Bab 9 Perkembangan Di Eropah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

BAB 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH

A. Perubahan masyarakat dan budaya Eropah


Apakah yang dimaksudkan dengan zaman Gelap di Eropah?
Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom, masyarakat dalam keadaan mundur, merupakan
peringkat awal Zaman Pertengahan.
Mengalami kemerosotan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Terangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Eropah pada Zaman Gelap.


Pada masa itu tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan.
Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.
Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga
keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.
Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada
golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran golongan tuan
tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja
dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di Eropah.
Kelembapan ilmu pengetahuan.
Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.
Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.
Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.
Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu olch serangan orang gasar seperti
Viking dan Magyar.
Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan kerana tidak berupaya menyaingi
penguasaan orang Islam di kawasan Mediterranean.
Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang kerana
penggunaan mata wang terhad.

Nyatakan ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat
Melayu tradisional.

Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negara dengan memiliki
tanah di negeri masing-masing secara mutlak.
Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja manakala golongan pembesar mendapatkan
naungan daripada pihak istana dan dianugerah tanah.
Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka dengan mengerjakan tanah.
Hasil cukai dikutip untuk diserahkan kepada raja.
Pembesar Melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan membina istana raja.
Terdapat hamba yang memberi khidmat kepada pembesar kerana gagal menjelaskan hutang.

Apakah perubahan yang berlaku pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah?


Gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan.
Perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk.
Peningkatan dalam aktiviti pertanian.
Kemunculan kegiatan perdagangan yang maju.
Kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence di Itali.
Melahirkan kelas pertengahan terdiri yang daripada artisan, pedagang, dan ahli perbankan.
Status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan pemilikan tanah tetapi kekayaan.
Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam kegiatan politik.
Rakyat dapat menuntut hak menerusi institusi parlimen yang diwujudkan.
Perubahan ini memberikan hak politik kepada rakyat.
Menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

B. Zaman Renaissance
Apakah yang dimaksudkan dengan Renaissance?
Berasal daripada perkataan Itali, renisciment yang bermaksud "kelahiran semula" merujuk pada
penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.

Senaraikan tokoh humanisme.


Francesco Petrarch
Niccolo Machiavelli

Giovanni Bocaccio

Terangkan sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali.


Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir
untuk menyelesaikan permasalahan.
Melahirkan Bapa Humanisme iaitu Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni
Bocaccio.
Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.
Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa seperti
Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan.
Pertembungan budaya, bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi Laut
Mediterranean.
Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan perdagangan
antarabangsa.
Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar
dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis
dan penulis. Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence.
Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendekiawan
yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.
Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar bagi tujuan
menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali.
Paus di Rom menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan.
Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing.
Kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali secara individu
iaitu individualisms seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo.
Perubahan konsep pendidikan dengan menggalakkan pembinaan kemahiran dalam aspek
intelektual serta fizikal di kalangan individu. Misalnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo,
selain menjadi pelukis dan pengukir agong, disanjung kerana kemahiran dalam bidang ilmu
pengetahuan yang lain.
Terdapat tokoh Renaissance yang muncul di beberapa buah negara Eropah di England,
contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More , Francis Bacon dan William Shakespeare.

Mengapakah berlaku permusuhan antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik di Itali?

Gereja Rom mencemburui pencapaian bandar seperti Florence yang dikuasai oleh keluarga
Medici.
Gereja Rom berhasrat menjadikan Rom secantik Florence.
Gereja menghadapi masalah kerana khuatir ahli sains dan ahli matematik mencabar pemikiran
mereka.
Konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.
Galileo Galilei menyatakan matahari sebagai pusat Islam manakala gereja menyatakan bumi
sebagai pusat Islam.
Para saintis menekankan kaedah pemerhatian serta penggunaan akal dan logik dalam
menerangkan mesuatu fenomena Islam.
Pihak Gereja menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena Islam.

Apakah langkah yang diambil oleh Paus untuk menjadikan Rom sebagai pusat Renaissance di
Itali?
Memberi perhatian kepada seni lukis dan seni ukir.
Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti Leonardo da Vinci, Raphael,
dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom.
Membina Katedral St. Peter.
Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.

Terangkan sumbangan tokoh-tokoh yang muncul pada zaman Renaissance.


Francesco Petrach
Dikenali bapa humanisme.
Menubuhkan perpustakaan kerana minat dalam ilmu.
Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan oleh cendekiawan
Islam dan Paderi.
Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat.
Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistern pernerhatian.

