Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Lebihan Pengguna

Lebihan pengguna merujuk kepada perbezaan di antara harga yang sanggup


dibayar dan harga yang sebenarnya dibayar. Pendek kata lebihan pengguna
merujuk kepada perbezaan di antara harga yang mampu atau sedia dibayar
oleh pengguna untuk menikmati sesuatu barang dengan harga yang
sebenarnya dibayar oleh pengguna.
Lebihan pengguna boleh diukur dengan menggunakan formula yang berikut:
Lebihan pengguna = Harga yang sanggup dibayar harga yang sebenar
dibayar
Kuanti
ti
dimint
a
1
2
3
4
5
6
7

Harga
sanggup
Dibayar[RM]

Harga
di
pasaran[RM]

20
18
16
14
12
10
8
Lebihan Pengguna

10
10
10
10
10
10
10

Lebihan
Pengguna
seunit
RM10
RM8
RM6
RM4
RM2
RM30

Merujuk kepada jadual di atas diandaikan harga pasaran ialah RM10. Didapati bagi
unit pertama pengguna ini sanggup membayar RM20 tetapi pengguna ini hanya
membayar RM10 sahaja oleh itu lebihan pengguna bagi unit pertama ialah RM10.
Bagi unit kedua lebihan pengguna ialah sebanyak RM8, bagi unit yang ketiga ialah
RM6 dan seterusnya. Apabila kita menjumlahkan lebihan pengguna bagi setiap unit,
didapati jumlah lebihan pengguna ialah sebanyak RM30. In bererti apabila
pengguna ini membeli 5 unit jumlah lebihan pengguna yang dinikmati oleh
pengguna ialah sebanyak RM30.
Kuanti
ti
dimint
a
1
2
3
4
5
6

Harga(RM
)
300
280
260
240
220
200

Berapakah Lebihan pengguna jika harga pasaran ialah RM220?


Konsep lebihan pengguna boleh juga digambarkan dalam gambar rajah di bawah.

Merujuk kepada gambar rajah di atas Andaikan harga pasaran ialah sebanyak OP,
maka kuantiti keseimbangan adalah sebanyak OQ unit. Apabila pengguna ini
membeli OQ unit jumlah harga yang sanggup dibayar adalah sebanyak OABQ.
Tetapi pengguna ini hanya membayar sebanyak OPBQ.
Oleh sebab lebihan
pengguna merujuk kepada perbezaan di antara harga yang sanggup dibayar dan
harga yang sebenarnya dibayar maka lebihan pengguna ini boleh diukur seperti
berikut
Lebihan pengguna = Jumlah harga yang sanggup dibayar jumlah harga yang
sebenarnya dibayar
= OABP OPBQ
= PAB

You might also like