Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 28

1.

0 PENGENALAN

Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), campuran pemasaran merupakan satu set
yang menggabungkan semua pemboleh ubah iaitu 4P dalam rancangan aktiviti
pemasaran yang dijalankan oleh sebuah syarikat. Campuran pemasaran digunakan
supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna di sasaran pasaran.
Dengan itu, sesebuah syarikat akan menganalisiskan fungsi elemen 4P secara
mendalam dengan menjadi indikator membangunkan pemasarannya.

Campuran permasaran juga dikenali sebagai Marketing Mix dengan meliputi


konsep 4P iaitu Produk, Pengedaran, Penetapan harga dan Promosi. Keempat-empat
konsep ini penting dalam merangka bentuk pemasaran bagi sebuah syarikat untuk
memastikan produk yang dikeluarkan dapat dipasarkan dalam pasaran secara luas
dengan disukai oleh ramai pelanggan.

Produk merupakan pemboleh ubah yang pertama dalam 4P. Menurut Aini Hayati
Mohamed (2002), produk merupakan sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran
untuk pembelian dan penggunaan yang dapat memenuhi keperluan atau kehendak
pengguna. Produk yang dipasarkan termasuk produk fizikal, produk perkhimatan
(servis), idea, informasi, orang, organisasi, dan tempat. Produk dibahagikan kepada
dua jenis iaitu produk fizikal dan produk perkhidmatan yang menawarkan
perkhimatan kepada pelanggan. Namun, produk mempunyai ciri-ciri sendiri iaitu
ketara dan tidak ketara. Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), ciri ketara ialah boleh
dilihat seperti warna, saiz berat serta harga manakala ciri tidak ketara ialah tidak
boleh dilihat seperti kepuasan, kecekapan, keberkesanan dan penyelesaian. Menurut
seorang pakar pemasaran iaitu Philip Kotler, produk dilihat sebagai merangkumi tiga
komponen utama iaitu produk teras, produk ketara dan produk sampingan. Produk
teras meliputi semua faedah yang ingin didapati daripada pembelian sesuatu produk
atau lebih tepat lagi sebab utama sesuatu pembelian dibuat. Produk ketara pula
merangkumi semua ciri-ciri atau sistem yang terdapat pada alat permainan video
tersebut. Produk sampingan adalah faedah tambahan yang diinginkan oleh pengguna
termasuk jenama, layanan jurujual dan sebagainya.

Produk diklasifikasikan kepada produk pengguna dan produk perindustrian.


Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), Produk pengguna merupakan produk yang
dibeli oleh pengguna untuk kegunaan perseorangan. Namun, produk pengguna
dibahagi kepada barangan mudah beli, barangan beli-belah, barangan istimewa dan
barangan tidak dicari. Barangan mudah beli merujuk kepada barang dibeli dengan
masa dan usaha yang paling minimum kerana barang ini kerap dibeli. Jenis barang ini
juga dibahagi dalam barangan asas, barangan kecemasan dan barangan gerak hati.
Bagi barangan asas, ia adalah barangan keperluan harian yang selalu dibeli dan
jenama yang sesuai telah diketuai seperti minyak, beras, dan sebagainya. Barangan
kecemasan merujuk kepada barangan yang dibeli semasa keadaan kecemasan seperti
ubat-ubatan. Manakala barangan gerak hati adalah barangan yang dibeli tanpa
perancangan awal seperti makanan ringan.

Jenis produk pengguna yang kedua iaitu barangan beli-belah. Menurut Aini
Hayati Mohamed (2002), barangan beli-belah merujuk kepada barangan yang tidak
kerap dibeli dan pengguna biasanya mengambil masa yang lama untuk memperoleh
maklumat serta membuat perbandingan sebelum membeli produk tersebut. Lagi,
perbandingan dibuat dari segi harga, kualiti, jenama, kesesuaian, dan gaya. Bagi
contoh produk beli-belah iaitu perabot, pakaian dan sebagainya. Seterusnya ialah
produk istimewa yang merujuk kepada produk yang mempunyai cirri yang unik atau
tarikan istimewa dari segi jenama, jenis dan gaya sehingga pengguna sanggup
membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan produk tersebut seperti kereta mewah,
barang antik dan lain-lain.

Jenis produk pengguna yang terakhir ialah produk tidak dicari. Menurut Aini
Hayati Mohamed (2002), produk tidak dicari adalah produk yang tidak diketahui oleh
pengguna akan kewujudannya di pasaran atau tidak terfikir ingin membeli produk
tersebut. Oleh demikian, produk tidak dicari memerlukan kempen pengiklanan,
jualan, dan pemasaran yang ekstensif untuk menyedarkan atau menarik minat
penggguna. Contoh bagi produk tidak dicari iaitu insurans, produk kesihatan dan
sebagainya.

Selain daripada produk pengguna, produk juga diklafisikasikan kepada produk


perindustrian. Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), produk perindustrian adalah
produk yang dibeli oleh pengguna perniagaan bagi menjalankan perniagaan atau
diproses semula bagi menghasilkan barangan lain. Namun, produk perindustrian
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu bahan dan bahagian, barang modal dan
pembekalan dan perkhidmatan. Bagi jenis produk perindustrian yang pertama iaitu
bahan dan bahagian yang merujuk kepada bahan mentah dan bahan separuh siap yang
digunakan dalam proses menghasilkan produk akhir. Contoh bagi bahan separuh siap
ialah dawai, simen dan lain-lain.

