu budaya dan unsur
nilai murni yang terdapat dalam permainan tradisional tersebut. Setiap permainan tradisional
mempunyai visi dan misi masing-masing, permainan ini bukan sahaja menyeronokkan kita
atau mengisi masa lapang kita, tatapi secara tidak langsung ia juga mengajar kita
kepentingan nilai-nilai murni yang kita patut belajar.
KELEMAHAN

Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul.


Pertama, dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran, terdapat segelintir guru pelatih
yang datang lewat. Ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pihak urusetia, malahan
kepada guru pelatih yang lain juga. Mereka yang datang lewat kemungkinan disebabkan
oleh keadaan cuaca yang tidak baik kerana pada hari kejadian tersebut merupakan musim
hujan. Walaubagaimana pun, kami masih meneruskan pertandingan tersebut dengan penuh
semangat.

CADANGAN

Penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah atau ancamanancaman yang diluar janggaan kita seperti yang disebutkan tadi. Berikut merupakan antara
cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengurus pada masa hadapan
iaitu, menyediakan pelan B seperti mengadakan pertandingan dalam kawasan induk iaitu di
Gimnazium IPGKSAH.

MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD (880119565075)


62

KARNIVAL PERMANAN TRADISIONAL PJM3112E 2015


Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan merupakan salah satu
mata pelajaran yang wajib diambil oleh seorang guru pelatih dibawah IPGM. Subjek ini
mengetengah kan kepada kita mengenai teknik dan prosedur dalam melaksanakan
pengurusan

permainan

tradisional

yang

menjerumus

kepada

pendidikan.

Dalam

melaksanakan kerja kursus untuk subjek ini ianya merupakan satu cabaran buat saya.
Kerja kursus ini merupakan kerja kursus yang sangat mencabar dari aspek kognatif dan
saikologikal. Dari aspek tajuknya Permainan tradisional saya menyusunnya menjadi
bahagian dan setiap satunya saya olah mengikut

teknik pengjadualan dan huraian.

Sungguhpun kerja kursus ini agak sukar, namun saya telah menerima banyak faedah yang
berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Ilmu ini merupakan satu penanda aras
bagi saya dalam mendokong aspirasi Negara di bidang peguruan Setelah membuat banyak
rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta
memahami mengenai cara cara mengendalikan program dangan berkesan dan seimbang.

Dari segi aspek penekanan yang terkandung didalamnya dapat lah di tekankan
bahawasanya mata pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan
ini pada asasnya tetap mempunyai tunjang yang sama. Iaitu menekankan aspek
pembelajaran menerusi kehidupan. Namun yang membezakan teknik teknik ini adalah cara
penyampaian dan olahannya mengikut kehendak individu. Dalam pemerhatian yang telah
saya lakukan berdasarkan pembentangan

dan huraian yang diterjemahkan oleh rakan

rakan saya, dapat diambil beberapa kesimpulan sebagai intipati dalam setiap pebentangan
mereka.
Dari sudut pembuatan pula, terdapat beberapa kekangan yang saya hadapi dalam
menyelesaikan masaalah ini. Teknik perangkaan program yang betul masih masih lagi
belum saya kuasai, namun dengan bantuan rakan rakan masaalah ini dapat diatasi.
Beberapa contoh permainan tradisional telah di muat turun dari dalam talian untuk dijadikan
sebagai rujukan lantas diolah dengan saksama. Olahan ini digubah dan dijadikan sebagai
asas dalam subjek ini . Seterusnya masaalah yang dihadapi adalah, bahan untuk membuat
Alatan. Masaalah ini dapat saya selesaikan dengan menggunakan bahan sedia ada dan di
tambah baik dengan bahan baru. Hasilnya jenis bahan capteh baru telah tercipta.
Ketika memilih permainan tradisional yang akan dijadikan modul untuk sesi mikro,
kami telah bersetuju untuk memilih Capteh yang di rangka secara gabungan dengan
63

