Sop Program Kemahiran Pendidikan Vokasional PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad

Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

PROGRAM KEMAHIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

A.

TAFSIRAN

i.

PROGRAM KEMAHIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL (PKPV) bermaksud


program

yang dilaksanakan secara sepenuh masa menggunakan konsep

kolaboratif GIATMARA Malaysia bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


dalam memperkasakan Pendidikan Vokasional di kalangan pelajar sekolah.
ii.

PESERTA bermaksud pelajar Program Kemahiran Pendidikan Vokasional yang


terpilih setelah melalui proses-proses

yang

ditetapkan dan tertakluk kepada

prosedur program dari masa ke semasa.


iii.

MPAK bermaksud Matapelajaran Aliran Kemahiran yang diwajibkan kepada


peserta-peserta program yang merangkumi lima matapelajaran iaitu Bahasa
Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam/Moral.

iv.

SPM bermaksud Sijil Pelajaran Malaysia yang mana peserta diwajibkan


menduduki peperiksaan bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

v.

DK bermaksud Dokumen Kurikulum GIATMARA sedia ada yang digunapakai di


dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi kursus-kursus di GIATMARA.

vi.

LAPORAN bermaksud laporan-laporan yang perlu disediakan berkaitan Program


Kemahiran Pendidikan Vokasional.

vii.

LATIHAN INDUSTRI bermaksud penempatan peserta di industri / syarikat untuk


menjalani latihan praktikal yang diselia secara terancang dalam jangka masa yang
ditetapkan.

viii.

LEMBAGA PEPERIKSAAN yang bermaksud agensi yang melaksanakan


pentaksiran Matapelajaran Aliran Kemahiran.

ix.

KPM bermaksud Kementerian Pendidikan Malaysia.

1 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

x.

MARA ialah singkatan untuk Majlis Amanah Rakyat.

xi.

GIATMARA

bermaksud agensi pelaksana yang melaksanakan Program

Kemahiran Pendidikan Vokasional di bawah peruntukan yang disediakan oleh


Kementerian Pendidikan Malaysia.

xii.

PKL bermaksud Bahagian Pembangunan Kurikulum GIATMARA yang menyelia


pelaksanaan program, pembangunan kurikulum dan pentauliahan sijil profesional
kepada peserta.

xiii.

BHP

bermaksud

Bahagian

Hal

Ehwal

Pelatih

GIATMARA

yang

bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal dan rekod peserta.


xiv.

KEW

bermaksud

Bahagian

Kewangan

GIATMARA

yang

menguruskan

peruntukan kewangan dan urusan bayaran pelaksanaan program.


xv.

PGN bermaksud Pengarah GIATMARA Negeri yang membantu menyelaras


program di peringkat negeri.

xvi.

PPGN bermaksud Pejabat Pengarah GIATMARA Negeri.

xvii.

GM bermaksud GIATMARA yang terlibat dalam melaksanakan Program


Kemahiran Pendidikan Vokasional.

xviii.

PMP ialah singkatan untuk Pegawai Mengawal Pusat.

xix.

TENAGA PENGAJAR DALAMAN bermaksud tenaga pengajar GIATMARA yang


bertanggungjawab untuk melaksanakan PKPV mengikut dokumen kurikulum sedia
ada.

xx.

TENAGA PENGAJAR LUARAN bermaksud individu luar yang dilantik sebagai


pengajar Matapelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) kepada peserta mengikut modul
yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

xxi.

ENTITI PERNIAGAAN bermaksud syarikat, bengkel, perusahaan, industri dan


seumpamanya yang mempunyai kelengkapan dan kesanggupan untuk memberikan
latihan sambil bekerja kepada peserta.

2 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

B.

PROGRAM KEMAHIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

1.

PENDAHULUAN

Program Pendidikan Vokasional adalah program kolaboratif di antara GIATMARA dan KPM
yang menggunakan pendekatan apprenticeship. Program ini ditawarkan kepada lepasan
pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Penilaian Tahap 3 (PT3) yang merangkumi
latihan kemahiran, MPAK, SPM dan latihan industri di seluruh GM terlibat.

2.

OBJEKTIF PROGRAM

2.1

Mempertingkatkan enrolmen pelajar aliran vokasional menerusi Program Kemahiran


Pendidikan Vokasional di GIATMARA.

2.2

Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang


akademik

menerokai bidang kemahiran sebagai satu pendekatan transformasi

pendidikan vokasional.

2.3

Memberi latihan persediaan kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan


sebenar menerusi latihan industri.

2.4

Meningkatkan bilangan tenaga mahir dan separuh mahir bagi memenuhi keperluan
industri negara.

3.

KUMPULAN SASAR

Pelajar-pelajar yang telah menduduki PMR / PT3 dan keutamaan diberikan kepada pelajar
yang tidak memperolehi pencapaian yang baik dalam bidang akademik.

4.