Bagi jenis produk perindustrian yang kedua iaitu barang modal. Menurut Aini
Hayati Mohamed (2002), barang modal ialah produk tahan lama yang membantu
melicinkan operasi pengeluaran. Contoh barang modal ialah bangunan kilang, mesin,
jentera dan lain-lain. Jenis produk perindustrian yang ketiga iaitu pembekalan dan
perkhidmatan yang merujuk kepada perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan
peralatan kilang, pembaikan komputer dan sebagainya.

Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), keputusan produk individu merupakan


keputusan yang dibuat dalam usaha pembangunan dan pemasaran produk individu.
Namun, keputusan ini memberi tumpuan ke atas lima elemen yang penting iaitu
atribut produk, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan dan khidmat sokong. Atribut
produk merupakan elemen penting yang perlu diambil kira dalam pembangunan
produk individu dengan boleh dilihat dari segi kualiti, ciri, dan reka bentuk. Dari segi
kualiti produk, ia merujuk kepada keupayaan sesuatu produk untuk menjalankan
fungsinya dan berdaya saing dalam pasaran sasaran. Sebagai contoh, pengeluar kereta
Proton menekankan aspek kualiti dari segi tahan lama.

Seterusnya, ciri produk juga adalah strategi persaingan yang boleh meningkatkan
daya saing sesuatu produk dalam pasaran sasaran. Pengeluar yang mampu
memperkenalkan ciri produk yang baharu dan unik boleh membezakan produknya
daripada produk pesaing lain. Elemen bagi atribut produk yang akhir ialah reka
bentuk yang meliputi gaya produk secara luaran dan fungsi atau kegunaan produk.
Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), reka bentuk yang baik boleh menarik minat

pengguna, mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing produk


dalam pasaran sasaran. Sebagai contohnya, pakaian jenama Bonia mempunyai reka
bentuk menarik yang dapat meningkatkan prestij dan status pengguna.

Selain daripada itu, penjenamaan juga elemen yang penting dalam keputusan
produk individu. Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), jenama merupakan nama,
istilah, simbol, tanda atau reka bentuk yang membentuk identiti firma dan produk
keluaran mereka. Jenama juga menggambarkan kualiti sesuatu produk dan boleh
menambahkan nilai kepada produk tersebut seperti kereta mewah BMW, Ferrari dan
lain-lain. Selain itu, jenama dapat membezakan produk pengeluar dengan produk
pesaing lain dengan hak cipta dilindungi oleh undang-undang untuk mengelakkan
ditiru oleh pesaing lain. Elemen yang seterusnya ialah pembungkusan. Menurut Aini
Hayati Mohamed (2002), pembungkusan merupakan aktiviti mereka bentuk dan
mengeluarkan bekas atau bungkusan untuk produk dengan berfungsi menyimpan dan
melindungi produk daripada kerosakan sebelum diagihkan kepada pengguna. Di
samping itu, pelabelan didefinisikan sebagai suatu penerangan ringkas dalam bentuk
nota atau grafik mudah yang dilekatkan pada bungkusan produk seperti jenama
produk, nama dan alamat pengeluar dan lain-lain. Elemen yang terakhir iaitu khidmat
sokong yang merujuk kepada perkhidmatan sampingan kepada produk sebenar. Ia
juga menjadi salah satu strategi pemasaran untuk memperoleh faedah persaingan di
pasaran.

Elemen produk yang seterusnya iaitu keputusan lini produk. Menurut Aini Hayati
Mohamed (2002), lini produk merujuk kepada sekumpulan produk yang
berhubungan rapat kerana mempunyai fungsi dan lingkungan harga yang sama,
ditawarkan kepada kumpulan pengguna yang sama, serta menggunakan saluran
agihan yang sama. Namun, keputusan lini produk dibahagikan kepada kepanjangan
lini produk, pemodenan lini produk, keutamaan lini produk dan pengurangan lini
produk. Kepanjangan lini produk ialah bilangan produk yang terdapat dalam lini
produk. Pemodenan lini produk merupakan usaha memperbaik kualiti dan
meningkatkan nilai lini produk dengan teknologi terkini. Manakala keutamaan lini
produk merujuk kepada aktiviti memilih satu atau beberapa produk dalam lini produk
dan memberikan keutamaan kepada produk berkenaan. Akhirnya, pengurangan lini

produk melibatkan usaha menggalakkan jualan atau permintaan bagi produk yang
lemah dalam lini produk melalui pengiklanan dan promosi.

Selain daripada keputusan lini produk, keputusan campuran produk juga adalah
salah satu elemen produk. Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), produk campuran
produk ialah beberapa lini produk yang ditawarkan oleh pengeluar. Namun,
keputusan campuran produk melibatkan empat aspek utama iaitu kedalaman produk,
kelebaran produk, kepanjangan produk dan ketekalan produk. Menurut Aini Hayati
Mohamed (2002), kedalaman produk merujuk kepada bilangan versi yang ditawarkan
bagi setiap produk dalam lini produk. Kelebaran produk merujuk kepada bilangan
lini produk yang berlainan yang ditawarkan oleh pengeluar. Kepanjangan produk
merujuk kepada bilangan produk yang ditawarkan oleh pengeluar dalam lingkungan
lini produk. Ketekalan produk merujuk kepada darjah perhubungan antara lini produk
dari segi harga, pengguna, penggunaan, pengeluaran dan saluran agihan.

