Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

tamadun india

disediakan untuk : ustaz johari


tarikh :20 september 2013
ahli kumpulan

no matrik

hareedharan a/l tharumahputhiran

thamby a/l munandy

af131pg004k tt

pf131pg029ktt

dhurgashiniy a/p manirajan


sugannia a/p rajasegaram

Bil

Tajuk

Muka surat
Page
1

1.

Penghargaan

2.

Objektif

3.

Tamadun India

4.

Aspek-Aspek Ketamadunan India


Agama dan Kepercayaan

5.

6
6-8

Ilmu Pengetahuan Dan Sains

Aspek Bahasa

10

Kesusasteraan dan Kesenian

11

6.

Pengaruh Tamadun India


Tenggara
Islam Dalam Tamadun India

Di

Asia

7.

Kesimpulan

16

8.

Rujukan

17

ISI KANDUNGAN

Page
2

12-13
14-15

PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan kami bersyukur kepada Tuhan kerana telah
menyiapkan kerja khusus Titas.Tajuk yang kami memilih ialah Tamadun
India.Folio ini amat penting kepada kami kerana ia merupakan sebahagian
daripada kerja khusus Titas.Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
individu penting yang banyak membantu kami menyiapkan kerja
khusus.Pertama sekali kepada pensyarah kami Ustaz Johari kerana beliau
telah banyak memberi bimbingan dan semangat kepada kami dan pelajar
lain.Beliau juga memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami
menyiapkan folio ini.Selain itu,kepada rakan-rakan seperjuangan yang samasama berhempas pulas dalam menyempurnakan kerja khusus ini.Bantuan
kalian dari segi informasi terkini mengenai kerja khusus juga amat kami
hargai.

Page
3

OBJEKTIF
Objektif kerja kursus pendek ini ialah pelajar dapat melaksanakan tugastugas berikut. Tugas tersebut ialah menyatakan secara jelas unsur-unsur
dalam tamadun india untuk membina kesejahteraan masyarakatnya dan kesan
yang boleh dilihat di Malaysia. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, saya
mendapati topik ini agak mudah kerana terdapat banyak maklumat mengenai
tamadun india di internet serta sumber-sumber yang lain. Bagi unsur yang
terdapat dalam tamadun india, saya mendapati sistem sosial dalam tamadun
ini agak sukar untuk dijelaskan.Seperti yang kita sedia maklum, tamadun
india terkenal dengan sistem kastanya.Hal ini demikian kerana sistem kasta
lebih banyak membawa kesan yang negatif.
Walaubagaimanapun, saya telah banyak menimba ilmu baru sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini.Melalui tugasan ini, saya sedikit sebanyak telah
mendalami pengetahuan tentang tamadun india.

Page
4

TAMADUN INDIA
Tamadun India juga merupakan antara peradaban terkenal di dunia.Ia
dianggap sebuah peradaban yang unik kerana mempunyai kesinambungan
pelbagai tradisi kebudayaan yang berevolusi dalam suatu jangka masa yang
amat panjang.Malah hamper kesuluruhan unsur tamadun India berkait rapat
dengan
aspek
spiritual.Justeru
itu
bidang
muzik,senibina,drama,falsafah,sastera,tarian dan lain-lain lagi amat penting
dalam evolusi masyarakat India.Agama Hindu merupakan asas kepada
pembinaan tamadun India.
Menurut R. Rajakrishnan dan M. Rajarantheran bahawa tamadun awal India
bermula di Lembah Indus sejak 4500 tahun dahulu dengan kewujudan dua
kota terkenal iaitu Mohenjodarodan Harappa (R. Rajakrishnan dan M.
Rajantheran, 1994 : 2).Oleh kerana tamadun ini melalui satu jangka masa
yang agak panjang,beberapa unsur budaya,nilai dan sebagainya telah
menyerap
ke
dalam
kebudayaan
India
seperti
kepentingan
pengorbanan,keluarga bersekutu,konsep aturan kosmik,hiraki social (varna)
dan bahasa Sanskrit.

