Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1

Jihad Menurut al-Quran dan al-Sunnah1


Dr. Fadlan bin Mohd. Othman
Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia



.

Ajaran Islam Bersifat Wasatiyyah
Gerakan dakwah Ahlis Sunnah wal Jamaah adalah satu gerakan dakwah suci dan murni yang
dipelopori oleh Rasulullah Muhammad bin Abdullah s.a.w. Hakikat ini digambarkan oleh Allah
Taala dalam pelbagai ayat di dalam Al-Quran Al-Karim. Antara lain ialah firman Allah Taala (Yusuf
12:108):


Maksudnya: Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang
yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang
nyata. Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang
musyrik".
Jalan yang dirintis oleh Rasulullah s.a.w. adalah satu jalan yang penuh dengan
kebaikan dan keadilan. Di saat manusia berada dalam kesempitan minda
sehingga menyembah sesama makhluk, Baginda s.a.w. menyelamatkan mereka
dengan membawa mereka kepada kebaikan dan keadilan iaitu menyembah
Tuhan segala makhluk. Di saat manusia berada di dalam kezaliman agama dan
kepercayaan karut-marut gubahan manusia, Baginda s.a.w. menyelamatkan
mereka dengan membawa mereka kepada kebaikan dan keadilan iaitu
kepercayaan yang dicorak oleh Tuhan manusia yang pastinya Maha Mengetahui
tentang kemaslahatan mereka. Di saat manusia memandang rendah kepada
wanita dan memperhambakan mereka, Baginda s.a.w. menyelamatkan mereka
dengan membawa mereka kepada kebaikan dan keadilan iaitu memberi hak
yang tinggi kepada wanita yang menjamin kelangsungan umat manusia jua.
Kebaikan dan keadilan ini telah dinyatakan oleh Allah Taala antara lain dalam
ayat berikut (Al-Baqarah 2:143):

Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Gerakan Terorisma, Takfir Dan Jihad Dalam Islam, di Memorial Tun
Hussein Onn, Kuala Lumpur, pada 27-11-2011.

2
Maksudnya: Dan demikianlah (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang
adil lagi pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad)
menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.
Begitulah umat Islam ini disifatkan dengan sifat Wasatiyyah yang membawa maksud al-Adalah
(keadilan), al-Khairiyyah (kebaikan) dan al-Tawassut bayn al-Ifrat wa al-Tafrit (pertengahan
antara melampau dalam berlebihan dan melampau dalam berkurangan).2
Akan tetapi dengan peredaran zaman, idea umat Islam bercambah dalam mendepani pelbagai isu
berbangkit. Fenomena ini menghasilkan tiga aliran utama, iaitu satu aliran asal dan dua aliran baru
hasil tindak balas. Aliran asal itu ialah aliran Wasat (kebaikan dan keadilan), manakala dua aliran
baru itu pula ialah aliran Ifrat (melampau dalam berlebihan) dan aliran Tafrit (melampau dalam
berkurangan). Justeru, cara ideal dalam menentukan tahap ketepatan kita kepada kebenaran ialah
dengan melihat dalam kategori manakah kita berada; Wasat, Ifrat atau Tafrit?
Jihad Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah
Di antara perkara yang perlu dinilai dengan pengkategorian di atas ialah permasalahan Jihad. Ini
kerana Jihad seringkali disalah tafsirkan baik oleh sebahagian orang kafir yang tidak mendapat
maklumat tuntas tentang Islam, mahupun sebahagian orang Islam yang tidak mempelajari hal ehwal
Islam. Perbincangan ini amat penting agar kita dapat mengenalpasti apakah sebenarnya yang
dimaksudkan oleh Jihad yang dinyatakan dalam pelbagai nas sebagai amalan tertinggi dan terbaik
dalam Islam.
Jihad menurut bahasa Arab: merangkumi semua usaha yang diperah oleh seseorang individu,
khususnya usaha yang berkaitan dengan memerangi musuh. 3
Jihad menurut istilah pula dapat dilihat daripada dua sudut:
1. Sudut pertama: Pengertian secara menyeluruh, di mana Jihad merangkumi jiwa, syaitan,
kafir, munafiq dan pembuat zalim, bidah atau munkar.
Menurut sudut ini, Jihad terbahagi lima kemudian jika diperincikan dapat disampaikan
kepada tiga belas bahagian.
2. Sudut kedua: Pengertian secara khusus, di mana Jihad ialah Orang muslim memerangi orang
kafir yang tidak mempunyai perjanjian damai, selepas diajak supaya menganuti Islam lalu dia
enggan; bertujuan untuk mengangkat kalimah Allah.
Menurut sudut ini, Jihad adalah salah satu daripada lima bahagian Jihad dari sudut pertama
iaitu Jihad kafir. Ia terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu:
a. Jihad pertahanan (daf), di mana muslim bangkit mempertahankan tanah air Islam
daripada pencerobohan kafir.