PROGRAM

4.1

Konsep latihan

PKPV yang dilaksanakan di GM wajib merangkumi empat aspek iaitu latihan


kemahiran, MPAK, SPM dan latihan industri. Konsep pelaksanaan adalah
berdasarkan kepada konsep apprenticeship dan peserta wajib mengikuti kesemua

3 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

aspek yang dinyatakan. Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah


menggunakan DK GIATMARA.
4.2

Peruntukan Kewangan

Peruntukan melaksanakan PKPV diterima daripada KPM dan disalurkan ke GM


melalui KEW.

4.3

Tempat latihan

Pelaksanaan PKPV adalah berdasarkan kemudahan yang dimiliki oleh GM yang


melibatkan kursus hard trade dan soft trade di seluruh Malaysia.
4.4

Jangkamasa latihan

Jangkamasa PKPV ditetapkan selama dua tahun. Tempoh latihan kemahiran, MPAK
dan latihan industri bagi tahun pertama dan kedua adalah 3 bulan latihan kemahiran,
3 bulan MPAK dan 6 bulan latihan industri. Walaubagaimanapun jangkasama latihan
dibenarkan untuk diubahsuai mengikut kesesuaian masa dan mencapai matlamat
yang ditetapkan.
4.5

Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar yang terlibat dalam PKPV adalah seperti berikut :

4.5.1

Latihan Kemahiran
Tenaga Pengajar Dalaman mengikut bidang kursus masing-masing.

4.5.2

MPAK
Tenaga Pengajar Luaran yang dilantik mengikut bidang matapelajaran
masing-masing.

4.6

Syarat am peserta

4.6.1

Bumiputera;

4.6.2

Umur 15 tahun ke atas;

4 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

4.7

4.6.3

Sihat tubuh badan;

4.6.4

Telah menduduki PMR / PT3;

4.6.5

Berminat dalam bidang yang dipohon.

Sijil

4.7.1

Sijil Profesional GIATMARA


Setiap peserta yang berjaya menamatkan PKPV akan dianugerahkan Sijil
Profesional GIATMARA mengikut kursus yang diikuti.

4.7.2

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)


Setiap peserta PKPV di GM yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) akan didaftarkan
mengambil SKM berdasarkan tahap yang diperakui iaitu bergantung kepada
kelulusan JPK dalam melaksanakan PKPV.

4.7.3

SPM
Peserta adalah diwajibkan menduduki peperiksaan SPM di mana
pendaftaran dan sijil peserta akan diuruskan oleh pihak KPM.

5.

KAEDAH PELAKSANAAN

5.1

Hebahan

KPM membuat penyebaran mengenai PKPV kepada orang ramai mengikut cara dan
sumber bersesuaian menerusi :

5.1.1

Media cetak;

5.1.2

Media elektronik;

5.1.3

Konvensional
5.1.3.1

Pegawai Pelajaran Daerah (PPD);

5.1.3.2

Pengetua-pengetua sekolah;

5 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

5.2

5.1.3.3

Kaunselor-kaunselor sekolah;

5.1.3.4

Lain-lain yang berkenaan.

Permohonan oleh peserta

5.2.1

Permohonan dibuka menerusi laman web http://www.moe.gov.my yang


diselia oleh pihak KPM.

5.2.2

Peserta perlu mendaftar dengan mengisi borang permohonan di dalam


laman web tersebut dan menyatakan GM serta bidang yang dipilih.

5.2.3

Peserta

yang

memohon

secara

terus

di

GM

perlu

didaftarkan

menggunakan tatacara yang ditetapkan oleh pihak KPM bergantung


kepada tempoh yang dibenarkan.
5.3

Pemilihan peserta

5.3.1

Peserta yang dipilih hendaklah menepati syarat-syarat am peserta dan


keutamaan diberikan kepada kumpulan sasaran.

5.3.2

Pemilihan peserta PKPV yang menepati syarat kelayakan akan dilakukan


oleh KPM dan senarai nama yang terpilih akan diserahkan kepada
GIATMARA bagi proses temuduga. Proses temuduga dan pemilihan peserta
adalah tanggungjawab GIATMARA sepenuhnya.

5.3.3

Bilangan peserta bagi sesuatu kursus boleh dibuat pelarasan oleh pihak
PGN dan sekiranya terdapat isu berbangkit tentang bilangan permohonan
hendaklah dimaklumkan kepada pihak PKL.

5.4

Sebelum program

GM dan PGN bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara berikut :


(Rujuk Carta Alir 11.1)

5.4.1

Perancangan Pelaksanaan PKPV oleh PGN

6 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

5.4.1.1

Perlantikan Tenaga Pengajar Luaran bagi melaksanakan MPAK di


peringkat negeri.

5.4.1.2

Merancang jadual pelaksanaan PKPV melibatkan GM di bawah


seliaan PGN mengikut keperluan.

5.4.2

Perancangan jadual latihan oleh GM


Perancangan jadual latihan oleh GM dalam melaksanakan PKPV bagi
kursus enam (6) bulan dan dua belas (12) bulan mengikut DK GIATMARA.

