Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

BUKU TARIF

1 Januari 2014
SABAH & WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Kepada pengguna yang dihargai,

Kerajaan telah meluluskan semakan semula tarif elektrik berkuatkuasa pada 1 Januari
2014. Semakan semula ini adalah merupakan usaha berterusan bagi membolehkan
SESB menampung kos penyediaan dan pembekalan yang telah meningkat semenjak
1986. Berikutan daripada penstrukturan semula tarif yang lalu pada tahun 2011,
SESB telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan keselamatan dan
keberdayaharapan bekalan elektrik yang berterusan di Sabah.
Terdapat pelbagai peningkatan yang telah dicapai oleh SESB antaranya ialah
penurunan Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem dari 687 minit pada 2010 kepada
381.27 minit pada November 2013. Walaubagaimanapun, kami memperakui masih
terdapat banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh SESB bagi
menampung peningkatan permintaan dan pertumbuhan ekonomi Sabah.
Antara tumpuan utama bagi semakan semula pada kali ini, Kerajaan telah membuat
keputusan untuk mengekalkan kadar tarif bagi penggunaan 300 kWj pertama, agar
ianya tidak memberi kesan kepada pengguna domestik yang berada dalam julat ini.
Terdapat ciri-ciri utama lain yang menarik dinyatakan di dalam buku ini dan kami
berharap pengguna boleh memahami sepenuhnya.
Bagi mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu di Malaysia, Kerajaan telah
melaksanakan Feed in Tariff (FiT), suatu mekanisme baru di bawah Akta Tenaga
Boleh Baharu 2011. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2014, Kerajaan akan mengenakan
1.6% untuk dibayar ke dalam Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu yang akan dicaj
ke atas bil bulanan pengguna bagi penggunaan 300 kWj ke atas. Pengguna domestik
dengan penggunaan 300kWj ke bawah akan dikecualikan daripada caj ini.
Kami akan berusaha untuk terus meningkatkan kualiti dan keberdayaharapan bekalan
elektrik di Sabah dan perkhidmatan kepada pengguna kami. Kami menghargai
pemahaman dan kepercayaan anda.
Terima kasih.

Ir. Hj. Abd Razak Sallim


Pengarah Urusan

Kandungan

Muka Surat

1.

Definisi

3 5

2.

Maklumat Am

6 10

3.

Tarif Elektrik

11 13

4.

Memahami Bil Elektrik Anda

14 15

5.

Saluran Pembayaran Bil

16 17

6.

Pelbagai

18 19

1.

DEFINISI

Definisi berikut hendaklah digunapakai :


(a) PENGGUNA bererti seseorang dan/atau entiti yang menerima bekalan
elektrik melalui talian-talian bekalan SESB dari mana-mana satu punca bekalan
dengan syarat bahawa jika seseorang dan/atau entiti menerima bekalan lebih
dari satu punca bekalan, orang dan/atau entiti itu akan dianggap sebagai
pengguna berasingan bagi setiap punca bekalan tersebut.
(b)

PENGGUNA KEDIAMAN bererti pengguna yang menduduki rumah


kediaman persendirian yang tidak digunakan sebagai hotel, rumah penginapan,
rumah tumpangan atau untuk sebarang bentuk aktiviti atau perkhidmatan
perniagaan, perdagangan dan profesional.

(c)

JALURAN PENGGUNAAN ASAS KEDIAMAN (LIFELINE BAND DOMESTIC)


bererti penggunaan elektrik untuk 200 kWj pertama sebulan bagi pengguna
Kediaman.

(d)

PENGGUNA PERDAGANGAN bererti, tetapi tidak terhad kepada, pengguna


yang menduduki atau mengendalikan blok pejabat, hotel, pangsapuri khidmat,
rumah penginapan, kompleks beli-belah, rumah kedai, tempat letak kereta,
gudang, bengkel, restoran, estet, ladang, ladang ternakan, pelabuhan,
lapangan terbang, pepasangan keretapi, pepasangan telekomunikasi,
pepasangan penyiaran, padang golf, pusat hiburan/rekreasi/sukan,
sekolah/institusi pengajian, organisasi agama/kebajikan, pepasangan kerajaan
dan angkatan tentera, hospital, loji sistem pendingin lingkungan,
penyimpandingin, dan sebarang perniagaan lain atau aktiviti perdagangan
yang mana aktiviti utamanya tidak terlibat di dalam perusahaan pembuatan,
kuari atau perlombongan.

