Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

ALKOHOL

KETAGIHAN ALKOHOL (Untuk pembaca bukan Islam)


Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu
tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh
membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang
boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkahlaku dan emosi peminumnya.

KESAN FIZIKAL

Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.


Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.
Ulser dan gastritis
Kecederaan otak dan masalah saraf
Masalah jantung dan tekanan darah
Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
Masalah seksual
Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME - FAS)


FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi
kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan
menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS
akan mengalami:

Kekurangan berat badan.


Kurang tinggi
Kepala kecil
Masalah jantung
Kecacatan kaki-tangan serta sendi
Koordinasi yang lemah
Hilang ingatan
Masalah pembelajaran

Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental,
zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi

masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar menjaga diri dan anakanak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau.

ALKOHOL DAN KANSER


Meminum minuman keras menjadikan rawatan terhadap kanser tidak berkesan. Sebagai
contoh:

Jika anda memerlukan pembedahan, alkohol di dalam badan akan menimbulkan


masalah dengan ubat bius (anesthesia).
Jika anda dirawat dengan kemoterapi, dan mungkin terdapat kudis dalam mulut
anda, alkohol akan menerukkan lagi keadaan.
Jika anda memerlukan rawatan radiasi/kemoterapi, anda perlu makan dengan
betul untuk menguatkan diri anda. Meminum minuman keras boleh mengganggu
tabiat makan dan membantut penyembuhan.
Penyalahgunaan alkohol mengganggu keupayaan anda menghadapi masalah
kanser, tekanan perasaan dan emosi yang berkaitan dengannya.

MASALAH TINGKAHLAKU DAN TEKANAN EMOSI

Alkohol boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar batas


kawalannya seperti memandu terlalu laju dan amalan-amalan lain yang
merbahaya..
Perubahan ragam atau mood seperti marah, ganas, murung dan mungkin ke
peringkat ingin membunuh diri dengan pengambilan alkohol yang berlebihan.
Boleh mengakibatkan hilang daya ingatan dan kewarasan (paras pengambilan
alkohol yang tinggi menghalang daya ingatan yang baik).
Membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kadar perceraian meningkat di
kalangan penagih arak dan anak-anak mereka mengalami tekanan perasaan yang
berpanjangan.
Penagih arak juga menghadapi penurunan prestasi kerja, masalah pergaulan
dengan pekerja-pekerja lain dan majikan.

Anda memerlukan bantuan profesional sekiranya:

Menghadapi masalah daya ingatan atau pengsan kerana minum.


Anda tidak boleh hidup tanpa meminum alkohol.
Gagal mengawal tabiat minum anda walaupun anda mengalami masalah kesihatan
yang disebabkan oleh tabiat buruk ini.
Perlu minum banyak alkohol untuk mengatasi gejala seperti sakit kepala,
kesejukan, menggigil dan ketagihan arak yang teruk.

Tabiat minum ini menjejaskan kerja, persekolahan dan pergaulan anda dengan
orang lain.
Perlu mengambil alkohol untuk mengatasi masalah hidup atau melarikan diri dari
masalah yang dihadapi
Melakukan kegiatan yang berisiko tinggi seperti mengadakan hubungan seks yang
tidak selamat dan rambang setelah minum..
Melakukan beberapa kesalahan undang-undang seperti memandu dalam keadaan
mabuk
Mendapat aduan dari kaum kelurga dan sahabat handai serta majikan mengenai
tabiat buruk anda ini.
Tidak suka bergaul dan terasing selepas mengambil alkohol.

RAWATAN
Ketagihan alkohol boleh diwarisi . Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di
kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol.
Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang
baik untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Dua
jenis ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai
antabuse (tidak terdapat di Malaysia). Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang
teruk sekiranya pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat
Naltrexone (terdapat di Malaysia), ia menyekat keinginan untuk meminum arak dan
merasa nikmat kemabukannya.

PELIHARA DIRI ANDA


Jika anda seorang peminum tetapi masih belum mencapai tahap menyalahgunakannya,
lebih baik berhenti sahaja sebelum terlambat. Lebih cepat anda berhenti lebih baik
peluang anda terselamat dari kesan fizikal dan psikologikal yang serius.

Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi
penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai seorang peminum.
Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol
(kelab malam, parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri
anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini, mintalah jus, soda
atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis tertentu.
Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis
mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda boleh mencari
rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini.
Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan
motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.

Kuatkan pegangan keagamaan anda. Semua agama melarang pengambilan dan


penyalahgunaan alkohol.

Langkah mencegah pergantungan terhadap alkohol

Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini.


Minum sedikit sahaja. Anda digalakkan minum dalam kuantiti yang sedikit
Gunakan sedikit sahaja alkohol dan lebihkan campuran lain untuk mencairkan
kesan alkohol.
Cuba minum bir atau wain yang rendah kandungan alkoholnya.
Selang-selikan minuman beralkohol dengan minuman lain (air mineral, jus
buahan, kopi, soda)
Makan sambil minum, makanan dapat membantu melambatkan penyerapan
alkohol ke dalam badan.
Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang
mengambil berat tentang diri anda. Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan
anda dan mengelakkan diri dari mengambil alkohol.
Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman,
aktiviti fizikal dan menonton wayang)
Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak
anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.
Jangan meminum alkohol semasa memandu, ketika mengambil ubat-ubatan atau
mengendalikan mesin. Perbuatan yang demikan memudaratkan anda.

RUJUKAN
1.
2.
3.
4.

