Effects of Teenage Pregnancy: Sponsored Links Pinjaman Utk Gaji Rendah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

http://www.livestrong.

com/article/86972-effects-teenage-pregnancy/

Effects of Teenage Pregnancy


Last Updated: Apr 14, 2015 | By Julia Bodeeb

Overview
Teenage pregnancy is a serious issue that may seriously impact the future of a young woman. Any teen
pregnancy will be a challenge as teens typically lack skills needed to handle a pregnancy and
motherhood. Patience, maturity and ability to handle stress are required by pregnant mothers of all
ages. A teen pregnancy may also impact the baby. The U.S. Centers for Disease Control and Prevention
notes that babies born to teens may have weaker intellectual development and lower skill set scores at
kindergarten. They may also have ongoing medical issues and behavioral issues.

Medical Complications
Medical complications often occur in pregnant teenagers, according to the American Academy of Child
and Adolescent Psychiatry. Too often, teens do not seek adequate medical care during the pregnancy.
Complications that may occur during a teen pregnancy include anemia, toxemia, high blood pressure,
placenta previa and premature birth of the baby. Ongoing medical care is crucial to prevent these
complications from threatening the pregnancy and the mother's well being.

Emotional Crisis
A teenager may suffer an emotional crisis if she becomes pregnant and does not want the baby. This
crisis may lead to rash behavior such as attempting to self-abort the baby or a suicide attempt.
Sponsored Links
Pinjaman Utk Gaji Rendah
Kelulusan Dalam 10 Minit Sahaja. Pinjaman Max RM50k. Gaji Min RM1.5k

ringgitplus.com/RHB-Easy-Loan

Worries about Future


Uncertainty about the future may arise when a teen is pregnant. A teen may feel she does not have
enough knowledge to be a mother. She may also have fears about how having a baby will impact her
own life and dreams for the future.

Delayed Education
Education may be put on hold when a teen becomes pregnant. Some pregnant teens may decide to
leave high school. Others who were planning to attend college in the future may put off that experience
after becoming pregnant. They may decide to focus on the baby or getting married rather than pursuing
further education.

Smoking & Drugs


Smoking and drug use may be problematic during a teen pregnancy. A teen may not have the willpower
to stop using substances that can harm the developing baby.

Exhaustion
Exhaustion may arise during a pregnancy. A pregnant teen should try to exercise during the pregnancy;
however, if exhaustion arises it is important to know that this is often a normal part of pregnancy.
Getting the standard 8 hours of sleep every night (or more) is important.

Depression
Depression may arise when a teenager is pregnant. The teen may fall into a depression while trying to
handle the emotions a pregnancy creates and all of the possibly negative feedback about the pregnancy
from friends and family. The fluctuating hormones that a pregnancy causes may also prompt
depression.

Neglect of Baby
Once their baby is born, teenagers may not be willing or able to give it the undivided attention it needs.
A teen may not be an adequate mother because she is overwhelmed by the constant needs of the baby.
She may grow annoyed at the lack of freedom to interact with her peer group due to the baby.

Trouble with Finances


Financial difficulty may arise during a teen pregnancy or after the baby is born. It is expensive to raise
a baby. Teens who do not have full-time employment may struggle to cover the basic expenses of life
upon having a baby.

7 Langkah Awal Kawal Statistik Remaja Hamil Luar Nikah


Ditulis oleh Khairul Anwar Shazali pada 15:06
Ketika isteri saya masih bertugas di Hospital Umum Sarawak, banyak kisah remaja hamil luar nikah
yang datang untuk mendapatkan rawatan, dikongsikan dengan saya. Sebahagian besar remaja yang
datang mengakui telah pun mengadakan hubungan kelamin luar nikah bukan sekali malah ada
yang sudah hilang perkiraaan. Oleh kerana terlalu banyak kisah yang dikongsikan oleh isteri saya,
terpacul soalan yang lahir daripada kebimbangan, adakah statistik kes hamil luar nikah di Sarawak
terlalu teruk?
Beberapa hari lepas, kebimbangan saya terjawab. Berita televisyen melaporkan statistik remaja hamil
luar nikah di Sarawak amat membimbangkan. Biarpun statistik yang dilapor tidak dibandingkan
dengan negeri-negeri lain, namun untuk dijadikan sebagai bahan laporan berita, tentu sahaja isu itu
sudah mencapai tahap yang serius.
Sudah menjadi tabiat, amat sukar untuk kita mengambil sikap reaktif apatah lagi pro-aktif untuk
menangani sesuatu isu sehinggalah isu tersebut terkena batang hidung kita sendiri. Kita hanya
bertindak balas apabila sesuatu isu menggugat kepentingan atau status quo kita. Jangan tunggu
sehingga adik atau anak perempuan kita menjadi penyumbang statistik kehamilan luar nikah. Kita
harus belajar untuk bertindak terhadap sesuatu isu demi kepentingan umum dan bukan hanya
demi kepentingan diri sendiri.
Sebarang langkah untuk menangani isu ini perlu fokus ke arah menyelesaikan punca masalah
dan bukannya sekadar menutup masalah yang berlaku. Sebagai contoh, cadangan pemberian
kondom percuma yang pernah diutarakan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini hanyalah sekadar
menutup masalah penularan jangkitan HIV AIDS, kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi namun
sama sekali tidak menyelesaikan punca masalah iaitu kesalahan melakukan hubungan kelamin luar
nikah. Biarpun statistik kehamilan luar nikah boleh dikurangkan dengan pengamalan safe sex,
namun masyarakat khususnya remaja tetap menjadi rosak dengan penularan gejala hubungan
kelamin tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Untuk menangani isu remaja hamil luar nikah, saya yakin usaha pendidikan adalah lebih baik
daripada pengawalan dan penguatkuasaan. Kunci kejayaan pendidikan untuk pencegahan ini adalah
keakraban hubungan remaja dengan pihak-pihak yang boleh membantu mereka. Tanpa
menafikan kesalahan yang telah mereka lakukan, adalah lebih baik kita bantu remaja yang terjebak dan
giatkan usaha pencegahan untuk remaja lain.
Justeru, saya mencadangkan 7 langkah awal untuk mengawal statistik remaja hamil luar nikah.
Langkah-langkah yang dicadangkan adalah untuk menyelesaikan punca masalah iaitu hubungan
kelamin luar nikah. Saya susun langkah-langkah ini mengikut skala pengaruh pihak-pihak yang terlibat
untuk membantu menjayakannya.

