Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Menjadikan Bahasa Melayu Bermakna Untuk Pelajar

Aidil Subhan mengajar cara membuat Ovaltine atau mee segera dan menggunakan
pembalut makanan dan minuman untuk memperkenalkan Bahasa Melayu. Aidil memahami
kesusahan guru mengajar Bahasa Melayu dan sedar hanya buku teks tidak memadai. Beliau
memperkenalkan bahan arahan; murid diminta berfikir arahan memasak menggunakan
produk makanan. Arahan digunakan sebagai teks pemahaman yang dianggap relevan untuk
membina kemahiran hidup. Pembelajaran bahasa harus bermula dengan perkara yang
dikenali seperti nasi lemak dan mee rebus. Murid boleh mengenali bahasa menggunakan
perkataan yang digunakan dalam kehidupan seharian. Ini kerana murid menggunakan bahasa
Melayu dan Inggeris di rumah, dan segelintir hanya menggunakan Inggeris untuk
berkomunikasi. Tajuk makanan adalah relevan dan merupakan permulaan yang baik untuk
mengajar Bahasa Melayu. Beliau menegaskan fokus terhadap perkatan yang sering
digunakan. Berdasarkan kajian, konsep ini dikatakan berhasil. Kelancaran bahasa dianggap
penting. Walaupun murid mempunyai penguasaan bahasa yang tinggi, cara bercakap spontan
mereka sangat membimbangkan. Sukatan pelajaran yang menggunakan bahasa baku
menyekat cara percakapan spontan mereka. Beliau mencadangkan agar murid digalakkan
untuk bercakap dan fokus dan mengekspresikan idea daripada tatabahasa dan menggunakan
aktiviti yang memerlukan murid bercakap. Penggunaan bahasa dipelbagaikan di bawah tiga
aspek iaitu memilih isi kandungan yang diminati, menggunakan proses pembelajaran yang
kreatif dan melakukan penilaian yang tidak semestinya bertulis.
(200 patah perkataan)

You might also like