Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGENALAN LAMBANG UNTUK ANGGOTA SUKARELA

Lambang
Selepas peperangan di Sofferino, dan semasa menjalankan kajian mengenai masalah-masalah
peperangan, Dunant mendapati para doktor dan kenderaan yang membawa orang yang tercedera
sering menjadi sasaran askar-askar yang berperang kerana tidak ada sebarang lambang untuk
membezakan tugas dan peranan mereka
Dalam bukunya, Kenangan di Sofferino, Dunant mencadangkan supaya suatu lambang digunakan
oleh kakitangan perubatan, ambulans dan kenderaan-kenderaan perubatan untuk mengelakkan
serangan.
Pada tahun 1863, semasa Persidangan Tetap Antarabangsa,perkara lambang ini telah dibincangkan
oleh Dr. Louis Appia, Ahli Jawatankuasa Tetap Antarabangsa. Beliau telah mencadangkan supaya
satu kain putih diguna- sebagai lambang perlindungan kerana warna putih bermaksud perlindungan
- tidak akan diserang. Persidangan ini menambahkan satu lambang palang merah. General Henri
Duffor, Presiden Jawakuasa Tetap telah memberi cadangan tersebut, besar kemungkinan kerana
beliaulah yang telah mencipta bendera negara Swiss; (lambang palang putih yang berlatar
belakangkan warna putih). Lambang ini diterima sebagai lambang kemanusiaan dan perlindungan.
Gustave Moynierlah orang pertama yang menyatakan pertalian antara lambang bendera negara
Swiss dengan palang merah. Pada tahun 1906, apabila Konvensyen Geneva digubal semula, satu
ceraian yang mengatakan bahawa lambang palang merah digunakan sebagai tanda penghormatan
kepada negara Switzerland ditambah. Lambang palang merah telah digunakan buat pertama kalinya
oleb Dr. L. P. Amidee Appia semasa peperangan di antara Prussia dan Denmark pada tahun 1864.
Pada tahun 1876, semasa peperangan Rusia-Turki, Turki telah memberitahu kerajaan Switzerland
(yang memegang amanah Konvensyen Geneva bahawa mereka tepaksa menggunakan lambang
bulan sabit untuk perkhidmatan perubatan kerana lambang palang merah dikaitkan dengan agama
Kristian oleh askar-askar Muslim. Turki masih sakit hati dengan Perang Salib dan tidak berpuas hati
dengan penggunaan lambang palang merah yang membawa kenangan pahit. Lambang bulan sabit
merah dipilih kerana merupakan lambang bendera negara Turki. (Bendera Negara Turki
menggunakan bulan sabit berwarna merah dan berlatar putih)
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa telah membantah penggunaan lambang bulan sabit
merah dan mengatakan bahawa lambang palang merah tidak mempunyai sebarang kaitan
keagamaan.
Menurut Max Huber, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa , lambang palang
merah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama Kristian.

"It was the intention neither of Dunant and his collaborators, nor of the states party to The Geneva
Convention, that the work and emblem of the Red Cross should have any specific religions
orphilosophical significance"
Banyak negara Islam telah menggunakan lambang bulan sabit dan perbincangan hangat telah
berlaku dan akhirnya pada tahun 1929, Persidangan Palang Merah Antarabangsa telah bersetuju
untuk mengiktiraf lambang bulan sabit mengikut Konvensyen Geneva.
Menurut John F. Kennedy, bekas Presiden Amerika Syarikat, Palang Merah adalah lambang yang
paling dikenali di dunia dan ianya adalah lambang kegigihan bantuan berterusan pada saat-saat
keperluan. Ianya adalah lambang kemanusiaan."
1
2

Persidangan Antarabangsa Palang Merah.


Negara-negara yang telah menandatangani Perjanjian Geneva.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang / Bulan
3
Sabit Merah.
4
Palang / Bulan Sabit Merah Kebangsaan
5
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa
Persidangan Antarabangsa Palang / Bulan Sabit Merahi merupakan Kuasa Pembuat keputusan yang
tertinggi.

Menurut Konvensyen Geneva, lambang palang / bulan sabit merah bolehdigunakan dengan 2
tujuan.
Lambang ini digunakan untuk perlindungan. -Protective Sign).
Lambang ini digunakan untuk pengenalan Persatuan Palang / iBulan Sabit Merah.
Menurut Jean S. Pictet,
"The second use, which follows from Article 44, para 2 is purely indicatory to designate persons or
objects connected with the Red Cross. This does not, and is not intended to , imply the protection of
the convention."
Lambang yang digunakan oleh ahli-ahli PBSMM adalah lambang pengenalan. digunakan oleh
pasukan penyelamat
Semasa mesyuarat Jawatankuasa Tetap Antarabangsa Palang Merah pada 25hb Ogos, 1863,
cadangan telah dibuat untuk mengadakan satu persidangan antarabangsa. Tujuan persidangan in
adalah untuk menyediakan garis panduan yang akan digunakan oleh pasukan-pasukan penyelamat.
Seramai 36 orang dan 14 buah negeri termasuk 5 orang ahli Jawatankuasa Tetap Antarabangsa,
doktor-doktor tentera dan wakil-wakil dari persatuan-persatuan lain telah menghadiri persidangan
Berikutan persidangan tersebut, satu lagi persidangan diplomatik telah diadakan oleh kerajaan
negara Switzerland. Tujuan persidangan ini adalah untuk menandatangani satu perjanjian yang akan
menjamin keselamatan askar-askar yang berperang - mereka yang tercedera , sama ada kawan atan
lawan akan dirawat dan mereka yang merawat pula akan dihormati scbagai orang-orang yang
berkecuali. Persidangan ini telah dimulakan pada 8hb Ogos 1864 dan pada 23 hb Ogos 1864
sebanyak 12 buah negara telah menandatangani perjanjian ini. Perjanjian ini, yang dinamakan
Konvensyen Geneva melindungi askar-askar yang berperang.

You might also like