Tugasan SDP (Siap)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Penghargaan

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpahan rahmatnya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dialah yang telah memberi kebolehan untuk
melaksanakan kerja kursus ini dengan menganugerahkan nikmat masa, nyawa dan tenaga
kepada saya. Sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini, terdapat pelbagai pihak yang telah
memberi sumbangan yang amat bernilai kepada saya. Oleh itu, saya mengambil kesempatan
ini untuk menyampaikan penghargaan kepada mereka.
Pertamanya, ingin saya dedikasi penghargaan kepada pensyarah saya iaitu Encik
Zelkepli Bin Shahron yang telah membimbing saya sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini.
Beliau telah memberi tunjuk ajar dan membetulkan segala kesilapan yang saya lakukan
semasa membuat kerja kursus ini. Beliau juga tidak pernah memarahi saya semasa
menanyakan sebarang keraguan yang saya hadapi semasa membuat kerja kursus ini. Beliau
telah membimbing dan menerangkan cara membuat kerja kursus dengan penuh kesabaran.
Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberi
sumbangan idea dalam perlaksanaan kerja kursus ini. Saya berpeluang untuk berbincang dan
bertukar maklumat dan pengetahuan saya tentang cara membuat tugasan. Mereka telah
berkongsi pengalaman tentang pelbagai cara yang digunakan oleh guru mereka bagi
memulakan sesuatu pengajaran semasa waktu persekolahan dahulu. Hal ini menyebabkan
saya mendapat idea baru semasa perlaksanaan kerja kursus ini.
Tambahan pula, saya tidak lupa untuk berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya
kerana mereka telah memberi sokongan moral dan keyakinan kepada saya sepanjang
perlaksanaan kerja kursus ini. Mereka juga telah berkongsi idea dengan memberi idea. Mereka
secara tidak langsung membentuk saya supaya boleh menjadi seorang guru yang mampu
berfikir dengan kreatif dan jimatkan masa saya membuat tugasan.
Akhir sekali, saya ingin tujukan penghargaan kepada pihak-pihak lain yang telah
memberi sumbangan secara langsung mahupun secara tidak langsung kepada saya sepanjang
perlaksanaan kerja kursus ini. Sekian, terima kasih.

BI
L
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

TAJUK
JADUAL SPESIFIKASINUJIAN (JSU)
MEMBINA ITEM-ITEM SOALAN
CONTOH SOALN TAHUN 4
ALAT PENTAKSIRAN (PORTFOLIO)
REFLEKSI
RUJUKAN

M/S
1-9
10-13
14-28
29-55
56-59
60-62

1.0 PENGENALAN
Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan
kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah
untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,
berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis
seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu
pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.
Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan
mempunyai interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti
meneroka, bereksperimen dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan membolehkan
murid / kanak-kanak mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif. Seni
menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih
kepada penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk
menghasilkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan
mendorong guru dan pelajar lebih kreatif.
Seni dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan
pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan
meneroka warna, irama dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan
meningkatkan kreativiti mereka. Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru
untuk mengesan kepekaan deria kanak-kanak dengan irama, warna dan ruang melalui
penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan dilaksanakan di sekolah rendah
dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran lain.
Tuntasnya, kesemua peranan SDP ini menunjukkan usaha guru dalam membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MUKA HADAPAN
MATA PELAJARAN

: Kajian Tempatan

TARIKH

: 26 March 2015

MASA

: 9.00 pagi 10.00 pagi

TAHUN

: 6 Mutiara

BILANGAN MURID

: 25 Orang

BIDANG

: 6.3b Warisan Kesenian - Seni Kraf

TAJUK

: Mengenal Seni Kraf

AKTIVITI

: Menghasilkan satu seni kraf tangan yang mudah

MASA

: 60 Minit

OBJEKTIF PENGAJARAN

: Guru dapat mengajar jenis-jenis seni kraf yang


terdapat di Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN

: Pada akhir pelajaran murid dapat:

Menyenaraikan beberapa jenis seni kraf yang


terdapat di Malaysia;

Menyenaraikan kegunaan seni kraf dalam


kehidupan harian kita;

KEPERLUAN

: Alat

Menghasilkan satu seni kraf yang mudah dan


berguna
: gunting

Bahan : Gam, Kertas lukisan


Rujukan: HSP,Buku sumber Guru, Kajian Tempatan
Tahun 6 KBSR, contoh-contoh seni kraf.
PROSEDUR

1. Guru menentukan aras pembelajaran dan


pengajaran.
2. Guru merancang pengajaran dengan menerapkan
strategi KBKK, Teori Kecerdasan pelbagai,
Pembelajaran Konstruktivisme, Pembelajaran

Akses Kendiri dan Pembelajaran Kontekstual.