Elemen produk yang terakhir iaitu kitaran hayat produk. Menurut Aini Hayati
Mohamed (2002), kitaran hayat produk merupakan peringkat yang perlu dilalui oleh
produk baharu dari permulaan hingga ke akhir dari segi jualan dan keuntungan. Bagi
peringkat pengenalan dalam kitaran hayat produk, produk baharu mula diperkenalkan
dan diagikan di pasaran. Pertumbuhan jualan adalah perlahan disebabkan pengguna
masih tidak mengenali produk tersebut secara mendalam. Bagi peringkat
pertumbuhan, jualan produk meningkat dengan pesat kerana produk tersebut telah
mula diterima dan dibeli oleh pengguna. Pada peringkat kematangan, kadar
pertumbuhan jualan produk meningkat dengan perlahan dan kemudian mula menurun
setelah banyak pesaing telah memasuki pasaran dengan pelbagai produk pengganti.
Peringkat yang terakhir iaitu peringkat kemerosotan yang merujuk kepada jualan
produk menurun di sepanjang tempoh masa disebabkan beberapa faktor seperti
perubahan cita rasa pengguna.

Selain daripada produk, 4P dalam campuran pemasaran yang kedua ialah


pengedaran. Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), pengedaran ialah satu proses
memindahkan produk daripada pengeluar kepada pengguna. Strategi pengedaran
mempunyai dua komponen yang utama, iaitu saluran agihan dan pengurusan logistik.

Namun, saluran agihan terdapat dua bentuk iaitu saluran agihan menegak dan saluran
agihan mendatar. Bagi saluran agihan menegak mengandungi satu atau lebih
pengantara pemasaran seperti pemborong, peruncit dan ejen untuk mengagihkan
produk kepada pengguna. Bagi saluran agihan mendatar merujuk kepada bilangan
pengantara pemasaran yang digunakan oleh pengeluar pada setiap peringkat saluran
untuk mengagihkan produk kepada pengguna. Dalam saluran agihan produk
merangkumi pemborongan, ejen dan peruncit. Pemborongan merujuk kepada aktivtiti
membeli secara pukal daripada pengeluar dan menjual secara kecil-kecilan kepada
peruncit. Ejen merujuk kepada orang perantaraan bagi penjual dan pembeli dan
peruncit ialah penjual menjalankan aktiviti perjualan kepada pengguna.

Elemen campuran pemasaran yang ketiga ialah penetapan harga. Menurut Aini
Hayati Mohamed (2002), harga ialah nilai pertukaran dalam mata wang yang
dikenakan oleh penjual bagi barang dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pembeli. Antara faktor yang mempengaruhi penetapan harga ialah objektif
pemasaran, strategi campuran pemasaran, kos pengeluaran, pertimbangan organisasi
dan lain-lain. Seterusnya, pendekatan penentapan harga secara umum terdiri daripada
berdasarkan kos, nilai dan persaingan. Penentuan harga berasaskan kos ialah suatu
kaedah yang meliputi tiga pendekatan iaitu harga tokokan kos, tiitk pulang modal dan
untung sasaran. Bagi penentuan harga berasaskan nilai, harga ditentukan berdasarkan
persepsi pengguna terhadap nilai produk dan bukan kos pengeluaran sahaja.
Penentuan harga bersaskan persaingan merujuk kepada harga ditentukan berdasarkan
harga yang ditawarkan oleh pesaing. Bagi penentuan harga produk baharu meliputi
dua jenis kaedah iaitu kaedah penarahan pasaran dan kaedah penembusan pasaran.
Kaedah penarahan pasaran merujuk kepada pengeluar menetapkan harga yang tinggi
standing dengan kualiti produk yang dijual bagi mendapatkan keuntungan
maksimum. Manakala, kaedah penembusan pasaran merujuk kepada pengeluar
menetapkan harga jualan yang rendah supaya dapat menembusi pasaran yang lebih
besar dan memperoleh syer pasaran yang besar.

Elemen campuran pemasaran yang terakhir iaitu promosi. Menurut Aini Hayati
Mohamed (2002), promosi merujuk kepada satu proses komunikasi untuk
mendedahkan maklumat tentang sesuatu produk kepada pengguna. Namun,

campuran promosi merupakan gabungan alat promosi yang terdiri daripada


pengiklanan, promosi jualan, publisiti, perhubungan awam dan jualan bersemuka.
MenurutAini Hayati Mohamed (2002), pengiklanan merupakan satu bentuk
komunikasi secara tidak langsung untuk mempromosikan produk kepada orang ramai
melalui media massa. Promosi jualan merujuk kepada intensif yang diberikan kepada
pengguna untuk mendorong mereka membeli produk. Publisiti ialah bentuk
komunikasi yang bercorak cerita atau berita tentang produk melalui media massa
secara percuma dan tidak berbayar serta ditujukan kepada pihak tertentu bagi tujuan
meningkatkan permintaan produk. Perhubungan awam ialah aktiviti yang dibentuk
bagi mewujudkan serta mengekalkan hubungan baik antara perniagaan dengan orang
awam. Alat promosi yang terakhir ialah jualan bersemuka yang melibatkan interaksi
antara jurujual secara peribadi dengan pengguna untuk memujuk pengguna membeli
sesuatu produk. Menurut Aini Hayati Mohamed (2002), Komunikasi Pemasaran
Bersepadu (IMC) melibatkan aktiviti penggabungan dan penyelarasan saluran
komunikasi pemasaran untuk menyampaikan mesej yang jelas tentang syarikat,
jenama dan produk kepada pengguna sasaran. Antara tujuan IMC iaitu ntuk
mengurangkan kekeliruan pengguan tentang mesej yang disampaikan oleh syatikat
melalui pelbagai saluran komunikasi pemasaran.