5.4.3

Pengendalian temuduga peserta oleh GM


GM perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Murid (JKPM) bagi tujuan
pemilihan peserta berdasarkan senarai permohonan yang telah dipilih oleh
KPM.

5.4.4

Penawaran menyertai program kepada pemohon


GM melakukan penawaran menggunakan dokumen KP.BPTV.620-1/1/1/3
( IC ) kepada pemohon yang berjaya melalui laman sesawang KPM. GM
dibekalkan nama dan kata laluan oleh pihak KPM dan hanya boleh diakses
oleh pegawai bertanggungjawab sahaja.

5.4.5

Mengenalpasti entiti perniagaan


Pihak GM perlu mengenalpasti industri / syarikat bagi melaksanakan
latihan industri dan

menentukan bilangan peserta yang boleh diterima

oleh entiti perniagaan.

5.5

Semasa program
(Rujuk Carta Alir 11.2 dan Carta Alir 11.3)

Pihak GM bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara berikut :

5.5.1

Menguruskan pendaftaran peserta


5.5.1.1 Menerima dokumen-dokumen pendaftaran (Borang PT, Borang
TED4, Borang TED5 dan Borang Perakuan Penjaga) daripada
peserta yang telah

lengkap diiisi dan disimpan di GM sebagai

rujukan;

7 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

5.5.1.2 Mewujudkan fail peribadi peserta sepertimana amalan yang


dilaksanakan kepada pelatih sepenuh masa;

5.5.1.3 Menerima pembayaran pembelian t-shirt GIATMARA daripada


peserta bagi dua (2) pasang t-shirt berjumlah RM 50.00 (berbentuk
money/postal order) seterusnya dimajukan bersama-sama Borang
Tempahan T-Shirt Latihan (GM/BHP/TSHIRT-PV-03) kepada BHP
untuk tindakan selanjutnya;

5.5.1.4 Memaklumkan senarai nama peserta yang mendaftar kepada BHP


dan sesalinan ke

PGN menggunakan Borang Makluman

Pendaftaran (GM/BHP/DAFTAR-PV-01);

5.5.1.5 Menyediakan senarai peserta kepada BHP menggunakan Borang


Senarai Peserta (GM/BHP/INSURAN-PV-02) untuk perlindungan
insuran.

5.5.2

Mengurus pertukaran peserta


5.5.2.1 Pertukaran peserta bermaksud terdapat permohonan pertukaran
dari GM ke sekolah harian atau dari satu GM ke GM yang lain;

5.5.2.2 GM perlu menguruskan pertukaran peserta mengikut prosedur yang


ditetapkan menggunakan Borang PSKVT (Pind:2014). Rujuk carta
alir 11.3 proses pertukaran peserta.

5.5.3

Mengurus minggu serasi


5.5.3.1 Minggu serasi hendaklah diadakan oleh pihak pengurusan GM
sebagai pendedahan kepada peserta berkaitan konsep program
PKPV yang dilaksanakan di GM;

5.5.3.2 Pelaksanaan minggu serasi peserta diadakan pada minggu


pertama pengambilan baru setiap kohort.

5.5.4

Merekod dan memantau kehadiran peserta ketika latihan di GM


5.5.4.1 Memastikan peserta hadir mengikut waktu dan jadual yang
ditetapkan;

8 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

5.5.4.2 Kehadiran peserta ke kelas adalah wajib dan perlu direkodkan ke


dalam

Rekod

Kehadiran Peserta (GM/BHP/KEHADIRAN-PV-

04(a) dan (b));

5.5.4.3 Pembelajaran MPAK menggunapakai rekod kehadiran peserta yang


sama dan diselia oleh Tenaga Pengajar Luaran;

5.5.4.4 Rekod kehadiran peserta bagi kelas latihan kemahiran dan MPAK
hendaklah disahkan oleh Pengurus GM bagi tujuan pembayaran
elaun.

5.5.5

Laporan bulanan peserta


5.5.5.1 GM perlu menyediakan laporan bulanan peserta menggunakan
borang GM/BHP/LAPORAN GM-PV-05(a) dan dihantar ke PGN
bagi pengumpulan dan PGN perlu menyediakan laporan bulanan
peserta menggunakan borang GM/BHP/LAPORAN PGN-PV-05(b)
seterusnya dihantar ke BHP sebelum 7hb bulan berikutnya;

5.5.5.2 Laporan yang disediakan adalah berdasarkan jumlah peserta sedia


ada dan perlu disahkan oleh PMP dan PGN iaitu mengikut borang
ditetapkan.