(e)

PENGGUNA PERINDUSTRIAN bererti pengguna yang menjalankan


perusahaan pembuatan barangan dan produk. Aktiviti pembuatan ertinya
pertukaran sesuatu bahan mentah atau komponen kepada produk akhir
seperti membuat, mengubah, mencampur, menghias, menyempurna atau
merawat, mengubahsuai apa-apa bahan untuk tujuan penggunaan, penjualan,
pengangkutan, penyerahan atau pelupusan; juga termasuk pemasangan alatalat dan pemprosesan makanan tetapi hendaklah tidak termasuk sebarang
aktiviti yang kebiasaannya dikaitkan dengan perniagaan runcit atau borong.
Aktiviti kuari galian, batu dan sumber asli yang lain dan pengepaman bagi loji
rawatan air, loji pengagihan air & pembentungan juga diklasifikasi sebagai
Pengguna Perindustrian. Di samping itu, jumlah kuasa (watt) untuk lampu dan
sistem hawa dingin yang terpasang untuk kegunaan pejabat hendaklah tidak
melebihi 20% daripada jumlah kuasa (watt) kesemua peralatan elektrik yang
dipasang.
Definisi

(f)

(g)

PENGGUNA LAMPU JALANRAYA bererti pengguna yang menggunakan


tenaga elektrik untuk tujuan menerangi jalan-jalan, lebuhraya-lebuhraya,
jambatan-jambatan awam, dan juga jalan atau jambatan di kawasan kampung.
CO-GENERATOR bererti penjana yang menggunakan satu sumber tenaga
utama untuk menjana secara berturutan dua bentuk tenaga berlainan yang
berguna pada kadar kecekapan yang melebihi 70%.

(h)

VOLTAN RENDAH dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan yang
tidak melebihi 1,000 volt.

(i)

VOLTAN SEDERHANA dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan


dari 11,000 volt hingga 33,000 volt.

(j)

VOLTAN TINGGI dalam konteks klasifikasi tarif bererti bekalan voltan dari
66,000 volt dan ke atas.

(k)

KILOWATT KEHENDAK MAKSIMA bagi mana-mana bulan hendaklah dikira


sebagai dua kali ganda kilowatt-jam tertinggi yang dibekalkan dalam manamana tempoh tiga puluh minit berturutan dalam bulan tersebut.

(l)

kWj bererti kilowatt-jam.

(m) ANGKADAR KUASA PURATA bererti sudutkosinus yang mana tangen


didapati dengan membahagikan jumlah reaktif kilovolt-ampiar-jam oleh
jumlah kilowatt-jam yang direkodkan dalam mana-mana bulan oleh meter
SESB.
(n)

KILOVOLT-AMPIAR REAKTIF KEHENDAK MAKSIMA bagi mana-mana bulan


hendaklah dikira sebagai dua kali ganda kilovolt-ampiar-jam reaktif tertinggi
yang dibekalkan didalam mana-mana tempoh tiga puluh minit berturutan
dalam bulan tersebut.

(o)

BULAN bererti tempoh di antara dua masa bacaan meter berturutan. Meter
lazimnya dibaca lebih kurang setiap tiga puluh hari.

(p)

TEMPOH PUNCAK bererti tempoh di antara jam 0800 hingga jam 2200.

(q)

TEMPOH LUAR-PUNCAK bererti tempoh di antara jam 2200 hingga jam


0800.

(r)

CAJ MINIMA BULANAN (CMB) bererti caj minima bulanan yangdikenakan


ke atas pengguna di mana bil bulanan elektrik (kW dan/atau kWj) adalah
kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual 1.

(s)

CAJ SAMBUNGAN BEBAN bererti caj yang akan dikenakan sekiranya


Kehendak Maksima (KM) sebenar yang direkodkan/diukur dalam satu bulan
tidak mencapai 75% daripada jumlah KM yang diisytiharkan.

(t)

CAJ SAMBUNGAN bererti pembayaran oleh pengguna yang memerlukan


infrastruktur untuk bekalan elektrik baru dan/atau untuk menaik taraf
infrastruktur sedia ada bagi mendapat bekalan elektrik tambahan.

(u)

KANUN GRID bererti kanun berkaitan dengan peruntukan-peruntukan dan


garis panduan-garis panduan untuk perancangan, penjadualan dan
penghantaran, operasi sistem dan penyambungan elektrik di Sabah & W.P.
Labuan yang sedang berkuatkuasa, tertakluk kepada pindaan atau perubahan
dari masa ke semasa.

2.

MAKLUMAT AM

2.1

SYARAT-SYARAT AM BEKALAN ELEKTRIK


Tenaga elektrik adalah dibekalkan mengikut peruntukkan peruntukkan Akta
Bekalan Elektrik 1990, Peraturan Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990
dan Peraturan Peraturan Elektrik 1994 dan semua pindaan yang dibuat ke
atasnya.

