Peranan Pendidikan Hak Asasi Manusia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERANAN PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA

Peranan Pendidikan Hak Asasi Manusia


Dalam menangani masalah pencabulan terhadap hak asasi manusia, peranan
pendidikan terhadap hak asasi manusia diperlukan bagi menjayakan usaha
murni ini. Pendidikan hak asasi manusia boleh didefinisikan sebagai semua
pembelajaran yang membangunkan pengetahuan, kemahiran dan nilai hak
asasi manusia. Ia adalah bermaksud lebih daripada memberi maklumat
tentang hak dan saluran yang digunakan. Ianya haruslah bertujuan mencipta
hubungan yang kuat pada prinsip dan nilai seperti menghormati maruah
manusia dan hak orang lain dan mengembangkan kebolehan manusia untuk
mempertahankan hak mereka dan memerangi sikap tidak ambil peduli.
Antara tujuan pendidikan hak asasi diperkenalkan adalah untuk memberi
pengetahuan tentang hak-hak asasi manusia serta memupuk kesedaran di
kalangan manusia bagi mewujudkan perubahan tingkah laku dalam tempoh
yang panjang dan juga sebagai persediaan untuk menghadapi dunia nyata.
Pendidikan hak asasi manusia boleh diterapkan secara formal dan juga tidak
formal. Pendidikan formal meliputi institusi pendidikan dan agensi
antarabangsa. Manakala pendidikan tidak formal meliputi badan kerajaan,
badan bukan kerajaan, ibu bapa, masyarakat dan media massa.
Dalam institusi pendidikan, ramai pihak yang berperanan penting dalam
menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada pelajar. Antaranya ialah
peranan sekolah atau institusi pengajian tinggi itu sendiri. Antara usaha yang
telah diambil oleh institusi pengajian tinggi di Amerika seperti Harvard
University, Columbia University, Yale University, Denver University, Minnesota
University, State University of New York dan England seperti University of
Essex ialah menubuhkan pusat penyelidikan hak asasi manusia. Ia berfungsi
sebagai pusat untuk mengkaji tentang hak asasi manusia yang telah
diceroboh seterusnya mencari langkah-langkah bagi memelihara hak tersebut
daripada dilanggar oleh mana-mana pihak.
Selain itu, program seperti ceramah, diskusi ilmiah, forum dan seminar sesuai
diadakan. Untuk memberi maklumat yang lebih mendalam kepada pelajar
tentang isu keganasan Israil terhadap rakyat Gaza, pihak Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya telah mengadakan ceramah berkaitan isu berkenaan
yang disampaikan oleh pakar sejarah. Selain itu juga, sistem mentor perlu
diwujudkan supaya pelajar dapat membincangkan tentang masalah dirinya
serta berkongsi maklumat tentang sesuatu isu. Sistem ini telah diwujudkan di
universiti di Amerika dan di Malaysia seperti Universiti Malaya.
Selain itu juga, peranan kurikulum amat penting dalam menerapkan nilai hak
asasi manusia kepada pelajar. Antara usaha yang telah dimainkan oleh
UNESCO dengan kerjasama HURIGHT OSAKA telah menyediakan Rencana
Pelajaran Hak Asasi Manusia untuk Sekolah-sekolah Asia Tenggara yang
meliputi enam buah negara seperti Kamboja, Indonesia, Malaysia, Filipina,
Thailand dan Vietnam. Isi dan metodologi rencana ini disediakan mengikut
kesesuaian dan keperluan pelajar di setiap negara. Rencana ini disediakan
untuk memberi bantuan kepada guru dalan memajukan pengajaran hak asasi
manusia di sekolah. Pendidikan hak asasi manusia diterapkan ke dalam
subjek-subjek tertentu memandangkan ianya tidak dijadikan sebagai subjek
khusus. Sebagai contoh, di Malaysia ia diserapkan ke dalam subjek Pendidikan
Moral, Pendidikan Islam, Sejarah, Tamadun Asia dan Tamadun Islam. Di Filipina
pula diserapkan ke dalam subjek Sains, Makabayan seperti Ilmu Pengetahuan
Sosial, Seni Muzik, Kesenian, Olahraga, Pendidikan Teknologi dan Pendidikan
Keterampilan untuk Hidup dan Pendidikan Nilai. Di Vietnam diserapkan ke

