Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Walaupun Maulidur Rasul sudah lepas harinya.

Farahaznil tetap nak postkan


mengenai kisah Maulidur rasul ni.Yelah hari tu sibuk sehinggakan tak dapat nak
update blog selama seminggu.Post ini diambil dr sebuah laman web org
lain.Namun , farahaznil harap ia dapat memberikan sedikit maklumat yg berguna
kepada anda semua.
Laqad kaana lakum fii rasulillahi uswatun hasanatun liman kaana yarjullaha wal
yaumal aakhira wazakarallaaha kathiraa.
(al ahzaab:21)
Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu
peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda
sallallahu alaihi wasallam.
Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad
sallallahu alaihi wasallam telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun
Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.
DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Ahli sejarah dan para ulama yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan
kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang
sejarah dunia ketika itu.
Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom
mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut
Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka,
digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak
yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap
masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks sematamata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan
bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan
isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang
berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.
Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan
suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak
perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan
pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai
pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum
masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah
perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti
binatang ternakan mati.
Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun
tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.
KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Allah berfirman yg maksudnya:


Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi
rahmat kepada seluruh alam.
Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah
bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian
mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi
masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota
Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Quran dalam surah al fil yang bermaksud;
Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap
Tentera Bergajah?
sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan
burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman
lagi;
Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan
mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti
daun2 yang dimakan (ulat).
Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang
meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.
Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana
bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di
Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota
Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada
Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom
memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.
Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah
membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu
Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah.
Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun
merasa sakit.
Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH
tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan
kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab
segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi
nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.
KISAH PENYUSUAN
Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang

dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh


badan dan akal yang sihat dan cergas.
Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Saad menuju ke Kota
Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam
rombongan banu Saad ini, termasuklah Halimatun Saadiah dan suaminya, satu
keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan.
disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan,
mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai,
didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi
untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Saadiah dan suaminya terus mengetuk
pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun
menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak
mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba
mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Saadiah pun
berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka
membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana
mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd
ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk
mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan
manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad
itu, Halimatun Saadiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus
beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang
ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya
ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Saadiah dapat
memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas.
Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak
sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat
ALLAH tunjukkan lagi
Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Saadiah di Kampung Bani
Saad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung
menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan
Muhammad, anak susuan Halimatun Saadiah. Suatu hari, ketika Muhammad
bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari
meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada
Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air
zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan
memaklumkan kepada HalimatunSaadiah bahawa anaknya dibunuh orang.
Selepas peristiwa itu, HalimatunSaadiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi
buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah
berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Saadiah
memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah
berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSaadiah.
NABI YATIM PIATU
Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian
beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul

Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil
alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan
anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah
apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib
membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di
suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang
pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan
kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia
sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian
pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya
mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Quran
maksudnya,mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali
anak2 mereka sendiri.
PENGAJARAN/IKTIBAR
1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir
hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang
menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi
anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini
membentuk jiwa yang kental dan tabah.
2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang
zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia
seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH
menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi
sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat
terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah.
3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat
Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh
menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang
dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda
sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah
aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu,
Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah
dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut
Maulid Nabi.
4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena
mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Firaun dan bala tenteranya
ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, Kami adalah lebih berhak
daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa). Maknanya nabi sendiri
mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam
lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi.
5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana
firman ALLAH;
Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang
ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah.
6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah
sebagaimana yang disebutkan oleh Aisyah apabila ditanya sahabat

bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Quran.
antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar,
menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.
7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar
Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.

You might also like