5.5.6

Mengurus peserta ketika latihan industri


5.5.6.1 Pengurus GM hendaklah menguruskan penempatan semua peserta
ke latihan industri menggunakan dokumen Surat Penempatan
Latihan Industri (GM/BHP/LI-PV-01). Entiti perlu melengkapkan
Borang Persetujuan Penempatan (GM/BHP/LI-PV-02) peserta
latihan industri sebelum peserta memulakan latihan industri dan
borang tersebut disimpan di dalam fail peribadi peserta;

5.5.6.2 Kehadiran peserta di latihan industri perlu direkodkan dan disahkan


oleh penyelia peserta di industri menggunakan Rekod Kehadiran
Peserta (GM/BHP/KEHADIRAN-PV-04(a) dan (b)) sepertimana
amalan ketika peserta menghadiri kelas kemahiran dan MPAK;

5.5.6.3 Mengagihkan buku log latihan industri kepada peserta dan perlu
disahkan oleh Pegawai Pemantau.

Pegawai Pemantau terdiri

9 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

daripada anggota kerja yang dilantik oleh PMP GM berkenaan.


Buku log akan diedarkan oleh BHP kepada PGN mengikut
permohonan;

5.5.6.4 Pemantauan adalah sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam tempoh


latihan industri;

5.5.6.5 Pihak industri/syarikat adalah bertanggungjawab menyediakan


laporan penilaian prestasi peserta dan perlu diserahkan laporan
tersebut kepada pegawai pemantau (Rujuk Laporan Penilaian
Prestasi Latihan Industri - GM/BHP/LI-PV-03) atau dilaporkan
kepada GM berkaitan sebelum 7 haribulan bulan berikutnya (2
bulan sekali).

5.5.7

Menguruskan aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain program

5.5.7.1 Peserta

PKPV

adalah

layak

untuk

dilantik

sebagai

ahli

jawatankuasa Badan Perwakilan Pelatih (BPP) di GM;

5.5.7.2 Setiap aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan oleh GM perlu


melibatkan peserta PKPV tanpa sebarang pengecualian;

5.5.7.3 Peserta PKPV juga boleh dipertimbangkan untuk menyertai


pertandingan kemahiran atau inovasi yang dianjurkan oleh pihak
tertentu.

5.5.8

Mengurus pensijilan peserta

5.5.8.1 Senarai nama peserta hendaklah disediakan menggunakan borang


yang ditetapkan secara manual iaitu dengan merujuk kepada Buku
Panduan Sistem Penilaian GCPA seterusnya diserahkan kepada
PKL untuk proses pengeluaran sijil.

5.5.8.2 Pengeluaran Sijil Profesional GIATMARA kepada peserta adalah


mengikut tatacara yang diamalkan pihak GIATMARA.

10 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

5.5.8.3 Lain-lain sijil yang dikeluarkan kepada peserta adalah tertakluk


kepada kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat
GIATMARA.
5.6

Susulan Selepas Tamat Program


(Rujuk Carta Alir 11.4)

5.6.1

Mengenalpasti perkembangan peserta selepas tamat latihan dan menilai


keberkesanan program yang dilaksanakan.

5.6.2

Susulan peserta

GM bertanggungjawab menguruskan perkara-perkara seperti berikut :

5.6.2.1 Membuat susulan/lawatan ke rumah/premis perniagaan peserta.

5.6.2.2 Lain-lain cara dan kaedah yang difikirkan sesuai mengikut keadaan
semasa.

5.6.2.3 Maklumat susulan yang diterima berkenaan peserta hendaklah


diselia diperingkat GM menggunakan Borang Susulan Peserta
(GM/BHP/SUSULAN-PV-06) dan dimaklumkan kepada PGN dan
BHP bagi tujuan pengumpulan rekod.

5.6.2.4 Susulan dilakukan 6 bulan selepas tamat program atau bergantung


kepada keperluan.

11 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

6.

KEWANGAN

6.1

Peruntukan bagi menjalankan program ini disalurkan oleh KPM melalui KEW.

6.2

Penyaluran peruntukan kepada semua GIATMARA adalah mengikut bilangan pelajar


yang mendaftar di GM masing - masing berdasarkan data BHP.

6.3

Peruntukan dan perbelanjaan PKPV hendaklah direkod pada helaian baru dalam
buku vot sedia ada dan sentiasa dikemaskini bagi memudahkan rujukan GM.

6.4

Peruntukan PKPV adalah seperti berikut:

6.4.1

Bayaran semasa pendaftaran (dibayar oleh peserta);

PERKARA

KETERANGAN

JUMLAH (RM)

T-SHIRT

2 helai x RM25.00

50.00

6.4.1.1 GM menerima Money Order/Postal Order berjumlah RM50.00


atas nama GIATMARA SDN BHD daripada peserta bagi bayaran TShirt semasa sesi pendaftaran.
6.4.1.2 Money Order/Postal Order yang diterima hendaklah disenaraikan
beserta saiz T-Shirt pelajar dan dihantar ke BHP untuk tujuan
tempahan T-Shirt dan rekod pengambilan pelajar.

6.4.1.3 Peruntukan bagi tempahan T-Shirt akan disalurkan kepada PPGN


mengikut bilangan pelajar yang mendaftar.

Tempahan T-Shirt

dilaksanakan oleh PPGN atau secara pembelian berpusat oleh BHP


sekiranya terdapat keperluan.

12 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

6.4.2

Peruntukan semasa latihan di GIATMARA bagi tempoh setahun;

:BIL.