3. Guru memulakan pelajaran dengan menjalankan
set induksi.
4. Guru memperkenalkan jenis-jenis seni kraf
berserta contoh bagi setiap jenis seni kraf.
5. Murid-murid dapat membanding bezakan setiap
jenis seni kraf.
6. Menunjuk ajar cara menghasilkan salah satu seni
kraf (anyaman) dengan menggunakan kertas
warna.
7. Pelajaran diakhiri dengan sesi apresiasi dan
refleksi.
8. Penutup sosial.

BUTIRAN KEGIATAN
Akviti 1 (set induksi)
1. Guru menayangkan
beberapa contoh gambar

HASIL PEMBELAJARAN
Murid akan mendapat satu
gambaran tentang seni
kraf.

STRATEGI
PENGAJARAN
KBKK : - Menjana idea
- Meramal

seni kraf yang digunakan


dalam kehidupan
seharian.
2. Guru menanyakan
beberapa soalan
mengenai gambar yang
ditunjukkan.
3. Guru meminta muridmurid meneka tajuk
pengajaran.
Aktiviti 2 (perkenalkan
seni kraf)
1.
Guru dan murid
berbincang mengenai
jenis-jenis seni kraf.
2.

Guru memberi definisi


berserta contoh bagi
setiap jenis seni kraf.

3.

Guru menerangkan
penggunaannya dalam
kehidupan seharian.

Aras 2
Murid mengetahui jenisjenis seni kraf yang
terdapat di Malaysia.

Pembelajaran
Kontekstual

Aktiviti 3 (permainan)
1. Guru memisahkan muridmurid kepada 5 kumpulan.
2. Kemudian, guru membuka

Aras 3
Murid dapat membezakan
setiap jenis seni kraf
mengikut jenisnya.

Kemahiran Intrapersonal

Aras 4
Murid menjalankan aktiviti
anyaman dengan
bimbingan guru.

Pembelajaran Akses
Kendiri
- bertanggungjawab ke
atas pembelajaran
sendiri untuk
menghasilkan tugasan

Murid dapat menyatakan


pelbagai jenis seni kraf
yang terdapat di Malaysia.

Teori Kecerdasan
Pelbagai
- Kecerdasan Verbal
linguistik

Kemahiran Berfikir
Menjana idea

kotak yang disediakan.


3. Guru memberi beberapa kad
gambar kepada murid-murid.
4. Murid-murid harus
mengelaskan gambar-gambar
tersebut mengikut jenisnya.
5. Guru memanggil wakil
kumpulan untuk meletakkan
gambar pada kotak yang
sesuai.
Aktiviti 4 (amali seni kraf)
1.
Guru mengedarkan
kertas warna kepada
murid-murid.
2.

Guru menayangkan
video membuat anyaman.

3.

Guru meminta muridmurid membuat anyaman


seperti ditunjukkan dalam
video.

4.

Guru membimbing
murid yang belum
mencapai tahap.

5.

Guru membuat
pengayaan kepada murid
yang sudah mencapai
tahap.

Sesi Apresiasi dan Refleksi


(Set Penilaian)
1. Guru memilih beberapa

hasilan murid untuk sesi


perbincangan
-

baik, sederhana dan


kurang mencapai
tahap

2. Guru mempamerkan hasil


karya murid.
3. Guru merumus ketiga-tiga
kategori hasil kerja murid.

Penutup
- Sosial
Guru dan murid menyanyikan
lagu seni kraf Malaysia.

Murid dapat menghargai


hasil kraf seni.

- Kecerdasan
Interpersonal dan Intra
personal

3.0 BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

3.1 CD PENGAJARAN

Cara Menggunakan BBM


BBM saya merupakan bahan konkrit berbentuk 3 Dimensi. Secara kasarnya,
ia kelihatan seperti sebuah buku, tetapi jika dibukanya ia kelihatan seperti
sebuah bunga yang mempunyai 6 kelopak. Setiap kelopak tersebut
dilabelkan dengan satu jenis seni kraf yang diajar pada hari tersebut.
Penerangan kecil tentang setiap bidang ditampal pada ruang bawah kelopak
bunga. Ini adalah kerana, sekiranya murid-murid tidak dapat membezakan
jenis-jenis kraf, maka mereka boleh merujuk pada penerangan yang diberi.
Hal ini akan menolong murid-murid mengingat kembali apa yang diajar.
Bagi menggunakan BBM Floral pot ini, BBM saya harus dibuka menjadi
kotak dahulu. Kemudian, guru akan menunjukkan flower pot ini kepada
murid-murid. Selepas itu, guru akan memberi taklimat cara bermain
permainan ini. Selepas itu, guru akan memberikan kotak supaya murid-murid

mencabut beberapa helaian kertas yuang mengandungi gambar-gambar seni


kraf. Kemudian, mereka harus memasukkan helaian kertas ke dalam kelopak
bunga yang berkenaan. Dengan ini, guru akan dapat mengetahui sama ada
murid-murid dapat mengkategorikan seni kraf yang diajarnya itu.
1.1