mengambil aspek dari setiap ahli. permainan tradisional ini seterusnya di garap untuk
menghasilkan permainan tradisional yang seimbang. Perbincangan secara dua hala melalui
aplikasi wasup telah memudah kan saya untuk berhubung dengan rakan sepasukan.
Dari sudut implikasai dalam pembelajaran dan pengajaran pula dapat saya
simpulkan bahawasanya sebagai seorang guru, amat penting bagi kita memberi setiap
orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi berbagai jenis teknik P&P yang
menunjukkan tingkah laku yang diingini. Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan
bahawa kita sendiri boleh menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta
memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu tingkah laku yang tidak
bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan
manipulasinya sebagai Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan persekitaran
sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Ini dapat kita lakukan dengan
mengaplikasikan tindakan dalam seni, muzik dan pergerakan . Perkara seperti memberi
insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada murid-murid secara
terus menerus bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik dalam kalangan muridmurid pada masa kini
Yang ketiga, sebagai seorang guru, kita per,lu bijak untuk menyesuaikan
penggunaan Teknik-teknik pembelajaran ini mengikut situasi dan keperluan. Selain itu,
melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama
rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap
toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat
di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih
mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini
sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, pengurusan yang seimbang sangat membantu murid
untuk memantapkan kemahiran interaksi sesama mereka. Hal ini kerana, banyak teknik P&P
yang lebih bertumpu pada kemahiran kognitif atau fizikal sahaja, maka sedikit sebanyak
kemahiran interaksi ini telah diabaikan. Sebagai penambah baikan untuk Teori pengajaran
ini, gunakan pendekatan murid dengan persekitaran dengan ini murid dapat berinteraksi
dengan lebih terbuka. Ini akan membantu murid mencambahkan pengetahuan mereka
secara tersusun iaitu melalui perkataan. Ramai murid sekarang yang hanya bijak di atas
kertas sahaja. Mereka sangat bertumpu pada teori sesuatu subjek itu sahaja. Hatta, ada
64

juga murid yang aktif di padang tetapi tidak dapat berkomunikasi dengan sempurna. Maka,
model pengajaran personal ini sebenarnya telah membuka peluang kepada setiap individu
murid untuk mengubah cara mereka.
Disamping itu, melalui setiap teori pengajaran ini murid sebenarnya berpeluang
untuk meneroka bagi meningkatkan kemampuan diri sendiri. Murid dapat menentukan cara
pembelajaran mereka sendiri. Model personal dalam pengajaran dan pembelajaran sangat
menekankan individu sebagai insan yang unik maka seorang guru akan dicabar untuk
membentuk personaliti murid yang berintegrasi, penuh keyakinan, dan kompeten. Matlamat
ini adalah untuk membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perkembangan diri
dan berjaya mencapai penghargaan diri serta keharmonian kendiri. Maka, adalah penting
untuk guru membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan
suatu personaliti yang seimbang.
Secara keseluruhannya dapat kita nilai setiap teknik P&P yang dibawa oleh para
peneraju pendidikan mempunyai nilai dan pengajaran yang menjadi pokok keunikan teknik
teknik pembelajaran yang di rangka oleh mereka. Dasar-dasar awal pendidikan ini perlulah
sentiasa menjadi sumber kepada masyarakat malaysia kursusnya masyarakat melayu dan
di pelihara agar dapat di corakkan kepada masyarakat melenium dimasa kini demi
membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Benarlah kata pepatah
yang Bangsa Berilmu Bangsa Berjaya. Asas ini lah yang membawa kita untuk menjadi
sebuah bangsa yang gah di mata dunia.

KEKUATAN
Kekuatan yang saya dapat hasil daripada permainan tradisional ini ialah saya dapat
mempelajari tentang cara pengurusan dan pentadbiran sukan yang dilaksanakan dengan
berkesan. Saya melihat bahawa kerjasama berpasukan amat penting dalam melaksanakan
satu-satu program .