2.2

VOLTAN
Voltan-voltan SESB yang diisytiharkan adalah seperti berikut:
Paras Voltan
Voltan Rendah
Satu Fasa
Tiga Fasa
Voltan Sederhana

Voltan Tinggi

2.3

Voltan Bekalan

230V
400V
11,000V
22,000V
33,000V
66,000V
132,000V
275,000V

FREKUENSI
Frekuensi bekalan ialah 50Hz 1% .

2.4

METER
(a) Semua meter yang perlu akan disediakan oleh SESB untuk menyukat
penggunaan elektrik. Pengguna-pengguna dikehendaki membayar caj untuk
pemasangan meter tambahan yang diminta oleh mereka dan boleh dikenakan
caj bagi sebarang fasiliti meter khas yang dipasang oleh SESB.

(b) Pengguna tidak boleh mengganggu peralatan dan meter SESB, atau
membenarkan sesiapa selain daripada pekerja SESB yang diberi kuasa untuk
menjalankan kerja pada peralatan dan meter SESB.
(c) Jika meter hilang, musnah atau rosak, pengguna hendaklah membayar kos
sepenuhnya kepada SESB bagi membaiki atau menggantinya sepertimana
yang ditetapkan oleh SESB.
(d) Gangguan secara sengaja pada mana-mana aspek sistem meter dan
pembekalan SESB adalah satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990
dan membawa kepada hukuman penjara dan/atau denda.
(e) Jika pengguna menyangka yang meternya tidak memberi bacaan dengan
tepat, pengguna tersebut boleh meminta supaya meternya diuji oleh SESB.
Bayaran ujian akan dikenakan dan bayaran ini hanya akan dipulangkan
sekiranya ketidaktepatan meter berkenaan didapati melebihi 3% .

2.5

KEBENARAN MASUK KE PREMIS PENGGUNA


Pekerja-pekerja SESB yang diberi kuasa dibenarkan di bawah PeraturanPeraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 untuk memasuki mana-mana premis
pengguna pada bila-bila masa yang patut untuk maksud-maksud yang
berkaitan dengan bekalan elektrik, termasuk memeriksa, memantau peralatan,
radas atau pemasangan yang berkenaan dengan tujuan tersebut, atau pun
yang berkenaan dengan merekod, menghitung pembeklaan elektrik tersebut.

2.6

AKAUN
(a) Pengguna dikehendaki membayar Caj Minima Bulanan (CMB) untuk tiap-tiap
bekalan yang disambungkan. CMB adalah jumlah bayaran minima yang perlu
dibayar oleh pengguna setiap bulan.
(b) Setiap pengguna dikehendaki membayar wang cagaran yang dikira
berdasarkan anggaran dua bulan penggunaan elektrik. Wang cagaran itu,
selepas ditolak tunggakan bil, akan dipulangkan apabila pengguna itu
berhenti menerima bekalan elektrik. Wang cagaran tidak boleh dipindah milik
kepada pengguna lain. Semua wang cagaran tunai akan melayakkan pengguna
untuk diberi rebet tahunan oleh SESB dan akan dikredit ke dalam akaun
pengguna.
(c) Akaun-akaun hendaklah dijelaskan pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan
di dalam bil elektrik. Bekalan elektrik boleh dipotong jika akaun-akaun tidak
dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan.
(d) Surcaj sebanyak 1% sebulan akan dikenakan untuk setiap hari atau sebahagian
daripadanya selama tempoh kelewatan bayaran bagi pengguna yang gagal
membayar bil mereka sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan
mengenakan surcaj ini, SESB tidak melepaskan haknya untuk memotong
bekalan pengguna tersebut.
6

2.7

PEMBAYARAN WANG TERHUTANG KEPADA SESB


(a) Pengguna akan dimaklumkan mengenai kesemua yuran dan caj di atas
melalui bil rasmi.
(b) Pembayaran hanya boleh dibuat kepada juruwang di premis SESB atau agen
kutipan/ saluran pembayaran yang diberikuasa oleh SESB.
(c) Pembayaran hendaklah diakuterima sama ada oleh SESB atau agen kutipan/
saluran pembayaran yang diberikuasa oleh SESB.

2.8

NOTIS UNTUK MENAMATKAN PENERIMAAN BEKALAN


Pengguna hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya 3 hari bekerja
kepada pejabat SESB setempat untuk menamatkan bekalan. Sekiranya notis
tersebut tidak diberi, pengguna bertanggungjawab membayar semua caj
berkaitan sehingga tarikh bacaan meter terakhir.

