Bab 5 Soalan Tutorial Pengkosan Kerja

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 5 : Pengekosan Kerja

BAB 5 : PENGEKOSAN KERJA


SOALAN 1
Jati Perabot Bhd. (JPB) mengeluarkan pelbagai jenis perabot, iaitu meja, kerusi dan katil. Setiap
jenis perabot mempunyai kadar siapan yang berbeza. Pada 1 Januari 2001 didapati sebahagian
daripada kerusi yang dimulakan kerjanya dalam tahun 2000 masih belum disiapkan. Maklumat kos
untuk kerusi-kerusi itu adalah seperti berikut :
RM
Bahan mentah langsung
11,200
Buruh langsung
7,000
Overhed kilang
4,200
JPB menggunakan kaedah pengkosan normal untuk menyerapkan overhed kilang ke atas
produknya. Pada 1 Januari 2001, anggaran jam buruh langsung yang akan terlibat ialah 9,800 jam,
manakala sebanyak RM 10,800 kos overhed kilang dijangka akan diserapkan. Overhed kilang
diserap pada asas jam buruh langsung.
Meja dan katil adalah dua produk baru yang dimulakan pengeluarannya dalam tempoh semasa.
Maklumat berkaitan bahan mentah langsung dan buruh langsung adalah seperti berikut :

Buruh langsung
Bahan mentah langsung

2,100
Kerusi
RM
7,350
13,000

1,500
Meja
RM
5,250
17,600

1,800
Katil
RM
6,300
15,200

Buruh dibayar pada kadar RM 3.50 sejam


Di bawah adalah maklumat berkaitan dengan overhed kilang sebenar :
RM
Bahan mentah
1,400
Buruh
1,300
Susutnilai mesin
600
Susutnilai kilang
1,300
Selenggaraan mesin
200
Pelbagai
900
Pada 31 Disember 2001, semua perabot berkenaan telah disiapkan. Hanya 40% daripada kerusi
yang siap telah dijual, manakala meja dijual sebanyak 30%. Harga jualan dengan mark-up ialah
sebanyak 40% daripada kos.
DIKEHENDAKI :
a. Kirakan kadar overhed pratentu. (RM 1.10 sejam buruh langsung)
b. Kirakan amaun overhed yang diserap oleh setiap jenis perabot.
(RM 2,310, RM 1,650, RM 1,980)
c.

Kirakan kos overhed terlebih atau terkurang serap. (RM 240)

d. Kirakan kos pengeluaran untuk setiap jenis perabot. (RM 45,060, RM 24,500, RM 23,480)
e. Kirakan kos barang dijual untuk tempoh tersebut. (RM 25,374)
f.

Kirakan jumlah jualan untuk tempoh tersebut. (RM 35,523.60)


65

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 5 : Pengekosan Kerja

SOALAN 2
Hasri Kitchen Dcor Berhad (HKDB) merupakan firma pembuat kabinet dapur. Oleh kerana
tempahan yang diterima daripada pelanggan-pelanggan adalah berbeza dari segi reka bentuk dan
bahan yang digunakan, HKDB menghadapi masalah untuk meletakkan harga. Setelah berbincang
dengan seorang perunding, HKDB telah melaksanakan sistem pengkosan kerja. Berikut adalah
maklumat anggaran bagi tahun 2000 yang diperolehi di awal tahun :

Jam buruh langsung


Kos overhed
Kos buruh langsung

Pemotongan
30,000
RM 60,000
RM 80,000

Jabatan

Pemasangan
6,000
RM 6,000
RM 45,000

Bagi Jabatan Pemotongan, kos overhed akan dikenakan kepada kerja-kerja berasaskan jam buruh
langsung. Manakala bagi Jabatan Pemasangan asas yang digunakan adalah peratusan daripada
kos buruh langsung.
Dalam bulan Julai 2000, HKDB telah menerima tempahan L61 daripada seorang pelanggan untuk
membuat dan memasang kabinet dapur berbentuk L untuk rumahnya. Berikut adalah maklumat
berkaitan dengan tempahan tersebut :-

Kos Bahan :
Kayu Nyatoh
Dapur
Oven
Buruh Langsung :
Jam buruh langsung
Kadar upah sejam

Pemotongan

Jabatan
Pemasangan

RM 800
-

RM 1,200
RM 1,700

22 jam
RM10

5 jam
RM8

DIKEHENDAKI :
a. Tentukan kadar overhed pratentu yang akan digunakan bagi menyerap overhed kepada
tempahan tahun 2000. (RM 2.000 sejam buruh langsung, 13.3% )
b. Kirakan jumlah kos overhed yang diserap kepada tempahan L 61. (RM 49.32)
c.

Tunjukkan kos pengeluaran yang dilibatkan bagi tempahan L61. (RM 4,009.32)

d. Jika margin kasar yang ingin diperolehi adalah 35%, berapakah harga yang perlu dikenakan
kepada pelanggan L61? (RM 5,412.58)
e. Sediakan catatan jurnal untuk merekod jualan L61.
f.