Semasa menganjurkan permainan tradisional ini, antara kelebihan yang kami dapati ialah
cara bermain permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan pelajar-pelajar PISMP
semester lima. Justeru, ia akan memudahkan kami dari segi penerangan cara bermain
dimana kami hanya perlu menetapkan peraturan yang sesuai untuk menjadikan permainan

65

ini lebih menarik. selain itu, kami dapat menjimatkan masa tanpa perlu memberikan
penerangan panjang lebar tentang cara bermain kepada para peserta.
Kelebihan kedua yang kami dapati semasa menganjurkan permainan ini ialah para peserta
berasa seronok semasa bermain permainan tradisional ini. Ini amat penting kerana
permainan kami merupakan acara yang terakhir bagi sesi pagi Pertandingan Permainan
Tradisional PISMP semester 5 dimana pada waktu tersebut, semua peserta telah pun
keletihan, malah terdapat peserta yang jatuh pengsan. Namun, para peserta masih mampu
berseronok semasa bermain permainan tarik upih ini selain memberikan penuh kerjasama
kepada kami pihak penganjur. Melihatkan peserta berasa seronok, matlamat kami boleh
dikatakan 80% tercapai walaupun dari aspek afektif.
Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan permainan ini
senang didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Antara alatan yang kami gunakan
ialah skitel dan tepung sebagai penanda kawasan permainan dan lorong peserta, bendera
bagi menentukan kemenangan dan juga upih. Bagi peralatan seperti skitel, dan bendera,
kami mendapatkannya di setor alatan Pendidikan jasmani dan tepung pula kami beli di kedai
manakala upih pula kami dapatkannya secara percuma hasil bantuan daripada bapa angkat
ahli kumpulan kami iaitu Nurainfazillah yang merupakan penduduk dari kampong
berdekatan IPG Kampus Darulaman. Selain itu, kawasan gelanggang bagi permainan ini
adalah di atas padang rumput yang lembut sekaligus mampu mengurangkan risiko
kecederaan dan memudahkan peserta untuk bermain.

KELEMAHAN
Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul. Pertama,
dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta, terdapat segelintir pelajar yang
datang lewat. Ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pihak urusetia, malahan
kepada peserta-peserta lain juga. Akibatnya, perjalanan pertandingan pada pagi 3 Mei
terganggu dan menjejaskan para peserta sendiri dimana peserta tidak mendapat rehat yang
mencukupi dan terpaksa bermain sehingga ke tengahari dan waktu permainan bagi trik upih
ini juga terpaksa disingkatkan.
Kelemahan kedua yang kami dapati daripada pemilihan permainan ini ialah masalah
dalam kumpulan. Maksudnya, bilangan ahli perempuan dan lelaki tidak seimbang diantara
setiap kumpulan. Bagi permainan yang memerlukan kudrat dan tahap kecergasan yang
tinggi, masalah akan timbul apabila ahli perempuan terpaksa menarik ahli lelaki untuk

66

mencukupkan pasangan bermain seperti yang dinyatakan di atas. Begitu juga apabila
terdapat kumpulan yang kesemua ahlinya merupakan lelaki ataupun sebaliknya, maka
keputusan permainan akan menjadi tidak adil. Selain daripada masalah di atas, masalah
saiz badan turut mempengaruhi dan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan peserta.
Memang mudah bagi ahli yang besaiz badan besar untuk menarik ahli yang bersaiz badan
kecil, tetapi apabila tiba waktu untuk brtukar peranan maka masalah mula timbul.
Kelemahan yang ketiga pula ialah dari segi kawasan gelanggang. Disebabkan
permainan sepak raga dijadualkan sebagai permainan penutup untuk sesi pagi, maka kami
sekumpulan telah berpakat pada hari sebelumnya untuk menandakan dahulu kawasan
gelanggang dengan menggunakan batu dan tali. Kawasan gelanggang sepatutnya
ditandakan dengan skitel dan tepung namun setelah mengambil kira banyak faktor dan
risiko contohhya, apabila hujan turun dan kawasan padang menjadi becak, maka akan siasialah usaha kami menyiapkan kawasan gelanggang tersebut. masalah timbul pada hari
pertandingan dimana para peserta dengan sengaja memasuki atau melintasi kawasan
gelanggang kami yang telah ditanda dengan tali dan batu tadi lalu menyebabkan ukuran
yang telah dibuat sebelum ini menjadi kucar-kacir. Setiap kali peserta bergerak untuk
bermain permainan tradisional yang lain, mereka akan melintasi kawasan yang sama
sehingga ahli kumpulan kami terpaksa membetulkan semula ukuran yang telah dibuat.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti yang disebutkan
daripada

berulang

pada

masa

hadapan.

