Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(SEKOLAH RENDAH)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
NO. KOD : EDU 3106

TARIKH :

ANGKA GILIRAN :_______________________

MASA : 2 Jam 30 minit

PUSAT : ________________________________
ARAHAN KEPADA CALON
1.

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian:


Bahagian A : 20 soalan objektif
Bahagian B : 4 soalan struktur
Bahagian C : 3 soalan esei

2.

Jawab semua soalan Bahagian A, Bahagian B dan dua soalan Bahagian C.

3.

Jawab soalan:

4.

Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama halaman depan ini dan
diserahkan kepada pengawas apabila masa peperiksaan tamat.

Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan.


Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.
Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.

Kertas jawapan yang tidak dihantar bersama setelah tamat masa


peperiksaan tidak akan diperiksa
5.

Kertas soalan ini akan dikutip apabila masa peperiksaan tamat.

6.

Masa tambahan 10 minit diberikan untuk calon membaca soalan sebelum


menjawab.
BAHAGIAN
A
20 markah
B
40 markah
C
40 markah

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA


NO. SOALAN / MARKAH
1 - 20
1a

la

1b

2a

1b

2b

2a

3a

2b

3b

4a

3a

JUMLAH
4b

3b

JUMLAH KESELURUHAN

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 16 MUKA SURAT BERCETAK DAN


SEHELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

BAHAGIAN A
(20 markah)
Jawab semua soalan.
1.

2.

Budaya boleh ditakrifkan sebagai


(A)

unsur-unsur warisan yang menjadi identiti dan kebanggaan sesuatu


kelompok sosial

(B)

bahasa dan cara tradisional yang merupakan seni warisan sesuatu


kelompok sosial

(C)

cara hidup berasaskan sistem kepercayaan, fikiran dan nilai


sesuatu kelompok sosial

(D)

segala simbol dan objek material yang dapat mencerminkan


tamadun sesuatu kelompok sosial

Maklumat berikut berkaitan dengan kaum dan lokasi. Semua yang berikut
adalah betul kecuali

3.

(A)

Iban-Sabah

(B)

Penan-Sarawak

(C)

Minang-Negeri Sembilan

(D)

Negrito-Semenanjung Malaysia

Mobiliti sosial boleh didefinisikan sebagai


(A)

perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain

(B)

pertukaran dalam pola interaksi untuk ahli-ahli masyarakat

(C)

pergerakan individu dalam sistem lapisan sosial masyarakat

(D)

perubahan cara hidup yang membawa faedah kepada ahli-ahli


masyarakat

4.

Mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun. Mereka


percaya kepada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung
dan beragai. Bahasa kaum ini banyak persamaan dengan bahasa
Melayu. Sistem tulisan mereka mempunyai 59 abjad abjad yang
mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi.
Kenyataan di atas merujuk kepada kaum

5.

(A)

Iban

(B)

Bajau

(C)

Bidayuh

(D)

Kadazan-dusun

Bangsa Malaysia merujuk kepada warganegara yang


(A)

mempunyai ciri-ciri fizikal yang diwarisi seperti warna kulit dan saiz
fizikal

(B)

menggunakan bahasa pengantar yang sama demi mengukuhkan


semangat kemerdekaan

(C)

mengamalkan nilai, kepercayaan dan budaya yang lebih kurang


sama secara turun-temurun

(D)

mempunyai nilai, aspirasi dan semangat kebangsaan yang sama


dalam sebuah negara yang merdeka

6.

7.

Pernyataan yang tepat tentang kesan positif kurikulum tersirat ialah


(A)

murid mempunyai semangat untuk mempertingkatkan pencapaian


kendiri

(B)

murid mengetahui bahawa guru menunjukkan sikap pilih kasih


kepada murid yang rajin

(C)

murid boleh secara bebas mengkritik dan mengeluarkan pendapat


yang berbeza dengan guru

(D)

murid berlumba-lumba antara ahli kumpulan dan


melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri

sanggup

Aktiviti yang paling sesuai dilaksanakan oleh guru untuk meningkatkan


kefahaman pelbagai budaya dalam kalangan murid sekolah ialah
(A)

pertandingan masakan tradisional

(B)

aktiviti gotong-royong dan kerja amal

(C)

program memperkasa Bahasa Kebangsaan

(D)

pameran tentang kepercayaan dan adat resam

8.