dalam Pendidikan Sivik, di Indonesia diserapkan ke dalam Pendidikan Moral, di


China diserapkan ke dalam Pendidikan Undang-undang, di Thailand dan Korea
diserapkan ke dalam Pendidikan Nilai.
Guru juga perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha ini.
Guru yang jujur dalam menjalankan tugas, beretika, mesra dan adil dalam
melayani karenah pelajar akan disegani dan dicontohi oleh pelajar dan secara
tidak langsung guru tersebut telah memberikan contoh yang baik kepada
pelajarnya. Selain itu juga, guru perlu menerapkan nilai-nilai hak asasi
manusia ke dalam pengajarannya seperti mewujudkan kaedah perbincangan.
Hal ini akan akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan
pendapat masing-masing dan berkongsi idea tentang perkara yang
dibincangkan. Setiap pendapat yang dikemukakan oleh pelajar perlu
dibimbing oleh guru. Keadaan ini telah memenuhi hak bersuara pelajar.
Selain institusi pendidikan, peranan agensi antarabangsa juga diperlukan.
Dengan penubuhan United Nations International Childrens Emergency Funds
(UNICEF) telah menunjukkan adanya perhatian pihak antarabangsa dalam
menjaga hak kanak-kanak. Konvensyen juga diadakan seperti Convention on
the Right of the Child (CRC) yang menitikberatkan penjagaan Hak-hak asas
kanak-kanak, tanggung jawab ibu bapa, hak menyatakan pendapat, dilindungi
daripada dieksploitasi dan sebagainya.
Selain itu, konvensyen yang menjaga hak wanita juga diadakan seperti
Convention on the Elimination of all forms of Discrimination Against Women
(CEDAW) yang menitikberatkan hak untuk hidup, hak diperlakukan secara
manusiawi dalam semua situasi, hak mendapat pendidikan, mendapat cuti
hamil dengan bayaran, hak dalam urusan perkahwinan, hak untuk ikut serta
dalam kegiatan: rekreasi, olahraga & semua segi kehidupan kebudayaan dan
sebagainya.
Selain itu juga, pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam
menerapkan nilai kemanusiaan kepada masyarakat. Penubuhan SUHAKAM
dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat di Malaysia
menunjukkan kerajaan prihatin terhadap hak asasi manusia. Di samping itu,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga perlu melibatkan diri dalam usaha
menjaga hak asasi manusia daripada diceroboh. Antara pertubuhan yang
menjaga hak-hak wanita ialah Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO),
Persatuan Pergerakan Wanita (AWAM) dan sebagainya.
Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak dengan nilai agama dan nilai murni.
Mereka perlu menjalankan tanggung jawab dengan sebaiknya serta
menghidupkan suasana berkasih sayang dalam keluarga. Selain itu,
masyarakat perlu peka dengan isu semasa yang berlaku serta memberi tindak
balas terhadap isu tersebut seperti memboikot hasil keluaran barangan yang
melibatkan buruh kanak-kanak, memberi sumbangan dan derma kepada
mangsa kekejaman Israel dan sebagainya. Media massa juga perlu
memainkankan peranan yang sewajarnya dalam memberikan maklumat
kepada masyarakat seperti membuat iklan tentang penjimatan dalam
penggunaan air, menyiarkan rancangan yang membincangkan tentang hak
asasi manusia seperti rancangan hujjah di tv 9, menerbitkan filem, drama,
buku, majalah dan sebagainya yang berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan.
Penutup.
Sebagai kesimpulannya, kita perlu memelihara hak asasi diri sendiri serta

menghormati hak orang lain. Semua pihak perlu berganding bahu dalam
menangani masalah pelanggaran hak asasi manusia yang melangkaui
batasan bangsa, budaya, negara dan juga agama. Dengan ini, dunia akan
menjadi aman tanpa sebarang peperangan, tanpa penindasan dan tanpa
penganiayaan.
Posted by smallprincess at 5:32 AM

You might also like