Ulasan Buku (Mengajar Secara Efektif) 2014

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laporan Ulasan Buku

Tajuk buku:

Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah: Mengajar Secara


Efektif (Successful Teaching)

Penulis:

Bryan Coombs

Penterjemah:

Siti Aishah Mohd Elias

Bilangan muka surat:

107

Pencetak:

Institut Terjemahan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 2010

Ringkasan:
Buku ini membincang tentang aspek kemahiran asas pengajaran dan panduan tentang
keperluan pengajaran di bilik darjah. Menurut penulis buku, beliau mendapati motivasi ialah
satu element yang sangat penting dalam situasi pembelajaran. Guru perlu berusaha
merangsangkan motivasi pada awal proses pengajaran dan mengekalkan motivasi pelajar untuk
belajar sepanjang proses pengajarannya. Penulis yakin dengan menanam dan mengekalkan
motivasi, pasti dapat menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Perancangan yang teratur ialah satu faktor yang menentukan keberkesan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memahami matlamat kursus setiap pengajaran yang
dirancangnya. Ini dapat membantu pelajar menghadapi peperiksaan atau membawa pelajar
melalui program penilaian berterusan yang melayakkan pelajar menerima sijil kelulusan.
Perancangan yang teratur ini dapat menambahkan keyakinan guru untuk menyampaikan proses
pengajarannya kepada pelajar. Pelajar juga dapat melakukan pembelajaran dengan sistematik
dan berkesan. Ini seterusnya akan memberi kepuasan mengajar kepada guru.
Persekitaran bilik darjah adalah suasana yang penting bagi mewujudkan kerja berkualiti.
Oleh itu, guru perlu berusaha untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang boleh
memberangsangkan pembelajaran. Guru boleh mengubah keadaan fizikal atau menambah
baikan suasana bilik darjah supaya ia menjadi proses pengajaran dan pembelajarn lebih efektif.
Segala bahan yang digunakan dalam proses pengajaran perlu disediakan dan
dikumpulkan secukupnya sebelum sesi pengajaran dimulakan. Guru perlu menyediakan bahan
selain daripada bahan dalam buku teks. Bahan-bahan tambahan itu digunakan supaya dapat
merangsang pembelajaran, mengekalkan minat, menambahkan kepelbagaian dalam pelajaran dan
menggambarkan hubug kait antara subjek.
Sumber pengajaran yang disediakan dapat digunakan secara optimum apabila kelas diajar
sebagai satu unit. Walaupun begitu, guru selalunya berhadapan dengan kelas pelbagai peringkat
kebolehan. Guru boleh pisahkan kelas kepada beberapa kelompok berdasarkan peringkat

kebolehan mereka. Walaupun semasa mengajar keals dibahagikan kepada beberapa kelompok.
Guru hendaklah berusaha sekali-sekala menyatukan keals sebagai satu unit. Guru boleh mulaka
dengan idea umum yang diketahui semua kelompok, seterusnya diikuti dengan aktiviti tambahan
mengikut pelbagai peringkat kebolehan kelompok.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila pelajar merasakan dirinya terlibat
dalam hal yang berlaku di dalam bilik darjah. Semua pelajar akan berasa gembira apabila diberi
peluang menyumbangkan kepada aktivit bilik darjah dan dianggap sebagai salah seorang
daripada ahli pasukan. Sesi soal dan jawab di dalam kelas perlu dikendalikan dengan sistematik
dan teratur agar semua pelajar terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagi memastikan pengajaran telah berlaku dan pelajar telah belajar sesuatu ilmu yang
disampaikan. Maka guru perlu memberi kerja rumah atau latihan untuk menguji kefahaman
pelajar tentang ilmu yang disampaikannya. Kerja rumah atau latihan yang diberi adalah sama
dengan aktiviti dalam kelas. Perbezaannya ialah semasa di rumah, pelajar membuat kerja rumah
atau latihan itu sendiri. Oleh itu, guru perlu berhati-hati memilih jenis dan tahap kerja rumah
supaya mereka berupaya menyempurnakannya.
Pada masa kini, prestasi pengajaran masih lagi diukur berdasarkan keputusan peperiksaan
pelajar yang dicapai. Maka, guru perlu sentiasa membuat persediaan untuk membantu pelajar
mendapat kejayaan dalam peperiksaan. Guru perlu mendapat maklumat peperiksaan, skema
jawapan dan kertas peperiksaan yang lepas bagi menydiakan para pelajar untuk menduduki
peperiksaan.
Terdapat 10 perkara utama yang perlu difikirkan semasa merancang pelajaran ialah1. Rancangan pelajaran
2. Kepelbagaian
3. Peralatan
4. Kerja rumah
5. Ulang kaji
6. Perkara baharu
7. Tunjuk ajar
8. Kadar kecepatan
9. Semangat
10. Kecindan dan keseronokan
Sebanarya tiada satu cara yang betul dalam kaedah pengajaran. Mungkin ini suatu
rahmat. Tugas mengajar adalah usaha yang membosankan apabila hanya satu kaedah yang boleh
diikuti. Mengajar adalah cabaran. Para guru sentiasa mencari dan berjuang bagi menjadikan
pembelajaran lebih berkesan. Para guru perlu sentiasa berusaha untuk memperbaik diri.

You might also like