Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RESEPI KUIH KETAYAP ASLI DAN SEDAP

Sumber Asal Resepi :Resepi Cikgu Ani

Bahan-bahan untuk buat Kulit Ketayap:


1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Cara Membuat Kulit Ketayap
Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan.
Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah
ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan
sapu minyak menggunakannya).
Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan
melayang-layangkan kuali.
Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah
berwarna hijau semuanya.
Angkat. Ketepikan.
Ulang langkah yang sama hingga adunan habis.
Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih
dadar yang dah siap tadi.
Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih.
Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan

Bahan Inti Kuih Ketayap


1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum
Cara Membuat Inti Ketayap
Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak
hingga gula larut.
Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata.
(Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
Sejukkan inti.

You might also like