Perbezaan bandar dan luar bandar


Perbezaan sosio-ekonomi masyarakat
Akses digital dan kemudahan ICT

Ciri-ciri di atas menunjukkan ketaksamaan


(A)

usaha pendidikan

(B)

peluang pendidikan

(C)

kemudahan pendidikan

(D)

penggunaan kemudahan ICT

9.

10.

Kementerian Pelajaran Malaysia memberi perhatian khusus kepada


pendidikan Orang Asli dan Penan kerana
(A)

kadar kehadiran mereka yang tinggi

(B)

penguasaan kemahiran asas 3M mereka rendah

(C)

pencapaian peperiksaan akademik mereka yang baik

(D)

kadar penyertaan mereka dalam pendidikan adalah tinggi

Pendekatan terbaik bagi pelaksanaan pendidikan pelbagai budaya adalah


(A)

menggalakkan prejudis dan stereotaip

(B)

menghadkan perhubungan pelbagai ras

(C)

mengintegrasikan isi-isi pelajaran daripada pelbagai budaya

(D)

memupuk budaya sekolah yang berat sebelah kepada kumpulan


tertentu

11.

Cikgu Rina mengajar Tahun 6C yang terdiri daripada pelbagai etnik yang
sentiasa menimbulkan masalah disiplin.
Urutan langkah yang betul bagi beliau menguruskan keadaan tersebut
ialah

12.

I.

mengesan dan mengenalpasti


kepercayaan murid

II.

melaksanakan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk


semua bangsa

III.

membentuk kumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik


mengikut kesesuaian

IV.

menilai secara sumatif dan formatif untuk melihat prestasi


keseluruhan murid

V.

memberi aktiviti pengayaan dan pemulihan kepada murid


yang memerlukannya

(A)

I, II, III, IV dan V

(B)

I, III, II, IV dan V

(C)

II, III, I, V dan IV

(D)

II, I, IV, III dan V

perbezaan

adat

serta

Di antara berikut yang manakah strategi pengajaran yang memenuhi


keperluan budaya dan kepelbagaian kelompok?
(A)

Melaksanakan strategi berpusatkan guru

(B)

Menumpukan perhatian kepada hasil pembelajaran

(C)

Menggunakan bahan dan contoh daripada pelbagai kumpulan

(D)

Menumpukan perhatian kepada fakta dan penyelesaian masalah

13.

Cikgu Razak mengajar di sebuah sekolah yang terdiri daripada pelbagai


kaum, latarbelakang dan agama yang berbeza. Misalnya ada murid-murid
bersifat pemalu dan kurang semangat untuk belajar manakala ada juga
murid-murid yang suka bercakap di dalam kelas.
Apakah yang perlu dilakukan oleh guru dalam menangani masalah ini?

14.

15.

(A)

Tidak melakukan apa-apa tindakan

(B)

Mengasingkan pelajar mengikut bangsa

(C)

Menghantar pelajar kepada guru disiplin

(D)

Memahami budaya dan gaya pembelajaran murid-murid

Di antara berikut yang manakah strategi pengajaran yang memenuhi


keperluan budaya dan kepelbagaian kelompok?
(A)

Melaksanakan strategi berpusatkan guru

(B)

Menumpukan perhatian kepada hasil pembelajaran

(C)

Menggunakan bahan dan contoh daripada pelbagai kumpulan

(D)

Menumpukan perhatian kepada fakta dan penyelesaian masalah

Program berikut bermatlamat untuk memastikan seratus peratus (100%)


murid tahun satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis
dalam bahasa Malaysia.
Program yang dimaksudkan adalah
(A)

Program Pensiangan-Salinatan

(B)

Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis

(C)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

(D)

Rancangan Memperkasa Sekolah Kebangsaan

16.

17.

Di antara empat orang guru berikut, yang manakah telah


mempertimbangkan unsur penilaian berasaskan budaya?
(A)

Guru membina soalan berasaskan gaya pembelajaran murid

(B)

Guru membina soalan peperiksaan mengikut prinsip mudah ke


kompleks

(C)

Guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang telah


di tetapkan

(D)

Guru membina soalan yang mencerminkan norma sosial


masyarakat tempatan

Pernyataan yang manakah menerangkan komunikasi guru dalam bilik


darjah?
(A)
(B)

18.

