Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kebebasan Asasi

1. Kebebasan Beragama 1
Kebebasan beragama bagi semua agama dijamin dalam Perkara 11 dan Perkara
12 Perlembagaan Persekutuan. Setiap warga Malaysia mempunyai hak untuk
menganut dan mengamalkan agama yang menjadi pilihannya sendiri dalam
keadaan aman dan damai dalam man-mana bahagian Persekutuan. Setiap
kumpulan agama juga mempunyai hak menguruskan hal ehwal agamanya
sendiri, hak menubuhkan yayasan bagi maksud agamanya, hak memperoleh
dan mentadbirkan harta untuk agamanya selan daripada hak mengajarkan
agama kepada anak-anak mereka.
Setiap orang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai yang akan digunakan
sebahagian atau sepenuhnya untuk maksud agama yang lain daripada
agamanya sendiri. Contohnya, orang bukan Islam tidak boleh dipaksa untuk
membayar zakat dan fitrah. Amalan diskriminasi antara warganegara atas sebab
agama tidak dibenarkan oleh Perlembagaan dalam bidang pelajaran, pekerjaan,
jawatan, periagaan dan pemilikan harta. Hak yang diperuntukkan kepada
penganut agama lain tidak akan terganggu walaupun agama rasmi negara
adalah agama Islam.
Kebebasan beragama memerlukan semua pihak mematuhi undang-undang

1. Zaid Ahmad et.al 2013. Hubungan Etnik di Malaysia edisi ketiga. Shah Alam: Oxford Fajar

tentang ketenteraman, kesihatan dan keelokkan akhlak awam. Perlembagaan


juga tidak mengizinkan agama yang memaksa penganutnya melibatkan diri
dalam kegiatan jenayah yang akan menjejaskan keselamatan awam.
2. Kebebasan Bersuara
Kebebasan bersuara adalah satu daripada Sembilan perkara yang disebutkan
dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan iaitu Kebebasan Asasi. Fasal (1)
(a) Perkara 10 menyatakan bahawa setiap warganegara adalah berhak bebas
bercakap dan mengeluarkan fikiran. 2
Walau bagaimanapun, untuk mengawal isu dan persoalan sensitif yang
mempertikaikan sudut kaum dan memberi kesan seperti menjejaskan
ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat, undang-undang telah digubal.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kebebasan bersuara kepada
rakyat Malaysia dengan batasan tertentu supaya kata-kata yang bersifat
hasutan, fitnah, cerca dan perbuatan yang melanggar hak keutamaan Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri dapat dibendung. Sekatan tersebut juga termasuk
bahan tulisan selain daripada bahan lisan. Sesiapa yang menyimpan, menjual,
mencetak, menyiar atau menyebarkan penerbitan atau berita yang boleh
menimbulkan ketakutan masyarakat atau mengancam keselamatan negara akan
dihukum. 1

2. http://www.academia.edu/5404932/HAK_KEBEBASAN_BERSUARA

3. Kebebasan Berhimpun 1
Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa semua
warganegara mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan dengan tidak
bersenjata tetapi kebebasan ini dikawal sepenuhnya oleh Parlimen.
Kebebasan berhimpun tertakluk kepada undang-undang berikut:
(a) Seksyen 141 -160 Kanun Keseksaan melarang dan menghukum apa-apa
kesalahan tentang perhimpunan haram dan rusuhan yang menganggu
ketenteraan awam.
(b) Akta Pertubuhan, 1966 Setiap pertubuhan dan persatuan perlu
mendaftarkan diri di bawah akta ini.
(c) Akta Ketenteraman Awam (memelihara), 1956 Membenarkan sesuatu
kawasan diisytiharkan sebagai kawasan larangan dan memberi kuasa untuk
menyuraikan perhimpunan tersebut.
4. Kebebasan diri 3
Perkara 5 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan jaminan kebebasan
berkenaan dengan diri seseorang, sama ada warganegara atau tidak:
(a) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan
dirinya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim
Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan
menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat
pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan
itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan
mahkamah itu dan melepaskannya.
(c) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa
segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan
berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang
pilihannya.
(d) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah
tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam
tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang
perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam
jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu.

3. https://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Kebebasan_Asasi

You might also like