Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROGRAM INSPIRASI SENI


SEKOLAH KEBANGSAAN
ULU DONG
2015

Anjuran:
Panitia Pendidikan Seni Visual
&
Panitia Bahasa Melayu

1.0 Pengenalan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang asas-asas
seni dan menjadikan penghasilan seni sebagai kerjaya hidup . Seni mungkin
seringkali dipandang sepi terutamanya di sekolah rendah.
Hal ini mungkin
disebabkan kurang pendedahan tentang kerjaya ini. Dengan adanya pendedahan
tentang kerjaya seni ini, ia akan menjadi platform bagi menaikkan lagi martabat mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah seterusnya dapat memupuk minat
murid terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual.
2.0 Rasional
Pengajuran program Inspirasi Seni ini merupakan satu wadah bagi murid tahun 6
Sekolah Kebangsaan Ulu Dong (SKUD) dalam meningkatkan kreativiti dan juga minat
terhadap Pendidikan Seni Visual. Oleh itu, pendedahan murid terhadap asas-asas
seni ini, akan dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dan seterusnya dapat
mengcungkil bakat seni yang terpendam dalam kalangan murid .
3.0 Matlamat
3.1 Menerapkan minat dan kecintaan dalam mempelajari seni Visual dan seterusnya
dapat menjadikan seni sebagai kerjaya hidup .
3.2 Melahirkan generasi yang kritis, kreatif dan berkemahiran dalam menghasilkan
karya seni.
3.3 Mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan murid disamping menambah
pengetahuan tentang seni visual
4.0 Objektif
4.1 Meningkatkan minat terhadap mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual
4.2 Mempertingkatkan dan meluaskan pengetahuan dalam pelbagai jenis karya seni
dalam empat bidang mengikut sukata pelajaran.
4.3 Memperkembangkan bakat-bakat seni dan mencungkil bakat yang terpendam
melalui aktiviti yang dijalankan.
4.4 Memupuk semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

5.0 Tarikh Pelaksanaan


Tempat
Tarikh
Masa
Peserta

:
:
:
:

Galeri Seni Dato Ismadi


23 Oktober 2015
9.00-11.00 pagi
26 Orang Murid

6.0 Ahli Jawatan Kuasa


Ahli Jawatan Kuasa
Pengerusi
Guru Besar
En. Sabarudin bin Lan
Naib Pengerusi
Guru Penolong Kanan 1
Pn. Shafiah binti Jali
Penyelaras Tahun 6
Pn. Saadah binti Abd Rahim
Setiausaha
Pn. Nor Aida binti Kadir
Ahli JawatanKuasa Kecil
Semua guru Tahun 6

7.0 Penutup
Jawatankuasa penganjur berharap agar pihak pentadbir Sekolah Kebangsaan Ulu
Dong menyokong penuh pelaksanaan program ini. Hal ini penting, bagi memberi
peluang kepada warga SKUD khususnya pada murid tahun 6 dalam meneroka
pengalaman baru melalui program ini. Ia juga dapat meningkatkan minat dan kreativiti
dalam kalangan murid dan seterusnya dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam
di kalangan mereka.

Disediakan oleh,

.
(NOR AIDA BINTI KADIR)

Disahkan oleh,

.
(SABARUDIN BIN LAN)

You might also like