Nyatakan 2 persamaan dan 2 perbezaan di antara pengekosan kerja dan pengekosan proses.

66

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 5 : Pengekosan Kerja

SOALAN 3
Syarikat Nilam Puri mengeluarkan produk mengikut spesifikasi dan reka bentuk yang ditempah
oleh pelanggan. Syarikat menggunakan sistem pengkosan pesanan kerja bagi mengumpul dan
mengira kos produk seunit. Proses pengeluaran melalui dua jabatan iaitu Jabatan A dan Jabatan
B. Berikut adalah anggaran kos overhed perkilangan untuk tahun 1998 bagi kedua-dua jabatan :
Buruh tidak langsung
Bahan tidak langsung
Utiliti
Pembaikan
Insurans kilang
Susutnilai kelengkapan
Jumlah Kos Overhed

Jabatan A (RM)
50,000
25,000
160,000
105,000
120,000
150,000
RM 610,000

Jabatan B (RM)
145,000
12,000
80,000
25,000
50,000
18,000
RM 330,000

Pemprosesan di Jabatan A berintensifkan mesin manakala di Jabatan B berintensifkan buruh. Oleh


itu dalam pengiraan kadar overhed pratentu, Jabatan A menggunakan asas jam mesin manakala
Jabatan B menggunakan asas kos buruh langsung.
Berikut adalah maklumat anggaran aktiviti bagi setiap jabatan :
Jabatan A
48,800
22,400

Anggaran jumlah jam mesin


Anggaran jumlah jam buruh langsung

Jabatan B
15,200
66,000

Kesemua produk yang dihasilkan menggunakan bahan mentah yang sama. Kos bahan mentah
adalah RM 15 semeter manakala kadar upah buruh langsung adalah RM 10 sejam dan kos ini
dijangka tidak berubah untuk sepanjang tahun 1998.
Berikut adalah maklumat pengeluaran bagi bulan Mac 1998 :
Inventori 1 Mac:
Bahan Mentah
Kerja Dalam Proses
Kerja B-13
Kerja C-14
Barangsiap Kerja A-12 (45 unit)
Bahan Mentah digunakan dalam bulan Mac :
Kerja B-13
Kerja C-14
Kerja D-15

67

RM 47,600
2,340
3,870
6,750
250 meter
325 meter
198 meter

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Jumlah jam mesin dan jam buruh langsung yang


dilibatkan dalam bulan Mac :
Kerja B-13
Kerja C-14
Kerja D-15
Jumlah
Jam buruh langsung :
Kerja B-13
Kerja C-14
Kerja D-15
Jumlah

Bab 5 : Pengekosan Kerja

Jabatan A

Jabatan B

125
240
85
450

68
102
55
225

80
140
50
270

250
360
96
706

Kos overhed sebenar yang dilibatkan dalam bulan Mac untuk Jabatan A adalah RM 5,250 dan
Jabatan B adalah RM 4,780.
Status bagi setiap pesanan kerja pada 31 Mac 1998 adalah seperti berikut :
Kerja
A-12
B-13
C-14
D-15

Status
telah dijual
siap, belum dijual
siap, telah dijual
belum siap (kerja dalam proses)

DIKEHENDAKI :
a. Kirakan kadar overhed pratentu bagi setiap jabatan.
(RM 12.50 sejam mesin, 50% per kos buruh langsung)
b. Kirakan jumlah overhed terlebih atau terkurang serap mengikut jabatan.
(RM 375, RM 1,250)
c.

Kirakan kos seunit bagi kerja B-13 dan C-14 sekiranya bilangan unit yang disiapkan bagi kerjakerja tersebut masing-masing adalah 15 dan 20 unit. Bulatkan jawapan anda kepada ringgit
yang hampir. (RM 814 & RM 927)

d. Kirakan inventori akhir pada 31 Mac 1998 bagi kerja dalam proses. (RM 5,972.50)

68

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 5 : Pengekosan Kerja

SOALAN 4
Macincang Berhad menggunakan sistem pengkosan normal untuk pengkosan kerjanya.
Macincang Berhad mempunyai dua jabatan. Data yang dibelanjawankan dan data sebenar untuk
tahun 2002 adalah seperti berikut:
Jabatan A
RM 180,000
RM 132,000
60,000
12,000
61,200
12,600

Overhed belanjawan
Overhed sebenar
Jam buruh langsung dijangkakan
Jam mesin dijangkakan
Jam buruh langsung sebenar
Jam mesin sebenar

Jabatan B
RM 720,000
RM 624,000
12,000
80,000
10,800
62,400

Pada tahun tersebut, beberapa kerja telah disiapkan. Data berkaitan Kerja No. 100 adalah seperti
berikut :
Bahan langsung
Kos buruh langsung :
Jabatan A (5,000 jam @ RM 8)
Jabatan B (1,000 jam @ RM 8)
Jam mesin digunakan :
Jabatan A
Jabatan B
Overhed sebenar
Unit dikeluarkan

RM 20,000
RM 40,000
RM 8,000
100
1,200
RM 30,000
10,000

Macincang berhad menggunakan kadar overhed pratentu jabatan untuk mengagihkan overhed
kepada kerja. Jam buruh langsung digunakan di jabatan A dan jam mesin digunakan di jabatan B.
DIKEHENDAKI :
a. Kirakan kadar overhed pratentu bagi jabatan A dan jabatan B.
(RM 3.00 sejam buruh langsung, RM 9.00 sejam mesin)
b. Kirakan jumlah kos dan kos seunit untuk kerja No. 100.
(RM 93,800, RM 9.38 seunit)
c.