Page
5

ASPEK-ASPEK KETAMADUNAN INDIA


Meneliti tentang ketamadunan India,terdapat beberapa unsur atau ciri penting
seperti unsur kepercayaan dan beberapa pencapaian dalam pelbagai ilmu
pengetahuan seperti yang akan diperjelaskan dibawah;
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Tamadun India mewarisi tiga agama utama di dunia iaitu Hindu,Buddha dan
Jaina.Secara umumnya Hindu merupakan salah satu agama tertua di dunia
dan khususnya di India.Pengasas sebenar agama Hindu tdak dapat
dipastikan.Namun ada pendapat menyebut bahawa ia disebarkan oleh bangsa
Aryan yang menakluk Lembah Indus ppada kira- kira tahun 1500 SM.
Perkataan Hindu adalah berasal daripada perkataan Sungai Sindhu
(Indus),yang terletak di bahagian timur laut India.Oleh kerana orang Parsi
menyebut negara India dengan panggilan Tanah Di Seberang Sindhu dan dari
sinilah ia berkembang dengan panggilan Hindu (N.M Idaikkadar, 1979 :
1).Hasil asimilasi sosial di antara bangsa Aryan dan golongan Dravidian telah
melahirkan sattu bentuk kepercayaan atau penyembahan tiga dewa atau
Trimurthi yang dikenali dengan Brahma (Tuhan Pencipta),Vishnu (Tuhan
Pelindung) dan Siva (Tuhan Pemusnah).
Kepercayaan Hindu mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri,yang disebut
sebagai karma,reinkarnasi dan kasta.Penganut Hindu mempunyai
kepercayaan terhadap Karma iaitu tindakan manusia terhadap hidup (John B.
Chethimattam, 1971 : 48).Doktrin ini menyatakan bahawa tindakan-tindakan
yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupannya yang terdahulu akan
menentukan kehidupannya akan datang.Reinkarnasi bermaksud proses
kelahiran semula manusia selepas mati.Ia merupakan satu proses yang
berulang-ulang sehingga roh bertemu dengan penciptanya (N. M Idaikkadar,
1979 : 17).Roh manusia dikatakan sebagai Nirvana.
Sementara pegangan Kasta pula dipercayai telah diperkenalkan oleh orangorang Aryan melalui empat kasta iaitu Brahmin (para ahli agama),Kysatriya
Page
6

(para pahlawan),vaisya (para pedagang) dan Sundra (orang kebanyakkan dan


hamba).Pada peringkat awal,perkembangan system kasta adalah merujuk
kepada warna kulit yang cerah,Ksyatria berwarna kemerahan.Vaisya
berwarna kekuningan dan Sundra adalah berwarna gelap.Mereka dilarang
bergaul dan berkahwin dengan kasta yang berlainan.Sistem kasta dianggap
dapat meningkatkan perpaduan,menentukan keamanan dan pengkhususan
bidang pekerjaan.Pengaruh kasta ini mempunyai kesan yang mendalam
terhadap penghidupan masyarakat India hingga kini.
Ada juga di kalangan masyarakat India yang menganut kepercayaan
Buddha,yang diasaskan oleh Siddhartha Gauthama iaitu anak kepada seorang
penganut Hindu.Perkataan Buddha juga dikenali sebagai yang beroleh
Nur,Yanag Sedar atau Yang Cemerlang.Gauthama dilahirkan pada 563SM di
Kapilavastu, daerahTimur Laut India.Walau pun berasal dari kasta
Ksyatria,namun beliau meninggalakan kemewahan hidup istana untuk
mendampingi golongan biasa.Melaui pertapaannya di bawah pokok Bodhi di
Bodhgaya,beliau dikatakan telah menerima ilham dan seterusnya
mengasaskan ajaran Buddha.
Ajaran Buddha ialah penderitaan adalah akibat angkara perbuatannya sendiri
dan jalan penyelesaiannya adalah melalui jalan kebenaran.Ajaran Buddha
juga membantah keras sistem kasta,sebaliknya memperjuangkan persamaan
taraf di kalangan manusia.
Sementara agama Jaina pula diasaskan oleh Nata-Putta Vardhamana yang
terkenal dengan Mahavira (599SM-527SM),bermaksud pahlawan besar dan
merupakan anak kepada seorang golongan bangsawan.Oleh kerana bosan
dengan kemewahan hidup dan gaya berpoyo-poyo,Mahavira telah
mengasingkan diri untuk mencari kebenaran.
Ajaran Jaina dianggap masih tidak terpisah dengan ajaran Hindu.Inti
anjarannya ialah menjelaskan bahawa kewujudan ruh pada jasad.Ruh wujud
pada semua jirim seperti batu,api dan angin.Penyeksaan diri pula merupakan
Page
7