Dr. Muhammad Ba Karim Muhammad Ba cAbdullah, Wasatiyyat Ahl al-Sunnah Bayn al-Firaq, al-Madinah alMunawwarah: Maktabat al-cUlum wa al-Hikam, Cetaakn 1, 1429h-2008m, Hlm. 22-24.
3
al-cUlyani, Dr cAli bin Nafic, Ahammiyyat al-Jihad Fi Nashr al-Dacwah al-Islamiyyah Wa al-Radd cAla al-Tawaif
al-Dallah Fih, al-Riyad: Dar Taybah, Cetakan 4, 1424h-2003m, Hlm. 115. Lihat juga: Al-Suhaymi, cAbd al-Salam bin
Salim bin Raja, al-Jihad Fi al-Islam Mafhumuh Wa Dawabituh Wa Anwacuh Wa Ahdafuh, al-Madinah: Maktabat
Dar al-Nasihah, Cetakan 1, 1429h-2008m, Hlm. 27.

3
b. Jihad serangan (talab), di mana muslim memerangi kafir di tanah air si kafir itu dengan
tujuan menyampaikan agama Allah, mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur
kepada cahaya Iman dan menegakkan kalimah Allah. 4

Gambarajah Jihad Dari Sudut Pengertian Umum5

Al-Suhaymi, al-Jihad Fi al-Islam Mafhumuh Wa Dawabituh Wa Anwacuh Wa Ahdafuh, Hlm. 46-47.


Lihat: Fadlan Mohd. Othman, As-Sunnah Dalam Mengamalkan As-Sunnah, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa,
Cetakan 1, 2006, Hlm. 72-75.
4
5

Peringkat-peringkat Jihad ini dijelaskan oleh al-Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah dan sejurus itu
beliau telah berkata:
Kesemua ini berjumlah tiga belas peringkat di dalam Jihad. Dan:

]
.[ .

Maksudnya: [Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berperang, dan tidak membisikkan kepada
jiwanya agar berperang, matilah dia di atas satu cabang dari nifaq.] Hr Muslim.
Manusia yang paling sempurna di sisi Allah ialah sesiapa yang menyempurnakan kesemua peringkatperingkat Jihad ini. Makhluk berbeza-beza dalam tahap-tahap mereka di sisi Allah berdasarkan
kepada perbezaan mereka dalam peringkat-peringkat Jihad ini. Oleh sebab itulah, makhluk yang
paling sempurna dan mulia di sisi Allah ialah penutup seluruh nabi-nabi dan rasul-rasulNya.
Sesungguhnya Nabi Muhammad telah menyempurnakan peringkat-peringkat Jihad ini dan telah
berjihad demi Allah sebenar-benar Jihad. Baginda juga telah memasuki jalan Jihad sejak dari mula
diutuskan sehinggalah Allah Azza wa Jalla mewafatkannya...6

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zad al-Macad Fi Hady Khayr al-cIbad, Bayrut: Mu'assasat al-Risalah, Cetakan 15, 1407h1987m, Jil. 3, Hlm. 5-12.

