Drama Berkhidmat Untuk Negara Nota f4

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

SINOPSIS
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk
tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada
dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggaoab bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon
keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir
Ghazali member galakan dan kata-kata perangsang kepada
Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu
Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah menlayari sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima
anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap
berdikari dan semangat cinta akan tanah air.
PEMIKIRAN
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negeatif tentang PLKN. Aiman berusaha untuk menggelakkan diri
daripada menyertai PLKN.
PERSOALAN
1. Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan
kepada negara.
Contoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta
PLKN dan nama mereka terpamp[ang di papan kenyataan sekolah.
2. Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaan.
Contoh: Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah
sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasnnya di universiti.
3. Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak
Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai
PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya
mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara.
4. Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme dalam
kalangan pelajar
Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham
akan objektif dan pelaksanaan PLKN.

You might also like