Laporan Projek Mural

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN LENGKAP PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: Alicia June anak Iha

PROGRAM

: PISMP Ambilan Januari 2012

NAMA SEKOLAH

: Sekolah Kebangsaan Combined

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Sekolah (Lukisan Mural)

TARIKH PELAKSANAAN

: 30 September 2015 hingga 16 Oktober 2015

OBJEKTIF:
1. Memberi peluang kepada para pelajar guru untuk belajar cara-cara untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria.
2. Menjadikan ruang dinding belakang blok pentadbiran SK Combined lebih ceria
dan lebih menarik.
3. Mengalualukan kedatangan murid untuk bersemangat hadir ke sekolah.
4. Menjadikan sekolah sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan
kondusif.
5. Meningkatkan kesedaran membaca dalam kalangan murid.
6. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan
kejelekitan pasukan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan Guru Besar SK Combined.
Berjumpa dan berbincang dengan guru besar untuk mendapatkan cadangan
dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan ruang
dinding di dalam dewan dan di laluan tangga blok pentadbiran sekolah.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
Saya membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada guru
pembimbing dan Guru Besar SK Combined. Selepas kertas kerja disahkan,
kami membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan.
3. Menceriakan dinding di dalam dewan dan di laluan ruang tangga blok
pentadbiran.
Hasil kerja dipamerkan di dinding dewan dan di laluan tangga blok
pentadbiran SK Combined.

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI
1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain
demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah.
2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk muridmurid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang ke sekolah
dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural tulisan di laluan tangga
contohnya dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan
membaca dan kesediaan guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah.
Kosa kata murid juga meningkat kerana terdapat dua bahasa yang kami tulis
iaitu bahasa Melayu dan Inggeris untuk tema membaca.

3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan muridmurid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerjapekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.
4. Puan Sharipah Saptuyah juga telah banyak membantu kami semasa
melaksanakan tugas kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi
masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu
menyenangkan tugas kami.
5. Saya telah tahu bagaimana untuk melukis mural pada dinding bangunan. Banyak
kemahiran telah saya praktikkan semasa membuat mural tersebut
6. Melalui projek ini, saya dapat mengetahui tugas seorang guru kerana ini bukan
suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak pengalaman seperti
menguruskan perbelanjaan membeli barangan mural. Saya juga telah belajar
cara untuk berinteraksi dengan pembekal.
7. Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali sesuatu projek
kerana pengurusan masa adalah berbeza jika dibandingkan dengan masa
semasa saya mengurus pengajaran dan pembelajaran.
8. Saya mengetahui cara untuk menggunakan cat pelaka. Sebagai guru bukan
bidang seni keputusan saya haruslah muktamad dan tidak dipengaruhi oleh
sesiapa. Pada projek yang telah saya laksanakan agar sukar untuk saya tetapi
setelah diberi tunjuk ajar dan nasihat oleh mentor, saya telah dapat menentukan
menggunakan cat pelaka dengan berkesan.
9. Saya telah tahu bagaimana untuk menguruskan peruntukan yang diberikan
untuk mengendalikan sesuatu pertandingan. Bajet untuk projek keceriaan ini
ialah RM 142.00. Walaupun begitu,kos untuk melukis mural dapat dikurangkan
kerana kebanyakkan bahan boleh didapati di sekolah seperti cat pelaka dan
berus untuk melukis.
10. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat
sekolah namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar

dan cadangan telah saya perolehi untuk membuat projek ini. Permulaannya
untuk melukis bunga raya di dinding dan juga tulisan bermotivasi di laluan ruang
tangga dapat memberi saya pengalaman untuk projek seterusnya.
11. Projek ini juga telah dapat memberi kesan motivasi dalaman kepada murid untuk
datang ke sekolah dan meningkatkan minat untuk membaca. Kreativiti dan
inovatif merupakan objektif utama dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI
1. Terdapat kerja pembaikan dilakukan di dalam dewan pada masa yang sama
kami sedang mngecat dinding dewan. Bunyi yang kuat daripada kerja pembaikan
agak menggangu konsentrasi kami membuat kerja dan ini melambatkan hhasil
kerja kami.
2. Sekolah ini merupakan sekolah amanah. Oleh sebab itu, tanggungjawab untuk
melaksanakan projek adalah berat dan penting untuk kami laksankan dengan
sebaik mungkin.
3. Ruang yang agak sempit mengakibatkan saya terpaksa menghadkan lukisan
mural pada dinding tersebut. Tiada tangga yang tinggi mengakibatkan lukisan
pada bahagian atas dinding tidak dapat diwarnakan dengan betul dan kemas.
Murid yang sering lalu di tangga juga menyebabkan lukisan diwarnakan tidak
kemas.
4. Laluan tangga di ketiga-tiga blok mengambil masa yang agak lama kerana
terdapat

