Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Nota Kuliah : FEDERALISME: KERAJAAN PUSAT & NEGERI

PENGENALAN
Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti
lazimnya dalam sebuah sistem persekutuan, mempunyai kuasa yang sama. Pada dasarnya,
kelonggaran yang diberikan kepada Sabah, Sarawak dan Singapura merupakan syarat
terbentuknya Persekutuan Malaysia. Hubungan kerajaan pusat kadangkala baik dan
kadangkala dingin.
Federalisme
Mengikut K.C.Wheare (1953), sistem federalisme merupakan satu kaedah untuk
membahagikan kuasa antara 2 peringkat kerajaan.
Ciri/sifat federalisme:
Terdapat pembahagian kuasa
Sebuah kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya
Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat.
Pada dasarnaya, pembahagian kuasa, kebebasan dan kedaulatan sebuah kerajaan dalam
sistem persekutuan adalah jelas.
Latar Belakang Sistem Federalisme
Sebelum Negeri-negeri Melayu Bersekutu, semua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak
Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat, merupakan identiti politik yang berasingan tetapi diperintah
secara tidak langsung.
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Percubaan memperkenalkan sistem Federalisme boleh dikatakan bermula dengan satu usaha
menyatukan negeri-negeri Melayu melalui perjanjian Persekutuan 1895.Sistem pemerintahan
yang ditubuhkan pada 1896 meletakkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah naungan
British. Dua peringkat kerajaan diwujudkan, iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Kesatuan Malaya (Malayan Union)
Kesatuan Malaya telah ditubuhkan pada 1 April 1946 sebgai satu usaha menggabungkan
semua negeri-negeri Melayu, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri melayu
Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
Persekutuan Tanah Melayu
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan berikutan tentangan hebat orang-orang Melayu
terhadap Kesatuan Malaya. PTM terdiri daripada 11 negeri anggota.
Sistem kerajaan PTM meletakkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan pusat. Pada peringkat
PTM meletakkan kuasa pentadbiran terdiri daripada:
1. Pesuruhanjaya Tinggi British yang dilantik oleh Raja Britain;

2. Majlis Eksekutif Persekutuan; dan


3. Majlis Perundangan Persekutuan
Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963
Cadangan
Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia bukan suatu cadangan baru. Antara sebab yang
mendesak ketika itu adalah seperti yang berikut:
Kegiatan Komunis
Imbangan penduduk
Kemerdekaan
Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan
Di Malaysia pembahagian kuasa anatra kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga jelas
dan terkandung di dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Terdapat tiga
senarai senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengagihkan
kuasa ini, iaitu: Senarai I (Persekutuan); Senarai II (Negeri) ; dan Senarai III (Bersama).
Senarai Persekutuan (I)
Senarai persekutuan mengandungi 27 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia.
Senarai Negeri (II)
Senarai Negeri mengandungi 12 bidang kuasa dalam Perlembagaan Malaysia.
Senarai Bersama (III)
Senarai bersama mengandungi 18 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia.

Kuasa Residual
Perkara 77, PP memperuntukkan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas manamana bidang kuasa yang tidak disenaraikan dalam mana-mana senarai.
Keagungan Perlembagaan (Kerajaan Persekutuan)
Hubungan antara kerajaan dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem Persekutuan
adalah memihak kepada kerajaan pusat. Beberapa perkara yang menyebabkan kecenderungan
sedemikian.
Peruntukan Perlembagaan
1. Perkara 2(b)
2. Perkara 4 (1)
3. Perkara 75

4. Perkara 73
5. Perkara 76
Bidang Kuasa Kewangan (Senarai I, Item ke 7 Jadual Kesembilan )
Bidang kuasa kewangan kerajaan pusat adalah menyeluruh kerana sebahagian besar daripada
punca kewangan kerajaan negeri datangnya daripada peruntukan kewangan yang diberikan
oleh kerajaan pusat.
Geran kepada Negeri (Perkara 109 [1a])
Dibawah perkara 109, Perlembagaan mewajibkan kerajaan persekutuan memberi kepada
setiap negeri yang dinamakan pemberian mengikut bilangan orang
Pemberian Jalan Negeri (Perkara 109[1b])
Dalam perkara yang sama, kerajaan persekutuan juga dikehendaki mengadakan pemberian
Jalan Negeri
MASALAH /ISU DALAM HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN
Ketegangan dalam hubungan antara kerajaan adalah satu perkara lazim dalam sebuah negara
yang berbentuk persekutuan, beberapa peristiwa telah menyebabkan hubungan antara
kerajaan pusat dan negeri.
Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan
Ujian terhadap keutuhan Persekutuan tercabar dengan perpisahan Singapura daripada
Persekutuan pada 1965
Darurat 1966, Sarawak
Darurat 1966 telah diisytiharkan dan ia berkait dengan usaha menumbangkan kepimpinan
Datuk Stephen kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak (1963-66) kerana tidak
sehaluan dengan Kerajaan dan Kepimpinan Persekutuan.
Darurat 1977, Kelantan
Darurat 1977 telah diisytiharkan dan ia berkait denga usaha menumbangkan kepimpinan dan
pengaruh PAS di Kelantan
Kerajaan Di bawah Kepimpinan Parti Pembangkang
Pada 1980-an dan 1990-an, hubungan tegang antara kerajaan pusat dan negeri disebabakan
parti pemerintah pada peringkat negeri adalah bukan parti komponen pemerintah pada
peringkat nasional
Sabah
Ketegangan hubungan antara kerajaan bermula dengan kemenangan Parti Berastu Sabah
(PBS) pada 1984.

Kelantan
Hubungan tegang antara kerajaan pusat dengan pemerintahan Kelantan pimpinana PAS
muncul sekali lagi setelah PAS bertapak semula di negeri itu selepas pilihan raya 1990.
KESIMPULAN
Federalisme addalah satu rangka menyatuoadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud
berasinagan. Hubungan antara kerajaan dalam federalisme berpusat kepada persoalan
persaingan kuasa. Dalam hal ini, pada umumnya kerajaan pusat mempunyai kelebihan seperti
yang jelas dinyatakan dalam beberapa perkara dalam perlembagaan Malaysia. Perpisahan
Singapura dari Persekutuan pada 1965 adalah merupakan satu daripada cara penyelesaian
dalam hubungan antara kerajaan yang sudah tidak dapat dibaikpulih.

You might also like