Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TUGASAN

SEMESTER SEPTEMBER 2014

KOD KURSUS

: MPU 2412

NAMA KURSUS

: KHIDMAT MASYARAKAT

PROGRAM

: SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

: AZURAINI ABDULLAH

NO. MATRIK

: E30209130068

PUSAT
PEMBELAJARAN

: KUALA TERENGGANU

TEMA : BERSIH DAN SUCI TANGGUNGJAWAB UMMAH


NAMA PROJEK : TELEKUNG CANTIK & BERSIH

TENTATIF PROJEK :Tarikh :

24 Oktober 2014 / Sabtu

Masa

8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat :

~ Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu


~ Kedai Dobi Lavender Raudhah Pengadang Baru, Kuala Terenganu
~ Kedai Kain Desa Murni Pengadang Baru, Kuala Terengganu

SUMBER PERSONEL YANG TERLIBAT :


1. En. Baharuddin B. Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Pengadang
Baru, Kuala Terengganu
2. Pn. Maisurah Bt Mustafa & Cik Nurul Fatihah Bt Mustafa ~ pemilik Kedai Dobi
Lavender Raudhah Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
3. Pekerja Kedai Kain Desa Murni Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK
Matlamat :
Projek ini dijalankan bertujuan mendapatkan sumbangan membersihkan telekung
sembahyang wanita di Masjid Jamek Pengadang Baru secara percuma dari Kedai Dobi
Lavender Raudhah, Pengadang Baru. Ianya juga bertujuan untuk membaikpulih telekung
sembahyang wanita yang rosak secara percuma daripada tukang jahit perseorangan iaitu Cik
Nurul Fatihah Bt Mustafa yang merupakan salah seorang pemilik Kedai Dobi Lavender
Raudhah selain Pn. Maisurah Bt Mustafa. Selain itu projek ini juga bermatlamat untuk
mengumpul dana bagi membeli telekung sembahyang wanita yang baru di Kedai Kain Desa
Murni bagi menggantikan telekung yang rosak.

Objektif Projek :

1. Mendapatkan sumbangan bagi membersih dan membaikpulih telekung sembahyang


wanita di Masjid Jamek Pengadang Baru.
2. Mengumpul telekung-telekung sembahyang wanita terpakai yang terdapat di
Masjid Jamek Pengadang Baru untuk dibersihkan dan dibaikpulih.
3. Mendapatkan dana bagi menukar ganti telekung sembahyang wanita yang rosak
atau terpakai dengan telekung yang baru.
4. Menyediakan telekung sembahyang wanita yang bersih dan sempurna untuk
kegunaan para jemaah wanita Masjid Jamek Pengadang Baru.
5. Memupuk semangat kerjasama dan bantu membantu dikalangan masyarakat
setempat.
6. Mendisiplinkan diri dengan sikap tanggungjawab dan ikhlas semasa
menyumbangkan tenaga dan idea untuk menjayakan projek kebajikan dan khidmat
masyarakat ini.
PELAKSANAAN PROJEK :
1. Mendapatkan kebenaran daripada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Pengadang Baru,
Kuala Terengganu melalui surat permohonan kebenaran bertulis. ( lampiran 1 )
2. Mendapatkan sumbangan membersih dan membaikpulih telekung sembahyang wanita
daripada pemilik Kedai Dobi Lavender Raudhah Pengadang Baru, Kuala Terengganu melalui
surat permohonan.( lampiran 2 )
3. Menjalankan aktiviti mengumpul, membersih dan membaikpulih telekung sembahyang
wanita kepunyaan Masjid Jamek Pengadang Baru.
4. Mendapatkan telekung sembahyang wanita yang baru bagi menggantikan telekung lama
yang telah rosak dari Kedai Kain Desa Murni Pengadang Baru.

5. Menghantar semula telekung sembahyang wanita yang telah selesai dibersihkan dan
dibaikpulih serta telekung yang baru ke Masjid Jamek Pengadang Baru.
PERANCANGAN
PELAKSANAAN AKTIVITI
MASA

AKTIVITI
Setelah mendapat kelulusan secara lisan daripada AJK Masjid Jamek
Pengadang Baru, kerja-kerja pengumpulan telekung sembahyang wanita
yang kotor dan rosak
dijalankan.

8.00 pagi

Telekung
yang kotor dan rosak diasingkan agar kerja-kerja membersih dan
membaikpulih dapat dijalankan dengan mudah.