PERKARA

JUMLAH (RM)

INSURANS

50.00

*PENDAFTARAN SKM (Sehingga Tahap 2)

200.00

KO KURIKULUM & SUKAN (ESR)

100.00

ELAUN MAKAN MINUM

1,200.00

(RM10.00 x 20 hari x 6 bulan)


5

6
7

PENGURUSAN PELAJAR (Dokumentasi, Fail

50.00

Pelajar)
**ELAUN TENAGA PENGAJAR MPAK

RM26,880.00

(12 jam x 28 minggu x RM80.00/jam)

BAHAN LATIHAN (Mengikut Norm Kursus)

* Peruntukkan diberikan secara one off


**Peruntukan adalah bagi setiap GIATMARA

6.4.2.1

Insurans
6.4.2.1.1

Perlindungan insurans diuruskan oleh BHP secara


berpusat dengan melantik agen insurans bagi PKPV.

6.4.2.1.2

Pendaftaran insurans adalah bagi tempoh 1 tahun


merangkumi 6 bulan latihan di GIATMARA dan 6 bulan
latihan industri di entiti perniagaan.

6.4.2.1.3

Sekiranya berlaku kemalangan, GM perlu menghantar


maklumat lengkap kepada BHP untuk urusan tuntutan
kepada agen insurans.

6.4.2.1.4

Kenaan kod bagi bayaran insurans (diuruskan oleh Ibu


pejabat) adalah seperti berikut:

6.4.2.2

DANA

AKTIVITI

PUSAT

KOD OBJEK

KPM

PKV

PPP

41121

Pendaftaran SKM
6.4.2.2.1

Bagi Program/Kursus yang menawarkan SKM, GM


adalah bertanggungjawab menguruskan pendaftaran

13 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

peserta

sebagai

pentauliahan

GM

calon

SKM

oleh

mengikut

Jabatan

tahap

Pembangunan

Kemahiran.

6.4.2.2.2

Bayaran

pendaftaran

dibuat

melalui

pesanan

pembelian (PO) atas nama Ketua Pengarah Jabatan


Pembangunan Kemahiran dan dihantar

kepada

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) oleh pihak


GM.

6.4.2.2.3

GM bertanggungjawab memastikan bayaran dijelaskan


setelah pesanan pembelian dikembalikan bersama
invois oleh JPK mengikut tatacara pembayaran sedia
ada.

6.4.2.2.4

Bayaran pendaftaran SKM hendaklah dikenakan ke


atas kod seperti berikut:

6.4.2.3

DANA

AKTIVITI

PUSAT

KOD OBJEK

KPM

PKV

PPP

52199

Ko Kurikulum & Sukan


6.4.2.3.1

Setiap peserta diperuntukkan RM100.00 setahun


untuk membiayai aktiviti ko kurikulum & sukan
menggunakan akaun Extra Skills And Recreational
(ESR) semasa menjalani latihan di GIATMARA.

6.4.2.3.2

Peruntukan ESR akan disalurkan terus ke akaun ESR


GM masing-masing mengikut bilangan peserta.

6.4.2.3.3

Perolehan dan bayaran bagi aktiviti ko kurikulum


melalui akaun ESR adalah tertakluk kepada pekeliling
ESR sedia ada. Rujuk Garis Panduan Pengendalian
Panjar ESR Pusat GIATMARA.

14 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

6.4.2.3.4

Perbelanjaan ESR hendaklah dikenakan kepada kod


perbelanjaan ESR sedia ada seperti dibawah:

DANA

AKTIVITI

PUSAT

KOD OBJEK

001

128

*PPP

**xxxxx

*PPP: Kod Pusat


**xxxxx : Kod objek berkaitan

6.4.2.3.5

Semua peruntukan ESR hendaklah dibelanjakan


sepanjang tempoh peserta menjalani latihan di GM.

6.4.2.4

Elaun Makan Minum Semasa di GIATMARA


6.4.2.4.1

Setiap pelajar dibayar RM200.00 sebulan dan bayaran


hendaklah diterima oleh pelajar sebelum 10hb bulan
berikutnya.

6.4.2.4.2

Bayaran melalui Panjar Perkhidmatan GIATMARA


masing masing.

6.4.2.4.3

Baucer

bayaran

hendaklah

disertakan

dokumen

seperti berikut setiap kali bayaran dibuat:


6.4.2.4.3.1

Salinan surat tawaran KPM;

6.4.2.4.3.2

Salinan penerimaan tawaran (borang


PT);

6.4.2.4.3.3

Salinan kad pengenalan peserta;

6.4.2.4.3.4

Jadual kawalan bayaran (GM/KEW-PV01);

6.4.2.4.3.5

Salinan

rekod

kehadiran

peserta

mengikut bulan.

6.4.2.5 Bagi peserta yang tidak menghadiri latihan, pemotongan elaun


berjumlah RM6.60/hari hendaklah dibuat menggunakan Borang
Pemotongan Elaun (GM/KEW-PV-02).