Kamus Dewan, Inggeris - Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992


Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997
Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997
Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar
Bakti, Shah Alam, 1999
5. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996.
Laman web

http://www2.potsdam.edu/alcohol-info/FAS/FAS.html
http://content.health.msn.com/content/asset/
adam_disease_alcoholism

MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK


Memandu dalam keadaan mabuk masih merupakan satu masalah kesihatan awam dan
negara. Setiap tahun ianya meninggalkan pelbagai kesan yang tragis di kalangan mangsa-

mangsanya. Kebanyakan pemandu mempunyai kandungan alkohol yang rendah dalam


darah (BAC) mereka. Cuma sebilangan kecil sahaja dari mereka terlibat dalam
kemalangan yang dahsyat. Golongan inilah yang mempunyai paras BAC atau kandungan
alkohol dalam darah melebihi 0.15%.

FAKTA
Perlu diingat bahawa kebanyakan kes-kes kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh
pemandu mabuk ini dapat dicegah sepenuhnya.

KESAN ALKOHOL TERHADAP KEUPAYAAN MEMANDU


Alkohol mungkin boleh "menggembirakan" dan memberi "ketenangan" yang diperlukan,
namun jangan lupa, mengambil alkohol berlebihan boleh menyebabkan anda terasa sakit
kepala dan meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di dalam
minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan dadah sedatif (ubat
pelali). Bahan ini akan memperlahankan aktiviti sistem saraf anda.
Alkohol juga merupakan bahan tekanan atau depresan yang boleh:
1.
2.
3.
4.

Memperlahankan tindak balas anda


Memberi kesan ke atas penglihatan anda
Memberi kesan ke atas persepsi atau tanggapan anda
Mempengaruhi budi bicara dan kebolehan anda membuat keputusan

Masyarakat telah mengadakan pelbagai usaha untuk meningkatkan keselamatan di jalan


raya, manakala anda pula perlu berusaha untuk menjaga keselamatan diri anda sendiri
bila di jalan raya. Jangan memandu dalam keadaan mabuk dan jangan menaiki kenderaan
yang dipandu oleh pemandu yang minum berlebihan. Ingatlah, selalunya mereka sendiri
dan penumpang-penumpang merekalah yang menjadi mangsa mendapat kecelakaan
akibat memandu dalam keadaan mabuk. Risiko kemalangan bagi mereka yang
mempunyai BAC yang tinggi adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak
mengambil alkohol.
SEMAKIN BANYAK KANDUNGAN ALKOHOL DI DALAM BADAN,
SEMAKIN TINGGI RISIKO ANDA MENDAPAT KEMALANGAN. ALKOHOL
DAN PEMANDUAN - TIDAK MUNGKIN DIKETEMUKAN.

JAGAILAH DIRI ANDA

1. Sedarilah had dan kemampuan anda dan jangan minum berlebihan melampaui
keupayaan anda
2. Makan ketika anda minum. Makan makanan yang tinggi kandungan proteinnya
seperti daging, keju dan kekacang. Ia akan menolong mengurangkan penyerapan
alkohol ke dalam badan.
3. Minum perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. Jika meneguk minuman sekaligus,
anda tidak dapat menikmati rasa serta aromanya.
4. Jangan melibatkan diri anda dalam sebarang pertandingan meminum arak
5. Minum apabila anda benar-benar memerlukannya. Ambil minuman tanpa alkohol.
Jangan biarkan diri anda dipaksa minum.
6. Cuba langkau minuman beralkohol dan selang-selikan dengan minuman tanpa
alkohol, ia boleh menurunkan paras alkohol dalam darah.
7. Jangan berehat-rehat sambil minum. Anda perlu aktif. Dengan berbuat demikian
anda akan kurang minum dan lebih waras untuk menyedari tentang kesan buruk
alkohol.
8. Awasi terhadap minuman yang tidak biasa. Sesetengah minuman seperti
"zombies" dan minuman buah-buahan mungkin mengandungi kandungan alkohol
yang tidak sedari.
9. Gunakan bahan beralkohol dengan bijaksana dalam ubat-ubatan. Dapatkan
nasihat pegawai farmasi atau doktor anda jika anda merasa ragu-ragu terhadap
sesuatu produk.

LINDUNGI ORANG LAIN


1. Tawarkan diri anda sebagai pemandu secara sukarela.
2. Jangan mengambil alkohol berlebihan.
3. Jangan biarkan rakan anda memandu ketika mabuk.

LANGKAH-LANGKAH YANG BERKESAN TERMASUKLAH


1. Menggantung lesen pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk.
2. Mengurangkan paras kepekatan alkohol dalam darah yang dibenarkan ke tahap
yang lebih rendah bagi orang dewasa. Manakala bagi pemandu yang berumur di
bawah 21 tahun tidak dibenarkan mengambil alkohol sama sekali ketika
memandu..
3. Langkah pemeriksaan yang tegas.
4. Meneruskan kempen mendidik orang awam, menanam kesedaran di kalangan
masyarakat, menjalankan kempen media tentang bahaya memandu ketika mabuk.
5. Menaikkan cukai eksais alkohol.
6. Menganjurkan pemeriksaan wajib ke atas tahap alkohol dalam darah apabila
berlakunya sesuatu kemalangan di jalanraya.

RUJUKAN
1.
2.
3.
4.

Kamus Dewan, Inggeris - Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992


Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997
Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997
Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar
Bakti, Shah Alam, 1999
5. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London, 1996.
Laman Web

http://www2.potsdam.edu/alcohol-info/DrinkDrive/DrinkingDriving.html

You might also like