Kirakan overhed terkurang atau terlebih serap untuk kerja No. 100. Tunjukkan catatan jurnal
jika Macincang Berhad melaraskannya.
( RM 4,200)

d. Kerja No. 100 telah dijual dengan kos tambah markup 40%. Sediakan catatan jurnal untuk
jualan kredit tersebut.
(RM 131,320)
e. Kirakan overhed terkurang atau terlebih serap untuk jabatan A dan jabatan B.
(RM 51,600 & RM 62,400)

69

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 5 : Pengekosan Kerja

SOALAN 5
Syarikat Utara adalah sebuah kilang membuat perabut khusus bagi keperluan pejabat. Syarikat
mengamalkan pengkosan normal, di mana overhed kilang diserap menggunakan asas jam buruh
langsung. Pada awal tahun 1997, akauntan pengurusan syarikat telah meramalkan anggaran
jumlah kos overhed kilang ialah RM 617,400 dan jam buruh langsung pula dijangkakan sebanyak
29,400 jam untuk sepanjang tahun 1997.
Sepanjang bulan Mac 1997, syarikat mempunyai dua kerja, iaitu Kerja BB-1 yang terdiri daripada
75 buah meja kayu dan Kerja JJ-7 yang terdiri daripada 105 buah kabinet besi.
Maklumat-maklumat berikut telah direkod oleh kerani syarikat di sepanjang bulan Mac 1997 :
a.
b.
c.

d.

e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.
m.

Membeli sejumlah 600 kaki kayu pada harga RM 5 sekaki secara kredit.
Membeli secara kredit 1,500 kaki besi pada harga RM 10 sekaki.
Penggunaan bahan mentah yang direkod ialah :
Borang Perolehan No. 21 (utk Kerja BB-1) 375 kaki kayu
Borang Perolehan No. 24 (utk Kerja JJ-7) 1,500 kaki besi
Borang Perolehan No. 29
100 kotak skru, harga sekotak ialah
RM 3.50
Analisis tiket masa telah menunjukkan penggunaan buruh ialah seperti di bawah :
Buruh langsung
Kerja BB-1
1,200 jam (RM 20 sejam)
Buruh langsung
Kerja JJ-7
1,350 jam (RM 20 sejam)
Buruh tidak langsung
Upah membersih kilang
RM 6,000
Buruh tidak langsung
Gaji penyelia kilang
RM 13,500
Susutnilai untuk bangunan kilang dan kelengkapan kilang berjumlah RM 18,000.
Membayar sewa kilang secara tunai, RM 1,800.
Kos utiliti yang dilibatkan ialah RM 3,150. Bil telah diterima dan dibayar pada penghujung
bulan Mac. 70% daripada kos utiliti itu adalah untuk kilang dan selebihnya untuk
pentadbiran.
Cukai hartanah kilang yang dibayar secara tunai sebanyak RM 3,600.
Insurans kilang yang telah lupus bagi bulan Mac adalah RM 4,650.
Gaji kakitangan pejabat yang dibayar secara tunai berjumlah RM 12,000.
Susutnilai untuk ruang pejabat dan kelengkapan pejabat berjumlah RM 6,000.
Belanja jualan ialah RM 1,500.
Semua Kerja BB-1 telah disiapkan dalam bulan Mac dan telah dihantar kepada pelanggan.
Harga jualan seunit ialah RM 1,050 sebuah.

Baki akaun-akaun terpilih pada awal Mac ialah seperti di bawah :


Insurans prabayar
Inventori bahan mentah langsung
Inventori bekalan kilang
Inventori kerja dalam proses
Inventori barang siap
Susutnilai terkumpul : bangunan & kilang

RM 7,500
RM 223,500
RM 750
RM 136,500
RM 330,000
RM 153,000

DIKEHENDAKI :
a.
b.
c.
d.

Kirakan kadar overhed pratentu syarikat. (RM 21 sejam buruh langsung)


Kirakan overhed kilang yang diserap untuk kedua-dua kerja. (RM 53,550)
Kirakan overhed kilang sebenar yang berlaku dalam bulan Mac. (RM 50,105)
Tentukan samada overhed kilang syarikat terlebih atau terkurang serap dalam bulan Mac.
(RM 3,445)
e. Kirakan kos produk seunit untuk Kerja BB-1 dan Kerja JJ-7. (RM 681 & RM 670)
70

You might also like