Bagi kajian ini, pengkaji telah memilih Syarikat Adabi Consumer Industries
sdn.bhd untuk menjalankan kajian dengan menyelidikan campuran pemasaran
syarikat tersebut. Selain itu, pengkaji juga akan memberi cadangan untuk
menambahbaik kaedah pemasaran sedia ada bagi memberi manfaat kepada organisasi
dan pengguna.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


7

Antara objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah:


1)Menjelaskan campuran pemasaran yang terdapat dalam Syarikat Adabi Consumer
Industries Sdn.Bhd
2)Menganalisis dan klasifikasi atribut, penjenamaan, pembungkusan, pelabelan,
khidmat sokongan dan kitaran produk dalam Syarikat Adabi Consumer Industries
Sdn.Bhd
3)Mengkaji faktor-faktor mempengaruhi penetapan harga, pendekatan penentuan
harga secara umum berasaskan kos, nilai, persaingan dan penentuan harga produk
baharu dalam Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd
4)Menerangkan campuran promosi, konsep dan tujuan komunikasi pemasaran
bersepadu (IMC) dalam Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd

3.0 LATAR BELAKANG

Pengkaji telah memilih Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd yang salah
satu cawangan terletak di Batu Caves, Selangor untuk membuat kajian ini. Pengkaji
akan mengemukakan empat objektif iaitu menjelaskan campuran pemasaran 4P dan
menganalisiskan campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat tersebut meliputi
elemen-elemen iaitu produk, penetapan harga dan promosi dari 4P.

Antara elemen campuran pemasaran yang dikaji oleh penyelidik ialah produk.
Terdapat beberapa jenis produk yang digunakan oleh Syarikat Adabi Consumer
Industries Sdn Bhd Antaranya ialah klasifikasi produk, Syarikat Adabi Consumer
Industries Sdn Bhd menawarkan produk pengguna kepada pembeli. Seterusnya,
atribut produk yang bercirikan pada sesuatu produk yang boleh membezakankanya
daripda produk lain. Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd juga telah
menghasilkan produk yang dapat menarik minat pembeli untuk membeli . Di
samping itu, penjenamaan ialah satu nama bertujuan untuk membezakan sesuatu
produk pengeluar dengan produk pesaing- pesaing di pasaran. Syarikat Adabi
Consumer Industries Sdn Bhd juga menggunakan pembungkusan untuk menjaga,
menyimpan dan melindungi produk. Pembungkusan produk ini dibungkus dengan
cara tersendiri. Selain itu, pelabelan juga merupakan sebahagian daripada ciri luaran
pembungkus. Melalui pelabelan ini, dapat memberikan maklumat kepada produk
Adabi kepada pelanggan. Seperti yang diketahui, pelanggan juga boleh membuat
aduan melalui khidmat sokongan Adabi tentang sebarang aduan berkaitan dengan
produk Adabi. Seterusnya, ialah lini produk yang diketahui sebarisan produk yang
lebih kurang sama jenisnya atau yang berkaitan dengan antara satu sama lain yang
dijual oleh sesebuah syarikat perniagaan. Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.
Bhd juga mempunyai kedalaman dan kelebaran dalam menghasilkan sesuatu produk
yang diinginkan oleh pengguna.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk melaksanakan


penyelidikan kajian ini. Melalui kaedah kajian yang digunakan, maklumat berkaitan
syarikat perniagaan yang diambil dapat dikumpulkan.

4.1 Data Sekunder

4.1.1 Internet
Matlumat yang diperlukan dalam kajian ini diambil daripada sumber internet. Laman
web yang rasmi telah dilayari iaitu http://www.adabi.com/. Melalui laman web ini,
maklumat berkaitan latar belakang syarikat, produk fizikal dan perkhimatan yang
ditawarkan. Selain itu, pelbagai promosi yang dijalankan juga boleh diketahui
melalui dari laman webnya.

4.1.2 Keratan Akhbar


Keratan akhbar yang dikeluarkan oleh Syarikat Adabi Consumer Industries sdn.bhd
memperkenalkan pelbagai produk baru yang diperkenalkan. Selain itu, keratan
akhbar juga digunakan untuk membuat promosi supaya dapat menarik minat
pelanggan. Pengiklanan juga ada dijalankan melalui keratan akhbar .

4.1.3 Laporan Tahunan


Laporan tahunan merujuk kepada satu dokumen yang melaporkan kepada saham
mengenai pengurusan dan operasi. Melalui laporan tahunan syarikat ini, didapat
maklumat seperti jualan syarikat pada tahun berkenaan, pelabur, dan jenis-jenis
produk yang dihasilkan.

4.1.4 Katalog
Katalog yang terdapat boleh menyebarkan maklumat bahawa promosi yang
dijalankan oleh Syarikat Adabi Consumer Industries sdn.bhd. Setiap produk yang
menjalankan promosi akan ditunjukkan dengan harga promosi.

4.1.5 Buku Rujukan

10

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan buku rujukan iaitu Teks STPM
Pengajian Perniagaan yang ditulis oleh Aini Hayati Mohamed. Antara maklumat yang
diambil dalam buku rujukan ini ialah definisi campuran permasaran, produk,
penetapan harga, dan promosi.

