Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Kepentingan Perairan Selat Melaka

Merupakan satu jalur pelayaran penting di dunia sama


seperti Terusan Suez atau Terusan Panama
Merupakan pelayaran utusan antara Lautan Hindi dan
Pasifik.
Menghubungkan 3 negara yang mempunyai jumlah
penduduk terbesar di dunia iaitu India, Indonesia dan
China
Selat Melaka penting kepada kestabilan ekonomi dunia
khususnya Amerika Syarikat, Jepun, China, dan lain-lain
negara di Asia Tenggara
Satu per lima daripada perdagangan dunia dijalankan
melalui Selat Melaka

Contoh Isu Sempadan


Pada 14 Jun 2005, Malaysia telah berjaya
menumpaskan sekumpulan lanun
Indonesia yang merampas sebuah kapal
tangki Nepline Delima yang sarat dengan
muatan 6300 tan diesel bernilai 12 juta
ringgit.

Pulau Batu Putih


Pertikaian telah berlaku antara Malaysia dengan
Singapura mengenai status kedaulatan Pulau
Batu Putih.
Isu ini tercetus pada tahun 1979, ketika Malaysia
menerbitkan peta rasmi yang baru dengan
memasukkan Pulau Batu Putih dalam perairan
wilayahnya.
Jarak Pulau Batu Putih adalah lebih jauh dari titik
terdekat Singapura (Changi) iaitu terletak 46 km
berbanding hanya 14.3 km dari Johor (Tanjung
Penyusop, Mukim Pengerang).

Apabila Kesultanan Johor menyerahkan


Singapura dan pulau-pulau serta perairan di
sekelilingnya kepada pihak British melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan
Perjanjian Crawford 2 Ogos 1824, penyerahan
ini tidak termasuk Pulau Batu Putih.
Temenggung dan Sultan Johor pada ketika itu
membenarkan pihak British membina rumah api
di pulau tersebut hanya pada tahun 1884.
Ini membuktikan bahawa Kesultanan Johor
sememangnyya mempunyai kedaulatan serta
penguasaan di perairan pulau tersebut.

Pihak koloni British di Singapura hanya


dibenarkan mengurus rumah api tersebut
bagi kepentingan industri perkapalan
Singapura yang kurang penting bagi pihak
Malaya pada masa itu.
Ini disebabkan tiada pelabuhan utama di
Johor serta kebergantungan kebanyakan
pedagang-pedagang British di Tanah
Melayu ketika itu kepada kemudahan
pelabuhan tukar barang Singapura untuk
mengeksport hasil perdagangan mereka.

Singapura pula mendakwa bahawa mereka telah


menguasai pulau itu semenjak tahun 1840-an tanpa
ditentang dan dihalang oleh pihak Malaysia.
Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan
pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan
semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu
sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya dalam
penggulungan hujah pihak Singpura di Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ)
Mahkamah Keadilan Antarabangsa akhirnya
memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih milik
Singapura dengan persetujuan 12:4.

Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan


Pada tahun 1960 kontroversi tercetus
antara Malaysia dengan Indonesia
mengenai hak pemilikan Pulau Sipadan
dan Ligitan
Indonesia membantah cadangan wilayah
pelantar laut Malaysia dengan
memasukkan kedua-dua pulau dalam
wilayahnya dan mendakwa pulau tersebut
miliknya

Malaysia telah menolak dakwaan Indonesia.


Pulau tersebut ditadbir bawah kerajaan Malaysia
berpuluh-puluh tahun dan telah disahkan
termasuk dalam perairan Malaysia oleh
konvensyen Amerika Syarikat-Britain pada tahun
1930
Keadaan menjadi kusut setelah Malaysia
mengeluarkan peta baru pada tahun 1979 yang
memasukkan kedua-dua pulau tersebut dalam
wilayahnya

Masalah tersebut dibincangkan dalam


pertemuan Presiden Soeharto dan Dato Hussein
Onn di Kuantan pada 26 Mac 1980.
Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat
mengatasi perselisihan faham melalui rundingan.
Namun ia menemui jalan buntu bahkan
mekanisme Asean tidak dapat membantu
menyelesaikan perselisihan antara dua negara
ini.

Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju


mengemukakan kes di Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The
Hague yang terletak di Belanda.
Keputusan mahkamah menetapkan
bahawa kedua-dua pulau adalah milik
Malaysia.

Kepulauan Spratly
Kepulauan Spratly terdiri daripada 100
buah pulau kecil berbentuk batuan dan
batu karang yang terletak di gugusan
kepulauan Paracel dan Spratly.
Kepulauan ini terletak di bahagian selatan
Laut China Selatan, China, Taiwan dan
Jepun.
Pulau ini terhasil daripada batu karang
dan terletak di kawasan seluas 500 batu
persegi.

Kepulauan ini tidak sesuai dijadikan


kawasan penempatan kerana ia adalah
separuh tenggelam, dipenuhi dengan
batuan dan batu karang yang menjadi
halangan kapal.
Pulau ini kaya dengan sumber guano
untuk dibuat baja dan ia menarik minat
Perancis dan Britain.

Kepulauan ini penting dari segi politik dan


strategi
Tuntutan terhadap hak kedaulatan terhadap
kepulauan ini turut adalah bagi mendapatkan
bahan mentah yang ada
Antara negara yang menuntut hak terhadap
kepulauan ini termasuk Filipina, Vietnam, China
dan Taiwan.
Pada tahun 1990-an, berlaku insiden
penggunaan tentera oleh China untuk
menduduki kepulauan Spratly.

Vietnam berani menentang China yang


menggunakan kekerasan terhadap Vietnam dan
Filipina bagi merebut kepulauan tersebut.
Malaysia mencadangkan untuk membangunkan
kawasan pertikaian (kepulauan Spratly) dalam
bentuk kerjasama bersama terutama dalam
aktiviti perlombongan dan ekonomi melalui
prinsip usaha sama setelah berlakunya
ketegangan antara negara anggota Asean akibat
China yang mendedahkan kepulauan Spratly
kepada konflik ketenteraan.

Rujukan
www.scribd.com%2Fmobile%2Fdoc
%2F215624583%2FIsu-SempadanSuraya&usg=AFQjCNG24qnLJL8IlZpGVP
SjFpBxIYBtAQ

You might also like