Kelebihan BBM saya

Ciri-Ciri
Mudah alih

Kos rendah

Keselamatan

Kesesuaian

Pelbagai Kegunaan

Berkesan dan menarik

Penerangan
BBM saya boleh dilipat dan ia kelihatan kecil
selepas dilipat. Oleh itu, ia mudah dibawa ke
mana-mana sahaja.
BBM saya diperbuat daripada kertas manila
dan kadbod sahaja. Saya telah menggunakan
gam biasa untuk menampal dan warna air
untuk menghiaskannya. Maka, bagi membuat
BBM ini, kita tidak perlu berbelanja lebih.
BBM saya sangat selamat untuk digunakan
kerana tidak menggunakan bahan yang tajam.
Murid-murid tidak akan tercedera jika
terlanggar BBM saya ini.
Ia sesuai dengan kandungan pelajaran yang
diajar.
Ia juga boleh digunakan untuk topik-topik lain
yang memerlukan klasifikasi.
Warna-warna yang menarik perhatian muridmurid akan menyebabkan mereka teruja untuk
belajar.

4.0 REFLEKSI
Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, sebagai bakal pendidik saya dapat
memperoleh banyak informasi dan juga pengetahuan dari segi pelbagai aspek. Kerja kursus ini
bukan sahaja menjadikan saya lebih berpengetahuan tetapi memberikan saya pengalaman
yang tidak dapat saya lupakan. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan telah saya hadapi
semasa melaksanakan kerja kursus ini, tetapi dengan bimbingan pensyarah Puan Izzatul
Ashikin Binti Ibrahim dan juga usaha saya yang kukuh menyebabkan saya menjayakan kerja
kursus ini dengan sepenuhnya. Antara halangan yang saya hadapi adalah kesuntukan masa
untuk merujuk buku-buku ilmiah di perpustakaan, kekeliruan terhadap tajuk tugasan dan
sebagainya. Akan tetapi, semua halangan ini merupakan satu cabaran bagi saya semasa saya
melakukan kerja kursus ini.
Tugasan ini mengandungi beberapa sub tugasan. Pada pertamanya ialah tentang
rancangan pengajaran harian. Rancangan Pengajaran Harian atau ringkasnya RPH digunakan
sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru-guru
di sekolah. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting kepada
seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan.
Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan
dilaksanakan dengan berkesan. Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di
dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan
persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Kesemua kepentingan RPH ini dapat
saya fahami apabila saya menulisnya. Saya memilih mata pelajaran Kajian Tempatan bagi
tahun 6 untuk melaksanakan tugasan ini. Walaupun, pada awalnya saya berasa keliru tetapi
dengan bimbingan pensyarah saya dapat membetulkan kesalahan saya.
Selain itu, sub tugasan seterusnya dapat mencungkil pemikiran kreativiti dan inovatif
saya sebagai bakal pendidik. Hal ini kerana sub tugasan ini ialah tentang alat bantu mengajar
yang berunsurkan kemahiran PSV, Muzik dan Pergerakan. Bagi sub tugasan ini, saya
dikehendaki melaksanakannya secara individu. Bagi sub tugasan ini, selepas saya mengumpul
maklumat dan mencantum semua idea, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuat
alat bantu mengajar iaitu buku bintang star book. Semasa membuat alat bantu mengajar ini,
dalam tugasan ini kami diarahkan untuk menghasilkan satu bahan bantu mengajar di mana
asasnya menggunakan perisian Power point. Sebelum ini, saya pernah membuat banyak
pembentangan Power point. Akan tetapi, apabila dalam tugasan ia digunakan sebagai bahan
bantu pengajaran, ia amat mencabar kepada saya semasa melaksanakan kerja Kursus ini.
Walaupun cabaran, saya suka dan minat akan membuatnya. Tugasan ini bukan sahaja