5.0 DAPATAN KAJIAN

11

Bahagian ini akan membincangkan lebih mendalam tentang campuran pemasaran dan
elemen-elemen seperti produk, penetapan harga serta promosi yang dijalankan oleh
Syarikat Adabi Consumer Industries sdn.bhd

5.1 Produk

Syarikat Adabi Consumer Industries sdn.bhd menawarkan produk fizikal kepada


pengguna untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Produk yang
ditawarkan boleh diklasifikasikan sebagai produk pengguna. Menurut Aini Hayati
Mohamed(2002), Produk pengguna merupakan produk yang dibeli oleh pengguna
untuk kegunaan perseorangan. Produk pengguna boleh dikelaskan mengikut tabiat
beli-belah pengguna iaitu produk mudah beli, produk beli-belah, produk istimewa
dan produk tidak dicari.

Dalam Syarikat Adabi Consumer Industries sdn.bhd, jenis produk dikategorikan


ke produk asas yang merupakan keperluan harian yang selalu dibeli dan jenama yang
sesuai telah diketahui seperti serbuk kunyit, serbuk perencah nasi goreng dan
sebagainya. Selain itu, produk gerak hati adalah produk yang dibeli tanpa
perancangan awal tetapi dibeli kerana tertarik dengan faktor-faktor tertentu seperti
tawaran jualan produk Adabi yang berpatutan yang menjadikan pelanggan lebih
tertarik untuk membelinya.

Syarikat Adabi Consumer Industries sdn.bhd amat mementingkan aspek kualiti,


ciri dan gaya dalam menghasilkan dan memperkenalkan sesuatu produk supaya
produknya akan terus dapat ditingkatkan pengeluarannya dan mampu bersaing
dengan syarikat lain.

Syarikat Adabi Consumer Industries sdn.bhd mempunyai jenama tersendiri.


Jenama Adabi dikeluarkan oleh Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, pengeluar
rempah ratus dan makanan terkemuka di Malaysia. Jenama dan falsafah yang cuba
diketengahkan jenama itu suatu ketika dahulu dijual tanpa menggunakan jenama dan
kebanyakkan resipi yang dihasilkan ilham daripada ibu saudaranya. Dengan

12

sambutan yang kian bertambah,pengusaha akhirnya mula memberi identiti kepada


produknya. Bermula 1984, jenama Adabi mula dikomersilkan secara agresif. Logo
produk mula dibentuk, ekoran permintaan yang kian bertambah, kilang perngeluaran
pertama dibina di kawasan perindustrian Batu Caves.
Sajian istana di zaman silam dipilih sebagai moto bagi memberi gambaran yang
lebih jelas kepada produk sekaligus memberi kelainan bagi mencapai standard untuk
tujuan eksport dan pasaran tempatan. Dari segi logo, semuanya lahir secara tidak
sengaja dan tercetus ketika Syed Manshor melihat buku sekolah anak perempuannya.
Logo itu dikatakan memberi gambaran tentang keunggulan rempah ratus masyarakat
melayu di samping mengembalikan kegemilangan makanan dan sajian melayu sejak
berkurun lama. Contoh logo adalah seperti rajah 1.

Rajah 1 : Logo Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd

Seterusnya, dari segi pembungkusan. Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd


amat menekankan aspek pembungkusan yang menghasilkan produk mengikut
kehendak dan keperluan pengguna. Selain itu, pembungkusan juga membolehkan

13

pengguna dapat membezakan produk serta penjual dapat menarik minat pembeli.
Pembungkusan juga menjadikan Syarikat Adabi Sdn.Bhd dapat menyimpan produk
tersebut dalam keadaan yang baik dan melindungi produk yang dihasilkan dengan
lebih selamat. Keadaan sekeliling juga menyumbang kepada idea untuk mencorak
sesuatu pembungkusan untuk mempromosikan lebih banyak produk Adabi dan
menaikkan lagi imej produk.

Kemudian, pelabelan. Syarikat Adabi Sdn.Bhd juga menyertakan pelabelan di


setiap pembungkusan produk yang dihasilkan. Label juga mengandungi maklumat
bercetak yang memberikan maklumat tentang produk Adabi seperti nama pengedar,
tempat pengeluaran dan kandungannya. Maklumat Tarikh produk dikilangkan dan
dan tarikh luput sesuatu produk juga turut dinyatakan. Hal ini sangat dititikberatkan
oleh Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd kerana pengguna yang sentiasa
mementingkan kesihatan.

Di samping itu, bagi lini produk pula syarikat Adabi Sdn.Bhd telah memasarkan
pelbagai produk seperti Serbuk Kari, Sos, Sup, Perencah, Serbuk Nasi Goreng dan
pelbagai barisan produk yang lain untuk pengguna. Syarikat Adabi Sdn.Bhd juga
menggunakan produk yang lebih kurang sama jenisnya atau yang berkaitan antara
satu sama lain. Ada dua bahagian iaitu kelebaran lini produk dan kedalaman lini
produk.

Seterusnya, ialah kelebaran produk. Syarikat Adabi Sdn.Bhd

menghasilkan

produk Makanan dalam tin, Serbuk Kari, Perencah, Sos, Sup, dan Serbuk Nasi
Goreng. Manakala, kedalaman lini produk yang digunakan oleh syarikat Adabi
Sdn.Bhd pula ialah bilangan item yang terdapat di dalam sesuatu barisan produk
contohnya Serbuk Nasi Goreng. Serbuk Nasi Goreng yang dihasilkan oleh syarikat
Adabi Sdn.Bhd merangkumi pelbagai jenis seperti Serbuk Nasi Goreng Cina, Nasi
Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam, dan Nasi Goreng Ikan Bilis. Contoh kelebaran
dan kedalaman produk yang dihasilkan oleh syarikat Adabi Sdn.Bhd adalah seperti
yang ditunjukkan pada jadual 1.1 dan jadual 1.2.

