Perayaan Di Maysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun

kaum. Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum
adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada
sesuatu masa dahulu.
Di negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis perayaan disambut pada sepanjang
tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini. Antaranya ialah
Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.
HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama


Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan
Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan
mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib
dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari
Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan
dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka
akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung
( BERMAAFAN DI HARI RAYA )
TAHUN BARU CINA
Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang
menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada
12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga,
ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi
signifikan dan tuahnya tersendiri
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan
bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli
kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'Angpau' kepada saudara mara dan
sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang
berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan sejumlah wang.
Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa
merayakan Tahun Baru Cina
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah
dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut.
Penutup kepada perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.

( Pemberian Ang pau )


PERAYAAN TADAU KEAMATAN
Merupakan perayaan masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada
bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk
menyambut perayaan Tadau Kaamatan mereka menyediakan kuihmuih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya diadakan selama dua
malam berturut-turut. Kebiasaannya malam pertama diadakan
upacara magavau atau pemujaan semangat padi yang diketuai
oleh bobohigan dan beberapa orang pembantunya. Pada malam
kedua, upacara habot iaitu beras yang diperam diberikan kepada
'bobohigan' sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu
akan dihiburkan dengan tarian Sumazau dan Megalang sambil
meminum air tapai.
KRISMAS
Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati
kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas
yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah akan
diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut. Christmas Carol
dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan
rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya.
Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak
tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur,
mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana
perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi gerejagereja untuk upacara sembahyang.

PERAYAAN GAWAI DAYAK


Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap
tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan
disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai
Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan
upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan
umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu
dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun,
tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang
menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering
digunakan untuk mendirikan rumah panjang.

DEEPAVALI
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap
bernama 'Aippasi pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan
pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan
mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan
dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang
di rumah atau dikuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya,
surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama
apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, Rangoli
iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu
di hadapan rumah.

Tuesday, 6 December 2011 1 comments


Kepentingan Perayaan
Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru
Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut
suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini
menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada
banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.
Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan
hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap
perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan
yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan
memang mampu meningkatkan interaksi kaum.
Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masingmasing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan
tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul
sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang
budaya kaum yang lain.
Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong
asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum
berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak
bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh
kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan
begitu mudah.
Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa
yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama.

Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni
akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.
Posted by ieda_amie at 04:29

Tuesday, 18 October 2011 0 comments


Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum.kebiasanya, sesuatu perayaan itu disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun
kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku
pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan disambut berdasarkan agama
yang dianuti.
Di negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,terdapat
pelbagai jenis perayaan untuk disambut pada setiap tahun.Negara Malaysia yang
terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu kaum Melayu,Cina dan India pastinya
berpeluang untuk menyambut perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya
Korban, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.Di samping itu,masyarakat
negara ini mengamalkan amalan berkongsi "perayaan" dan menghormati perayaan
kaum lain.
Tambahan pula,melalui perkongsian perayaan, perpaduan dan kesepakatan masyarakat
di negara kita sedikit sebanyak dapat diutuhkan.Langkah ini juga menyumbang
kepada Malaysia untuk terus membangun dan menuju kearah maju dan
makmur.Sememangnya, Malaysia merupakan negara yang unik dengan
masyarakatnya yang berbilang kaum dan bangsa.Malaysia bukan setakat sahaja terdiri
daripada kaum utama seperti Melayu,Cina dan India,malahan Malaysia juga diduduki
oleh kaum-kaum minoriti seperti Kadazan, Iban dan sebagainya.
Kami akan mengecilkan skop kami dan memokus kepada tiga kaum utama di negara
ini iaitu kaum Melayu, Cina dan India.Setiap daripada kaum ini mempunyai pelbagai
keunikan dalam menyambut perayaan masing-masing.Untuk memberi penjelasan
secara lebih terperinci,khasnya kepada pengunjung blog kami,pihak kami telah
menyediakan huraian yang lebih mendalam bagi setiap perayaan yang disambut oleh
ketiga-tiga kaum tersebut.
4Mawar 4:59 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Perayaan Kaum Melayu- HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut oleh
umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun begitu, kita akan lebih
memfokuskan sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut selepas
bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama sebulan.
Mari kita mengkaji dengan lebih dekat lagi tentang perayaan ini.
Persediaan & Perlaksanaannya
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan
tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah
akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya
juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri
akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari
sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

4Mawar 4:53 AM 1 comment:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Perayaan Kaum Cina- Perayaan Tahun Baru


Cina

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat
Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian cheongsam , ia menjadi
simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum
hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan
segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan
bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan
kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang
menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu
Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang
sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi
zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus,
monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa
mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

4Mawar 4:49 AM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Perayaan Kaum Cina-2)Chap Goh Mei

Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak kurang pentingnya. Ia adalah
hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut
"Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada
hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini.
Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China
diperintah oleh Dinasti Han.
Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu
kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng
memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepitepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti
gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih
ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam
pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh
bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi
kebudayaan dan keagamaan.