6.4.2.6 Kod bagi bayaran elaun makan minum adalah seperti berikut:

DANA

AKTIVITI

PUSAT

KOD OBJEK

KPM

PKV

PPP

41110

15 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

6.4.3

Bayaran lain-lain
6.4.3.1 Setiap pelajar diperuntukkan RM50.00 setahun bagi bayaran lainlain seperti fail, portfolio dan dokumentasi lain yang diperlukan oleh
peserta sepanjang menjalani latihan di GM.

6.4.3.2 Perolehan bagi bayaran lain-lain adalah tertakluk kepada tatacara


perolehan sediada.

6.4.3.3 Kod bagi bayaran pengurusan pelajar adalah seperti dibawah:

6.4.4

DANA

AKTIVITI

PUSAT

KOD OBJEK

KPM

PKV

PPP

27101

Elaun Pengajar MPAK


6.4.4.1 Elaun pengajar MPAK dibayar secara bulanan melalui borang
tuntutan bayaran saguhati

tenaga pengajar luaran

seperti

dilampiran (GM/PKPV/03).

6.4.4.2 Bayaran kepada tenaga pengajar adalah mengikut jumlah jam


mengajar dengan kadar RM80.00 bagi setiap jam.

6.4.4.3 Bagi tenaga pengajar luaran yang terdiri daripada pegawai


kerajaan, jumlah bayaran hendaklah tidak melebihi setengah bulan
gaji hakiki pegawai.

6.4.4.4 Baucar bayaran yang lengkap hendaklah disertakan dokumen


seperti berikut:
6.4.4.4.1

Borang

perlantikan

tenaga

pengajar

luaran

(GM/PKPV/02);
6.4.4.4.2

Salinan penerimaan tawaran (GM/PKPV/02(A));

6.4.4.4.3

Borang tuntutan bayaran saguhati tenaga pengajar


luaran (GM/PKPV/03);

6.4.4.4.4

Jadual harian mengajar MPAK.

16 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

6.4.4.5 Kod bagi bayaran elaun tenaga pengajar adalah seperti berikut:

6.4.5

DANA

AKTIVITI

PUSAT

KOD OBJEK

KPM

PKV

PPP

29107

Bahan Latihan
6.4.5.1 PMP adalah bertanggungjawab menyediakan bahan latihan yang
diperlukan oleh peserta sepanjang menjalani latihan di GM.

6.4.5.2 Peruntukan bahan latihan diagihkan kepada GM yang terlibat


mengikut norm bahan latihan yang telah ditetapkan.

6.4.5.3 Pesanan Pembelian (PO) bagi bahan latihan PKPV perlu dibuat
dalam PO berasingan dari pembelian bahan latihan pelatih sepenuh
masa. Dokumen sokongan adalah berdasarkan peraturan sedia
ada.

6.4.5.4 Pembelian bahan latihan hendaklah dikenakan kepada kod seperti


berikut:

DANA

AKTIVITI

PUSAT

KOD OBJEK

KPM

PKV

PPP

26805

Semua bayaran bahan latihan hendaklah dijelaskan melalui Panjar


Perkhidmatan GIATMARA masing-masing.

6.4.6

Peruntukan elaun latihan industri


BIL.

PERKARA

JUMLAH
(RM)/BULAN

ELAUN SETIAP PESERTA

300.00

ELAUN ENTITI SETIAP PESERTA

200.00

6.4.6.1 Setiap peserta dibayar elaun RM300.00 sebulan sepanjang


menjalani latihan industri dan bayaran hendaklah diterima oleh
peserta sebelum 10 haribulan bulan berikutnya.

17 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

6.4.6.2 Baucer bayaran yang lengkap hendaklah disertakan dokumen


seperti berikut:
6.4.6.2.1

Surat kebenaran kepada peserta mengikuti latihan


industri daripada PMP;

6.4.6.2.2

Surat perakuan penerimaan peserta oleh entiti; dan

6.4.6.2.3

Pengesahan kehadiran peserta di entiti perniagaan.

6.4.6.3 Bayaran dijelaskan melalui panjar perkhidmatan GIATMARA


masing-masing.

6.4.6.4 Bagi peserta yang tidak menghadiri latihan industri, pemotongan


elaun

berjumlah

RM9.90

sehari

hendaklah

dilaksanakan

menggunakan borang GM/KEW-PV-02.

6.4.6.5 Kod bagi bayaran elaun latihan industri adalah seperti berikut:

6.4.7

DANA

AKTIVITI

PUSAT

KOD OBJEK

KPM

PKV

PPP

41111

Insentif kepada Entiti Perniagaan


6.4.7.1 Sebagai insentif kepada entiti perniagaan, syarikat akan dibayar
RM200.00 sebulan bagi setiap peserta yang dilatih.

6.4.7.2 Baucer bayaran yang lengkap hendaklah disertakan dokumen


seperti berikut:
6.4.7.2.1

Surat tuntutan oleh entiti (GM/KEW-PV-03);

6.4.7.2.2

Pendaftaran syarikat; dan

6.4.7.2.3

Salinan

surat

penempatan

latihan

industri

(GM/BHP/LI-PV-01).

