Assignment CTU 553

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Assignment CTU 553/555

Tajuk: Perbezaan Konsep konsep Perpaduan dan Integrasi Kaum.


Berdasarkan J. S. Furnival, terdapat pelbagai jenis manusia di muka bumi ini. Ini
termasuklah masyarakat Melayu, Cina, India, Arab, Eropah, Siam dan penduduk asli atau
bumiputra. Perkara ini dapat disamakan dengan konteks masyarakat majmuk. Menurut J. S.
Furnival lagi, mereka bercampur tetapi tidak bersatu teguh atau dengan kata lain, berdekatan
tetapi terpisah dalam sistem politik. Hal ini boleh dicontohkan dengan keadaan di mana mereka
bertemu ketika membeli-belah, kemudian pulang ke kelompok masing-masing untuk
meneruskan aktiviti harian. Tambahan lagi, mereka berpegang kepada kebudayaan, cara hidup,
agama, bahasa, idea, kepercayaan dan kaedah tersendiri seperti yang telah diamalkan sejak
zaman nenek moyang mereka. Untuk mengukuhkan pendahuluan ini, mereka juga membahagibahagikan tenaga buruh berdasarkan perkauman dan warna kulit. Oleh itu, konsep perpaduan dan
integrasi antara kaum perlulah disemaikan dalam setiap kelompok manusia supaya isu berbaur
perkauman tidak tercetus. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan diantara konsep perpaduan
dan konsep integrasi antara kaum.
Pada dasarnya, konsep perpaduan dan konsep integrasi dilihat tidak banyak yang dapat
dipisahkan. Hal ini kerana kedua-duanya boleh disemai dalam kalangan masyarakat majmuk
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua,
perpaduan bermaksud keadaan atau hal berpadu atau persatuan yang mana boleh dicerahkan lagi
dengan pernyataan penyatuan antara kaum. Jika diaplikasikan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia misalnya, perpaduan yang dimaksudkan adalah di antara bangsa Melayu, Cina, India
dan lain-lain. Perpaduan juga boleh difahamkan sebagai satu proses yang menyatupadukan
seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga
akan tanah air. Perpaduan yang dimaksudkan melibatkan semua aspek iaitu aspek fizikal,
ekonomi, politik, dan sosial dalam kalangan masyarakat. Tambahan lagi, perpaduan adalah
kompulsori bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian ras etnik, bahasa, agama,
kebudayaan dan pegangan. Konklusinya, keutuhan negara bergantung kepada keharmonian
sosial yang mana dapat mewujudkan kestabilan politik sekaligus dapat meningkatkan
pertumbuhan ekonomi negara yang bertunjangkan perpaduan rakyat di bawahnya. Hal ini boleh
dikaitkan dengan peribahasa, bersatu teguh bercerai roboh.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4, integrasi pula bermaksud
gabungan dua atau beberapa kaum atau unsur atau bahagian dan lain-lain menjadi satu kesatuan
yang utuh. Integrasi juga merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan
petempatan dalam sesebuah unit politik. Kita sedia maklum bahawa identiti nasional yang
dimaksudkan ialah hubungan kaum yang lebih erat atau wujud perasaan hidup bersama di bawah
pimpinan satu kerajaan atau pihak berkuasa yang memerintah negara. Misalan, masyarakat
majmuk yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain bersatu dan berpakat
untuk sama-sama bernaung di bawah satu tampuk pemerintahan yang memerintah negara kita
Malaysia. Tambahan lagi, integrasi juga boleh disamaertikan dengan proses penyatuan semua

aspek fizikal, ekonomi, politik dan sosial iaitu termasuklah biologikal atau kahwin campur.
Natijahnya, tidak salah dikonklusikan bahawa integrasi adalah lebih kepada ikatan batin iaitu
ikatan perasaan, hati dan pemikiran masyarakat berbilang bangsa.
Perpaduan nasional merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal.
Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran. Dalam usaha
mencapai status negara moden, Malaysia meletakkan perpaduan nasional sebagai matlamat
akhirnya. Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah terbentuknya satu bangsa Malaysia yang
terdiri daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu padu, sejahtera & mempunyai
identiti nasional tersendiri. Proses perpaduan negara di kalangan penduduk negara yang
berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik masing-masing. Mereka mengamalkan budaya,
agama, bahasa & orientasi pemikiran masing2. Perbezaan inilah dikatakan sebagai penghalang
kepada masalah dalam proses penyatuan, proses perpaduan dan pembinaan bangsa Malaysia.
Unsur integrasi boleh dikategorikan kepada enam bahagian, iaitu integrasi wilayah,
integrasi ekonomi, integrasi kebudayaan, integrasi sosial, integrasi pendidikan dan integrasi
politik. Integrasi wilayah ialah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan
sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur manakala integrasi ekonomi pula ialah
usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. Usaha
membentuk satu kebudayaan kebangsaan dapat dikaitkan dengan integrasi kebudayaan.
Tambahan pula, integrasi sosial boleh dimaksudkan dengan usaha menyatupadukan rakyat
melalui program sosial. Integrasi pendidikan adalah untuk mewujudkan satu sistem pendidikan
yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani manakala integrasi
politik merupakan usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.
Teori integrasi pula dapat dikategorikan kepada lima bahagian, iaitu konsep segregasi,
konsep akomodasi, konsep akulturasi, konsep asimilasi dan konsep amalgamasi. Konsep
segregasi dapat dihuraikan sebagai pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara (kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam). Berikutnya, konsep akomodasi pula
merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati
norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
Mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat
pemerintahan pusat, setiap etnik menghantar wakil yang mewakili etnik masing-masing. Namun
begitu, dalam institusi-institusi tertentu seperti eknonomi dan pendidikan, mereka saling
bergantungan anatara satu sama lain. Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza merupakan konsep
akulturasi. Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identity asal masyarakat penerima.
Selain itu, konsep asimilasi boleh diketengahkan sebagai proses pencatuman dan penyatuan
antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identity yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Yang terakhir sekali dalam teori integrasi
ialah konsep amalgamasi, iaitu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk

membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah
dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
Perpaduan dan intergrasi antara kaum amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan
keamanan di dalam negara ini. Oleh itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah
mengimplementasikan usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi antara kaum.

You might also like