2.9

ANGKADAR KUASA
Pengguna hendaklah berusaha untuk mendapatkan Angkadar Kuasa seberapa
tinggi di dalam pengendalian sebarang pemasangan elektriknya. Pengguna
hendaklah mencapai Angkadar Kuasa minima sebanyak 0.90 untuk pengguna
voltan tinggi yang mengambil bekalan pada 132kV atau ke atas,dan 0.85 untuk
pengguna-pengguna lain. Penalti akan dikenakan sekiranya Angkadar Kuasa
minima tersebut tidak tercapai. Penalti tersebut adalah dikira seperti berikut:Jika Angkadar Kuasa purata dalam mana-mana bulan didapati:(a) Kurang dari 0.85 [0.90] hingga 0.75 [0.80] susul, bayaran surcaj sebanyak 1.5%
dari bil bulan itu bagi tiap-tiap satu-per-seratus bahagian (0.01) kurang dari
Angkadar Kuasa 0.85 [0.90] hingga 0.75 [0.80] susul akan ditambah pada bil
bulan itu; dan
(b) Kurang dari 0.75 [0.80] susul, selain dari bayaran surcaj di bawah perenggan
(a) di atas, surcaj sebanyak 3% dari bil bulan itu bagi tiap-tiap satu-per-seratus
bahagian (0.01) kurang dari Angkadar Kuasa 0.75 [0.80] susul akan ditambah
pada bil bulan itu.
Nota:
Angka Angkadar Kuasa yang ditunjukkan dalam kurungan segiempat adalah
untuk semua pengguna voltan tinggi yang mengambil bekalan pada 132kV
dan ke atas. Angka Angkadar Kuasa tanpa kurungan segiempat adalah untuk
pengguna-pengguna lain.
Angkadar Kuasa minima 0.85 [0.90] adalah tertakluk kepada pindaan untuk
memenuhi keperluan-keperluan Kanun Grid yang berkuatkuasa. Lingkungan
Angkadar Kuasa yang disebutkan di (a) dan (b) untuk mengira penalti
Angkadar Kuasa akan diselaraskan sewajarnya untuk menunjukkan Angkadar
Kuasa minima baru yang dinyatakan di dalam kanun-kanun yang berkenaan.
7

2.10

BEKALAN SEMENTARA
Pengguna-pengguna yang memohon untuk bekalan sementara akan
dikenakan kadar tarif yang sesuai dengan kategori mereka, serta ditambah
surcaj 33% atas jumlah bil bulanan. Kontrak bekalan bagi beban sementara
adalah terhad tempohnya dan pengguna akan dikenakan Caj Sambungan bagi
keseluruhan kos pemasangan untuk tujuan memberi bekalan sementara ini
dan pembukaan infrastruktur SESB kemudiannya apabila bekalan ditamatkan.

2.11

CAJ SAMBUNGAN BEBAN


Pengguna perlu membayar Caj Sambungan Beban bulanan dengan kadar
RM8.50 setiap kW bagi perbezaan Kehendak Maksima (KM) di antara KM
sebenar yang direkodkan/ diukur dalam sesuatu bulan dengan 75% daripada
jumlah KM yang diisytiharkan. Caj ini akan dihadkan kepada 5 tahun selepas
tempoh pengecualian (grace period) selama setahun (1) daripada tarikh
bekalan dimulatugas.

2.12

PENGGUNA YANG MENJALANKAN PELBAGAI AKTIVITI PERNIAGAAN


Pengguna yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan yang melibatkan
lebih dari satu kategori tarif, hendaklah:-

(a)

mengisytiharkan kepada SESB aktiviti utama perniagaan mereka seperti yang


dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat atau seperti yang dinyatakan di
dalam laporan tahunan terbaru yang dimajukan kepada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia;

(b)

memasang kemudahan meter berasingan untuk setiap aktiviti bagi


melayakkan pengguna mendapat tarif yang berkaitan. Jika tidak, SESB akan
mengenakan tarif yang berdasarkan klasifikasi tarif yang bersesuaian; dan

(c)

menanggung kos keseluruhan bagi pemasangan kemudahan meter yang


berasingan.

3.

TARIF ELEKTRIK

3.1

MAKLUMAT TARIF
Tarif seperti di Jadual 1, telah diluluskan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau
dan Air Malaysia mengikut Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.

3.2

PERUNTUKAN PERJANJIAN KHAS DI BAWAH SEKSYEN 29 AKTA


BEKALAN ELEKTRIK 1990
Seksyen 29 Akta Bekalan Elektrik 1990 memperuntukkan, antara lainnya,
perjanjian khas boleh dibuat di antara SESB dengan pengguna yang
menetapkan terma-terma dan syarat-syarat khas bekalan termasuk kadar tarif.
Tarif bagi bekalan pukal atau tariff khas boleh termasuk dalam perjanjian khas
ini.

