Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG

MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI


ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) JALAN H DAN K, PRESINT 11
DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERWAKILAN KESEJAHTERAAN BANDAR
(MPKB) SUB ZON B DAN PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA
7 APRIL 2012 (SABTU) SEKITAR JALAN P11 K/1 HINGGA JALAN P11 K/13,
PRESINT 11, PUTRAJAYA

1.

2.

Pengenalan
1.1.

Berdasarkan sebaran am melalui media massa dan yang dikeluarkan oleh


Pejabat Kesihatan Putrajaya didapati kes demam denggi semakin
meningkat dari semasa ke semasa dan Presint 11 mencatat peningkatan
kes yang ketara. Berdasarkan maklumat tersebut timbul kesedaran di
kalangan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan H
dan K, Presint 11 untuk menganjurkan aktiviti gotong-royong yang
melibatkan semua penduduk.

1.2.

Ketetapan telah diambil untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong ini


dengan kerjasama Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub
Zon B dan Pejabat Kesihatan Putrajaya pada 7 April 2012 bersamaan hari
Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi di sekitar Jalan P11 K/1
hingga Jalan P11 K/13.

Pelaksanaan
2.1

Gerak kerja yang dilaksanakan dalam aktiviti gotong-royong ini ialah:


a) Penduduk lelaki (dewasa dan remaja) berkumpul di Rumah Komuniti.
Dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke semua Jalan
K. Meronda di bahagian depan dan belakang rumah untuk mengutip
sebarang benda atau objek yang tidak diperlukan lagi oleh tuan rumah
tetapi dipercayai boleh menakung air tempat nyamuk membiak akan
dikumpulkan di suatu tempat untuk dibuang.
Di samping itu,
memantau di kawasan sekitar jika terdapat tempat atau bekas yang
boleh menakung air dan dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk,
hendaklah dilaporkan kepada urusetia.
b) Kaum ibu dan remaja perempuan pula diminta membuat pemeriksaan
di dalam rumah masing-masing bagi memastikan tidak terdapat
sebarang bekas yang boleh menyebabkan nyamuk membiak.

Barangan yang tidak diperlukan lagi perlu diletakkan di tempat


pembuangan sampah dan akan dikutip oleh peserta gotong-royong
untuk dikumpulkan setempat.

3.

Tindakan Susulan
3.1

4.

KRT akan mengambil langkah susulan dengan membuat laporan secara


rasmi kepada pihak yang berkaitan supaya mengambil langkah yang
sewajarnya bagi mengelakkan nyamuk aedes terus membiak di kawasan
Jalan H dan K, Presint 11.

Penghargaan
4.1

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan H dan K, Presint 11 ingin


merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang turut sama menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Ia ditujukan
kepada:
a) Pejabat Kesihatan Putrajaya;
b) Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub Zon B;
c) Semua penduduk yang terlibat.

MENCEGAH DENGGI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Laporan disediakan oleh;


Azmi bin Alang Ahmad
Pengerusi KRT
Jalan H dan K Presint 11
Merangkap Timbalan Pengerusi
Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB)
Subzon B Putrajaya

En. Imran dari Pejabat


Kesihatan Putrajaya telah
menyampaikan
taklimat
ringkas
tentang
bahaya
penyakit
demam
denggi,
evolusi nyamuk aedes dan
langkah pencegahan yang
perlu
dilakukan
bagi
mengelakkan penyakit ini dari
terus merebak.

Walaupun hari cuti sudi juga En. Imran bin Azraai,


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran telah datang
memberikan taklimat kepada penduduk. Banyak juga
maklumat berguna yang boleh dikongsi bersama

Sebahagian
daripada
penduduk
yang
khusyuk
mendengar taklimat yang
disampaikan. Ada juga yang
membawa anak untuk turut
serta termasuk juga beberapa
remaja yang merupakan ahli
Jiran Muda.

Terpaksalah berdiri di seberang jalan yang agak teduh


sedikit. Maklumlah Rumah Komuniti kecil dan tidak
menampung jumlah kehadiran yang ramai

Sebahagian lagi penduduk


yang turut serta yang dikenali
datang dari Jalan K/7 dan
K/10.

Amboi! Sahabat kita ni, kedua-duanya mendengar


dengan penuh minat sambil berpeluk tubuh

Penduduk yang sama tetapi


diambil dari sudut yang
berbeza. Syukurlah kehadiran
mereka
telah
dapat
menjayakan aktiviti gotongroyong
ini.
Semangat
kesukarelawanan
mereka
patut dicontohi kerana boleh
menyelamatkan nyawa.

Walaupun masing-masing ada hal yang perlu


dilaksanakan pada hari Sabtu ni namun sanggup datang
dulu bergotong-royong dulu, terima kasih semua

Sebahagian dari bunting yang


dipasang
oleh
petugas
Pejabat
Kesihatan
untuk
memberikan maklumat dan
pengetahuan tentang demam
denggi. Di belakang bunting
ada meja Pejabat Kesihatan
yang menyediakan risalah
denggi dan borang peraduan
yang menyediakan hadiah
kepada kanak-kanak yang
turut hadir.