5
Gambarajah Jihad Dari Sudut Pengertian Khusus7

Etika peperangan (Jihad khusus) dalam Islam:


Jihad dalam Islam adalah suatu usaha murni iaitu yang mengandungi tujuan mulia menyampaikan
agama Allah dan menyelamatkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya Iman serta
menegakkan kalimah dan syiar Allah di atas muka bumi ini. Jihad tidak sekali-kali bertujuan untuk
menambah nilai harta, merosakkan harta benda apatah lagi untuk menyeksa manusia. Melihat kepada
kemurnian Jihad dalam Islam, Allah Taala telah menetapkan beberapa garis panduan adab dan etika
peperangan (Jihad khusus) seperti berikut:
i. Dipimpin oleh Pemerintah Muslim8:
Dalilnya Sabda Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: [Siapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah dan siapa yang
mengingkariku maka dia telah mengingkari Allah. Siapa yang mentaati ketua maka dia telah
7

Abu al-Ashbal Ahmad bin Salim al-Misri, Fatawa al-Ulama al-Kibar fi al-Irhab wa al-Tadmir wa Dawabit al-Jihad
wa al-Takfir wa Muamalat al-Kuffar, al-Riyad: Dar al-Kayan, Cetakan 1, 1426h-2005m, Hlm. 296-298.
8
Abu al-Ashbal, Fatawa al-Ulama al-Kibar fi al-Irhab wa al-Tadmir wa Dawabit al-Jihad wa al-Takfir wa
Muamalat al-Kuffar, Hlm. 298-301.

6
mentaatiku dan siapa yang mengingkari ketua maka dia telah mengingkariku. Sesungguhnya
pemimpin itu adalah perisai; diperangi dari belakangnya dan dijadikannya perisai. Jika dia
mengarahkan dengan ketakwaan kepada Allah dan berlaku adil maka dia akan dapat
pahalanya, jika dia berkata sebaliknya maka dia mendapat dosanya.] (HR al-Bukhari 2957 dan
Muslim 1841)
ii. Mempunyai kekuatan untuk berperang9:
Dalilnya firman Allah Taala (al-Baqarah 2:286):

Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Dan firman Allah Taala (al-Taghabun 64:16):
Maksudnya: Maka
kesanggupanmu.

bertakwalah

kamu


kepada Allah menurut

iii. Memaklumkan kepada musuh10:


Dalilnya ialah hadith berikut:


. .
. .
.( )
. .
.
.
.
. .
. .
. .
.
Maksudnya: Terdapat riwayat daripada Sulaiman bin Buraydah daripada ayahnya katanya,
Kebiasaannya Rasulullah s.a.w. apabila Baginda melantik komander tentera, Baginda akan
mewasiatkannya agar bertaqwa dalam dirinya sendiri, dan agar berbuat baik kepada orangorang Islam yang bersama dengannya. Kemudian Baginda bersabda, [Berperanglah dengan
nama Allah, di jalan Allah perangilah orang yang kafir terhadap Allah. Berperanglah dan
jangan ambil harta (ghulul), jangan khianat, jangan cincang, jangan bunuh anak kecil. Jika
kamu bertemu musuhmu di kalangan orang musyrik ajaklah mereka kepada tiga perkara,
jika mereka jawab maka terimalah daripada mereka dan biarkan mereka. (Pertama:) Ajaklah
mereka kepada Islam, jika mereka jawab terimalah daripada mereka dan biarkan mereka.
Kemudian ajaklah mereka agar berpindah daripada penempatan mereka ke penempatan
Muhajirin. Jelaskan kepada mereka bahawa jika mereka berbuat demikian, mereka
9

Abu al-Ashbal, Fatawa al-Ulama al-Kibar fi al-Irhab wa al-Tadmir wa Dawabit al-Jihad wa al-Takfir wa
Muamalat al-Kuffar, Hlm. 308, 318-319. Lihat juga: al-Mawsuah al-Fiqhiyyah, al-Kuwait: Wizarat al-Awqaf wa alShuun al-Islamiyyah, Cetakan 5, 1429h-2008m, Hlm. 138.
10 c
Abd al-cAzim bin Badawi al-Khalafi, al-Wajiz Fi Fiqh al-Sunnah Wa al-Kitab al-cAziz, Fariskur: Dar Ibn Rajab,
Cetakan 1, 1416h-1995m, Hlm. 483-484.