3.3

JADUAL TARIF

3.3.1 Jadual 1
Kadar-kadar tarif SESB adalah seperti berikut:KATEGORI TARIF

KADAR

UNIT

17.5
18.5
33.0
44.5
45.0
47.0

Sen/kWj
Sen/kWj
Sen/kWj
Sen/kWj
Sen/kWj
Sen/kWj

200 kWj pertama(1-200 kWj) sebulan


Setiap kWj berikutnya(201 kWj onwards) sebulan

38.5
39.5

Sen/kWj
Sen/kWj

Caj minima bulanan ialah RM15.00


3. Tarif CM2 Tarif Perdagangan Am Voltan Sederhana
Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan
Bagi semua kWj

23.20
32.4

RM/kW
Sen/kWj

32.60

RM/kW

32.4
19.5

Sen/kWj
Sen/kWj

1. Tarif DM Tarif Kediaman


100 kWj pertama (1-100 kWj) sebulan
100 kWj berikutnya (101-200 kWj) sebulan
100 kWj berikutnya (201-300 kWj) sebulan
200 kWj berikutnya (301-500 kWj) sebulan
500 kWj berikutnya (501-1000 kWj) sebulan
Setiap kWj berikutnya (1001kWj Keatas) sebulan
Caj minima bulanan ialah RM5.00
2. Tarif CM1 Tarif Perdagangan Voltan Rendah

Caj minima bulanan ialah RM1,000.00


4. Tarif CM3 Tarif Perdagangan Puncak/ Luar-Puncak Voltan
Sederhana
Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan dalam tempoh
Puncak
Bagi semua kWj dalam tempoh Puncak
Bagi semua kWj dalam tempoh Luar Puncak
Caj minima bulanan ialah RM1,000.00
9

TARIF CATEGORY

RATES

UNIT

37.6

Sen/kWj

21.75
26.8

RM/kW
Sen/kWj

28.00

RM/kW

28.6
18.0

Sen/kWj
Sen/kWj

Bagi semua kWj (tidak termasuk senggaraan)

20.3

Sen/kWj

Bagi semua kWj (termasuk senggaraan)

36.3

Sen/kWj

5. Tarif ID1 Tarif Perindustrian Voltan Rendah


Bagi semua kWj
Caj minima bulanan ialah RM15.00
6. Tarif ID2 Tarif Perindustrian Am Voltan Sederhana
Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan sebulan dalam
tempoh Puncak
Bagi semua kWj
Caj minima bulanan ialah RM1,000.00
7. Tarif ID3 Tarif Perindustrian Puncak/Luar Puncak Voltan
Sederhana
Bagi setiap kilowatt Kehendak Maksima sebulan sebulan dalam
tempoh Puncak
Bagi semua kWj dalam tempoh Puncak
Bagi semua kWj dalam tempoh Luar Puncak
Caj minima bulanan ialah RM1,000.00
8. Tarif PL Tarif Lampu Jalanraya

Caj minima bulanan ialah RM15.00


DU

3.4

TARIF KHAS

3.4.1 Tarif Khas adalah salah satu opsyen yang ditawarkan kepada pengguna yang
berkelayakan selain tarif sedia ada. Tarif Khas ini ditawarkan untuk
menggalakan Pengurusan Beban Pelanggan (Demand Side Management).
Pengguna yang berkelayakan akan mendapat penjimatan apabila
menggunakan elektrik dalam keadaan tersebut.

10

3.4.2 Skim Tarif Khas yang boleh diperolehi adalah seperti berikut:(a)

Tarif Khas Waktu Luar Puncak


Skim Tarif Khas Waktu Luar Puncak adalah ditawarkan kepada
pengguna yang layak, tambahan ke atas struktur tarif semasa yang
digunapakai. Tarif khas ini adalah ditawarkan bagi menggalakkan
Demand Side Management. Pengguna yang layak akan mendapat
penjimatan tambahan dengan penggunaan elektrik di dalam keadaan
tertentu.
Ianya terdiri :
Tarif Komersil CM2 Voltan Sederhana

Tarif Industri ID2 Voltan Sederhana

Tarif Komersil dan Industri (CM1 & ID1) Voltan Rendah untuk
Jangka yang mempunyai alatubah arus berkadaran 3 x 150/5A
dan ke atas.
Pengguna yang berdaftar dalam skim Tarif Khas Waktu Luar Puncak ini
akan menikmati diskaun sebanyak 20% ke atas penggunaan elektrik
semasa waktu luar puncak (10.00 malam hingga 8.00 pagi) setiap hari.

