Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG


NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

STATUS PENCAPAIAN (SELEPAS INTERNSHIP)


Alhamdulillah dan bersyukur kepada-Nya, akhirnya saya dan rakan seperjuangan telah berjaya
menamatkan internship selama sebulan di SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG, KUALA PERLIS,
PERLIS. Pelbagai suka dan duka kami tempuhi walaupun berkesempatan hanya selama sebulan di
sekolah tersebut bagi melaksanakan projek yang dapat disumbangkan kepada warga sekolah.
Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami
buat kali kedua setelah kami pernah menjalani praktikum fasa ketiga pada Januari-April yang lalu.
Beberapa projek kami laksanakan di sekolah tersebut, antaranya merawat buku teks, membaikpulih
Pondok Anjung Ilmu, menceriakan Surau An-Nur, dan melukis mural pada dinding. Sebelum
melaksanakan projek-projek tersebut, kami terlebih dahulu berbincang dengan pihak yang berkenaan
tentang projek yang sesuai untuk dilaksanakan. Kami juga berbincang sesama kami dan juga guru
pembimbing selaku mentor dalam merancang projek yang dapat disumbangkan kepada warga
sekolah.
Setelah perbincangan dilakukan, kami melantik AJK bagi setiap projek yang akan dijalakan bagi
memudahkan projek dijalankan. Setiausaha bagi setiap projek pula, dipertanggungjawabkan untuk
menyediakan kertas kerja cadangan agar projek yang ingin dilaksanakan dipersetujui dan mendapat
kelulusan daripada pihak sekolah terutamanya oleh Guru Besar. Setelah kertas kerja cadangan yang
dihantar kepada Guru Besar mendapat kelulusan, kami memulakan projek secara berperingkat.
Oleh kerana tempoh internship diperuntukkan hanya sebulan, bagi saya ianya agak terhad bagi kami
melaksanakan sesuatu projek yang agak besar malahan kami adalah terdiri daripada lima orang guru
pelatih perempuan. Tambahan lagi, kami terpaksa menempuhi internship ini pada bulan ramadhan
selama tiga minggu dan baki satu minggu lagi adalah selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Apa yang
1

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG


NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

membataskan kami adalah pada bulan ramadhan, dimana kami kurang mampu untuk melaksanakan
kerja-kerja berat. Oleh itu, kami menjalankan projek yang melibatkan indoor terlebih dahulu.
Projek menceriakan Surau An-Nur melibatkan saya dan empat rakan yang lain yang terdiri daripada
NABILAH FARHANAH dan AINA MARDIYYAH daripada kelas PENGAJIAN AGAMA serta NURUL
NABILA dan SITI NUR HIDAYAH daripada kelas REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI. Kami saling
tolong-menolong dalam cuba jaya menceriakan surau sekolah. Antaranya, kami mengemas kini dan
menceriakan papan kenyataan dibelakang surau, menyusun atur semula kitab dan buku di dalam
almari agar tersusun dengan tertib dan kemas serta melukis sedikit mural untuk memperindahkan
dinding di dalam surau agar lebih menarik.
Seterusnya projek yang berjaya lakukan atas permintaan guru, adalah merawat buku teks. Projek ini
dijalankan oleh saya dan dua orang rakan yang lain iaitu NURUL NABILA dan SITI NUR HIDAYAH.
Kami membaiki buku teks yang sedikit rosak agar dapat digunakan lagi untuk kegunaan pelajar SK
KAYANG. Kami juga merawat buku teks agar tidak lekang dikemudian hari dengan menggunakan
staple besar. Seterusnya, kami menyusun buku-buku yang telah dirawat di atas rak buku yang telah
disediakan di dalam BILIK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS.
Seterusnya projek yang agak mencabar bagi kami berlima adalah menceriakan Dataran Ilmu dimana
kami lebih memfokuskan projek kami dalam membaikpulih Pondok Anjung Ilmu. Projek ini adalah
projek outdoor yang menyebabkan ada ketika beberapa dugaan perlu ditempuhi. Salah satunya ialah
cuaca yang tidak menentu menyebabkan kami terpaksa menangguh kerja ketika hujan membasahi
bumi. Namun begitu, kami berpuas hati terhadap projek-projek yang telah kami lakukan. Walaupun
tidak seberapa mana, sekurang-kurangnya kami dapat menyumbang tenaga yang dapat memberikan
manfaat kepada warga sekolah.

INTERNSHIP ( 7 JULAI 2014 8 OGOS 2014 )

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYANG


NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN

Bagi saya, internship yang dilalui oleh guru pelatih seluruh IPG adalah sangat berguna bagi melahirkan
guru yang berkualiti serta dapat mendedahkan lagi tanggungjawab sebagai seorang guru yang dapat
memikul tanggungjawab yang pelbagai selain daripada tanggungjawab menguruskan bilik darjah
sahaja. Segala pengalaman dan juga ilmu baru yang diperoleh semasa menjalankan internship mudahmudahan akan digunakan oleh saya dan rakan-rakan apabila ditempatkan disekolah kelak.
Sekian.
Yang benar,

(NOOR SYAKINAH BINTI SALLIHUDIN)


Guru Pelatih,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

You might also like