6.4.7.3 Bayaran

kepada

entiti

hendaklah

dijelaskan

melalui

panjar

perkhidmatan GM.

18 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

6.4.7.4 Kod bagi bayaran insentif Entiti Perniagaan adalah seperti berikut:

6.5

DANA

AKTIVITI

PUSAT

KOD OBJEK

KPM

PKV

PPP

41125

Permohonan imbuhan bagi semua bayaran PKPV hendaklah dibuat di dalam helaian
buku tunai yang berasingan dari belanja mengurus sedia ada.

6.6

Helaian buku tunai PKPV dan belanja mengurus hendaklah dibuat di dalam borang
lungguk yang sama sekiranya penutupan dilakukan dalam waktu yang sama.

19 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

7.

PENTAKSIRAN PKPV

7.1

Kemahiran

Pentaksiran dalam bidang kemahiran adalah berdasarkan sistem penilaian GCPA


yang diamalkan di GIATMARA. Walaubagaimanapun pentaksiran dilaksanakan
secara manual di mana borang pentaksiran boleh merujuk kepada BUKU PANDUAN
SISTEM PENILAIAN GCPA.

7.2

MPAK

Pentaksiran MPAK adalah berdasarkan garispanduan yang disediakan oleh KPM


atau berpandukan penilaian yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar luaran.

8.

HAD DAN BIDANG KUASA

8.1

GIATMARA

8.1.1

Membuat perancangan dan penetapan jadual Program Kemahiran


Pendidikan

Vokasional yang merangkumi latihan kemahiran, MPAK dan

latihan industri.

8.1.2

Menggunapakai pekeliling dan peraturan sedia ada di GIATMARA ke atas


semua peserta program.

8.1.3

Menyelaras program mengikut prosedur yang ditetapkan.

8.1.4

Menguruskan semua keperluan program dan perbelanjaan yang berkaitan.

8.1.5

Menguruskan bayaran yang berkaitan kepada semua peserta program dan


pihak-pihak yang berkaitan.

8.1.6

Melaksana, memantau dan menyediakan laporan peserta yang mengikuti


latihan industri mengikut jadual yang ditetapkan.

8.1.7

Membuat laporan bulanan kepada Pengurusan GIATMARA tentang status


kehadiran pelatih.

20 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

8.1.8
8.2

8.3

Menyimpan rekod maklumat peserta dan rekod markah kursus peserta.

KPM

8.2.1

Membuat hebahan program dan penyediaan sistem pendaftaran program.

8.2.2

Menyalurkan peruntukan bagi pelaksanaan program mengikut ketetapan.

8.2.3

Memantau pelaksanaan program di GIATMARA dan latihan industri.

8.2.4

Menyediakan modul kurikulum MPAK kepada GIATMARA.

8.2.5

Menguruskan pendaftaran SPM peserta PKPV.

Peserta PKPV

8.3.1

Mengikut terma dan syarat yang ditetapkan semasa mengikuti program.

8.3.2

Menerima dan mengikut arahan dari GIATMARA dari semasa ke semasa.

21 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

9.

SURAT, BORANG DAN DOKUMEN YANG DIGUNAKAN DI DALAM PELAKSANAAN


PROGRAM KEMAHIRAN PENDIDIKAN VOKASIONAL (PKPV)

BIL

NAMA BORANG

NOMBOR RUJUKAN

DOKUMEN
ASAL

SALINAN
KEPADA

9.1

Surat Tawaran
Kemasukan Program

KP.BPTV.620-1/1/1/3 ( IC )

Peserta

GM

9.2

Borang Penerimaan
Tawaran

Borang PT

Peserta

GM

9.3

Borang Perjanjian
Jaminan Tatatertib

Borang TED4

Peserta

GM

9.4

Surat Akuan Kesihatan

Borang TED5

GM

9.5

Borang Pengakuan
Kebenaran Penjaga

Borang Perakuan Penjaga

GM

9.6

Borang Makluman
Pendaftaran

GM/BHP/DAFTAR-PV-01

GM

9.7
9.8
9.9

9.10

Borang Senarai Pelatih


untuk Perlindungan
Insuran
Borang Tempahan T-Shirt
Latihan
Rekod Kehadiran Peserta
(Kelas Kemahiran / MPAK
/ Latihan Industri)

i
ii

ii

BHP

GM/BHP/INSURAN-PV-02

BHP

GM/BHP/TSHIRT-PV-03

BHP

GM/BHP/KEHADIRAN-PV-04(a)
GM/BHP/KEHADIRAN-PV-04(b)

GM

Borang PSKVT (Pind:2014)

9.11 Laporan Bulanan Peserta


ii
Surat Penempatan Latihan

GMN

Borang Permohonan
Pertukaran Peserta

9.12 Industri

GM/BHP/LAPORAN GM-PV05(a)
GM/BHP/LAPORAN PGN-PV05(b)