Amboi! sahabat kita En. Husini siap berjaket SRS lagi,


memang semangat habis

Berdasarkan
pemantauan
yang dibuat semasa gotongroyong ini, terdapat peserta
Kebun
Komuniti
yang
mengumpulkan botol kosong
untuk menakung air hujan.

Botol tersebut tidak ditutup


rapi maka boleh menjadi
tempat nyamuk membiak.
Oleh
kerana
pengusaha
kebun
tidak turut serta
bergotong-royong
maka
petugas membuang semua air
yang bertakung.

En. Zalazfian beserta dua petugas Pejabat Kesihatan sibuk


membuang air yang bertakung

Botol tersebut dikumpulkan di


suatu tempat untuk dibuang.
Selepas ini, satu perjumpaan
dengan pengusaha kebun ini
akan dibuat supaya mereka
mengikut cara pengairan yang
betul
bagi
mengelakkan
tempat pembiakan nyamuk.

Selain botol kecil, tong dan


botol besar digunakan untuk
menakung air hujan. Petugas
mengutipnya dari kebun dan
dikumpukan setempat.

Selain itu, terdapat juga


plastik yang digunakan untuk
membalut buah-buahan tetapi
plastik itu tidak ditebuk yang
boleh
menyebabkan
air
bertakung.

Kelihatan
plastik
yang
digunakan jenis tebal dan
tidak mudah pecah. Jika tidak
ditebuk maka air boleh
bertakung dalam jangka masa
yang lama maka mudahlah
nyamuk membiak.

Tanpa
disedari
pekebun
mahukan
supaya
buahbuahannya subur dan tidak
mudah
rosak
sebaliknya
perbuatannya
boleh
menyebabkan nyamuk aedes
membiak dan mengancam
nyawa penduduk.

Sebahagian daripada botol dan palstik yang telah


dikumpul untuk dibuang

Di kebun sebelah lebih


banyak bekas air yang
dijumpai. Semasa membuat
pemeriksaan di sini memang
banyak
nyamuk
yang
berterbangan dan menggigit
petugas gotong-royong.

Botol dan bekas air ini


dipercayai dikutip dari rumah
penduduk.
Walaupun
terdapat botol yang ditutup
namun jelas kelihatan masih
banyak botol yang dibiarkan
terbuka
bertujuan
untuk
menakung air hujan.

Oleh
kerana
pengusaha
kebun tiada maka terpaksalah
petugas
gotong-royong
memecah dan mengumpulkan
botol tersebut untuk dibuang.
Patutlah penduduk merungut
banyak nyamuk di surau An
Nur (bersetentang dengan
kebun) rupa-rupaya banyak
takungan air berdekatan.

Lihatlah betapa banyaknya


botol dan bekas plastik yang
dikumpulkan. Tong sampah
besar milik Alam Flora pun tak
muat.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Asri Him (berdiri),


Imam Masjid Tuanku Mizan kerana telah memaklumkan
kepada urusetia dan Pegawai Kesihatan (En. Rozaimi)
terdapat banyak air bertakung dalam lubang ini

Hasil
pemantauan
juga
didapati kesemua kotak atau
lubang inspection chamber
milik SYABAS dari Jalan K/1
hingga K/13 digenangi air
jernih yang dalamnya separas
lutut dipercayai boleh menjadi
tempat pembiakan nyamuk
aedes.

Jika kotak pemeriksaan ini


tidak disenggara dengan betul
dengan membuang air yang
bertakung secara kerap tentu
menjadi tempat yang paling
strategik nyamuk membiak.
Apatah lagi nyamuk aedes
yang sukakan air jernih.

Pegawai Kesihatan berkata


jumlah air itu cukup banyak
sehingga ikan juga boleh
diternak di situ.
Oleh itu,
pihak
SYABAS
perlu
dimaklumkan tentang masalah
tersebut.
Penduduk juga
perlu memerhatikan sekitar
kawasan
rumah
mereka
mungkin ada tempat lain air
boleh
bertakung
dan
membiakkan nyamuk.

Selain untuk mencantikkan


kawasan persekitaran rumah,
pasu bunga juga boleh
menjadi sarang nyamuk jika
sekiranya tanah dalam pasu
itu
menjadi
keras
dan
menyebabkan air bertakung.
Oleh itu, penduduk mesti
selalu memeriksa pasu bunga
di sekeliling mereka dan
pastikan air tidak bertakung.
Tanah dalam pasu hendaklah
selalu digembur.

Dalam longkang ini didapati


air bertakung kerana paras
simennya (gradient) tidak
sekata menyebabkan lubang
terbentuk.
Semasa
pemerhatian didapati ada
beberapa ekor jentik-jentik
hidup.

MENCEGAH DENGGI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA

You might also like