Berikut

merupakan

antara

cadangan

penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola pada masa hadapan iaitu,
yang pertama hal berkaitan pengurusan masa. Pihak peserta mungkin datang lewat pada
awal pagi kerana bersarapan, maka pihak pengelola harus melihat kepada perkara ini dan
melakukan sesuatu mengenainya. Sebagai cadangan, pihak pengelola boleh memberitahu
dan menyediakan sarapan kepada peserta di tempat pertandingan. Bagi peserta yang
sengaja datang lewat pula, wujudkan satu peraturan tegas dan nyatakan di dalam borang
peserta bahawa peserta yang lewat mendaftarkan diri akan dibatalkan penyertaan
kumpulannya. Ini akan menyebabkan setiap ahli rasa bertanggungjawab tentang kumpulan
dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja.
Cadangan kedua ialah berkenaan dengan masalah dalam kumpulan. Pihak
pengelola sepatutnya sedar dan harus mengambilkira akan faktor perbezaan individu seperti
jantina, saiz dan bentuk badan peserta. Mungkin peserta tidak patut ditentukan
67

kumpulannnya dan dibiarkan bertanding mengikut kelas mereka. dengan ini, peserta akan
memilih calon yang sesuai dari segi jantina dan saiz badan sebagai wakil bagi permainan
seperti tarik upih ini. Selain itu, pastikan bilangan ahli wanita dan lelaki adalah seimbang
bagi mengelakkan sebarang bentuk bantahan samada sebelum, semasa dan selepas
pertandingan dijalankan.
Cadangan seterusnya ialah berkenaan dengan kawasan gelanggang. Bagi
mengelakkan kawasan permainan dilintasi atau dirosakkan oleh peserta, tandakan pita
keselamatan disekeliling kawasan gelanggang dan letakkan notis atau tanda peringatan
yang bertindak sebagai amaran kepada para peserta melainkan pihak penganjur sahaja
kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan perancangan
yang rapi dimana ia merupaka elemen terpenting dalam bidang pengurusan terutamanya
dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus
diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan
pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih lancar..

KESIMPULAN
Kesimpulan hasil daripada permainan tradisional ini ialah saya amat berpuashati dan
gembira kerana dapat melihat salah satu metod P&P dilaksanakan dalam bentuk permainan
namun

menterjemahkan

natijah

yang

mampu

merungkai

konektif

dan

sosiologi

pelajar.sesunggunya permainan tradisional mampu meningkatkan prestasi pelajar dalam


aspek fizikal dan mental.

68

Siti Mariam Bt Nuzarman


KARNIVAL PERMANAN TRADISIONAL PJM3112E 2015

Kekuatan Permainan Tradisional ialah pengurusan permainan tradisional sebelum,


semasa dan selepas. Pensyarah memberikan penerangan dengan jelas dan tugasan yang
mencabar. Keadaan ini mendidik guru pelatih agar lebih bertanggungjawab dan bijak dalam
menguruskan sukan. Saya juga memberikan sumbangan dari sudut idea dan tenaga
semasa program dijalankan. Walaupun tugas saya sebagai AJK Peralatan namun saya
memberikan sumbangan idea dan tenaga kepada lain-lain AJK seperti AJK cenderamata,
AJK Persiapan Tempat dan pengurusi. Kerjasama dan sikap ringan tulang sangat penting
semasa mengadakan sukan bagi melancarkan program yang dirancang.
Kelemahan Permainan Tradisional ialah terdapat AJK yang kurang tahu skop tugas
yang perlu dilakukan semasa kejadian dan sikap pentingkan diri.
Peluang yang saya perolehi semasa Permainan Tradisional berlangsung ialah saya
dapat mengurus bahagian tempat pengarah dengan baik walaupun saya diberi tugas pada
hari kejadian. Selain itu, saya juga dapat menyertai pelbagai pertandingan yang
berlangsung seperti kavadi, tuju selipa, anak cucu dan galah panjang. Setiap pertandingan
yang saya sertai memberikan pengalaman yang bermakna pada saya. Saya juga
berpeluang bermain dalam hujan. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi
saya.
Peluang yang saya peroleh dalam kumpulan saya iaitu kumpulan tuju getah ialah
saya dapat membahagikan tugas kepada ahli kumpulan. Saya juga banyak menyumbang
idea seperti penyediaan bahan, pergerakan pertandingan, cara pertandingan dijalankan,
cara kiraan mata dan lain-lain. Segala idea yang saya lontarkan dan logik saya kongsi
bersama ahli kumpulan bagi mendapatkan persetujuan dan penambahbaikkan. Saya juga
berpeluang mengubah permainan tersebut menjadi lebih menarik dan mencabar.
Ancaman semasa Permainan Tradisional ialah cuaca yang tidak mengizinkan iaitu
hujan sepanjang program berlangsung. Keadaan ini membahayakan guru pelatih kerana
akan berlaku kemalangan. Semasa program berlangsung keadaan diri saya yang kurang
sihat. Alhamdulillah saya dapat menyertai pertandingan dan mengelolakan pertandingan
dengan baik berkat tunjuk ajar pensyarah.