banyak

tangga

di

setiap

blok.

Selain

itu,kami

hanya

dapat

melaksanakan projek hanya pada ketika murid-murid tidak berada di sekolah


atau waktu pembelajaran dan pengajaran.
5. Saya merasa bahawa masih tidak cukup untuk melukis kerana ruang yang
terhad. Namun ianya berbaloi kerana murid-murid kelihatan terpegun setelah
melihat lukisan mural tersebut pada pagi perhimpunan Selasa.

6. Masa yang terhad menyebabkan kami terpaksa mencari masa yang sesuai untuk
membuat mural tersebut. Kami memutuskan untuk membuat projek tersebut
pada hari Sabtu dan Ahad.
7. Masa yang diperuntukan ialah sehingga saya selesai menghabiskan internship di
sekolah ini kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya pada masa yang telah
ditetapkan. Namun segalanya berlaku seperti yang dirancang dan telah berjaya
disiapkan lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih
sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada
masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu
selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat. Pada hari Sabtu
dan Ahad juga kami datang ke sekolah untuk menyiapkan lukisan mural tersebut.
Saya berharap agar mendapat ruang yang lebih besar supaya saya dapat
melukis tanpa ruang yang terhad. Lokasi pemilihan tempat juga haruslah
memudahkan saya untuk bergerak kerana keadaan di laluan sepanjang tangga
agak terhad. Pergerakan untuk mengambil barang-barang juga akan mudah dan
saya dapat mewarna dengan lebih baik.
Masa juga akan saya perbaiki untuk membuat mural tersebut supaya
mengikut tentatif seperti yang terdapat dalam kertas kerja yang telah saya buat. Hal
ini kerana untuk memastikan bahawa segala perancangan berjalan seperti yang
dirancang. Pengurusan masa yang baik akan dapat mendidik saya supaya
melakukan kerja mengikut seperti apa yang telah dirancang dan tidak terburu-buru
dalam melakukan sesuatu kerja.
Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksaan juga penting jika saya
mahu melakukan projek mural seperti ini. Sebagai contoh guru Pendidikan Seni
Visual boleh membantu saya dalam membuat mural dan bagaimana untuk
memastikan lukisan mural tersebut sentiasa kemas dan cantik.

KESIMPULAN
Melalui projek menceriakan blok pentadbiran ini, saya rasa bersyukur kerana
telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah
mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan
sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa
pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan
lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan sekolah
menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping
itu, mural blok juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan mempelajari dua bahasa utama iaitu bahasa Melayu dan Inggeris serta
semangat untuk datang ke sekolah.
Hasil projek ini telah dapat memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih
untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan
rakan-rakan lain demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah.
Selain itu projek ini dapat menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan
kondusif untuk murid-murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk datang
ke sekolah dalam keadaan yang baik. Secara tidak langsung, mural dapat
meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan membaca dan kesediaan
guru untuk menerima kedatangan murid ke sekolah. Kosa kata murid juga meningkat
kerana terdapat dua bahasa yang kami tulis iaitu bahasa Melayu dan Inggeris untuk
tema membaca.
Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan
projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang
diberi oleh semua warga SK Combined dan rakan-rakan saya. Dengan itu, saya akan
mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada
masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

( CIK ALICIA JUNE ANAK IHA )

PELAJAR GURU
IPG KAMPUS PULAU PINANG

Disemak Oleh,

(PUAN SAFTUYAH HAJI ADENG)


GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED

Cop sekolah/Guru Besar/GPK

You might also like