NC 0000002802

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Cabarantransformasi

agendapendidikan negara
o___'

Z,

_'

'

. C. O

1-5

_t

J1JThM pendidikan merupakan


asaspenting bagi membangunkan
ABDUL SAID AMBOTANG
masyarakat dan negarake arah
Bersama
MohdYusof
Abdullah,
yang lebih baik. Sebagaisebuah
Baharom
Mohamad,
Shukri
Zain,
MuhamadSuhaimiThatdan Roslee
TaBp
negarayang berkembangpesat
dalam pelbagai aspekpembangunan,
sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami anjakan paradigma
yang dapat merintiskan alaf baru dalam segalaaspek pendidikan. Ini juga
merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status
Malaysia dalam dunia pendidikan antarabangsa.
Dalam tempoh beberapadekad, pendidikan di Malaysia telah mengalami
perubahan demi perubahandan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri. SelepasKemerdekaan, Malaysia terus melangkahuntuk
membina sistem pendidikan negara yang beracuankan negaraMalaysia.
Misi dan matlamat dibina adalahjelas untuk mewujudkan perpaduandalam
kalangan rakyat, masyarakatyang saintifik dan progresif, masyarakatyang
mempunyai daya perubahanyang tinggi dan memandang jauh ke hadapan,
yang bukan sahajamenjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masadepan. Justeru, bertunjangkan
kepada elemen tersebut sistempendidikan di negarakita memerlukan satu
lonjakan transformasi yang mampan bagi merealisasikandasar pendidikan
negaradalam usaha menjadi sebuah negara maju mengikut acuannya
sendiri.
Padaabad ke
Malaysia menghadapi pelbagaicabaran dalaman dan
-21,
luaran akibat daripada kesanglobalisasi, liberalisasi dan perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh itu, cabarannegara dalam
sistempendidikan adalahuntuk membangunkan satu sistem ekonomi
yang berasaskanpengetahuanatau K-ekonomi. Kesannya, cabaran ini
telah mendorong negarauntuk membangunkan sumber tenaga yang
mempunyai ciri-ciri K-Worker, celik dan mahir dalam ICT, yang mampu
bersaing pada peringkat tempatan dan global serta memiliki jati diri yang
tinggi. Perubahan yang amat hebat dan pantas telah menyebabkan sistem
pendidikan di Malaysia dalam abad ke-21 turut berubah selarasdengan
matlamat Wawasan 2020. Namun demikian, perubahan yang berlaku
seharusnyatidak bertentangandengan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia yang ingin melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersatu

padu,beriman,berakhlakmulia, berilmu, berketerampilan,


sejahtera,
menyediakan
sumbertenagamanusiauntuk keperluankemajuannegaradan
(Jamil Ahmad,
memberipeluangpendidikankepadasemuawarganegara
2008).
Selain itu cabaranterbesaryang negara hadapi dalam sistem pendidikan
ialah cabaran dalam menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti dan
berpengetahuanluas untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan
selarasdenganmatlamat Wawasan 2020 yang ingin meningkatkan
perindustrian yang maju sepenuhnyamenjelang tahun 2020. Bagi menyahut
cabaran Wawasan2020, tenagapengajar harus menyiapkan diri selaras
denganperubahan sistempendidikan negara denganmengembangkan
profesionalisme perguruanyang idealistik untuk membangunkan generasi
muda yang celik budaya,mempunyai kualiti sosialdan moral yang tinggi,
bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan.
Oleh itu, pendidikan guru perlu direformasikan bagi menyediakan guruguru yang berwibawa denganilmu pengetahuan, mengamalkansikap nilai
dan falsafah pendidikan yang progresif.
Dalam masayang saina,sistem pendidikan negarajuga berhadapan
dengan cabaran menyediakankurikulum dan aktiviti ko-kurikulum sekolah
yang bersesuaiandenganarus perubahan dunia.pendidikan. Pengisian
dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum menjadi penentu kepada
perkembangan konten dan jati diri pelajar. Perkembangan dunia tanpa
sempadantelah mewujudkan pelbagai masalah sosial.Hal ini kerana pelajar
terdedah denganpelbagaimaklumat sama ada dari media elektronik atau
media cetak. Mereka juga secaraluas terdedah kepada aksesmaklumat
daripada kemudahaninternet. Namun sangat membimbangkan kemudahan
internet didapati lebih cenderung mendorong pelajar untuk akseskepada
pelbagai bentuk hiburanyang negatif dari luar negaradan amat terpengaruh
dengan budayabarat. Oleh yang demikian perkembangan ini telah
mendorong para perancangkurikulum dan ko-kurikulum pendidikan
Malaysia untuk menyemaksemula tahap keberkesanankurikulum dan
aktiviti ko-kurikulum sekolahuntuk menghadapi pelbagai perubahan akibat
pengaruh tersebut.
Di sampingitu, industri pendidikan negara juga berhadapandengan
cabaran dalam menguruskanpendidikan di sekolah. Seiningdengan era
digital yang semakinmenular, negara telah melancarkan SekolahBestart.
Pengurusan pendidikan jugatelah mengalami transformasi yang agak
radikal dalam perkembangandunia global terutama dari segi penggunaan
teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Pengurusan sekolah
lebih tertumpu kepadaaspekteknologi dalam pengurusan pengajaran
dan pembelajaran.Keadaanini telah mendorong pihak sekolah untuk
nienyediakan kemudahanICT yang mencukupi dan mempunyai pelbagai
capaian seperti internet, kamera digital, pengimbas dan aplikasi Microsoft
Office. Kemudahan ini secaratidak langsung memudahkan guru dan
pelajar untuk belajarmembina carta, melakukan persembahanmultimedia,
menyiapkan lembarankerja, menyisipkan data dan sebagainya.Namun
demikian, perlu disedari program pembestarian sekolahmemerlukan
guru yang profesional, bersahsiahbaik, bermotivasi, kreatif dan inovatif,
menguasaikaedahpengajarandan berkemahiran dalam bidang ICT untuk
mencapai matlamat penubuhan sekolah bestari.
Secarakesimpulannyaperkembanganpendidikan di Malaysia ternyata
mengalami banyak cabarantransformasi, terutamanya sejak zaman
penjajahan hinggalahzamanselepasmerdeka. Perkembanganmasyarakat
seiring denganperkembangandasarnegara yang sentiasaditambahbaik bagi
memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan
menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negarake arah yang
lebih baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat
pada masaakan datang.Namun, walaupun banyak perubahanyang telah
dilakukan, kelemahanyang masih lagi wujud perlu diambil serius oleh pihak
yang berkenaan untuk menyelesaikannyadengan langkah segera.
* Penulis adalah PensyarahKanan di SekolahPendidikan danPembangunan
Sosial, Universiti Malaysia Sabahdandapat dihubungimelalui solat5@yahoo.
corn.

You might also like