7
mendapat hak seperti Muhajirin. Jika mereka enggan berpindah, jelaskan kepada mereka
bahawa status mereka seperti orang pendalaman muslimin di mana hukum Allah ke atas
orang Islam berjalan ke atas mereka dan mereka tidak berhak mendapat harta ganimah
mahupun fay, kecuali jika mereka berperang bersama orang Islam. (Kedua:) Jika mereka
enggan menganut Islam, mintalah daripada mereka ufti. jika mereka jawab terimalah
daripada mereka dan biarkan mereka. (Ketiga:) Jika mereka enggan membayar ufti, maka
mintalah bantuan Allah ke atas mereka dan perngilah mereka.] (HR Muslim 1731)
iv. Hanya membunuh orang yang memerangi Islam11:
Dalilnya ialah firman Allah Taala (al-Haj 22:39):

Maksudnya: Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena
sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-bernar Maha Kuasa
menolong mereka itu.
Dan firman Allah Taala (al-Taubah 9:36):




Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam
ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.
Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam
bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana
merekapun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bawasanya Allah beserta oerangtorang yang bertakwa.
v. Tidak membunuh orang tua, kanak-kanak, wanita dan pendita12:
Dalilnya ialah hadith berikut:

Maksudnya: Ibn Umar r.a. berkata, Terdapat seorang wanita yang terbunuh dalam
sebahagian peperangan Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah s.a.w. melarang daripada dibunuh
wanita dan kanak-kanak. (HR al-Bukhari 3015 dan Muslim 1744)
Penutup
Begitulah beberapa perkara yang boleh dijadikan pedoman kepada kita dalam usaha memahami Jihad
menurut al-Quran dan al-Sunnah. Semoga kefahaman yang diambil daripada para ulama Ahlis
Sunnah wal Jamaah ini dapat kita telitikan dan jadikan sebagai pegangan hidup kita.
Rujukan

11

al-Mawsuah al-Fiqhiyyah, al-Kuwait, Hlm. 126.


Abu al-Ashbal, Fatawa al-Ulama al-Kibar fi al-Irhab wa al-Tadmir wa Dawabit al-Jihad wa al-Takfir wa
Muamalat al-Kuffar, Hlm. 308.
12

8
Al-Quran al-Karim dan terjemahannya ke dalam bahasa Indonesia, Mujamma al-Malik Fahd, al-Madinah alMunawwarah.
Dr. Muhammad Ba Karim Muhammad Ba cAbdullah, Wasatiyyat Ahl al-Sunnah Bayn al-Firaq, al-Madinah alMunawwarah: Maktabat al-cUlum wa al-Hikam, Cetaakn 1, 1429h-2008m.
Al-cUlyani, Dr cAli bin Nafic, Ahammiyyat al-Jihad Fi Nashr al-Dacwah al-Islamiyyah Wa al-Radd cAla al-Tawaif
al-Dallah Fih, al-Riyad: Dar Taybah, Cetakan 4, 1424h-2003m.
Al-Suhaymi, cAbd al-Salam bin Salim bin Raja, al-Jihad Fi al-Islam Mafhumuh Wa Dawabituh Wa Anwacuh Wa
Ahdafuh, al-Madinah: Maktabat Dar al-Nasihah, Cetakan 1, 1429h-2008m.
Fadlan Mohd. Othman, As-Sunnah Dalam Mengamalkan As-Sunnah, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, Cetakan 1,
2006.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Zad al-Macad Fi Hady Khayr al-cIbad, Bayrut: Mu'assasat al-Risalah, Cetakan 15, 1407h1987m.
Abu al-Ashbal Ahmad bin Salim al-Misri, Fatawa al-Ulama al-Kibar fi al-Irhab wa al-Tadmir wa Dawabit al-Jihad
wa al-Takfir wa Muamalat al-Kuffar, al-Riyad: Dar al-Kayan, Cetakan 1, 1426h-2005m.
al-Mawsuah al-Fiqhiyyah, al-Kuwait: Wizarat al-Awqaf wa al-Shuun al-Islamiyyah, Cetakan 5, 1429h-2008m.
c

Abd al-cAzim bin Badawi al-Khalafi, al-Wajiz Fi Fiqh al-Sunnah Wa al-Kitab al-cAziz, Fariskur: Dar Ibn Rajab,
Cetakan 1, 1416h-1995m.

You might also like