(b)

Tarif Khas Hari Ahad


Skim Tarif Khas Hari Ahad ditawarkan kepada semua pengguna Industri
dan Komersil voltan sederhana.
Ianya terdiri: Tarif Industri ID2 Voltan Sederhana
Tarif Industri ID3 Voltan Sederhana waktu puncak/ luar puncak
Tarif Industri CM2 Voltan Sederhana
Tarif Industri CM3 Voltan Sederhana puncak/luar puncak
Pengguna yang berdaftar dalam skim Tarif Khas Hari Ahad akan
membayar kadar tarif yang sama seperti kadar tarif sedia ada. Walau
bagaimanapun, caj Kehendak Maksima tidak akan dikenakan ke atas
penggunaan elektrik pada hari Ahad.

4.

MEMAHAMI BIL ELEKTRIK ANDA


Bil Elektrik anda dikira seperti berikut:-

(a)

CAJ ELEKTRIK
Caj elektrik dikira berdasarkan bacaan meter yang merekodkan jumlah
penggunaan elektrik berdasarkan tarif yang berkaitan.
11

(b)

LAIN-LAIN ITEM CAJ


SESB boleh mengenakan caj dan/atau surcaj untuk kelewatan bayaran, Angka
dar Kuasa, caj sambungan, alat kimpalan, bekalan sementara dan lain-lain caj
yang boleh dikenakan di bawah undang-undang Malaysia yang berkaitan.

12

CONTOH BIL PENGGUNA DOMESTIK


Account Number & Deposit

Kod Stesen (Stesen Code) where bill issued

No. Akaun (Account Number) electricity bill account


number

Cagaran (Deposit) the estimated total electricity consumed


for a period of two month
Bill & Payment

Bil Akhir (Previous Bill) contains the details of the previous


bill which you would have received before the new bill is
issued

Bayaran Akhir (Latest Payment) is the most recent payment


you have made

Tarif (Tarif) defines the Tarif category for your premises. It


differs depending on wheter the usage for residential,
business, industrial or other purposes
Additional Deposit & Outstanding
Cagaran Tambahan (Additional Deposit) will be imposed automatically
when the usage is increased. The amount is the diffrence between the
new and the existing deposit.
Tunggakan (Outstanding Balance) is the amount that you have yet to
pay. If payment has beenmade, kindly ignore it as the new bill could
have been printed before the system was updated.
Bayaran Dimasuk Setakat (Last Update) is the date we update your
previous payment before issuing a new bill.
Billing Date

Bacaan Dahulu (Previous Date) is the date previous reading.

Bacaan Semasa (Current Date) is the date recent month

Jenis Bacaan (Reading Type) is the type of meter reading


(N) Normal (E) Estimate
Meter Reading

Dahulu (Previous) is the meter reading as of the previous


date.

Semasa (Current) is the meter reading as of the present


date

Kegunaan (Usage) is the total electricity consumed

Unit is the measurement of electricity in kWj


Current Bill Details

Unit is the split of usage according to the Tarif block and


prorate block (Example in this bill for 36 days reading cycle.
eg[36/30*100 =120 unit for 1st & 2nd block, 36/30*300 = 360
unit for 3rd block and balance for the 4th block 114 unit (714120-120-360 =114)]

Kadar (Rate) is the rate imposed on each consumption


block.

Amaun (Amount) is the result of unit multiplied with rate.


Bill Amount & Other Charge

Amaun Elektrik (Amount Electricity) is total of the amount


usage, 1.6% RE Fund, 10% discount (Education, Welfare and
Worship).

Lain-lain Caj (Other Charge) is charges such of Power


Factor Penalty & 33% Temporary Supply

Pelbagai (Miscellaneous) is the credit given or extra charge


imposed such as credit payment, cash deposit rebate and
excess or inadequate bill

Jumlah Perlu Dibayar (Total Bill Amount) is the amount of


electricity consumed inclusive of miscellaneous charges,
penalty, outstanding balance, additional deposit and total
previous estimated adjustment (if any)

3101 00012345
20012345
EDWARD WILLIAM
LOT 1969, JLN PENAMPANG
89500 PENAMPANG

TUNAI

500.00 63686766
11/2013
11UAT1
MR2170

SILA HUBUNGI PEJABAT SESB TERDEKAT DAN BERIKAN BACAAN


SEBENAR JIKA MENERIMA BIL ANGGARAN KOD (E). MAKLUMAN
REBAT KERAJAAN RM20 DILANJUTKAN SEHINGGA 31.12.2013

BIL AKHIR
BAYARAN AKHIR

0.00

02-11-2013
98990999

02-10-2013
11-09-2013

228.95
400.50

228.95

01-11-2013

08-12-2013
1.0000

DM

8000.00

N
8714.00

714.00 KWJ

BLOK KEGUNAAN ELEK.