14

Kelebaran campuran produk semakin lebar

Serbuk Kari

Sos

Serbuk Kari Ikan


Kari Ayam Dan
Kedalaman
barisan
produk
semakin
dalam

Daging
Kurma Ayam Dan
Daging
Serbuk Rendang

Sos Manis

Sos Masin

Sos Lemak Manis

Perencah Sup
Sup Bunjut
Sup Tulang
Sup Ikan

Sos Warisan

Sup Sayur

Sos Cili

Bihun Sup

Serbuk Kerutuk
Sos Tomato

Serbuk Briani

Sup

Mee Sup

Kari Udang,
Jadual 1.1

Ketam, Ikan Kering


Serbuk Kunyit

menunjukkan kelebaran dan kedalaman campuran

15

Kelebaran campuran produk semakin lebar


Tin
Sardin
Mackerel
Kedalaman

Kernel Jagung Manis

barisan

Chicken Kurma

produk

Rendang Ayam

dalam

Serbuk Nasi Goreng

Nasi Goreng

Nasi Goreng Cina

Bihun Goreng

Sweet Corn

semakin

Perencah

Tom Yam

Nasi Goreng
Kampung

Sayur Goreng
Nasi Goreng Hilam

Nasi Goreng Ayam

Sup Daging
Sup Ayam

Asam Pedas

Sup Tulang

Sup Siam

Nasi Goreng Ikan


Bilis

Sup Kambing
Rendang

Sarden Kari
Jadual 1.2
menunjukkan
kelebaran dan
kedalaman
campuran

Sambal Kerang

Mee Bandung

Sambal Sotong
Tom Yung Kung

Kering
Kuah Kacang

Ikan Bakar

Peanut Gravy
Kari Kambing
Sos Pasta Asli
Sos Pasta Cendawan

5.2 Pengedaran

16

Nasi Goreng Tom


Yam

Elemen campuran pemasaran yang seterusnya adalah pengedaran. Pengedaran


adalah satu proses memindahkan barangan daripada pusat pengeluaran kepada
konsumer di lokasi dan pada masa yang dikehendaki oleh konsumer. Produk ini boleh
didapati di pasar raya besar seperti Tesco dan Giant sehinggalah kedai-kedai runcit
yang ada di seluruh malaysia. Menurut jabatan sumber dan pentadbiran sebanyak 14
pengedar produk Adabi di malaysia dan 7 di lain-lain negara. Melalui jumlah van
jualan pula, van jualan (Adabi) adalah sebanyak 18 dan van jualan (pengedar
malaysia) pula sebanyak 70. Keseluruhannya adalah 88 jumlah van. Produk Adabi
juga diedarkan di negara lain seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan lain-lain.

Kemudian, pengeluar syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd akan


mengedarkan hasil produk yang dihasilkan kepada pengguna akhir melalui saluran
agihan. Menurut Aini Hayati Mohamed(2002), saluran agihan ialah proses
pengedaran barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna akhir
tepat pada masa, tempat, harga dan kuantiti yang sesuai. Syarikat Adabi Consumer
Industries Sdn.Bhd telah menggunakan saluran agihan kedua dan juga saluran agihan
ketiga.

Menurut Aini Hayati Mohamed(2002) Saluran agihan kedua yang digunakan oleh
syarikat Adabi Sdn.Bhd merangkumi pengeluar, peruncit, dan pengguna. Jenis
saluran ini hanya terdapat satu orang tengah sahaja iaitu peruncit. Fungsi pengeluar
adalah mengeluarkan produk yang dihasilkan oleh syarikat Adabi Consumer
Industries Sdn.Bhd. Kemudian, produk tersebut diagihkan kepada peruncit untuk
menjualkan produk Adabi dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna. Contoh
kedai runcit ialah seperti speedmart. Selain itu, pengguna adalah pihak pelanggan
yang

membeli

produk

Adabi

daripada

peruncit.

Menurut

Aini

Hayati

Mohamed(2002), jenis produk yang diagihkan melalui saluran agihan ini ialah barang
yang memerlukan khidmat nasihat dan barang yang tahan lama. Contohnya, menurut
laman web http://www.adabi.com/, Syarikat Adabi Sdn.Bhd telah menghasilkan
produk yang tahan lama seperti Serbuk Kari, Serbuk Nasi Goreng, dan Perencah.
Contoh saluran agihan adalah berdasarkan rajah 2.

17

Saluran 2 : Pengeluar

Peruncit

(syarikat Adabi

Pengguna

(Speedmart)

Sdn.Bhd)

Rajah 2 Saluran Agihan Kedua

Seterusnya, saluran agihan ketiga pula merangkumi pengeluar, pemborong,


peruncit,dan pengguna. Jenis saluran ini merangkumi dua pengantara pemborong dan
peruncit. Fungsi pengeluar adalah mengeluarkan produk yang dihasilkan oleh
Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd. Selain itu, pemborong pula
mempunyai fungsi dalam memecah pukal produk Adabi dalam kuantiti yang lebih
kecil. Kemudian, produk tersebut akan diagihkan kepada peruncit untuk menjualkan
produk Adabi dalam kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna. Contoh kedai runcit
yang menjualnya adalah seperti Speedmart dan lain-lain. Selain itu, pengguna adalah
pihak pelanggan yang membeli produk Adabi daripada peruncit. Jenis produk yang
sesuai diagihkan melalui saluran agihan ini ialah barang keperluan harian yang
mempunyai nilai yang rendah. Sebagai contoh, Syarikat Adabi Consumer Industries
Sdn.Bhd telah menghasilkan produk seperti produk masakan untuk digunakan oleh
pengguna sebagai keperluan harian. Jenis saluran agihan yang digunakan oleh
syarikat Adabi adalah seperti rajah 3 di bawah.

