Pidato

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini ingin saya lahirkan rasa kesyukuran kerana di beri peluang keemasan
di dalam dewan yang serba indah, dalam negara yang sentiasa aman,
damai, suasana pagi yang gelap pada zahirnya bertukar cerah terus
memberi laluan mudah kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato
penting yang bertajuk, Disiplin Asas Kecemerlangan Diri.
Sidang dewan yang saya hormati,
Sebelum saya meneruskan bicara sebelum bibir menutur kata-kata, izinkan
saya mendefinisikan tajuk saya pada hari ini.Disiplin Asas Kecemerlangan
Diri. Disiplin membawa maksud kepatuhan kepada peraturan. Asas pula
ialah tapak. Dasar merupakan satu permulaan. Manakala kecermelangan
merupakan satu kegemilangan diri seseorang. Jadi, kepatuhan kepada
peraturan merupakan tapak permulaan kepada kegemilangan diri seseorang.
Tanpa membuang masa lagi, izinkan saya rungkaikan beberapa misteri
kecemerlangan dan kegemilangan diri yang sememangnya cukup mudah
dikecapi, jika apa yang akan saya perkatakan sebentar lagi dipraktikkan
dalam kehidupan.
Hadirin sekalian,
Akal yang cerdas terletak kepada tubuh badan yang sihat. Tubuh yang sihat
dan cergas memang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian. Antara
salah satu faktor yang perlu diambil berat ialah faktor kesihatan. Kesihatan
dapat dijaga apabila pemakanan diawasi. Makanan yang banyak bahan
perasa, bahan pengawet dan berkarbonat mestilah dihindari bagi
memastikan safat otak berjalan lancar kerana bahan seperti inilah yang
melemahkan ingatan dan menyebabkan sukar untuk menghafal sesuatu. Jika
terjadi sedemikian, proses pembelajaran sukar untuk dijalankan. Oleh itu,
sewajarnya kepada sesiapa yang mencari-cari kecemerlangan diri dan
kehidupan berdisiplin perlulah menjaga pemakanan harian. Jaga pemakanan
anda, Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Peraturan semestinyanya ada di sekeliling kita. Hidup tanpa peraturan, mati.


Factor yang akan saya tegaskan sebentar lagi berdasarkan aspek mematuhi
peraturan iaitu patuh kepada arahan. Jalan raya trafik, rumah ibu bapa,
sekolah guru, atau dimana sahaja kita berada pasti ada arahan dan
peraturan tersendirinya. Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar yang
patuh kepada arahan gurunya. Anak yang soleh, meupakan anak yang
mendengar arahan ibu bapanya. Kajian akal menunjukkan individu yang
cemerlang ialah individu yang akur dengan arahan. Bagaimana ingin
cemerlang jika arahan tidak diendahkan? Ingat, patuh pada arahan,
kecemerlangan dalam tangan!
Sidang dewan yang saya hormati sekalian,
Faktor terakhir yang ingin saya tegaskan pada hari ini adalah factor yang
paling penting berkisarkan aspek dalaman individu itu sendiri. Dimana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Orang cemerlang, orang punyai semangat juang. Datuk Azhar Mansor dan
Datuk Sharifah Mazlina contohnya, keinginan yang tinggi, kemahuan
membuak-buak untuk mengharumkan nama negara inilah, resepi utama
yang membolehkan mereka mengecapi kemanisan kejayaan dan
kecemerlangan. Lihatlah dunia, mana- mana pemimpin yang berdisiplin,
yang bersungguh-sungguh, yang punyai wawasan dan cita-cita tinggi pasti
disanjung masyarakat. Siapa yang menuai, dia akan dapat hasilnyanya.
Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat kejayaannya.
Hadirin sekalian,
Resepi kejayaan telah saya suapkan, keluarkan sedikit tenaga kunyah dan
telan akan meresap ke dalam diri Akhir kata sebelum dewan ini kembali
sunyi, saya mahu tegaskan sekali lagi, disiplin yang jitu dalam diri
seseorang, mampu membawanya ke gerbang kejayaan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Sebelum saya berundur, saya akhiri dengan serangkap pantun;
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan didalam hati


Sekian wabillahitaufik walhidayah WASSALAM

Semangat 1 Malaysia Teras Kejayaan


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang akur dengan detik-detik puakanya, guru-guru
dan para hadirin sekalian. Salam satu Malaysia, berdirinya saya pada pagi
yang indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
Semangat Satu Malaysia Teras Kejayaan.

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Tanggal 3 April 2009 yang lalu, bermulalah detik era pemerintahan Dato Sri
Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri
Malaysia. Sebaik-baik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai perdana
menteri Malaysia yang ke-6, beliau sentiasa berusaha menyatupadukan
warganegara majmuk.

Sehubungan dengan itu, beliau telah memperkenalkan kepada rakyat


Malaysia satu gagasan iaitu Semangat Satu Malaysia. Ungkapan Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah tagline kepada gagasan
tersebut. Natijah pembentukannya bertujuan menyemarakkan semula
semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia yang
semakin pudar. Ini adalah kerana perpaduan memainkan peranan penting
dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara tanpa perpaduan, kemajuan
negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi
kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Oleh yang
demikian, Semangat Satu Malaysia didukungi oleh teras perpaduan
manakala teras perpaduan itu pula didukungi oleh nilai-nilai murni.

Para hadirin yang saya hormati,


Seiringan dengan itu, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa
dan etnik serta agama diseru agar bersatu padu memupuk perpaduan
bergerak membentuk satu unity yang mengandungi nilai-nilai aspirasi iaitu
budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, keberanian, meritokrasi,
kesetiaan, ketabahan, integriti dan cintakan ilmu.

Namum perpaduan hanya boleh dicapai dengan memastikan seluruh rakyat


Malaysia memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, teras
aspirasi dan teras perpaduan. Melalui penyatuan rakyat, negara dapat
membina satu negara bangsa yang kukuh, progresif, makmur dan muafakat,
bak kata bidalan muafakat membawa berkat.

Hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian,


Pembentukan Semangat Satu Malaysia adalah matlamat supaya
kepelbagaian sosio-budaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan
digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional dan seterusnya dapat
diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa. Justeru itu, bagi
mengaplikasikan gagasan ini, ianya memerlukan komitmen, kematangan
minda, toleransi dan pengorbanan di kalangan warga Negara Malaysia. Maka
semua rakyat Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan
semua bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia. Lantaran itu, samasamalah kita bersatu untuk membangunkan negara Malaysia nan satu
menuju ke arah matlamat wawasan 2020.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyusun jari
memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam penyampaian
syarahan saya.

Sekian, terima kasih.

You might also like