Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Timbul dan Tenggelam

Objek yang terapung (timbul) di permukaan air selalunya ringan manakala


objek yang tenggelam di dasar air selalunya berat.
Di dalam konsep tenggelam dan timbul, terdapat beberapa kata kunci
yang penting iaitu:

tenggelam
timbul
air

1. Apakah yang akan terjadi kepada sesuatu objek, apabila ia diletakkan di


dalam air.
2. Letakkan objek tersebut ke dalam air sambil membuat pemerhatian
untuk melihat kesan
yang akan berlaku ke atas objek tersebut.
3. Terdapat sesetengah objek yang terjatuh ke dasar air dan berada di
permukaan air.
4. Asingkan objek yang terjatuh ke dasar dan berada di permukaan.
5. Apa kata kunci yang boleh digunakan untuk menerangkan:
Kumpulan objek yang terjatuh ke dasar air - iaitu tenggelam
Kumpulan objek yang berada di permukaan air - iaitu timbul
Melalui pemerhatian ini, kita dapat membandingkan objek yang boleh
terapung dan objek yang tenggelam.

Cuba fikirkan...
Apabila gabus dimasukkan ke dalam air, apa yang akan berlaku?
Bagaimanakah cara membuat gabus tersebut tenggelam?
Apabila seketul batu di masukkan ke dalam air,apa yang berlaku?
Bagaimanakah cara membuat batu tersebut timbul?

Kepentingan Dalam Kehidupan


Bahan yang boleh terapung dan tenggelam penting dalam pelbagai bidang
seperti pengangkutan air, penyelam, nelayan, pembinaan kapal dan lainlain.
Sebagai contoh, pembinaan perahu memerlukan objek yang boleh
terapung di permukaan air supaya perahu tersebut tidak karam. Apabila
kita berada di permukaan air, kita memerlukan objek yang terapung untuk
tujuan keselamatan, kita boleh menggunakan jaket keselamatan,

pelampung atau objek yang mempunyai udara di dalamnya untuk


membolehkan kita terus timbul di permukaan air.

You might also like