Niccolo Machiavelli
Dikenali tokoh humanisme.
Menghasilkan buku "The Prince"

Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak.


Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat.
Rakyat perlu memberi taat setia kepada Gereja Katolik.
Memperkenalkan aliran aliran nasionalisme di Eropah.
Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.

Leonardo da Vinci
Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal.
Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.
Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan "Mona Lisa".
Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.
Seorang versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni bina, seni ukir, kejuruteraan,
botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan.
Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala kejadian
silam.
Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi
digerakkan dengan roda.

Nyatakan kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah.


Kemunculan monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diasaskan melalui
kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuhkan kedudukan raja
menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin kurang.
Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan
Belanda.
Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas manakala
kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.
Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi
menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
Menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen dan merintis jalan kepada
pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.
Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi atau perasaan yang
dicerminkan di dalam muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan.

Dari segi psikologinya, unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk dan melahirkan budaya
yang menyuburkan keyakinan diri.
Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik,
falsafah dan metafizik.
Pendidikan baru menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat melahirkan
manusia Renaissance yang mempergunakan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.
Pengajaran daripada Zaman Renaissance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani
untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.

C. Zaman Reformation
Apakah yang dimaksudkan dengan Reformation?
Melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu
yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru.
Merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat pads abad ke-16 yang mempunyai
kaitan dengan agama Kristian.

Apakah yang anda faham dengan Counter Reformation.


Golongan agama bertindak menentang sesuatu yang baru yang ditimbulkan oleh gerakan
Protestan.

Mengapakah gerakan Reformation berlaku di Eropah pada abad ke-16?


Berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan apabila pihak Gereja Rom telah meningkatkan
usaha pembangunan keduniaan.
Amalan golongan penguasa Gereja Katolik tidak selari dengan yang dianjurkan dalam kitab Bible
menyebabkan ramai ahli masyarakat mempersoalkan kedudukan mereka.
Golongan penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan
bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.
Terdapat penyelewengan dengan penjualan sijil Indulgences, Surat pengampunan bagi penganut
Kristian yang melakukan dosa merebak ke seluruh Eropah.
Adanya mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg membolehkan Bible dihasilkan masa yang singkat
dengan harga yang murah.
Tindakan Martin Luther, profesor ilmu teologi di Jerman, mula mengambil langkah menentang
amalan Indulgences.

Luther percaya yang manusia itu seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya dalam
amalan pengibadatan dengan mencabar kedudukan Gereja dan institusi paderi.
Luther memperkenalkan mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting yang
bermaksud 'mambantah' yang mempersoalkan kewibawaan Gereja Roman Katolik dan golongan
paderi.

Jelaskan kesan terpenting Zaman Reformation di Eropah.


Agama Kristian berpecah kepada Katolik dan Protestan.
Mazhab Protestan pimpinan Luther berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.
Di Switzerland gerakan pada mulanya dipimpin oleh Huldreich Zwingli kemudian dipimpin pula
oleh John Calvin.
Berlaku perang keagamaan di Perancis, dan perang 30 tahun yang melibatkan Sepanyol, Jerman,
Bohemia, Denmark dan Sweden.
Peperangan mengikut mazhab telah mengakibatkan kemusnahan.
Dalam jangka panjang, timbul sikap toleransi antara pengikut mazhab Kristian untuk
mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka.
Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka.
Kuasa Gereja terhadap monarki berkurangan disebabkan ingin membebaskan diri daripada
penguasaan Paus di Rom. Contohnya, semasa pemerintahan Raja Henry VIII, raja menjadi ketua
kerohanian Gereja Protestan Anglican dengan memutuskan hubungan dengan Rom.

D. Penjelajahan dan penerokaan


Senaraikan Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad
ke-15.
Portugal
Sepanyol
Belanda
Inggeris

Nyatakan laluan orang Eropah ke Timur


Orang Eropah melalui Lautan Atlantik ke Timur.

Terangkan sebab-sebab berlaku penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar.

Ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari Timur.
Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan
galakan menjelajah ke Timur.
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk menamatkan persaingan mendapatkan tanah
jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol.
Perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan yang besar kepada para
pedagang Eropah.
Ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gerej a di Eropah.
Semangat untuk menyebarkan agama Kristian.
Kemunculan Monarki Baru di England, Perancis dan Belanda menggalakkan penjelajahan dan
penerokaan ke seberang laut.
Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah
sebagai kebanggaan bangsa.

