Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

ISLAND COLLEGE OF

TECHNOLOGY

DIPLOMA PENGURUSAN
APLIKASI KOMPUTER
KMA 237

TUGASAN INDIVIDU
TAJUK :SISTEM PENGOPERASIAN (MS DOS 1.00)
PENSYARAH : PUAN HANIZA HUSSIN

NAMA : SHAZRUL AZHAN BIN ABDULLAH

NO. MATRIK : DPPO91054

TARIKH : 22 FEBRUARI 2010


SEJARAH MS DOS(versi 1.00)

MS DOS merupakan singkatan nama bagi MICROSOFT DISK OPERATING


SYSTEM. MS DOS merupakan sisitem operasi yang dibina dan dipasarkan oleh Syarikat
Microsoft.Asal usul sebenar rekaan MS DOS adalah direka oleh sebuah syarikat pembina
komputer iaitu Seattle Computer Products (SCP) pada tahun 1980 yang di ketuai oleh Tim
Paterson dan di namakan sebagai Q-DOS(QUICK AND DIRTY OPERATING
SYSTEM).Namun SCP akhirnya mengubah nama Q-DOS kepada 86-DOS kerana kerana ia
diprogramkan berdasarkan cip pemprosesan Intel 8086.

Pada tahun 1981,MICROSOFT telah membeli rekaan 86-DOS dari SCP dan mengubah
namanya kepada MS DOS.Sistem pengoperasian ini telah diperkenalkan kepada pasaran pada
1982 dan mempunyai 8 versi utama iaitu MS DOS 1.00,MS DOS 2.00,MS DOS 3.00,MS DOS
4.00,MS DOS 5.00,MS DOS 6.00.MS DOS 7.00 dan MS DOS 8.00.Namun MICROSOFT telah
menghentikan keluaran MS DOS pada tahun 2000 kerana telah menggantikannya dengan sistem
operasi WINDOWS.

Setelah syarikat pembina komputer IBM mengeluarkan komputer jenis peribadi (IBM
PC),Microsoft telah menjual perisian MS DOS 1.00 kepada IBM sebagai sistem operasi bagi
komputer peribadi keluaran syarikat mereka untuk digunakan orang ramai.

MS DOS 1.00 merupakan versi terawal keluaran MICROSOFT. Sistem operasi awal ini
sangat primitif kerana menggunakan antara muka teks yang mengkehendakkan pengguna menaip
arahan bagi mengarahkan komputer melaksanakan tugas seperti menyalin fail dan membuka
perisian aplikasi.Versi pertama MS DOS ini hanya menyokong IBM PC 5150.

MS DOS 1.00 menjadi sistem operasi yang utama untuk komputer peribadi pada masa ia
diperkenalkan kepada pengguna iaitu sekitar tahun 80-an sehinggalah MICROSOFT
mengeluarkan versi MS DOS yang lain.

1
CIRI-CIRI MS DOS 1.00

MS DOS1.00 mempunyai ciri-ciri sistem yang bersifat single tasking,iaitu hanya dapat
menjalankan satu program pada satu masa sahaja.Ini bermakna,pengguna perlu menunggu suatu
tugasan yang di berikan selesai sebelum dapat memberi arahan tugasan yang lain.

MS DOS 1.00 juga bersifat single user iaitu hanya dapat mendukung satu pengguna
sahaja.Ini bermaksud,ia tidak mempunyai keupayaan bagi membenarkan lebih dari seorang
pengguna dalam sesebuah sistem komputer pada satu masa yang sama.

Selain itu,MS DOS 1.00 juga menggunakan ciri-ciri Antara muka (User Interface) yang
berunsur teks. Ia juga menggunakan antara muka baris perintah serta skrip kelompok menerusi
pentafsir, COMMAND.COM .Antara muka baris perintah merupakan satu sistem bagi
berinteraksi dengan sistem operasi. MS-DOS 1.00 direka supaya pengguna dapat menggunakan
gantian pentafsir baris perintah dengan mudah.

Contoh 1,Antara muka teks yang di gunakan MS DOS 1.00

2
KELEBIHAN MS DOS 1.00

MS DOS 1.00 mempunyai kelebihan tersendiri walaupun ia adalah sistem operasi yang
amat ketinggalan zaman,namun ia merupakan sistem operasi yang canggih ketika zaman ia
dikeluarkan.Ia mempunyai kelebihan tersendiri dari DOS yang lain.

Antara kelebihan yang terdapat pada MS DOS 1.00 ini adalah ia dapat menyokong program-
program sistem komputer seperti berikut::

1) EDLIN.COM

2) EXE2BIN.COM

3) LINK.EXE

4) DEBUG.COM

5) CHKDSK.COM

6) DISKCOMP.COM

7) DISKCOPY.COM

8) COMP.COM

9) SYS.COM

10) RAMCLEAR.COM

11) SETCLOCK.COM

12) MODE.COM

13) FORMAT.COM

14) BASIC.COM

15) BASICA.COM

16) LABEL.EXE

3
BIBILIOGRAFI

-http://id.wikipedia.org/wiki/DOS

-http://www.scribd.com/doc/8057477/MS

-http://id.wikipedia.org/wiki/MS-DOS

-Module nota Aplikasi Komputer Bab 2, Perisian Sistem Pengoperasian,Puan Haniza Hussin,
Island College Of Technology, Penang ,Malaysia

You might also like