Menghantar telekung-telekung yang telah dikumpulkan ke Kedai Dobi


Lavender Raudhah setelah mendapat kebenaran daripada Pn. Maisurah
dan Cik Nurul Fatihah untuk proses membersih dan membaikpulih.
10.00 pagi

2.00 petang

Membeli telekung sembahyang wanita yang baru di Kedai Kain Desa


Murni setelah mendapat sumbangan/dana daripada AJK Masjid Jamek
Pengadang Baru.

3.00 petang

Mengambil telekung yang telah selesai dibersihkan dan dibaikpulih dari


Kedai Dobi Lavender Raudhah Pengadang Baru.

4.00 petang

Menghantar telekung yang telah dibersihkan dan dibaikpulih ke Masjid


Jamek Pengadang Baru. Tugasan selesai.

REFLEKSI
Syukur alhamdulillah projek Telekung Cantik & Bersih ini dapat dijalankan
sepertimana yang dirancang dengan jayanya. Malah projek ini mendapat kerjasama yang
amat baik daripada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga
segala pertolongan dan bantuan mendapat rahmat dari Allah Ta'ala dengan mengurniakan
kemurahan rezeki yang tidak terhingga. Walaupun projek ini amat kecil nilainya jika
dibandingkan dengan projek membina masjid itu sendiri, namun saya amat berbangga kerana
sumbangan saya yang kecil ini dapat dimanfaatkan oleh para jemaah wanita di Masjid Jamek
Pengadang Baru.

CADANGAN / KOMEN
Membersihkan dan membaikpulih telekung sembahyang wanita di surau atau masjid
biasanya dilakukan oleh AJK surau atau masjid itu sendiri. Malah bagi mendapatkan telekung
yang baru juga perlu menggunakan duit tabung surau atau masjid. Ramai orang yang
bermusafir bersembahyang di surau atau masjid menggunakan kemudahan telekung yang
disediakan. Agak menyedihkan apabila telekung-telekung yang disediakan dalam keadaan
yang kotor dan rosak. Ini BUKANLAH tanggungjawab AJK surau atau masjid semata-mata.
Malah menjadi tanggungjawab bersama.
Dengan menjalankan projek telekung ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran
tentang tanggungjawab menjaga telekung-telekung wakaf di surau atau masjid. Kesian
telekung wakaf. Alangkah baiknya kita melayan telekung itu seperti telekung kita sendiri di
rumah. Hentikan mengomel bila melihat telekung yang busuk. Tapi cubalah sumbangkan
sedikit tenaga dan usaha untuk mengatasi masalah yang selalu menimpa telekung wakaf ini.
Kita boleh mulakan dengan menukar telekung bersih

yang kita bawa untuk

menunaikan solat di surau atau masjid dengan telekung wakaf yang kotor dan berbau itu.
Malah telekung yang telah dibersihkan itu boleh ditukar pula dengan telekung wakaf yang
lain. Sehari sehelai seorang, Jika terdapat ramai jemaah wanita yang sanggup berbuat begini,
maka fenomena telekung wakaf yang kotor, busuk dan berjeragat tidak akan berlaku lagi.
Ramai jemaah wanita yang mempunyai tabiat yang tidak elok iaitu kebiasaaan selepas
sembahyang, menggumpal-gumpal telekung dan meletakannya di atas rak tanpa dilipat dan
digantung dengan elok. Alangkah nikmat dan bahagianya jika kita dapat memudahkan dan
menyenangkan orang lain. Sebagaimana kita hendak menggunakan telekung yang bersih,
cantik dan tersusun rapi, begitulah juga orang lain. Oleh itu kita hendaklah bekerjasama bagi
memastikan telekung wakaf ini sentiasa dijaga dengan baik. Kerja berkumpulan adalah lebih
baik daripada kerja berseorangan. Kuantiti dan kualiti kerja juga lebih optimum.
"IDEA yang BAIK sahaja tidak mencukupi, kerana ia memerlukan tangan-tangan dan
tenaga yang KUAT dan IKHLAS untuk mengerahkan seluruh kesungguhan dan keringat
sehingga idea dan mimpi mampu menjadi KENYATAAN!"