Apakah kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat?


Pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah.
Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan perdagangan dari Eropah hingga ke
Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.
Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka.
Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di
Eropah.
Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi, Asia Tenggara dan Laut China Selatan dikuasai
oleh Portugis.
Penduduk tempatan menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian.
Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan
tamadun Aztec dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah
masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
Para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerj a di lombong dan di
ladang mereka.
Petempatan orang Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa
Sepanyol.

Apakah sikap yang perlu ada untuk menerima perubahan bagi mencapai kemajuan melalui
Zaman Renaissance hingga zaman penjelajahan dan penerokaan di Eropah?
Kepentingan penerokaan ilmu pengetahuan.
Semangat inkuiri untuk melakukan perubahan.
Kegigihan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat.
Keberanian menghadapi cabaran tanpa mengira risiko yang bakal dihadapi semasa meneroka
lautan serta daratan.

E. Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian


Senaraikan sistem tanah di Britain?
Tanah awam
Tanah milik persendirian

Nyatakan kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap tuan tanah yang kaya?
Tuan tanah memiliki tanah yang luas.
Membentuk ladang pertanian.
Golongan tuan tanah dapat membeli tanah awam.
Semua tanah milik tuan tanah dapat dipagar.

Apakah kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap petani-petani kecil?


Petani kecil tidak mampu memagari tanah.
Kos untuk memagar tanah tinggi.
Petani terpaksa menjual tanah.
Terpaksa bekerja di ladang milik tuan tanah yang kaya.
Berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.
Petani kecil yang bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki.

Huraikan sebab-sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain.

Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah persendirian setelah tuan tanah mendapat
kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam bagi membolehkan penanaman secara ladang.
Britain menghadapi pertambahan penduduk, menyebabkan permintaan hasil pertanian
meningkat dan menyebabkan harga gandum meningkat.
Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend dengan menanam
pelbagai jenis tanaman secara berterusan sepanjang tahun.
Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman berbeza memerlukan
nutrien yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan kosong.
Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. Terdapat alat yang dicipta oleh
Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal serta penanaman biji benih dapat dilakukan
dengan pantas.
Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian
meningkat.
Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah pemasaran secara meluas.

Jelaskan kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad ke-18.


Pertanian menjadi punca ekonomi negara.
Lebihan produk dieksport.
Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.
Menyediakan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar.
Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh penting dalam masyarakat.
Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian membolehkan rakyat
bekerja sebagai buruh ladang mewujudkan golongan buruh dan majikan.

Senaraikan ciptaan baru dan kegunaannya dalam Revolusi Perindustrian.


Water Frame
Dicipta oleh Richard Arkwright pada tabun 1769.
Alat pemintal benang.
Menggunakan kuasa wap.

Spinning Jenny
Dicipta oleh John Hargreaves pada tahun 1770.

Alat pemintal benang.


Menggunakan tangan dapat memintal Japan jurai benang serentak.

Enjin Berkuasa Wap James Watt


Dicipta oleh James Watt.
Memperbaiki enjin rekaan Nercomen
Untuk melombong arang batu.
Untuk dieksport.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi berlaku Revolusi Perindustrian di Britain.


Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan
modal dalam sektor perindustrian.
Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam bidang
perindustrian.
Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu bergantung pada pengimportan bahan
makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan perkembangan industri.
Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru dalam kegiatan
perindusrtrian.
Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.
Semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan inovatif tokohtokoh perindustrian Britain.

Apakah perubahan yang berlaku akibat daripada Revolusi Perindustrian di Britain?


Pengeluaran barangan dihasilkan secara besar-besaran melalui kaedah dan ciptaan mesin bagi
menggantikan tenaga manusia.
Pemodal hanya mengkhusus kepada satu bidang indusrtri untuk mengawal kos yang dapat
mendatangkan faedah dan kemahiran dalam bidang tersebut.
Prestasi barangan dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan.
Produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan di luar negara.
Penggunaan teknologi enjin berkuasa wap dapat menjimatkan kos pengeluaran menyebabkan
setiap barang menjadi murah dan mampu dibeli masyarakat dan dipasarkan secara meluas di
pasaran antarabangsa.

Pelbagai mesin direka untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan melalui kajian dan
kreativiti para ahli teknologi dan saintis seperti tenaga wap melalui pembakaran arang batu.
Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan kereta api dan kapal
laut untuk mengangkut hasil industri.

Apakah sumbangan enjin berkuasa wap terhadap sistem pengangkutan?