jalan untuk mengawal nafsu.Penganut Jaina mengamalkan lima sumpah iaitu


jangan membunuh,jangan bercakap bohong,jangan mencuri,menolak semua
nikmat kebendaan dan mengamalkan kesucian.

Page
8

ILMU PENGETAHUAN DAN SAINS


Perkembangan ilmu pengetahuan telah mencapai tahap yang agak tinggi
dalam tamadun India.Malah terdapat beberapa bidang ilmu yang berasal dari
tamadun India telah dipinjam dan digunakan oleh para sarjana tamadun
lain.Tamadun India juga telah mencapai banyak kecemerlangan dalam aspek
ilmu
pengetahuan
sains
sama
ada
dalam
bidang
matematik,astronomi,fizik,kimia dan perubatan.
Antara sumbangannya dalam bidang matematik ialah melalui bidang
geometri,yang diamalkan dalam upacara agama seperti upacara
pengorbanan.Konsep geometri diperlukan untuk membuat perkiraan bagi
menentukan tempat yang sesuai untuk sesuatu upacara pengorbanan.Walau
bagaimanapun terdapat perselisihan pendapat sama ada tamadun India
menerima pengaruh tamadun Yunani atau sebaliknya dalam bidang
matematik dan ilmu sains.Perkembangan system angka dalam tamadun India
juha dilihat menjadi asas penting dalam perkembangan ilmu Matematik (Wan
Fuad, 1996 : 79-83).
Selain angka sifar,tamadun India juga telah menemui system perpuluhan
yang digunakan sehingga kini.Brahmagupta merupakan ahli matematik India
yang pertama memperkenal dan menggunakan konsep sifar secara berkesan
(Sivachandralingam, 1998 : 432).Selain itu perkembangan ilmu astronomi
dan calendar juga berlaku dalam tamadun India kerana masyarakatnya begitu
percaya dengan konsep ramalan atau disebut sebagai Janmakundali.Ia juga
berkait dengan upacara pengorbanan.Malah calendar matahari telah dicipta
untuk mengenal musim,tahun,bulan dan hari.
Selain itu,tamadun India juga dikatakan telah mencapai kelainan dalam
bidang fizik dan kimia melalui perkembangannya.Tamadun India juga
memperlihat kemahiran yang tinggi dalam pembuatan logam.Ia terbukti
dengan penghasilan menara besi di Delhi (Iron Pillar Of Delhi) pada abad kePage
9

5 SM dengan ketinggian tujuh meter dan tanpa karat.Ilmu perubatan serta


beberapa karya perubatan juga turut dihasilkan dalam tamadun India.

