Jurnal Artikel Keselamatan Jalan Raya Pke

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JURNAL ARTIKEL KESELAMATAN JALAN RAYA: DI MANA KITA?

-KOMEN
Seperti mana sedia maklum, saya Kokilavani A/P Manokaran dari PISMP Jan 2014 Tahun 2
Semester 4 Sains telah ditugaskan bagi matapelajaran Pendidikan Keselamatan untuk memberikan
komen saya terhadap jurnal artikel yang saya pilih, berdasarkan tajuk iaitu, Program Pengguna Jalanraya
Selamat. Tajuk bagi jurnal artikel yang saya pilih merupakan Keselamatan Jalan Raya: Di Mana Kita
yang dimuat turun daripada internet. Di sini, saya ingin membincangkan tentang jurnal artikel keselamatan
jalan raya yang saya dapati ini. Oleh itu, berdasarkan jurnal artikel yang saya dapati ini, saya mempunyai
komen saya yang tersendiri terhadap jurnal artikel ini. Antara komen saya adalah merupakan di mana,
secara umumnya jurnal artikel ini membincangkan tentang strategi-strategi yang patut diambil dan
dilaksanakan bagi menangani masalah keselamatan di jalan raya. Di dalam artikel ini juga, ia
membincangkan tentang program-program yang dijalankan bagi menjamin pengguna jalan raya selamat
di serata dunia seadanya. Jurnal artikel ini, membuktikan bahawa negara Amerika Syarikat terdiri
daripada bilangan kemalangan jalan raya yang tinggi berbanding dengan negara-negara maju yang lain.
Juga kemalangan jalan raya banyak berlaku di jalan raya negeri dan persekutuan berbanding dengan
lebuh raya. Selain itu, kadar kemalangan jalan raya juga semakin hari semakin meningkat di seluruh
dunia. Manakala, kemalangan maut dalam kalangan mereka yang berumur 15 hingga 24 tahun serta 64
tahun ke atas menunjukkan mereka mengalami bilangan kemalangan yang tinggi berbanding dengan
mereka yang mempunyai tahap umur yang berbeza daripada mereka. Hal ini, memang membimbangkan
serta merimaskan semua orang. Oleh hal yang demikian, terdapat banyak program-program yang
dijalankan di semua negara termasuk di Malaysia juga, tidak kira seberapa jumlah kemalangan yang
berlaku di negara mereka, bagi mewujudkan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya untuk tujuan
mereka akan lebih berhati-hati semasa berada di kawasan jalan raya dan sebagainya.
Antara strategi-strategi serta program-program yang dijalankan bagi mencegah kemalangan serta
menjadikan pengguna jalan raya selamat adalah di mana, di Ugunda seperti mana tertera di artikel,
Ugunda membelanjakan US$4 juta bagi menghapuskan punca-punca kemalangan. Selain dari itu, geran
untuk membaiki dan menyelenggara jalan raya juga telah dipertingkatkan. Kerajaan Britain juga telah
bertungkus lumus bagi melaksanakan strategi keselamatan jalan raya. Juga, Majlis Pengangkutan
Australia pula telah bersusah payah melancarkan satu strategi kebangsaan bagi keselamatan jalan raya.
Tidak ketinggalan juga, negara Pakistan juga telah melancarkan kempen keselamatan jalan raya secara
besar-besaran bagi mewujudkan kesedaran tentang kemalangan jalan raya. Juga Amerika Syarikat, telah
melaksanakan pelbagai strategi bagi mengatasi masalah keselamatan jalan raya. Tambahan pula, negara
kita Malaysia juga tidak ketinggalan daripada menjalankan pelbagai strategi-strategi serta programprogram yang bernas. Setiap tahun, pelbagai kempen keselamatan jalan raya dilancarkan bagi mendidik
masyarakat tentang betapa pentingnya keselamatan jalan raya dan melatih pemanduan berhemat di jalan
raya. Pihak-pihak yang berkuasa contohnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan

Jalan (JPJ) dan lain-lain lagi juga telah melancarkan kempen silih berganti tiap-tiap tahun menjelang
pada musim perayaan. Tidak dapat dinafikan juga, pelbagai habuan disediakan kepada pengguna jalan
raya supaya selamat tiba ke destinasi mereka masing-masing. Antaranya di mana, minuman kopi
percuma yang disediakan oleh PLUS kepada pemandu kereta, pemeriksaan tayar kenderaan secara
percuma oleh SIMES TYRES, penerangan tentang kepentingan tali pinggang keledar dan air bugs.
Selain itu, poster, hamper dan buah tangan yang lain juga dibekalkan oleh BP Malaysia semasa kempen
yang dinyatakan dijalankan.
Justeru, selain daripada program-program yang dijalankan, PDRM dan juga JPJ telah mengambil
tindakan penguatkuasaan undang-undang dengan serius sekali. Seterusnya, pada musim perayaan pula,
PDRM semestinya akan mengerak-gerakkan beribu-ribu anggota polis untuk beroperasi di bawah kod
Ops Statik. Anggota-anggota polis itu semua ditempatkan pada lokasi-lokasi tertentu sepanjang jalan
raya bagi untuk mengawal lalu lintas serta pengguna. Pelbagai operasi juga telah dijalankan seperti Ops
Sedar, Ops Tegur dan juga Ops Bersepadu. Walaupun langkah-langkah mahupun cara untuk menjamin
keselamatan pengguna jalan raya dijalankan, namun di Malaysia negara kita gagal memberi tumpuan
terhadap strategi proaktif di mana merawat punca masalah dahulu sebelum sebarang kemalangan
berlaku. Adalah dikenalpasti dengan teliti bahawa, hanya tiga faktor yang terlibat dalam punca
kemalangan berlaku. Ianya merupakan manusia, kenderaan dan persekitaran jalan raya. Pelbagai
pendekatan inovatif telah diambil alih oleh negara-negara luar yang lain. Lebih-lebih lagi audit
keselamatan jalan raya juga berkesan dalam menambahbaik keselamatan jalan raya. Ia juga merupakan
sebagai salah satu teknik penyiasatan dan pencegahan kemalangan. Dengan ini, ia telah menjadi satu
komponen yang amat penting dalam proses keselamatan jalan raya.
Oleh hal yang demikian, program-program sebegini dijalankan khas untuk pengguna selamat di
jalan raya bagi semua kenderaan bermotor dan juga bagi kenderaan yang tidak bermotor. Perkara ini
sangat diambil berat kerana bagi untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya berlaku. Diharap
bahawa, melalui program-program ini juga semua pengguna jalan raya boleh menyedari dan turut serta
dalam menjayakan program-program yang diadakan bagi menghindari sebarang kemalangan jalan raya
yang tidak dijangka. Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa, semua pihak yang bertanggungjawab telah berganding bahu
serta secara bertoleransi dan dengan memberikan komitmen yang tinggi mereka yang telah pun
mengadakan program-program yang berkaitan dengan pengguna jalan raya selamat. Tetapi, kita tidak
seberapa pasti adakah program-program tersebut mencapai objektifnya mahupun tidak dan juga
mengurangkan risiko kemalangan jalan raya mahu pun tidak. Dengan ini, terlebih dahulu pihak-pihak
yang terlibat perlu memperolehi kepercayaan daripada orang ramai sebelum melaksanakan atau pun
mengadakan sesuatu program. Juga, keberkesanan program tersebut perlu diambil kira. Terlebih dahulu,

setiap program pengguna jalan raya selamat yang dijalankan pula perlu mengambil kira punca
kemalangan berlaku di jalan raya dan selepas itu cadangan serta langkah-langkah, strategi-strategi yang
patut perlu dijalankan. Baru, pengguna jalan raya akan berasa selamat semasa berada di atas jalan raya.
Akhir sekali, jurnal artikel ini memang seratus peratus memberikan maklumat yang amat baik sekali
mengenai program pengguna jalan raya selamat dengan begitu banyak sekali.

You might also like