4Mawar 4:47 AM 1 comment:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Perayaan Kaum Cina- 3)Hari Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan Kuih

Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan
Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada
malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih
Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau
kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang
diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur.
Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja
Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Menurut cerita dongeng, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit. Cahaya matahari
yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering tersejat dan rakyat jelata
menghadapi ancaman maut.
Ada seorang pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong zaman Dinasti Xia, iaitu pada tahun 2070
hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi yang mempunyai kuasa misteri dan pandai
memanah. Baginda dengan gagah beraninya memanah jatuh 9 daripada 10 buah matahari itu. Rakyat
jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari ancaman maut.
Permaisuri Hou Yi, bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi
memperoleh ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Wangmuniangniang, Permaisuri Maha Kuasa
di langit. Katanya, orang yang makan ubat panjang umur itu segera akan menjadi dewa atau dewi dan
terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka baginda tidak
memakan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada permaisurinya Chang E untuk disimpan.
Peristiwa itu ternampak oleh Peng Meng, seorang pengikut Hou Yi. Ketika Hou Yi keluar, Peng
Meng telah pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang umur itu
kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, lalu dia memakan
ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang dari bumi ke bulan serta-merta.
Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang yang sedang menangis telah memberitahukan hal
yang berlaku itu kepadanya. Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permairurinya di bulan.
Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang permaisurinya yang
bergerak di bulan pun dapat dilihatnya. Hou Yi berdoa untuk permaisurinya Chang E di bulan dengan
meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.
Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramai-ramai
berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang E di bulan menganugerahkan
keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, berdoa pada bulan pada hari ke-15,
bulan 8 menurut kalendar China telah menjadi tradisi rakyat China. Itulah Pesta Kuih Bulan.
Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan ini
di China, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam Pesta Kuih Bulan
ini. Pada Pesta Kuih Bulan, iaitu malam 15 haribulan bulan 8 menurut kalendar China, anggota
keluarga orang China akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama
yang indah sambil makan kuih bulan yang enak.
Cara pelbagai etnik China merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga berbeza-beza. Masyarakat etnik
Zhuang China merayakan Pesta Kuih Bulan dengan menyembahyangkan bulan dengan
menghidangkan samsu. Para gadisnya pula memasang tanglung yang cantik dan meletakkannya di
permukaan air sungai dan tasik untuk berdoa agar mendapat kebahagiaan sepanjang hayat. Rakyat
etnik Korea merayakannya dengan memalu gendang panjang dan menari berramai-ramai. Teruna
etnik Dong pula akan bersiar-siar dan mengutarakan perasaan cinta mereka kepada kekasih masing-

masing. Manakala pemuda-pemudi etnik Dai akan melepaskan tembakan senapang ke udara, minum
samsu dan bernyanyi bersama-sama. Mereka juga akan memilih kekasih dengan peluang ini.
Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan
perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi Pesta Kuih
Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengeratkan hubungan antara anggota
keluarga dan sanak saudara serta berdoa untuk memohon restu dan kebaikan.

4Mawar 4:46 AM No comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Perayaan kaum india- Perayaan Deepavali

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan
"Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam
kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.

Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa
kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Sambutan Perayaan di Malaysia


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di
seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai pesta
cahaya disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.
MitosHariDeepavali
Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan
Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk kampong telah
meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta.
Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana
Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersamasama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para
penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos,
tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India
beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya
menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka .
Malam Sebelum Perayaan Deepavali
Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga.
Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas
kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada
malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.
MemasangVilakku
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli
keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu vilakku adalah sejenis pelita tradisi
yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya
lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu
Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu
tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
Kolam atau Rangoli

Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini


Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam atau rangoli iaitu hiasan lantai
yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolam ini
dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat
kesejahteraan.
Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah,
tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya
bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak
hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia
Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang
dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk
rumah mereka.
Persiapan Di Pagi Hari Deepavali

Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu
sebelum matahari terbit.
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan
kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan
pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak
bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas
kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.
Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan
diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan
perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan
kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan
mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Manisan dan Juadah Deepavali
Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India
tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India,
manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan.
Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang
berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan
dialu-alukan.
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah Sari
untuk kaum wanita dan Dhoti untuk kaum lelaki.

Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan
laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali.
Antaranya ialah aloogobi iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala
bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan
adivasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih
tradisional orang India.
Pakaian Tradisional Deepavali

Upacara Sembahyang
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara
penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk
mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal
dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan
Prasad sebelum pulang ke rumah.

Blog Archive

2012 (9)
May (9)

Apakah itu perayaan

Perayaan Kaum Melayu- HARI RAYA AIDILFITRI

Perayaan Kaum Cina- Perayaan Tahun Baru Cina

Perayaan Kaum Cina-2)Chap Goh Mei

Perayaan Kaum Cina- 3)Hari Kuih Bulan

Perayaan kaum india- Perayaan Deepavali

Perayaan Krismas

Perayaan Tadao Kaamatan

Perayaan Gawai

Penganut Kristian telah dibiasakan menerima bahawa Krismas dan Easter adalah sebahagian
daripada tradisi Kristian. Hakikatnya: Kedua-duanya bukan Kristian tetapi sebaliknya berpunca
daripada kultus-kultus misteri, Saturnalia, sistem penyembahan dewi Ibu dan pemujaan dewa
Matahari. Kedua-duanya bertentangan secara langsung dengan hukum-hukum Tuhan dan sistemNya.
Lebih penting lagi, terdapat perayaan-perayaan lain yang diperintahkan Alkitab yang juga tidak
dirayakan. Juga, Sabat yang diperintahkan oleh perintah hukum keempat tidak dipelihara tetapi
sebaliknya hari Minggu dipelihara sebagai gantinya. Bagaimanakah ini terjadi? Bagaimana asalusulnya? Adakah ia berunsurkan Alkitab dan adakah ia berciri Kristian? Jawapan-jawapannya
terdapat di dalam sejarah, dan sungguh menakjubkan.
Terdapat satu perayaan yang dirayakan pada bulan Disember di Rom. Ianya perlu untuk sebarang
pemahaman mengenai apa yang berlaku semasa Krismas. Perayaan tersebut digelarkan sebagai
Saturnalia. Ia merupakan perayaan ).Ivy juga suci bagi Attis dan imam-imamnya yang dikembiri
dipasangkan tatu simbol daun ivy .Buah-buah pain digunakan untuk menghasilkan sejenis wain yang
digunakan di dalam upacara-upacara liar Cybele, yang pada dasarnya serupa dengan pesta-pesta liar
Dionysius dan Strabo telah membandingkannya . Pada pesta Thesmophoria, buah-buah ini dibuang
bersama bab..-bab.. serta lain-lain agen atau lambang kesuburan ke dalam kubah-kubah keramat
Demeter untuk tujuan menambahkan kesuburan tanah dan golongan perempuan . Dengan itu, kita
kembali sekali lagi kepada perayaan-perayaan Demeter dan aspek-aspek yang telah terus kekal dan
yang dikaitkan dengan Krismas di Eropah secara amnya seperti yang telah kita lihat.

Istilah Epiphany bermaksud manifestasi (penjelmaan) iaitu kemunculan makhluk luarbiasa atau ilahi.
Ianya diaplikasikan kepada Antiochus IV Epiphanes, raja Syria (Aram).Ianya juga dikenali sebagai:
dies luminum (hari penuh terang); hari tiga raja atau hari kedua belas. Semua telah dibincangkan di
atas. Amalan-amalan yang dikaitkan dengannya semuanya terbit daripada sumber-sumber purba yang
kita lihat di dalam teks itu dan tiada kena-mengena dengan iman.Nama itu terus kekal di dalam
perayaan besar Befana di Rom.
Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang
disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia. Bagaimanapun, kajian menunjukkan Hari
Natal bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ.
Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga
bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas,
parti nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan.
Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi, hadiah akan diberikan
oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat
lebih komersial di mana gedung-gedung jualan akan berhias dan membuat persediaan jualan hari
Natal semenjak awal Disember lagi.