Page
10

ASPEK BAHASA
Pencapaian bahasa dalam tamadun India dapat dilihat melalui dua kategori
utama iaitu bahasa Indo-Arya dan bahasa Dravida.Bahasa Indo-Arya terdiri
daripada bahasa Sanskrit,Hindu,Urdu,Punjabi,Oriya,
Kashmiri,Assam,Bengali,Marathi,Sindhi dan Rajasthani.Seamentara bahasa
Dravida
pula
merangkumi
bahasa
Tamil,Telugu,Malayalam,
Kannada,Brahui,Kui,Kolami,Parji,Gadaba dan Gondi.Sehingga kini terdapat
lebih daripada 700 jenis bahasa di India.Namun hanya 14 sahaja yang
diiktiraf
oleh
perlembagaan
India.Antaranya
ialah
bahasa
Hindi,Punjabi,Urdu,Telugu,Tamil,Gujrati,Kannada,Malayalam,Oriya,Kashmi
ri,Marathi, dan Sanskrit.

Page
11

KESUSASTERAAN DAN KESENIAN


Manuskrip karya kesusasteraan dalam tamadun India dibahagikan kepada
Kesusasteraan Indo-Arya dan Kesusasteraan Dravida.Kesusasteraan IndoArya merupakan hasil kesusasteraan tertua dalam tamadun India,yang
berasaskan kesusasteraan Sanskrit yang diwarisi dari sat generasi ke satu
generasi secara lisan.Sementara Kesusasteraan Dravida pula dikatakan
bertanggungjawab memartabatkan keunggulan empat tradisi kesusasteraan
tamadun India iaitu Tamil,Telugu,Malayalam dan Kannada.
Sementara dalam aspek kesenian pula,tamadun India juga telah mencapai
ketamadunnya terutama dalam seni bina,muzik,tarian dan drama.Seni batu
telah mencapai kegemilangannya pada zaman Dinansti Maurya,dengan
ketinggian kemahiran serta kehalusan pertukangan batu.Antara tarian yang
popular ialah Bharata Natyam,Kathak,Kathakkal dan Manipuri
(R.Rajakrishnan, 1994 : 169).Antara ciri utama yang membezakan tarian
tamadun India dengan tarian tamadun-tamadun lain adalah melalui
penggunaan mudra,iaitu simbol tangan.Tujuan drama adalah untuk
memberikan hiburan seperti drama Sakunala,Mudraraksa,Marcchakatika dan
Mattavilasa yang dipersembahkan sehingga mengambil masa belasan hari.

Page
12

PENGARUH TAMADUN INDIA DI ASIA


TENGGARA
Tamadun India mempunyai pengaruh yang besar terhadap tamadun
dunia.Antara aspek penting dalam melihat pengaruh tamadun India ialah
kemunculan beberapa kerajaan di Asia Tenggara.Kerajaan pertama ialah
Funan,didirikan oleh seorang Brahmin dari India bernama Kaundinya.Selain
Funan,satu lagi kerajaan penting ialah Angkor dan rajanya ialah Suryavarman
II,telah bertanggungjawab membina Angkor Watt yang ditujukan khas untuk
Dewa Vishnu.Sementara di Kepulauan Indonesia pula,kerajaan Srivijaya
telah muncul sebagai pusat keagamaan,ilmu pengetahuan dan kebudayaan
India di Rantau Asia Tenggara.
Menurut George Coedas,terdapat empat perkara penting dalam melihat
pengaruh Tamadun India di Rantau Asia Tenggara iaitu konsep Diraja yang
bersifat Hindu atau Buddha,penulisan sastera yang menggunakan bahasa
Sanskrit sebagai bahasa utama,kepercayaan seperti dalam Hikayat Ramayana
dan Mahabratha,cerita-cerita berbentuk teladan dari Purana dan Jataka serta
pengalaman Dharmasastra iaitu hokum-hukum agama Hindu yang juga di
sebut sebagai Undang-Undang Manu (D.G.E Hall, 25).Antara Negara yang
banyak menerima pengaruh tamadun India termasuklah Indonesia,Indo
Cina,Thailand dan Malaysia.
Chandi Borobodor (Abdul Rahman, 1990 :16) di Pulau Jawa merupakan
bukti kukuh tentang peranan Dinasti Sailanderan dalam institusi pendidikan
Buddha di Indonesia.Manakala penyembahan Linga dan Kuil Siva di
Vietnam membuktikan pengaruh agama Saivisme dan ajaran Brahmanisme
pula berkembang di Kampuchea,Indo Cina.Ia diperkukuhkan lagi dengan
pembinaan Angkor Watt oleh Raja Jayavarman II.