120.00
0.175
120.00
0.185
360.00
0.330
114.00
0.345
DANA WANG TENAGA BOLEH BAHARU 1.6%

RM
RM
RM
RM

204.55
0.00
RM
0.00
0.00
: 15454
: 1-800-881135

RM
RM
RM
RM
RM

21.00
22.20
118.80
39.33
3.22

RM 204.55
188.58
RM 228.95
RM
0.00
RM
433.50

KOTA KINABALU

07.01.2014

3101

00012345

63686766

EDWARD WILLIAM
LOT 1969, JLN PENAMPANG
89500 PENAMPANG

Payment Due Date

Bayar bil semasa sebelum (Payment Due Date) is the last


day that you have to settle the bill amount to avoid late
payment penalty. Total outstanding amount must be paid
immediately to avoid disruption of electricity supply.

13

433.50

5.

SALURAN PEMBAYARAN BIL

Untuk kemudahan anda, pembayaran bil buat masa ini boleh dilakukan melalui
saluran-saluran berikut:
i) KAUNTER KUTIPAN SESB
(Sila kemukakan bil elektrik anda)
Semua kaunter Pejabat Kawasan SESB
Kaunter Wisma SESB Tingkat bawah
Kaunter SESB di Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
Pekan Sikuati (TAMU), Kudat
ii) KAUNTERPANDU LALU
Wisma SESB
iii) AUTOMATED TELLER MACHINE (ATM)
Bank Simpanan Nasional
Maybank
iv) MELALUI TALIAN TELEFON
MBF CALL & PAY di talian 088-246633 (untuk pemegang MBF dan MasterCard
sahaja, bukan pemegang MBF dikehendaki mendaftar untuk menggunakan ke
mudahan ini)
v) INTERNET BANKING /WEBSITES
Maybank
www.maybank2u.com.my
HSBC
www.hsbc.com.my
CIMB
www.cimb.com.my
Public Bank
www.publicbank.com.my
Am Bank
www.ambank.com.my
Alliance Bank
www.alliance.com.my
Pos Malaysia Berhad
www.posonline.com.my
MBF Click n Pay
www.mbfcards.com.my
vi) SISTEM BAYARAN PUKAL (Jabatan Pengurusan Kredit)

14

vii) LAIN-LAIN PUSAT KUTIPAN1


Pejabat Pos Malaysia Berhad (POS)2
Bank Simpanan Nasional (BSN)2
Alliance Bank2
Agro Bank (BPM)2
CIMB Bank2
Bank Islam2
Ibu Pejabat DBKK
Jabatan Air, Gaya Park Penampang
Telekom Malaysia Berhad (TMpoint) Sadong Jaya, Kota Kinabalu
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sembulan
Pekan Kinarut
Nota:
1
Semua Pembayaran diatas mesti dibayar dalam TUNAI sahaja
2
Di Sabah & W. P. Labuan sahaja
viii) KEMUDAHAN LAIN3
SESB sebagai Agen Kutipan untuk:
Bil Air
Bil TM
Assessment/Quit Rent

- Kaunter SESB Kota Kinabalu Sahaja


- Kaunter SESB Kota Kinabalu Sahaja
- Kaunter SESB KotaKinabalu Sahaja

Nota:
3
Semua Pembayaran di atas mesti dibayar dalam TUNAI sahaja
Sila rujuk www.sesb.com.my atau pejabat SESB yang terdekat untuk maklumat
terkini mengenai kemudahan pembayaran bil.
M

15

6.

PELBAGAI

6.1

UNDANG-UNDANG TERPAKAI
Buku Tarif ini tertakluk dan ditafsirkan selaras dengan Akta Bekalan Elektrik
1990 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya termasuk sebarang
pindaan dan perubahan yang dibuat dari masa ke semasa.
a.

KESERAGAMAN

Jika terdapat sebarang percanggahan atau perbezaan di antara versi Bahasa


Inggeris dan Bahasa Melayu dalam Buku Tarif ini, maka versi Bahasa Inggeris
akan digunapakai.
b.