KPM

PGN

GM

PGN

ii

PGN

ii

BHP

GM/BHP/LI-PV-01

Entiti

9.13 Penempatan Oleh Entiti

GM/BHP/LI-PV-02

GM

Laporan Penilaian
Prestasi Latihan Industri

GM/BHP/LI-PV-03

GM

Borang Persetujuan

9.14

9.15 Borang Susulan Peserta

GM/BHP/SUSULAN-PV-06

GM

GMN

ii

BHP

22 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

Borang MPAK
(Surat GM 400/5/1/11 Jld2
9.16 (6) bertarikh 28 Ogos 2014
adalah berkaitan)

Borang Pentaksiran GCPA

9.17 Manual
9.18 Jadual Kawalan Bayaran
Borang Pemotongan

9.19 Elaun peserta


9.20 Surat Tuntutan Entiti

i
ii

GM/PKPV/01
GM/PKPV/02

i
ii

GM
TPL

iii

GM/PKPV/02 (A)

iii

GM

iv GM/PKPV/03

iv

GM

GM

GM/PKPV/03(I)
Rujuk Buku Panduan Sistem
Penilaian GCPA
GM/KEW-PV-01

i
ii

PGN
PKL

GM

PKL

GM

GM/KEW-PV-02

GM

GM/KEW-PV-03

GM

23 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

10.

PENUTUP

10.1

Program ini adalah satu pendekatan untuk meningkatkan bilangan pelajar di dalam
bidang pendidikan vokasional. Di samping itu, ianya merupakan National Blue
Ocean Strategy dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi peningkatan tahap
kemahiran dan mewujudkan laluan alternatif pelajar yang kurang berjaya dalam
bidang akedemik meneroka peluang pekerjaan.

10.2

Objektif program ini boleh dicapai dengan komitmen semua pihak yang terlibat dan
memastikan peranan serta tanggungjawab masing-masing dilaksanakan.

10.3

Tatacara ini merupakan garis panduan melaksanakan PKPV di mana segala skop
dan pelaksanaan yang digariskan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke
semasa.

10.4

Sekiranya terdapat perkara-perkara yang timbul di luar dari panduan yang


dinyatakan, maka pegawai bertanggungjawab boleh berhubung dengan pihak
urusetia program iaitu Bahagian Pembangunan Kurikulum untuk tindakan lanjut.

24 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

11.

CARTA ALIR

11.1

Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Sebelum


Program)

11.2

Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Semasa


Program)

11.3

Proses Pertukaran GIATMARA Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Semasa


Program)

11.4

Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Selepas


Program)

25 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

Carta Alir 11.1


Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (Sebelum Program)

Mula

Pemohon membuat permohonan


kepada KPM

KPM menerima permohonan dan


membuat tapisan peserta
temuduga

GM menjalankan temuduga

Gagal temuduga

Keputusan
Temuduga
Berjaya temuduga
Penawaran menyertai program
secara online

Tolak

Jawapan
pemohon
Terima
Peserta mencetak surat tawaran
untuk pendaftaran

Tamat

26 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

Carta Alir 11.2


Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional
(Semasa Program)

Mula

Peserta membuat pendaftaran di


GM

GM menghantar Borang Makluman


Peserta Berdaftar kepada BHP

GM mewujudkan fail peribadi


peserta dan menguruskan perkaraperkara berkaitan

Pelatih menjalani Latihan Kemahiran


dan MPAK di GM selama 6 bulan
untuk tahun pertama dan kedua

berhampiran
Pelatih menjalani Latihan Industri
selama 6 bulan untuk tahun pertama
dan kedua

Laporan bulanan peserta PKPV


dihantar kepada PGN dan PGN
hantar kepada BHP

Tamat

27 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

Carta Alir 11.3


Proses Pertukaran GIATMARA Program Kemahiran Pendidikan Vokasional
(Semasa Program)

Mula

Sesi Kaunseling
SESI KAUNSELING
MINIMUM 3 KALI
Isi Borang Permohonan Pertukaran
yang lengkap, Laporan Kaunseling
& Pengesahan Pengarah

Hantar Ke BPTV(KPM)

PROSES DALAM MASA


10 HARI (SELEPAS
TERIMA)

Keputusan
Pertukaran

Gagal
Rayuan

Lulus
Lulus
Surat Kelulusan
Pertukaran ke
Institusi/Pemohon/JPN

Keputusan

Gagal

PENDAFTARAN DI
INSTITUSI/JPN
Tamat

28 of 29

Prosedur Standard (Standard Operating Procedure) GIATMARA Sendirian Berhad


Program Kemahiran Pendidikan Vokasional (PKPV)

Carta Alir 11.4


Pengurusan Pelaksanaan Program Kemahiran Pendidikan Vokasional
(Selepas Program)

Mula

GM membuat susulan, enam bulan


selepas tamat program

Laporan susulan dihantar kepada


PGN dan BHP

Analisa laporan oleh BHP

BHP memaklumkan hasil analisa


laporan kepada GIATMARA dan
KPM

Tamat

29 of 29

You might also like