69

Wan Mohd Nasir Bin Wan Ali

KARNIVAL PERMANAN TRADISIONAL PJM3112E 2015


PENGENALAN
Pada 9 September 2015 yang lalu telah berlangsung Karnival Permainan Tradisional
Peringkat Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim anjuran guru pelatih
semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan. Sebanyak tiga kumpulan pengajian telah
diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan pertandingan. Hasil gabungan semua
peserta telah Berjaya membentuk enam kumpulan dengan setiap ahli kumpulan terdiri
daripada 7 ahli dan setiap kumpulan diminta menganjurkan satu jenis permainan tradisional
yang berbeza bagi setiap kumpulan. Saya bersama ahli kumpulan telah melalui
perbincangan dan dipersetujui oleh semua ahli untuk memilih permainan Nenek Cucu untuk
dianjurkan dalam pertandingan. Manakala permainan lain yang turut dianjurkan seperti
Sepak Raga, Tuju Selipar, Tuju Getah, Galah Panjang dan juga Kabbadi.
Dalam usaha menganjurkan permainan Nenek Cucu, kami telah membuat beberapa
percubaan untuk mencari kelemahan yang wujud untuk diatasi sebelum tiba hari kejohanan.
Daripada percubaan yang telah kami lakukan, kami telah mengubah beberapa perkara
melibatkan peraturan permainan, masa permainan dan keluasan gelanggang permainan.
Pengubahsuaian ini dilakukan bagi memenuhi peruntukan masa dan cara untuk
menentukan pemenang. Permainan Nenek Cucu dianjurkan secara liga bagi memberi
peluang kepada semua peserta merasai permainan ini beberapa kali walaupun mengalami
kekalahan pada kali pertama.
Dalam Penganjuran karnival ini, saya mempelajari pelbagai bidang kerja terutama
sekali persiapan tempat dan alatan yang bakal digunakan dalam karnival. Saya telah
berurusan dengan pelbagai pihak seperti perbincangan dengan pensyarah, permohonan
pinjaman alatan dengan stor dan juruteknik serta membuat urusan pinjaman alatan dengan
organisasi luar seperti Jabatan Kerja Raya. Pengalaman yang diperolehi ini sangat
bermakna dan berguna kepada saya.
KEKUATAN/ KELEBIHAN
Semasa menganjurkan permainan tradisional ini, antara kelebihan yang saya dapati
ialah cara bermain bagi setiap permainan. Ini kerana, permainan tradisional tidak tersebar
secara meluas ke segenap negeri menyebabkan ada guru pelatih yang tidak tahu bermain
tetapi mengambil peluang ini untuk mencuba dengan penuh semangat. Semangat
70