Saluran 2 : Pengeluar
(syarikat Adabi

Pemborong
(Mydin)

Peruncit

Pengguna

(Speedmart)

Consumer Industries
Sdn.Bhd)
Rajah 3 Saluran Agihan Ketiga
Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn,Bhd telah menggunakan peruncit dan
pemborong sebagai pengantaraan pemasaran dalam syarikat perniagaan mereka.

18

Menurutnya juga, peruncit merupakan peniaga yang menjalankan perniagaan runcit.


Peruncit mendapatkan bekalan barang daripada pemborong atau pengeluar dan
menjual semula kepada pengguna mengikut kuantiti yang dikehendaki. Sementara
itu, pemborong pula ialah pihak yang terlibat dalam perniagaan borong. Pemborong
menjadi perantaraan antara pengeluar dengan peruncit.

5.3 Promosi

19

Syarikat Adabi Sdn.Bhd juga melaksanakan promosi untuk menarik lebih ramai
pelanggan melalui membuat promosi dengan menggunakan kaedah campuran
promosi. Syarikat ini menggunakan elemen yang terdapat dalam campuran promosi
iaitu pengiklanan dan promosi jualan untuk mendapatkan sambutan yang tinggi
daripada pengguna.

Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd membuat iklan melalui media


massa seperti surat khabar, televisyen dan internet. Seterusnya, syarikat Adabi
Consumer Industries Sdn.Bhd juga telah memperkenalkan produk terbaru melalui
surat khabar untuk diperkenalkan kepada pengguna. Kebiasaannya produk yang
dipromosikan di dalam surat khabar adalah di laman yang berwarna dan dapat
menarik perhatian pengguna dengan lebih ramai. Hal ini juga, dapat menyebarkan
matlumat bahawa produk-produk yang menjalankan promosi serta pelanggan dapat
membeli barang dengan lebih murah.

Seterusnya, internet adalah salah satu saluran rangkaian penghubung dunia tanpa
sempadan serta melahirkan saluran komunikasi. Dengan kelebihan ini, syarikat Adabi
Sdn.Bhd menggunakan saluran melalui internet untuk memperkenalkan produknya di
laman web iaitu http://www.adabi.com/ Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd
mempunyai laman web sendiri untuk orang ramai kenal tentang latar belakang
syarikat dan juga mempromosikan produk kepada orang ramai secara tidak langsung.

Selain daripada laman web sendiri, syarikat ini juga menggunakan sosial media
seperti Facebook untuk meningkat reputasi syarikat. Untuk mancapai tujuan ini, fans
page dibukakan dengan nama Adabi Consumer. Melalui fans page ini, ramai orang
akan lebih mengenali dengan syarikat ini dan mengetahui promosi aktiviti yang akan
dijalankan. Dengan demikian, pengiklanan yang tidak langsung dapat digunakan
untuk menjalankan sesuatu pengiklanan produk dengan kos rendah.

Elemen campuran promosi yang seterusnya iaitu promosi jualan. Antara insentif
yang digunakan oleh Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd ialah sampel

20

percuma, peraduan dan tawaran istimewa. Menurut Aini Hayati Mohamed(2002)


sampel adalah bungkusan percubaan yang diedarkan kepada pengguna semasa
penjualan pengenalan bagi menarik pengguna untuk membeli produk selepas
mencuba. Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd juga memberi sampel produk
kepada pengguna untuk mencuba produk barunya iaitu Adabi Telur Mate yang
terdapat dalam dua jenis iaitu Adabi Telur Mate Original dan Adabi Telur Mate Spicy
kemudian terdapat juga Adabi Telur Mate Kids. Produk baru yang dihasilkan ini
diharap dapat menarik perhatian pengguna supaya membeli produk selepas
mencubanya.

Seterusnya ialah peraduan. Syarikat Adabi Consumer Sdn.Bhd menggadakan


peraduan dengan hanya perlu mengambil gambar memegang produk Kicap Lemak
Manis Adabi bersama hidangan. Kemudian, tawaran istimewa diberikan kepada
pengguna yang membeli produk Adabi. Sebagai contoh, bagi setiap pembelian
Ketupat Adabi yang mengandungi 4 paket,akan diberi lagi 2 paket percuma.

Dari segi Komunikasi Pemasaran Bersepadu (IMC) ini, Syarikat Adabi


Consumer Industries Sdn.Bhd memastikan semua jenis campuran promosi yang
digunakan dapat menyampaikan satu mesej yang konsisten supaya dapat
menimbulkan kesedaran pengguna terhadap produk secara serentak dan seterusnya
Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd dapat meningkatkan jualan serta
mengukuhkan jenama produk dan imej syarikat. Sebagai contohnya, promosi produk
Serbuk Nasi Goreng disampaikan mesej secara serentak melalui internet dan risalah.

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

21

RUMUSAN
Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd merupakan sebuah syarikat yang
telah dipilih oleh pengkaji untuk dibuat kajian. Melalui membuat kajian ini, pengkaji
mendapati syarikat Adabi Sdn.Bhd mengamalkan campuran pemasaran yang meliputi
beberapa elemen iaitu produk, penetapan harga, pengedaran dan promosi dalam
organisasi untuk penjualan produk syarikat. Tetapi pengkaji hanya menganalisis 3
elemen iaitu produk, pengedaran dan promosi yang terdapat dalam syarikat ini.
Selain matlamat utama untuk mendapatkan keuntungan, Syarikat Adabi Consumer
Industries Sdn.Bhd juga mempunyai matlamat untuk mengeluarkan produk makanan
yang mencapai standard kualiti bertaraf dunia, halal, bersih dan lazat. Oleh itu,
pelbagai produk yang dijual adalah dengan menggunakan bahan-bahan yang selamat,
berkualiti dan bersih.