Komunikasi guru boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan


Komunikasi secara bertulis merupakan contoh komunikasi lisan

(C)

Komunikasi berkesan bergantung kepada sikap guru terhadap


murid

(D)

Komunikasi berkesan dapat dicapai jika guru mengamalkan strategi


berpusatkan guru

Laras bahasa penting untuk menjamin keberkesanan komunikasi. Laras


bahasa dipengaruhi oleh
(A)

masa

(B)

situasi

(C)

sejarah

(D)

geografi

19.

20.

Dalam merancang pelan tindakan persekitaran mesra budaya, aspekaspek yang harus dipertimbangkan meliputi
I.

tempoh masa

II.

kumpulan sasaran

III.

persekitaran fizikal sekolah

IV.

langkah-langkah tindakan

V.

refleksi program

(A)

I, II, dan III sahaja

(B)

I, II, dan IV sahaja

(C)

II, IV, dan V sahaja

(D)

III, IV, dan V sahaja

Pelan tindakan untuk mewujudkan


merangkumi penggunaan
(A)

multimedia

(B)

penglibatan ahli politik

(C)

bahan bantu mengajar

(D)

pedagogi relevan budaya

persekitaran

mesra

budaya

BAHAGIAN B
(40 markah)
Jawab semua soalan.
1.

(a)

Budaya terdiri daripada pelbagai komponen.


Senaraikan lima komponen budaya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

(5 markah)

10

(b)

Masyarakat majmuk di Malaysia terbentuk kerana faktor penghijrahan.


Nyatakan faktor-faktor penghijrahan pelbagai kaum ke Malaysia.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(5 markah)

2.

Semua kelompok etnik mempunyai pantang larang mereka sendiri


(a)

Senaraikan empat tujuan pantang larang diamalkan.


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(4 markah)

11

(b)

Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru yang mengajar


dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai sosio-budaya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(6 markah)

12

3.

Menurut James Coleman, memberikan pendidikan percuma merupakan


salah satu ciri yang terdapat dalam konsep persamaan peluang.
(a)

Berikan lima faktor penting yang mempengaruhi ketaksamaan peluang


pendidikan di negara kita.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(5 markah)

(b)

Nyatakan lima usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk


mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(5 markah)

13

4.

Cikgu Adibah merupakan seorang guru permulaan di sebuah sekolah Orang


Asli di Semenanjung Malaysia. Beliau bercadang untuk merancang satu
pelan tindakan yang mampu mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
(a)

Nyatakan lima kepentingan melaksanakan pelan tindakan untuk


mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(5 markah)

(b)

Nyatakan lima program yang sesuai dilaksanakan oleh Cikgu Adibah


bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang mesra budaya.
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(5 markah)

14

BAHAGIAN C
(40 markah)
Jawab mana-mana dua soalan sahaja.
1.

Murid membawa budaya mereka yang tersendiri dan yang berbeza


daripada budaya formal sekolah di dalam bilik darjah yang mempunyai
pelbagai kaum
(a)

Bincangkan lima cara yang boleh digunakan oleh guru bagi


memastikan tiada murid daripada pelbagai kaum yang berasa
terpinggir semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
(10 markah)

(b)

Cadangkan lima cara bagaimana sekolah dapat memastikan murid


daripada pelbagai kaum dapat menerima antara satu sama lain.
(10 markah)

2.

Kelas bercantum merupakan salah satu strategi untuk memberi peluang


kepada murid-murid mendapat pendidikan asas selaras dengan konsep
pendemokrasian pendidikan.
(a)

Huraikan empat aspek fizikal yang perlu diambil kira oleh guru
semasa mengendalikan kelas bercantum.
(8 markah)

(b)

Anda ditugaskan untuk mengajar kelas bercantum Tahun 2 dan


Tahun 3 mengikut Kumpulan Tahun Persekolahan.
Sediakan satu rancangan pengajaran harian bagi tempoh masa 1
jam mengikut pengkhususan anda.
(12 markah)

15

3.

Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi terutama dalam kalangan


murid pelbagai kaum agar memudahkan mereka memperoleh ilmu
pengetahuan, sikap dan kemahiran.
(a)

Bincangkan lima cara guru dapat mewujudkan komunikasi


berkesan dalam bilik darjah
(10 markah)

(b)

Jelaskan lima tingkah-laku guru yang menyebabkan berlakunya


masalah komunikasi dalam bilik darjah.
(10 markah)

16

You might also like