Digunakan untuk memacu bot.
Memacu kenderaan di darat.
Lokomotif dipacu dengan enjin berkuasa wap.
Lokomotif roket dapat bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel.
Keretapi menggunakan enjin berkuasa wap digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat.
1875 keretapi berkuasa wap digunakan dari Taiping ke Port Weld. Kapal laut berkuasa wap
diguna secara meluas.

Huraikan kesan Revolusi Perindustrian di Britain.


Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan pertanian sebagai
bidang utama ekonomi negara
Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding sebagai
buruh pertanian.
Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat telah diganti oleh para
pengusaha dan pemilik kilang.
Lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan pada peringkat
antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.
Kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa wap menyebabkan gerabak boleh dipacu
dengan lebih laju.
Enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut barangan dan pekerj
a kilang.
Kemunculan sistem pengangkutan laut dengan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh
jentera berkuasa wap.
Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang tekstil.
Peringkat awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya.
Kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas mesin membuat stoking,
renda dan bahan pakaian lain tercipta.

pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking dan
renda dikenali sebagai Pergerakan Luddite.
Terdapat Akta Anti-penggabungan yang melarang para pekerja daripada bergabung dan
bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan yang
lebih baik daripada majikan mereka.
Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut, mereka boleh dikenakan hukuman
berat oleh pemerintah.
Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun sering dieksploit di kilang tekstil.
Kanak-kanak dipaksa bekerja dilombong arang batu.
Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.

Bagamanakah nasib pekerja kilang pada zaman Revolusi Perindustrian di Britain?


Kemahiran pekerja kilang dalam industri tekstil tidak diperlukan setelah mesin diperkenalkan.
Kerajaan memperkenalkan Akta Antipenggabungan.
Melarang pekerja menubuhkan kesatuan sekerja.
Melarang pekerja bergabung untuk mendapatkan gaji yang lebih daripada majikan.
Pekerja yang melanggar peraturan dikenakan hukuman berat.
Kanak-kanak berumur 10 tahun sering ditindas di kilang tekstil.
Kanak-kanak dipaksa bekerja dilombong arang batu.
Gaji pekerja wanita lebih rendah daripada pekerja lelaki.
Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.
Keselamatan pekerja tidak terjamin berhadapan dengan risiko yang tinggi.

Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan mengatasi penindasan pekerja kilang?
Pada tahun 1824, Akta Antipenggabungan telah dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja
buat pertama kalinya telah diizinkan.
Pada tahun 1833, Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang kanak-kanak di bawah umur
sembilan tahun bekerja sebaliknya diwajibkan ke sekolah.
Had masa masa bekerja bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi sembilan jam sehari.
Majikan perlu memastikan keselamatan para pekerja mereka terjamin.

Pada tahun 1842, Akta Lombong diperkenalkan untuk melarang penglibatan kanak-kanak
perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu.
Pada tahun 1847, memperkenalkan Akta Sepuluh Jam menetapkan agar pekerja wanita dalam
perusahaan tekstil tidak bekerja lebih Sepuluh jam sehari.

G. Imperialisme
Apakah yang dimaksudkan imperialisme?
Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap
negara yang lemah.
Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kedatangan penjajahan Barat ke Asia.


Kuasa Barat pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti yang
banyak serta secara berterusan daripada tanah jajahan seperti rempah ratus, emas dan perak.
Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara mereka.
Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan Britain, Jerman,
Belanda, Perancis dan Itali menjadi kuasa imperialis.
Revolusi pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan penciptaan kapal wap
menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
Britain terpaksa mencari pasaran di Asia kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif untuk
melindungi industri mereka Pihak Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh
tamadun dan agama Kristian ke seberang laut.
Semangat perlumbaan di kalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana
menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu status kuasa yang kuat.
Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai satu
tanggungjawab yang disebut oleh orang Inggeris sebagai "the white man's burden", oleh
Perancis sebagai "mission civilisatrice", oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan
oleh Amerika sebagai "the blessings of the Anglo-Saxon protection.

Huraikan kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara.


Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat.
Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat.
Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa British telah
campur tangan di Tanah Melayu, Burma, India, Belanda di Indonesia, Perancis menjajah lndo
China dan Amerika menduduki Filipina.

Kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan.


Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk memenuhi
keperluan industri di Britain.
Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan
asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran penjajah.
Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi
keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.
Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat
membentuk masyarakat majmuk.
Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum semasa
pemerintahan mereka.
Tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa
dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.

You might also like