kesukanan yang ditonjolkan oleh setiap peserta ini mewujudkan sebuah kerjasama yang
mantap dalam penganjuran karnival pada kali ini.
Terdapat juga permainan yang merentasi budaya kaum yang berlainan seperti
permainan Kabbadi yang menjadi permainan lazim bagi masyarakat India. Dalam
penganjuran ini, saya juga turut melibatkan diri menyertai permainan yang menyeronokkan.
Seakan-akan perbezaan budaya yang wujud sebelum ini tidak kelihatan dalam permainan
kini apabila pelbagai bangsa turut terlibat menjadi pemain.
Secara peribadi, dapat saya nyatakan menjadi kelebihan kepada saya dan ahli
kumpulan saya kerana sebahagian daripada permainan tradisional yang dianjurkan itu
merupakan permainan yang lazim saya mainkan pada zaman kanak-kanak dahulu seperti
permainan Galah Panjang, Tuju Selipar dan Tuju Getah. Pengalaman yang dipungut pada
zaman kana-kanak diaplikasikan semula dalam permainan ini dengan menambahkan
kekuatan permainan melalui penyusunan beberapa strategi yang rapi bertujuan untuk
menguasai permainan. Ternyata penyusunan strategi dan penggunaan pengalaman sedia
ada membuahkan hasil apabila kumpulan kami merangkul kejuaran bagi tiga permainan
iaitu Galah Panjang, Tuju Getah dan Sepak raga.
Apabila berlangsungnya permainan Tuju Getah, seakan-akan saya kembali semula
pada zaman kanak-kanak iaitu melastik cicak menggunakan ibu getah yang disimpul. Terasa
ingatan dan keseronokan melastik cicak jelas menggamit kenangan dan kini diaplikasikan
pula dalam permainan tradisional yang lebih formal.
KELEMAHAN
Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul.
Pertama, dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta, terdapat segelintir
pelajar yang datang lewat. Ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada pihak urusetia,
malahan kepada peserta-peserta lain juga. Akibatnya, perjalanan pertandingan pada pagi 9
September terganggu ditambah pula dengan keadaan cuaca yang hujan dengan lebatnya.
Keadaan ini menyebabkan padang tempat gelanggang permainan dipenuhi air hujan yang
bertakung. Alah bias tegal biasa, permainan tetap diteruskan dalam cuaca yang hujan
berterusan.
Kelemahan kedua yang kami dapati daripada pemilihan permain daripada setiap
kumpulan yang tidak seimbang kerana bilangan ahli perempuan dan lelaki tidak seimbang
diantara setiap kumpulan. Hanya seorang atau dua orang sahaja lelaki daripada setiap
kumpulan menyebabkan berlaku beberapa kekangan terutama sekali permainan yang

71

melibatkan sentuhan seperti permainan Kabbadi, Nenek Cucu, Galah Panjang dan Tuju
Selipar. Batasan sentuhan antara lelaki dan perempuan perlu dijaga, oleh itu, permainan
yang melibatkan sentuhan hanya dipelopori oleh peserta wanita sahaja.
Kelemahan yang ketiga pula ialah dari segi kawasan gelanggang. Ukuran
gelanggang bagi setiap permainan telah dilakukan dengan rapi sebelum hari kejadian.
Namun begitu, hujan turun dengan lebat menyebabkan beberapa garisan yang diukur dan
ditandai dengan tepung terus hilang dan terpaksa dibuat semula. Bagi garisan permainan
Galah Panjang pula, laluan garisan yang dibuat menjadi becak dan berlumpur kerana sering
dilalui oleh pemain. Keadaan padang juga menjadi licin menyebabkan saya beberapa kali
tergelincir dan tergolek menyebabkan pakaian sangat kotor.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti yang disebutkan
daripada

berulang

pada

masa

hadapan.