Dalam mengkaji elemen produk, pengkaji telah mendapati bahawa Syarikat


Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd menawarkan produk pengguna seperti produk
mudah beli, produk istimewa dan produk tidak dicari. Melalui pelbagai jenis produk
yang ditawarkan oleh syarikat ini dapat menunjukkan ia merupakan syarikat yang
mementingkan tanggungjawab sosial iaitu menjaga kesihatan masyarakat. Produk
yang ditawarkan tidak hanya untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi
oleh pelanggan, tetapi juga menawarkan pelbagai jenis produk untuk menjaga dan
mengekalkan kesihatan pelanggan.

Dalam elemen pengedaran, iaitu saluran agihan dan pengantaraan dalam saluran
agihan. Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd telah menggunakan saluran
agihan yang kedua dan ketiga. Saluran agihan kedua terdiri daripada pengeluar,
peruncit dan pengguna. Di samping itu, saluran agihan yang ketiga pula terdiri
daripada pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. Selain itu, pengantaraan
dalam saluran agihan yang digunakan oleh Syarikat Adabi Consumer Industries
Sdn.Bhd ialah peruncit dan pemborong.

Bagi elemen campuran pemasaran yang akhir telah dikaji iaitu promosi. Melalui

22

kajian yang dibuat mendapati alat promosi yang digunakan ialah pengiklanan, dan
promosi jualan . Alat promosi yang digunakan telah menarik perhatian pelanggan dan
meningkatkan reputasi syarikat supaya meluaskan pasaran dalam Malaysia. Promosi
dijalankan secara langsung dan tidak langsung seperti memperkenalkan produk
melalui lamab web dan membuat persembahan dan demonstrasi produk kepada
pelanggan. Segala promosi yang dijalankan dapat mencapai matlamat iaitu
mengekalkan pelanggan tetap dan juga menarik lebih banyak pelanggan baru melalui
promosi jualan seperti menggadakan lebih banyak peraduan dan tawaran istimewa.
Di samping itu, Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn.Bhd juga telah
menggunakan konsep Komunikasi Pemasaran Bersepadu (IMC) untuk mengatasi
sebarang masalah yang dihadapi oleh syarikat perniagaannya.

Kesimpulan, Syarikat Adabi consumer Industries Sdn.Bhd adalah sebuah


syarikat yang berkualiti dan menawarkan produk yang harganya berpatutan. Pengkaji
berharap syarikat ini dapat terus kompetitif dan semakin berkembang supaya
meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan kepada masyarakat.

CADANGAN

23

Syarikat Adabi consumer Industries Sdn.Bhd mempunyai banyak pesaing dalam


pasaran ini. Oleh itu, pengkaji mencadangkan kepada syarikat consumer Industries
Sdn.Bhd supaya meluaskan lebih banyak pasaran melalui e-dagang. Hal ini, kerana
sebahagian pelanggan lebih suka membeli-belah melalui talian dan memudahkan
pelanggan. Pengkaji juga mencadangkan syarikat mewujudkan khidmat selepas
jualan untuk pelanggan. Melalui kemudahan ini dapat meningkatkan jualan produk
tidak dicari.

Sepanjang kajian yang dijalankan oleh pengkaji, terdapat beberapa masalah yang
dihadapi oleh pengkaji ketika membuat kajian ini dan diantaranya ialah maklumat
yang diperolehi tidak mencukupi. Maklumat yang berkaitan syarikat sukar diperolehi
oleh pengkaji, ini disebabkan sebahagian maklumat syarikat adalah sulit. Oleh
demikian, matlumat yang diperolehi tidak sempurna dan agak sukar untuk membuat
analisis. Walaubagaimanapun, pengkaji tidak berputus asa untuk mengumpulkan
semua maklumat. Akhirnya, pengkaji telah berjaya memperolehi sebahagian
maklumat daripada pengurus syarikat Adabi consumer Industries Sdn.Bhd.

Ada beberapa cadangan yang boleh diberi untuk pengkaji yang akan datang bagi
mengelakkan masalah seperti di atas berulang. Diharapkan pengkaji membuat
pertimbangan yang wajar untuk memilih syarikat yang sesuai dengan kajian.
Pengkaji hendak memilih syarikat yang besar dengan boleh berkongsi maklumat
syarikat secara umum seperti maklumat data yang berkaitan dengan hasil jualan dan
lain-lain. Maklumat yang diperolehi juga akan memudahkan pengkaji untuk
membuat analisis dalam kajian tersebut.

RUJUKAN

24

Laman sesawang
http://www.adabi.com/
http://104.238.182.130/~Nu/laporan-tahunan-syarikat/Adabi.pdf
http://sdvi.fama.net.my/maha/seminar/upload_module/paper_MAHA2010/Sesi08_Ke
rtas20.pdf
http://www.adabi.com/canned/
http://www.adabi.com/curry/

Laporan Tahunan
Laporan Tahunan Syarikat Adabi

Katalog
Katalog produk Adabi

Buku rujukan
Aini Hayati Mohamed(2002) buku teks tingkatan 6 pearson Malaysia Sdn Bhd 2013

Lampiran

25

1)buku rujukan

2)Katalog

26

27

28

You might also like