PENGHARGAAN :
Sekapur sirih seulas pinang. Sekalung kasih berjuta penghargaan ditujukan kepada
pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan di atas panduan dan tunjuk ajar yang diberikan bagi
saya menyiapkan laporan projek khidmat masyarakat yang bertajuk Telekung Cantik &
Bersih ini.
Sebagaimana yang dimaklum, projek ini dapat saya laksanakan dengan jayanya.
Untuk itu ingin saya sampaikan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Ahli
Jawatankuasa Masjid Jamek Pengadang Baru atas kesudian membenarkan saya menjalankan
projek ini. Tidak lupa juga atas sumbangan dana bagi membeli telekung sembahyang wanita
yang baru.
Ucapan jutaan terima kasih juga saya tujukan buat Pn. Maisurah Bt Mustafa dan adik
beliau Cik Nurul Fatihah Bt Mustafa atas kesudian menyumbangkan bantuan membersih dan
membaikpulih telekung wakaf secara percuma. Saya amat bertuah kerana diperkenalkan
dengan pemilik Kedai Dobi Lavender Raudhah yang pemurah. Malah tidak dilupakan juga
Cik Nurul Fatihah yang merupakan seorang tukang jahit atas kesudian beliau membaikpulih
telekung wakaf ini.
Saya juga ingin menyampaikan rasa terima kasih saya kepada Cik Nur Azlin pekerja
Kedai Kain Desa Murni yang peramah melayan saya sewaktu pembelian telekung
sembahyang yang baru.
Akhir kata saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam laporan
projek Telekung Cantik & Bersih ini yang pastinya berpunca daripada kekhilafan saya
sendiri. Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN 1
Azuraini Abdullah
PT 14498, Taman Wadi Hidayah

Kampung Padang Tanjung


21400 Bukit Payong
Marang, Terengganu
18 Oktober 2014
En. Baharuddin B. Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Pengadang Baru
20050 Pengadang Baru
Kuala Terengganu
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN DAN SUMBANGAN DANA UNTUK MENJALANKAN PROJEK
MEMBERSIH DAN MEMBAIKPULIH TELEKUNG WAKAF KEPUNYAAN MASJID
Saya seperti nama dan alamat yang tersebut di atas, ingin memohon kebenaran dan sedikit sumbangan
dana daripada pihak tuan bagi menjalankan projek membersih dan membaikpulih telekung
sembahyang wanita yang diwakafkan di masjid tuan.
2.

Untuk makluman pihak tuan, projek ini merupakan salah satu kerja kursus bagi Program

Pensiswazahan Guru saya di Asia E Universiti. Saya perlu menyiapkan satu laporan Projek Khidmat
Masyarakat yang perlu saya laksanakan secara perseorangan. Oleh itu saya memilih projek
membersih dan membaikpulih telekung wakaf ini kerana ianya tidak melibatkan kos kewangan yang
besar dan tenaga yang ramai.
3.

Saya berharap permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan dan persetujuan daripada

pihak tuan. Segala kecaknaan dan kerjasama daripada pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Yang benar,
...................................
( AZURAINI ABDULLAH )
750415-03-5452

LAMPIRAN 2
Azuraini Abdullah
PT 14498, Taman Wadi Hidayah

Kampung Padang Tanjung


21400 Bukit Payong
Marang, Terengganu
18 Oktober 2014

Pengurus Dobi Lavender Raudhah


185 Kampung Pengadang Baru
20050 Pengadang Baru
Kuala Terengganu
Tuan,
MEMOHON

SUMBANGAN

UNTUK

KERJA-KERJA

MEMBERSIH

DAN

MEMBAIKPULIH TELEKUNG WAKAF MASJID JAMEK PENGADANG BARU


Saya seperti nama dan alamat yang tersebut di atas, ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan
bagi menjalankan kerja-kerja membersih dan membaikpulih telekung sembahyang wanita yang
diwakafkan di Masjid Jamek Pengadang Baru.
2.

Untuk makluman pihak tuan, projek ini merupakan salah satu kerja kursus bagi Program

Pensiswazahan Guru saya di Asia E Universiti. Saya perlu menyiapkan satu laporan Projek Khidmat
Masyarakat yang perlu saya laksanakan secara perseorangan. Oleh itu saya memilih projek
membersih dan membaikpulih telekung wakaf ini kerana ianya tidak melibatkan kos kewangan yang
besar dan tenaga yang ramai.
3.

Saya berharap permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan dan persetujuan daripada

pihak tuan. Segala kecaknaan dan kerjasama daripada pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Yang benar,

...................................
( AZURAINI ABDULLAH )
750415-03-5452

You might also like