[SATU] Remaja Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Keluarga Dan Persatuan. Usaha mengawal dan
seterusnya mengurangkan jumlah kehamilan luar nikah harus bermula dengan pelakunya sendiri.

Sememangnya sukar untuk remaja beroleh kematangan dalam mendidik dan mengawal gelora nafsu
yang kononnya "cinta" kerana ia adalah suatu proses yang panjang. Namun saya percaya, proses
panjang ini boleh dilalui dengan baik sekiranya minda remaja tidak terlu berfikir dan terbawa-bawa
dengan perasaan semulajadi manusia itu. Oleh itu, remaja perlu mengarahkan minda ke lain
dengan cara menyibukkan diri dengan aktiviti keluarga dan persatuan. Dengan mengelak diri
daripada melayan gelora nafsu secara berseorangan atau berdua-duaan dengan pasangan, masa akan
lebih banyak dimanfaatkan untuk aktiviti yang produktif untuk diri sendiri dan orang lain.
[DUA] Ibu Bapa Lebihkan Masa Aktiviti Bersama Keluarga. Kesibukan tidak boleh dijadikan
alasan untuk mengabaikan anak-anak. Keperluan kepada perhatian dan kasih sayang ibu bapa tidak
pernah berkurangan dengan meningkatnya usia anak-anak. Biar sesibuk manapun, prinsip family
first wajib diamalkan oleh ibu bapa. Dalam isu kehamilan luar nikah ini secara khusus, hubungan ibu
bapa bersama anak-anak perempuan adalah amat penting. Ibu bapa perlu menyediakan sesi khas
setiap hari bersama dengan setiap seorang anak-anak secara peribadi untuk berbual dan
berbincang tentang pelbagai perkara yang mereka tempuhi dalam kehidupan. Perlu diigatkan
bahawa, hubungan yang akrab bersama anak-anak tidak akan wujud dalam tempoh sehari dua lebihlebih lagi sekiranya hubungan ini baharu sahaja hendak dimulakan. Oleh itu, sabar dan konsisten
adalah kata kunci untuk menjayakan hubungan yang akrab bersama anak-anak.
[TIGA] Guru Sebagai Kaunselor Tambahan, Ibu Bapa Di Sekolah. Hanya dengan seorang dua
kaunselor di sekolah tidak akan mampu mencapahkan khidmatnya dengan efektif kepada ratusan para
pelajar dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, para guru lain di sekolah harus bertindak secara
sukarela di luar daripada bidang tugas hakiki mereka untuk berperanan sebagai kaunselor
tambahan. Tugas ini boleh dimudahkan dengan menginstitusikan istilah guru sebagai ibu bapa pelajar
di sekolah dengan cara mewujudkan keluarga sekolah. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulankumpulan kecil yang digelar keluarga sekolah dan dipimpin oleh seorang guru yang akan bertindak
sebagai ibu atau bapa kepada keluarga sekolah tersebut. Dengan cara itu, setiap guru akan
mempunyai keluarga sekolah untuk dibimbing dengan ilmu kehidupan berpandukan nilai dan
agama. Hubungan guru sebagai ibu bapa di sekolah untuk para pelajar akan membantu mereka melalui
proses kematangan dengan jayanya.
[EMPAT] Institusi Agama Mesra Belia. Institusi agama seperti masjid, gereja, tokong dan kuil boleh
memainkan peranan penting menangani isu ini. Saya percaya bahawa agama dengan nilai-nilai mulia di
dalam ajaran masing-masing adalah ubat terbaik sebagai panduan hubungan remaja sesama
sendiri. Institusi-institusi agama harus mengambil sikap mesra belia dengan menjadikan masjid,
gereja, tokong dan kuil sebagai lokasi dilengkapi fasiliti yang mudah diakses dan interaktif
untuk belia. Institusi agama juga boleh mewujudkan aktiviti berkala bersama remaja dan lebih
baik lagi setiap aktiviti dibimbing oleh mentor terlatih daripada institusi agama dengan
pendekatan yang segar. Institusi agama boleh memberi ruang dan peranan kepada remaja untuk
berfungsi dalam kapasiti mereka untuk komuniti setempat. Dengan kepercayaan dan tanggungjawab
yang diberikan, remaja akan menjadi lebih matang.
[LIMA] NGO Khusus Tangani Remaja Hamil Luar Nikah. Sebahagian besar NGO di Malaysia
mengambil pendekatan populis dengan cara mencapah ke semua kerja lapangan namun tidak secara
mendalam. Natijahnya tidak menunjukkan impak yang besar dan konsisten untuk setiap lapangan yang