Selamat datang ke Malaysia, negara beraneka budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati.
Penyatuan budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun,
Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup dalam harmoni.
Sambutan bersama pelbagai perayaan, sambutan tradisi dan aktiviti kebudayaan di sepanjang tahun
memastikan pelancong tidak mungkin bosan di sini. Terkenal dengan keramahan mereka, rakyat Malaysia
tidak sabar berkongsi acara dan perayaan mereka bersama kenalan mahu pun pelancong asing. Bagi
sambutan perayaan yang meriah, inilah masanya dan Malaysialah tempatnya.
Thaipusam
Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda
penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di Kuala
Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di
bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi,
menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor, Pulau Pinang,
Melaka, Johor dan Perak.
Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak
Hari Wilayah
Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan perarakan, pertunjukan bunga api,
pameran serta persembahan kebudayaan. Kebanyakan acara dibuka kepada orang ramai tanpa dikenakan
sebarang bayaran.

Lokasi: Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya


Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau
Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah
penduduk berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan tarian singa berserta
paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum
Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka
meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Good Friday
Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan perayaan Easter (perayaan Easter lazimnya jatuh pada hari
Ahad) yang disambut di Sabah dan Sarawak.
Lokasi: Sabah dan Sarawak
Hari Wesak
Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para
penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti mandian patung
Buddha, pembacaan mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di
kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu,
Seremban, Melaka dan Georgetown.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Tadau Kaamatan
Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah, iaitu kaum Kadazan Dusun. Perayaan
kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas
hasil tuaian padi yang lumayan. Kemuncak perayaan ini termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta
tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya!
Lokasi : Sabah
Gawai Dayak
Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi
menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara
tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta
para pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai
masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.

Lokasi : Sarawak
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan,
Malaysia menyambut hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong pada setiap hari Sabtu minggu pertama
bulan Jun. Hari ini disambut dengan acara penganugerahan darjah kebesaran kepada warganegara Malaysia
yang telah banyak berjasa kepada negara. Kemuncak sambutan termasuk Perarakan Panji-Panji oleh
anggota tentera, serta pelbagai bentuk pameran dan pertunjukan.
Lokasi: Kuala Lumpur
Hari Kemerdekaan
Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya pada 31 Ogos setiap tahun. Warganegara Malaysia menyambut
perayaan ini dengan mengibarkan bendera Malaysia di seluruh negara. Pelbagai aktiviti diadakan di setiap
negeri termasuk perarakan dan pertunjukan bunga api. Acara kemuncak ialah perarakan besar-besaran di
Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Raja dan Permaisuri Agong, Perdana Menteri, orang-orang kenamaan serta
para pengunjung.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Hari Raya Aidil Fitri
Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di
seluruh dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang
sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain. Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput
ke rumah terbuka di mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Deepavali
Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali
yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di seluruh
negara, upacara sembahyang serta pembersihan dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan
penganut Hindu.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang disambut oleh penganut Islam pada hari ke-10 bulan
Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah selesai menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab
Saudi.
Lokasi: Seluruh Malaysia

Krismas
Perayaan Krismas lebih meriah di kawasan tropika Malaysia dengan penduduknya yang ramah. Pengunjung
dapat memilih pelbagai restoran, bistro, pusat membeli-belah dan hotel yang turut menawarkan pelbagai
promosi sempena perayaan ini. Raikan sambutan Krismas anda di Malaysia!
Lokasi: Seluruh Malaysia
Sumber : Tourism Malaysia

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan


anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya
tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka.
Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting dalam
membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum
dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang
perpisahan
.
Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan dasar
pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk
negara ini
mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya.
Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang
pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga
buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan lombong bijih
timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula
timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat
tinggal yang berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk
Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka
panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.
Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan
mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem
sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan
pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu
sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama ,
Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung wujudnya sistem
pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi
yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan
sempurna.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada

1941-1945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas


hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan
dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan
semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka
buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak
mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai
Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam
tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak
British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti membunuh,
menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas
dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan kaum
antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan
adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM
manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan
keselamatan
ketika
zaman
darurat
pada
1948-1960.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan
orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli
politik
yang
ingin
mendapatkan
faedah
dalam
pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNOMCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih
berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah
kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun
daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti
Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan
Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala
PAS
menang
12
kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan
telah
mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak
menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong
kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar

darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang,
mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang
ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan
yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak
penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu,
kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari
Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya
kapal Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk
naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam
kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah
kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat
menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu singkat
sahaja.
Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan
agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu
menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan
oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam
usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya
akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai
terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa
sekarang.
(b) Kepentingan

perpaduan

kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan


untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi
sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya
perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang
telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat
betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah
ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan
berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan
politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota
masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan
perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita.
Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat
mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam
negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan

melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada


campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan
mengekalkan
kemerdekaan
negara
ini
seterusnya.
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang
saling menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama
dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat
dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota
masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil
lagi.
(c) Faktor

yang

menyumbang

kepada

pengukuhan

perpaduan

kaum

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal
ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum
akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan
mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini
menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang
boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian
anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan
politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran
untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun
Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam
masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba
diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan
pada
1970.
Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei
1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang
negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali
keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya
mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan.
Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan
Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd
Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan
dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan
pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan
antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan
perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN
dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian
Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktivitiaktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum
Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940
apabila kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union
oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya
bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila
Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang
merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang
politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai
kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat
dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi
menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya
dapat
bekerjasama
antara
satu
sama
lain.
Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam
Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan
panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa
pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan
berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem
peperiksaan
yang
sama
dan
sebagainya.
(d) Cabaran

untuk

mengekalkan

perpaduan

kaum

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh
menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh
semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan,
agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik,
pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu
padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan
ideologi Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam
kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu

yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang
dibuat
sebelum
negara
ini
mencapai
kemerdekaan.
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya
semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu
dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi
ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama
negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu
mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di
kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih
timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan
yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di
lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga
kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah
renggang.
Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi
pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui
pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah
mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara
kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu,
kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor
perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang
India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah
membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak
diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada
kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku
dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di
mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan
menebal
di
antara
sesama
kaum
terbabit.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan
sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19,
Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda pemuda
Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa
pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari
negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah
Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh
syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum
merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang

unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat.


Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari
segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan
sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di
dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka
memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan
etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran
Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan
dunia (world view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif
perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan
kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka
ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan
sebahagian
mereka
memenuhi
keperluan
tenaga
dan
ekonomi.
Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini.
Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya
kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa
laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu
bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu
menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini.
Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu
berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh
pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan
penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu
dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap
anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang
diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya
menyebabkan berlaku
pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal
menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang
mampu
mengguggat
keamanan
negara.
Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara
ini.Beberapa individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan
kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam usaha
mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang mereka
hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba
mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan
sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara
ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu
hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak
asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota

masyarakat.
(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum
di
Malaysia
Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan
mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan
Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima
tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk
dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini
mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti
strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan,
Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan
Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan,
Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan
Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik,
Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa
Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti
perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara.
Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan
dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk
hubungan
etnik
yang
erat
antara
rakyat
di
negara
ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan
program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun
1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah
rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada
tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang
rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman
dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik
sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama,
budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM
menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra
secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina
agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini
dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan
rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang
dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan ,
sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan


remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk
melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada
masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras
dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk
bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat
disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN.
Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan
peranan
dominan
dalam
iltizam
membentuk
perpaduan
kaum.
Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang
memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang
dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap
mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun,
sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar
yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri
menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk
diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti
aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk
menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat
dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang
terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap
rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang
bersatu
padu
walaupun
berlainan
bangsa
mahupun
agama
Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi
bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan
tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat
adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat
Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan
Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama
dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali,
Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan
diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk
Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu
mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.
mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya

peribadi yang
Seri Najib Tun
bangsa tanpa
Semua pihak
bukan dibuat

semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta


pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta
cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan
menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad
Abdullah
Ahmad

formula
menjadi
perdana
dan Tun
Badawi

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima
di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan
melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa
panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan
kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah
tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.
Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang
lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara
ini.
(f) Rumusan
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak
menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama
kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan
kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh
sebarang
faktor
lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula
perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup
dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati
peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan
memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas
negara
ini
tidak
lagi
akan
berlaku
.
Iktibar

Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat


dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat
menghormati
antara
sesama
angota
masyarakat
Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi
undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan
menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan
kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna
akhirnya.
Sumber
Contoh lain :
1. Perpaduan kaum di Malaysia
2. Peranan Remaja untuk Memupuk Semangat Perpaduan
3. Perpaduan
4. Usaha-Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum

You might also like