Berikut

merupakan

antara

cadangan

penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola pada masa hadapan iaitu,
yang pertama hal berkaitan pengurusan masa. Pihak peserta mungkin datang lewat pada
awal pagi kerana bersarapan, maka pihak pengelola harus melihat kepada perkara ini dan
melakukan sesuatu mengenainya. Sebagai cadangan, pihak pengelola boleh memberitahu
dan menyediakan sarapan kepada peserta di tempat pertandingan. Bagi peserta yang
sengaja datang lewat pula, wujudkan satu peraturan tegas dan nyatakan di dalam borang
peserta bahawa peserta yang lewat mendaftarkan diri akan dibatalkan penyertaan
kumpulannya. Ini akan menyebabkan setiap ahli rasa bertanggungjawab tentang kumpulan
dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja.
Cadangan kedua ialah berkenaan dengan masalah dalam kumpulan. Pihak
pengelola sepatutnya sedar dan harus mengambilkira akan faktor perbezaan jantina dalam
permainan. Penganjuran permainan yang kurang melibatkan sentuhan perlu dianjukan
apabila wujud ketidakseimbangan jantina dalam kumpulan permainan . Selain itu, pastikan
bilangan ahli wanita dan lelaki adalah seimbang bagi mengelakkan sebarang bentuk
bantahan samada sebelum, semasa dan selepas pertandingan dijalankan.
Cadangan seterusnya ialah berkenaan dengan kawasan gelanggang. Bagi
mengelakkan kawasan permainan dilintasi atau dirosakkan oleh peserta, tandakan pita
keselamatan disekeliling kawasan gelanggang dan letakkan notis atau tanda peringatan
yang bertindak sebagai amaran kepada para peserta perlu dilabelkan. Penggunaan tepung
sebagai penanda garisan tidak sesuai semasa cuaca yang tidak menentu. Langkah yang
lebih selamat ialah dengan menggunakan tali yang diikat rapat ke tanah sebagai garisan.
72

kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan perancangan


yang rapi dimana ia merupaka elemen terpenting dalam bidang pengurusan terutamanya
dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu harus
diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan pertandingan
pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.

73

Kumarimalar a/p Arumugam (870129-35-5208)


KARNIVAL PERMANAN TRADISIONAL PJM3112E 2015
Permainan tradisional adalah merupakan salah satu lambang kebudayaan
bagi sesebuah masyarakat. Ianya dimulakan dan telah diperkenalkan terlebih awal
oleh nenek moyang terdahulu dan diturunkan kepada generasi-generasi seterusnya
sehingga sekarang. Permainan Tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.
Sebilangan besar permainan tradisional masih lagi dimainkan sehingga kini. Namun,
terdapat juga permainan tradisional yang tidak dimainkan lagi dan hanya diketahui
oleh nenek moyang terdahulu. Antara permainan tradisional masyarakat Melayu
yang masih lagi dimainkan sehingga sekarang adalah seperti gasing, congkak,
ketingting, wau, batu seremban, Sepak raga, dan lain-lain.
Karnival Permainan Tradisional bagi semester lima Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (PISMP) telah diadakan pada 09 September 2015 di Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim secara tertutup. Sebanyak tiga
pengajian yang telah melibatkan diri dalam karnival ini. Tiga pengajian tersebut
terdiri daripada Pengajian Pra Sekolah, Pengajian Bahasa Tamil dan Pengajian
Sejarah. Ketiga-tiga pengajian ini telah digabungkan di bawah satu jawatankuasa
khas yang dibentuk sebulan sebelum karnival ini dijalankan bagi tujuan menganjur
dan mengelolakan pertandingan di mana setiap kelas diminta memilih dua jenis
permainan tradisional yang berbeza bagi setiap kelas. Program ini dijalankan secara
bersepadu iaitu gabungan beberapa jenis permainan dan dijalankan mengikut
stesen yang telah ditetapkan. Selepas perbincangan bersama semua guru pelatih
dan pensyarah pembimbing, enam jenis permainan tradisional telah dipilih iaitu
Kabbadi, Glah Panjang, Tuju Tin, Tuju Getah, Sepak Raga dan Nenek Cucu.

Bagi permainan ini, kami sepasukan telah menetapkan agar ianya diadakan
di kawasan padang IPG Kampus Sulatan Abdul Halim, yang bertentangan dengan
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tujuannya ialah kerana permukaan
padang yang berumput lembut dan adalah amat sesuai bagi peserta dari segi faktor
keselamatan kepada peserta. Kami telah menyediakan tiga buah khemah yang
besar bagi enam pasukan permainan tradisional tersebut. Kami diberi masa