Page
13

Pengaruh tamadun India di Thailand pula jenis kelihatan melalui bidang


kesenian,kesusateraan dan kepercayaan.Misalnya dalam istiadat pertabalan
Rja Thai, mazmur-mazmur Tevaram dari tamadun India sering
diucapkan.Cerita Ramayana juga amat popular di kalangan masyarakat
Thailand.Malah bahasa Thailand juga banyak meminjam perbendaharaan dari
Manusmiriti dan Dharmasastra dari tamadun India.Sementara pengaruhnya
di Malaysia pula dibuktikan dengan kewujudan kerajaan Hindu di Lembah
Bujang,Kedah sebelum kedatangan Islam.Malah pengaruhnya masih wujud
dalam bahasa,kesusasteraan,kebudayaan dan adat resam sesetengah
masyarakat di Malaysia hingga kini.

Page
14

ISLAM DALAM TAMADUN INDIA


Zaman Pertengahan (1200-1750M) dalam era ketamadunan India juga
dikenali sebagai Zaman Islam,sebagai hasil perkembangan dan penyebaran
Islam ke wilayah tersebut.Zaman ini juga dibahagikan kepada beberapa
pecahan kecil yang saling berkaitan di antara satu sama lain.Dalam period ini
Islam telah meletakkan asasnya bermula abad ke-8M lagi melalui kejayaan
Muhammad al-Qasim menguasai wilayah Sind pada 706M / 67M. Bermula
dari sini Islam telah berkembang ke India melaui jalan perdagangan darat dan
laut serta Asia Tengah sebagai medan utama dalam proses Islamisasi
ini.Meskipun kehadiran Islam telah Berjaya mewujudkan satu kuasa dominan
di bahagian Utara,namun ianya tidak menhalang kewujudan kuasa-kuasa
tempatan Hindu di bahagian Selatan.
Menjelang abad ke-11,Islam telah berjaya mendominasi ketamadunan India
termasuklah Dinasti Sabuktigin (1004-1186M),Kerajaan Ghori (11861289M),Kerajaan Khilji (1289-1321M) dan Kerajaan Moghul (15271857M).Kerajaan Sabuktigin merupakan pemerintahan Islam yang pertama
di India dan telah mencapai tahap kecemerlangan semasa pemerintahan
Sultan Mahmud al-Ghaznawi sehingga dianugerahkan gelaran Yamin alDaulah oleh pemerintahan Kerajaan Abbasiyah.Ini secara tidak langsung
menjadikan asas penting kea rah penguasaan Islam terutamanya di bahagian
utara India.
Dinasti Moghul pula merupakan zaman akhir dominasi Islam di
India.Kecemerlangan kepimpinan Maharaja Akhbar membolehkan tamdun
Islam muncul sebagai asas dalam perkembangan ketamadunan di
India.Elemen-elemen Islam dari Timur Tengah telah berjaya dibawa masuk
ke India dan diasimilasikan dengan elemen-elemen tempatan sehingga
melahirkan satu kebudayaan Indo-Islam.Sesungguhnya sumbangan Islam
amat besar dan bermakna di India dalam tempoh yang agak panjang
sehinggalah kemunculan kuasa Eropah.Sumbangan Islam amat besar
Page
15

