Download as txt, pdf, or txt
Download as txt, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Masyarakat Majmuk di Malaysia


Masyarakat Majmuk di Malaysia
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian
budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini ber
laku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap p
erubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia
tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Mela
yu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil
bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentuk
an masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk
berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masy
arakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, b
ahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di
bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan int
eraksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya t
erbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas g
aris-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh tokoh-t
okoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah m
emberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith juga
menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya,
perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk di
kuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Sm
ith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, buk
annya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van De
n Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyara
kat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kep
ada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wuju
d daripada beberapa kelompok etnik.
Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara dal
am masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan fungsion
al yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan nilai b
ersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau
teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional. Walau bagaimanapu
n, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk s
atu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingny
a unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupa
kan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu did
ominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Mig
rasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat ju
ga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak m
asyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yan
g sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia di
sebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang
ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggun
gjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masy
arakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga fakt
or penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjaja

han barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan pe
rladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya
daripada China dan India.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara C
hina sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderit
aan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasu
kan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diu
sahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui
sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh C
ina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Na
mun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kema
sukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembent
ukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah.
Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial
Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya
dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukk
an masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat
luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan m
ereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga
mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.
Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong pend
uduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika i
tu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu i
tu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai
negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak j
uga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon.
Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China
dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Ban
jarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang be
rhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku
kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Ars
eculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum S
inhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka data
ng dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20
. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekom
oni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin menca
ri rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N
. Arseculeratne,1991:10).
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada
mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seh
arian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiw
a 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaa
n mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh d
aripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-eko
nomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarak
at majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh n
egara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki P
ulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran d

aripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial Britis
h di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga
1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia
kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai sign
ifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis M
elayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios M
alaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen uta
manya.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cin
a dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyony
a yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi
bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk
tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti k
elompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysi
a mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasuk
an migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Ta
nah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di
Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang
kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berl
ainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masy
arakat luar.

You might also like