APLIKASI

Buku Tarif ini adalah untuk digunapakai oleh pengguna SESB di Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.
6. Pelbagai
PUSAT PENGURUSAN PANGGILAN DAN PUSAT PERKHIDMATAN PENGGUNA
SETEMPAT SESB
Pusat Pengurusan Panggilan (Call Management Centre CMC) disediakan oleh SESB
untuk memberi maklumbalas yang lebih cepat kepada panggilan telefon pengguna
yang mengalami gangguan bekalan elektrik. Pusat ini dikendalikan oleh pembantu
perkhidmatan pengguna yang terlatih dan boleh dihubungi melalui talian 1-5454.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Setempat
atau One Stop Customer Centre (OSCC) di talian 1-800-881135.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Jabatan Pengurusan Komersil
Bahagian Pembahagian
Sabah Electricity Sendirian Berhad
Wisma SESB, Jalan Tunku Abdul Rahman
88673 Kota Kinabalu, Sabah .
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web SESB di www.sesb.com.my

16

ALAMAT PERHUBUNGAN ZON/KAWASAN/JABATAN SESB DI SELURUH SABAH


PEJABAT ZON:
ZON METRO/ KENDALIAN PEMBAHAGIAN K
OTA KINABALU
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Off Jalan Kepayan, Tanjung Aru
88100 Kota Kinabalu
Talian Am: 088-282630Telefax: 088-282631

ZON UTARA / KOTA BELUD


Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 73
89157 KotaBelud
Talian Am: 088-972507 Telefax: 088-972532

ZON WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 52
87008 W.P. Labuan
Talian Am: 087-412020 Telefax: 087-416088

ZON TIMUR / SANDAKAN


Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Beg Berkunci 67
90009 Sandakan
Talian Am : 089-619600 Telefax: 089-611987
ZON BARAT / BEAUFORT
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Peti Surat 93
89807 Beaufort
Talian Am: 087-211587 Telefax: 087-225364

ZON SELATAN / TAWAU


Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Peti Surat 126
91007 Tawau
Talian Am: 089-714020 Telefax: 089-713919
ZON PEDALAMAN / KENINGAU
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Peti Surat 41
89007 Keningau
Talian Am: 087-335467 Telefax: 087-334846

ZON UTARA /KUDAT


Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Peti Surat 146
89057 Kudat
Talian Am: 088-624208 Telefax: 088-611692
ZON TENGGARA /LAHAD DATU
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Peti Surat 60094
91110 Lahad Datu
Talian Am: 089-889231 Telefax: 089-889142

KAWASAN KOTA KINABALU


Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Tingkat Bawah, Wisma SESB
88100 Kota Kinabalu
Talian Am: 088-282143 Telefax: 088-282141
KAWASAN TUARAN
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Peti Surat 165
89208 Tuaran
Talian Am: 088-788187 Telefax: 088-792316
KAWASAN RANAU
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Peti Surat 47
89307 Ranau
Talian Am: 088-870532 Telefax: 088-876443
KAWASAN KOTA MARUDU
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
W.D.T. 15
89109 KotaMarudu
Talian Am: 088-661430 Telefax: 088-661020

KAWASAN TENOM
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 84
89907 Tenom
Talian Am: 087-733154 Telefax: 087-733202
KAWASAN BELURAN
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 60
90107 Beluran
Talian Am: 089-511137 Telefax: 089-511220
KAWASAN TELUPID
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
W.D.T. 15
89300 Telupid
Talian Am: 089-521927 Telefax: 089-521736
KAWASAN KOTA KINABATANGAN
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
W.D.T. 11
90200 Kota Kinabatangan
Talian Am: 089-562802 Telefax: 089-562544

KAWASAN PAPAR
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 126
89608 Papar
Talian Am: 088-913100 Telefax: 088-914794
KAWASAN KUALA PENYU
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 39
89747 Kuala Penyu
Talian Am: 087-884805 Telefax: 087-885603
KAWASAN SIPITANG
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 94
89857 Sipitang
Talian Am: 087-821527 Telefax: 087-821739
JABATANPENGURUSAN KREDIT
Tingkat 2, Wisma SESB
JalanTunku Abdul Rahman
88673 KotaKinabalu
Talian Am: 088-282332Telefax: 088-259434

KAWASAN PITAS
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 422
89108 Pitas
Talian Am: 088-612875 Telefax: 088-615810
KAWASAN SEMPORNA
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 103
91308 Semporna
Talian Am: 089-781218 Telefax: 089-781216

KAWASAN KUNAK
KAWASAN TAMBUNAN
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Sabah Electricity Sdn. Bhd.
PetiSurat 5
Peti Surat 238
91207 Kunak
89657 Tambunan
Talian Am: 089-851255 Telefax: 089-851388 Talian Am: 087-774949 Telefax: 087-773426

PEJABAT KAWASAN:

17

You might also like