Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERANAN LEMBAGA TABUNG HAJI

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memainkan peranan bagi menghadapi perkembangan pesat
tamadun yang serba maju terutama sebagai ejen mempertingkatkan taraf kemajuan di kalangan
umat Islam negara ini. Tugas Tabung Haji bukan lagi sebagaimana yang ada pada masa kini iaitu
menggembleng tabungan di kalangan umat Islam yang mahu mengumpul wang untuk
menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji di Mekah, tetapi turut membantu
mengembangkan kedudukan ekonomi mereka keseluruhannya di samping berperanan menjaga
keselamatan ekonominya daripada terhakis oleh perkembangan semasa. Peranan lebih luas itu
telah pun bermula apabila dana yang dikumpulkan telah digunakan untuk membantu negara
memulihkan ekonomi daripada kemelesetan sejak kebelakangan ini.Tambahan pula,peranan
tabung haji hendaklah lebih meluas dibawa akta 535 ( lembaga tabung haji )seperti ;
mentadbirkan Kumpulan Wang ,mentadbirkan segala perkara yang berkenaan dengan kebajikan
jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan dengannya; dan melakukan apa-apa benda
lain yang dikehendaki atau dibenarkan dilakukan di bawah Akta ini
Selain itu ,Lembaga Tabung Haji hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan manamana atau semua fungsinya keseluruhannya atau sebahagiannya di Malaysia atau di luar
Malaysia. (3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri Tabung Haji 11 , menyertai apaapa perkongsian, usahasama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan
lain bagi berkongsi keuntungan atau menjalankan aktiviti-aktivitinya bersama-sama dengan,
atau selainnya, mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau kerajaan yang menjalankan
atau terlibat dalam mana-mana aktiviti sedemikian;
Tambahan pula, mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti dalam mana-mana
pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain dan boleh menjual, memegang atau
mengeluarkan semula syer atau sekuriti itu atau selainnya melupuskan atau berurusan
dengannya,menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh
Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan
apa-apa projek, skim atau perusahaan yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh
Lembaga; atau menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat
1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang sudah
dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga.
Hal ini telah diperuntukan dalam Jadual hendaklah pakai diguna pakai dalam sesuatu
perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan yang telah di nyatakan.

kini Tabung Haji mempunyai peranan yang lebih luas sebagai pengurus kepada hal
ehwal pemergian umat Islam menunai haji semata-mata tetapi lebih daripada itu,

iaitu sebagai pengurus pelaburan yang cekap bagi meningkatkan modal umat Islam
dengan melaburkannya ke dalam sektor halal lagi menguntungkan. Lembaga
Tabung Haji telah terbukti meyakinkan para pendeposit dengan pulangan
pelaburan tinggi dan berjaya mengelakkannya daripada menerima kesan buruk
atau terjejas oleh kegawatan ekonomi yang melanda negara kerana ia mempunyai
pengurusan berhemah serta kaedah pelaburan bijaksana bagi setiap ringgit
simpanan yang dikumpulkan. Dengan mengadakan skop pelaburan lebih luas itu
Tabung Haji secara langsung juga memberikan umat Islam pilihan alternatif bagi
pelaburan jangka panjang mereka ke dalam pelbagai sektor seperti hartanah,
pekilangan dan pelaburan yang menurut syariah.

You might also like