74

setengah jam untuk membuat persiapan yang melibatkan gelanggang, alatan,


hiasan, paparan cara permainan dijalankan serta perkara-perakara yang difikirkan
perlu mengikut stesen yang telah ditetapkan. Kami bekerja secara aktif dalam
kumpulan masing-,masing dengan membuat segala persiapan yang diperlukan.
Kami sepasukan telah memulakan karnival permainan tradisional agar lambat
atas faktor cuaca yang tidak baik. Hujan lebat yang membanjiri padang telah
menyebabkan kami memulakan permainan agar lambat daripada yang ditentukan.
walau bagaimanapun kami memulakan carnival tersebut dengan permainan pertama
iaitu Kabbadi dan diikuti dengan permainan lain. Walaupun penat, kami merasa
sangat seronok mengendalikan karnival pada kali ini. Kerjasama dan komitmen para
peserta mampu bertahan ke akhir program. Kami saling bekerjasama mengemas
dan menyimpan barang-barang yang dibawa. Sebelum bersurai, pensyarah
pembinbing iaitu Encik Zulkifli Ahmad melahirkan rasa gembira dan bangga dengan
kerjasama, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta.
Program ini telah dirancang penuh rapi dan sistematik. Walau bagaimanapun,
apabila tiba peringkat perlaksaannya pasti terdapat kelemahan dan kekurangan.
Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang timbul.
Pertama, dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta, terdapat
segelintir pelajar yang datang lewat. Ini menimbulkan masalah bukan sahaja kepada
pihak urusetia, malahan kepada peserta-peserta lain juga. Akibatnya, perjalanan
pertandingan pada pagi tersbut terganggu dan menjejaskan para peserta sendiri
dimana peserta tidak mendapat rehat yang mencukupi dan terpaksa bermain
sehingga ke tengahari dan waktu permainan bagi trik upih ini juga terpaksa
disingkatkan.
Kelemahan kedua yang kami dapati ialah cuaca hujan yang turun secara
tidak disangka. Hujan yang lebat tidak mengizinkan kami memulakan permainan
tradisional seperti yang dijangkakan. Walau bagaimanapun usaha gigih kami atas
dorong pensyarah telah menyebabkan kami turun padang untuk memeriahkan
carnival tersebut tanpa mengambil kira faktor hujan lebat tersebut.
Penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti yang
disebutkan daripada berulang pada masa hadapan. Berikut merupakan antara
cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola pada masa
75

hadapan iaitu, yang pertama hal berkaitan pengurusan masa. Pihak peserta
mungkin datang lewat pada awal pagi kerana bersarapan, maka pihak pengelola
harus melihat kepada perkara ini dan melakukan sesuatu mengenainya. Sebagai
cadangan, pihak pengelola boleh memberitahu dan menyediakan sarapan kepada
peserta di tempat pertandingan. Bagi peserta yang sengaja datang lewat pula,
wujudkan satu peraturan tegas dan nyatakan di dalam borang peserta bahawa
peserta yang lewat mendaftarkan diri akan dibatalkan penyertaan kumpulannya. Ini
akan menyebabkan setiap ahli rasa bertanggungjawab tentang kumpulan dan tidak
mementingkan diri sendiri sahaja.
Cadangan kedua ialah berkenaan dengan masalah cuaca yang tidak
disangka. Pihak pengelola sepatutnya sedar dan harus mengambilkira akan faktor
suasana dan cuaca di mana sentiasa membentuk satu Pelan B iaitu mengadakan
permainan di dalam kawasan berbumbung seperti dewan atau gym. Hal ini dapat
mengelakkan guru pelatih tidak menjadi keliru dan panic apabila cuaca yang tidak
disangka menimpa semasa hari kejadian.
Pada pandangan saya refleksi adalah pengakuan secara jujur dengan
membuat renungan, muhasabah dan menganalisis apa yang telah dialami oleh
seseorang individu. Refleksi penting bagi mengenalpasti kekuatan dan kekurangan
sesuatu program dengan harapan kekuatan yang ada dapat dimurnikan lagi
manakala kelemahan yang berlaku tidak diulangi sebaliknya cuba diperbaiki pada
masa akan datang. Setiap kelemahan yang timbul selepas sesuatu pertandingan itu
harus diperbaiki di mana ia akan bertindak sebagai sebuah panduan agar perjalanan
pertandingan pada masa akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.

76

You might also like