khususnya dalam bidang kesenian dan senibina, muzik, tatacara berpakaian,


ilmu pengetahuan,kesusasteraan,ekonomi,ketenteraan dan lain-lain lagi.
Unsur senibina Islam dalam tamadun India sangat terikat dengan senibina
Timur Tengah terutama Parsi.Sejak zaman Sultan Mahmud al-Ghaznawi lagi
aspek senibina sangat diberi perhatian terutama dalam senibina
masjid,misalnya Masjid Quwat al-Islam di Delhi.Zaman kecemerlangan
perkembangan senibina Islam di India terutamanya di zaman pemerintahan
Babur,Humayun dan Shah Jahan.Namun pada zaman Akbar,gabungan
senibina Parsi dan Hindu semakin ketara selaras dengan dasar Akbar yang
menggabungkan penganut Islam dan Hindu.
Terdapat beberapa masjid penting seperti Masjid Chata Sona,Masjid Mora
Sona dan Masjid Qadar Rasul di Gaur,Benggala,Masjid Adina di
Pandua,Masjid Ahmadabad dan beberapa lagi.Terdapat juga senibina pintu
gerbang yang sangat tinggi mutu keseniannya seperti Pintu Gerbang
Kemenangan (Buland Darwaza) di Fathpur Sikri,Jahan Mahal dan Hidola
Mahal di Mandu dan Jahangari di Agra.
Islam yang berkuasa selama sepuluh abad di India telah memberi sumbangan
yang amat besar terutama dalam bidang ilmu pengetahuan.Pencapaian
kecemerlangan seni bina Islam di India dibuktikan dengan pembinaan Taj
Mahal yang menjadi symbol keagungan ke seluruh pelusuk dunia hingga
kini.
Tamadun India telah banyak mencapai zaman keagungan dengan mencipta
budaya dan teknologi yang tersendiri.Namun apa yang membezakan di antara
tamadun India dengan tamadun lain ialah mengenai doktrin Hinduisme yang
membahagikan manusia kepada empat kasta.Pengaruh kasta ini mempunyai
kesan yang mendalam kepada empat kasta.Pengaruh kasta ini mempunyai
kesan yang mendalam kepada masyarakat India hingga kini.Meskipun
tamadun India kini telah lenyap,kesan daripada Hinduisme ini masih
mencengkam masyarakat India sehingga kini.

Page
16

Page
17

KESIMPULAN
Sememangnya setiap tamadun mempunyai sejarah dan ciri-cirinya yang
tersendiri.Malah kriteria yang dimiliki oleh sesuatu tamadun itu juga adalah
sebagai symbol kemantapan,kecemerlangan dan kegemilangan yang
melambangkan identity dan keistimewaannya.Kewujudan kepelbagaian
ragam dan sifat bagi sesuatu tamadun bukanlah suatu yang menjadi
penghalang kearah mewujudkan proses interaksi di antara tamadun meski
piun berbeza dari segi anutan kepercayaan atau pun budaya.
Pembangunan dan tamadun yang diimpikan bersama perlulah dibangunkan
dengan nilai-nilai agama dan kerohanian bagi mempastikan ianya sejajar dan
memenuhi tuntutan hidup manusia secara keseluruhannya.

Page
18

RUJUKAN

Page
19

N.M Idaikkadar (1979). Latar Belakang Kebudayaan Hindu.


Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka
R.Rajakrisnan dan M. Rajantheran (1994). Penghantar Tamadun
India. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sen, K. M (1991). Hinduism. London : Penguin Book.
Shellaber, W.G., (1964). Hikayat Seri Rama
Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayudurai
Lecthumanan (1998). Tamadun dunia. Shah Alam : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Chethimattam, John B. (1971).
Thought.London: Geoffre Chaman

Patterns

Of

Indian

Harison, Brian (1966). Asia Tenggara Suatu Sejarah Ringkas.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Lamb, Alaistair Indian Influence in Ancient southest Asia dalam

A.L Basham (1981). The Wonder That Was India. Calcutta: Ruppa
and Co.

Page
20

Page
21

You might also like