mengajar saya dari aspek bahan bantu mengajar bentuk 2D dan 3D tetapi dari aspek TMK juga.
Semasa membuat bahan bantu mengajar, saya mengalami kekangan seperti tidak mendapat
bahan yang mencukupi untuk melengkapkan BBM saya. Akhirnya, dengan kreativiti dan inovatif
saya menggunakan alatalat yang lama yang masih boleh dipakai. Di samping itu, melalui sub
tugasan ini saya memahami bahawa sebagai seorang guru, guru hendaklah peka akan alat
bantu mengajar yang sesuai untuk menggunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana ia tentu akan mempengaruhi murid dari segi minat dan semangat mereka untuk
belajar.
Tambahan lagi, dalam tugasan ini juga kami diarahkan untuk membina satu lirik lagu
yang relevan dengan tajuk yang kita pilih. Bagi tugasan ini juga, kemahiran PSV, Muzik dan
Pergerakan perlu beri penekanan. Oleh itu, saya memilih ketiga-tiga kemahiran ini dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Saya menerapkan unsur ini semasa set induksi hingga ke akhir
penutup. Buktinya, bagi memenuhi kemahiran PSV, dalam latihan dan juga kuiz saya
menerapkan unsur lukisan dan juga buat ancaman. Tambahan lagi, bagi kemahiran Muzik pula,
saya menambahkan video klip yang mempunyai audio dan juga ada lagu pada sesi penutup.
Bagi kemahiran pergerakan, saya menggunakan teknik pergerakan psikomotor murid pada
akhir sesi pembelajaran iaitu membuat pergerakan sambil menyanyi lagu yang dibina.
Walaupun semasa saya berasa susah dalam mereka sebuah lirik, akhirnya secara keseluruhan
saya dapat menghabiskan. Saya berasa bahagian sub tugasan ini iaitu membina satu lirik lagu
yang tersendiri dan juga menyanyikannya adalah satu kekuatan bagi tugasan ini. Hal ini kerana
ia dapat mencungkil idea kreatif dan inovatif seseorang guru pelatih. Oleh itu, saya bercadang
bahawa tugasan sebegini harus berterusan supaya minda guru pelatih lebih menjurus kea rah
kreatif dan inovatif.
Kesimpulannya, sebagai bakal pendidik saya dapat memperoleh banyak pengetahuan
yang mendalam serta pengalaman semasa saya melaksanakan kerja kursus ini. Peranan yang
dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, guru haruslah peka akan
perancangan serta memilih alat bantu mengajar yang sesuai kepada murid. Nilai-nilai keguruan
yang saya peroleh daripada tugasan keseluruhannya ialah bertanggungjawab, akauntabiliti,
bekerjasama dan sebagainya. Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru
mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Oleh itu, sebagai seorang bakal
guru, saya akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna. Hal ini
disebabkan atas proses pembinaan negara bangsa. Memandangkan bidang pendidikan
merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk
menjadi negara maju dan bertaraf dunia, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan

ciri-ciri pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembinaan negara bangsa yang
cemerlang. Keseluruhan tugasan ini membantu saya menjadi seorang guru yang mempunyai
ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual yang baik, berkemahiran
dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori
kepada amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat.
Saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang turut banding bahu dan kongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Terutama
kepada pensyarah saya Puan Izzatul Ashikin Binti Ibrahim yang sudi memberi penjelasan serta
memberi bimbingan dalam pelaksanaan tugasan ini. Merakam ribuan terima kasih saya kepada
kedua-dua ibu bapa saya yang sudi memberi nasihat dan membantu saya bila-bila masa. Tidak
lupa juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sekelas saya yang sering kongsi
maklumat serta bincang idea berkaitan tugasan ini.
Sekian. Terima kasih.

5.1

Bibliografi / Rujukan

.
Elsie Tan, 1998, Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 1, Cemerlang Publications Sdn.
Bhd, Seri Kembangan Selangor
Hassan Mohd Ghazali, 2007, Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1, Creative Enterprise
Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Jabatan Warisan Negara, 26 Ogos 2014, Tekat - Jabatan Warisan Negara,
http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidak-ketara/seni-halus/tekat
diakses pada 18 Ogos 2014
Kathleen Chee, 1991, Sri Modul Pelangi- Pendidikan Seni, Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd, Johor Bahru.
Kerajaan Negeri Kelantan, 2011, Pertukangan Perak,Emas,Tembaga - Kelantan ,
http://pptn.kelantan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=128&Itemid=167&lang=bm diakses
pada 17 Ogos 2014
Mohd Sawari, 28 July 2010, TEMBIKAR- Kraf Tradisional,
http://wareyzseni.blogspot.com/2010/07/pengenalan-tembikar-ialah-barangankraf.html diakses pada 18 Ogos 2014
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH , Seni Anyaman Tradisional Pengenalan - Memori Kedah, http://memori-kedah.com/page_pengenalan.php?
p=1&idstopic=5&mtopic=1 diakses pada 18 Ogos 2014
Sheila, 11 December 2012, KRAF TRADISIONAL TENUNAN,
http://sheilaakmar.wordpress.com/ diakses pada 19 Ogos 2014

You might also like