diceburi. NGO harus berubah daripada do little for everything kepada do everything for a thing.
Dengan cara ini, gerak kerja NGO akan lebih terarah dan pakar dalam sesuatu kerja lapangan yang
diceburi. Oleh itu, kita perlukan sebuah NGO khusus untuk koordinasi gerak kerja menyeluruh
menangani isu kehamilan lur nikah dalam kalangan remaja. Pendaftaran NGO kepada ROS tidak
mengambil masa yang lama seperti sebelum ini. Malah gerak kerja sudah boleh bermula setelah
mempunyai tenaga dan sumber yang mencukupi tanpa perlu sibuk dengan proses pendaftaran yang
boleh berjalan dalam masa yang sama. Pokoknya, harus ada NGO yang dibarisi oleh individu dan
pihak yang komited untuk berdepan dengan isu ini.
[ENAM] Wakil Rakyat Beri Peranan Kepada Jawatankuasa Peringkat Kawasan Untuk
Berfungsi. Tindakan di peringkat kementerian untuk menanangi isu ini akan menjadi formal dan
disusahkan dengan masalah birokrasi dan prosedur yang akhirnya mengambil masa yang panjang
sebelum dapat dilaksanakan. Oleh itu, adalah lebih baik wakil-wakil rakyat bertindak awal di
peringkat kawasan masing-masing dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani
isu kehamilan luar nikah khususnya dalam kalangan remaja. Wakil rakyat boleh menghimpunkan
individu dan pihak yang berkepentingan di peringkat kawasan yang diwakilinya. Malah, melalui
jaringan hubungan yang ada, wakil rakyat juga pastinya cukup berwibawa untuk membawa masuk
tenaga pakar dan sumber dana luar untuk membantu jawatankuasa berdepan dengan isu ini di peringkat
kawasan. Saya percaya, di setiap kawasan pastinya akan ada individu dan pihak berkepentingan yang
bersemangat untuk dilibatkan bersama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang melanda kawasan
mereka. Wakil rakyat berperanan untuk menggembleng segala sumber yang ada dalam
kawasanya untuk memajukan kawasan masing-masing secara bersama. Inilah manifestasi terma
"berkerja bersama saya" dan bukannya "berkerja untuk saya".
[TUJUH] Media Sedarkan Masyarakat. Pengawalan media hanya akan menimbulkan isu-isu lain
berkaitan hak dan kebebasan media. Sekalipun kita sedar dan insaf bahawa media khususnya internet
adalah sumber kepada lambakan informasi negatif yang menyumbang kepada gejala sosial hari ini.
Adalah hampir mustahil untuk kita mengawal kemasukan informasi dalam dunia maya tanpa
sempadan. Maka, adalah lebih baik untuk kita menyediakan pengguna media untuk lebih matang
menerima informasi. Institusi media sendiri samada media cetak, radio, televisyen dan internet
dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan boleh berperanan mendidik pengguna melalui pendedahan
fakta sebab dan kesan daripada isu kehamilan luar nikah melalui pendekatan menarik dan
interaktif seperti iklan, kajiselidik, klip video dan lain-lain yang menjurus ke arah menyedarkan
pengguna. Fakta-fakta yang didedahkan akan menjadikan para pengguna khususnya dalam kalangan
remaja untuk berfikir panjang sebelum membuat apa-apa tindakan menuruti gelora nafsu yang akan
merugikan mereka.
Ini merupakan beberapa cadangan langkah yang boleh dilaksanakan serta merta tanpa dibelenggu
masalah birokrasi dan prosedur. Jika adapun, ia adalah minimum dan boleh dimudahkan dengan budi
bicara pihak-pihak yang terlibat. Langkah-langkah ini sebagai usaha awalan sementara menunggu
pihak
berwajib
merencana
pelan
gerak
kerja
yang
lebih
holistik.
Walaupun cadangan langkah-langkah ini bersifat reaktif, namun saya merasakan ia adalah suatu yang
perlu dilakukan daripada duduk termangu kosong. Dengan harapan bahawa langkah-langkah reaktif ini
di kemudian hari akan menghasilkan langkah-langkah pro-aktif sebagai susulannya. Ke arah masa
hadapan yang lebih baik untuk semua.

You might also like